Terima kasih tuan/puan pengacara majlis, yang saya hormati, barisan panel hakim
yang arif lagi bijaksana seterusnya kaum muslimin dan muslimat sekalian.
1. Kawan-kawan
1
Maksudnya: Sesungguhnya kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar, dialah
sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan-nya).
Baru-baru ini Allah telah menurunkan pelbagai ujian untuk menguji kesabaran
manusia. Contohnya, kejadian banjir di beberapa negeri di semenanjung Malaysia
dan tragedi bot karam di perairan Sabah.
Pengajarannya ialah, kita hendaklah yakin dengan ketentuan takdir Allah kerana
semuanya mengandungi hikmah yang banyak di sisi Allah.
2. Kawan-kawan
Maka datanglah iblis mencuba menggoda baginda supaya tidak berharap pada
Allah. Namun, baginda yakin semua nikmat itu milik Allah. Allah layak untuk
mengambilnya semula dan baginda sangat bersyukur kepadaNya.
Kejadian banjir di beberapa negeri di negara kita perlu dijadikan iktibar bagi
mengatasinya dari berulang.
2
Justeru, kita hendaklah sabar dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran.
Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita
gembira kepada orang-orang yang sabar.
3. Hadirin sekalian
Iblis datang lagi mengambil kesempatan terus menerus menghasut Nabi Ayyub, lalu
baginda menjawab dengan penuh rendah hati , Anak-anak itu adalah milik Allah. Dia
yang menghidupkan dan Dia juga yang mematikan. Segala puji bagi Allah.
Pengajarannya ialah di sebalik setiap kesusahan itu ada kebahagiaan dan kejayaan.
3
Firman Allah SWT dalam Surah Ash-Syrh ayat 6:
Nabi Ayyub menadah munajatnya kepada Allah dengan rendah hati dan sedih.
Baginda malu memohon agar Allah membebaskannya daripada penderitaan dan
kesusahan ini. Maka tinggallah Nabi Ayyub sendirian dalam kesakitan namun
baginda tetap tabah dan sabar kerana yakin dan beriman bahawa Allah sentiasa
bersamanya.
4
Rasulullah SAW telah bersabda
5. Ya kawan-kawan
Setelah menempuh segala ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran dan
keimanan, Allah telah mewahyukan kepada Nabi Ayyub supaya menghentakkan
kakinya ke tanah supaya keluar air daripada tanah tersebut. Air yang keluar itu
hendaklah diminum dan digunakan untuk mandi agar segala penyakit yang
dideritainya menjadi sembuh.
Maksudnya: (Allah berfirman): Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk
mandi dan untuk minum.
Kesimpulan dari kisah ini ialah Nabi Ayyub dipilih sebagai nabi dan teladan yang baik
bagi hamba-hambaNya sehingga dikenali sebagai simbol kesabaran.
5
WABILLAHIT TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI
WABAROKATUH