Anda di halaman 1dari 6

KESABARAN NABI AYYUB ALAIHISSALAM

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh dan salam 1 Malaysia.

Terima kasih tuan/puan pengacara majlis, yang saya hormati, barisan panel hakim
yang arif lagi bijaksana seterusnya kaum muslimin dan muslimat sekalian.

Kesabaran Nabi Ayyub alaihissalam tajuk cerita saya.

Para Malaikat memuji-muji,

Nabi Ayyub bersifat terpuji,

Namun Iblis sakitnya hati,

Mendengar pujian bertali-tali.

1. Kawan-kawan

Nabi Ayyub merupakan seorang nabi yang terkenal dengan ketakwaan,


ketabahan dan kesabarannya. Baginda sentiasa berada di mihrabnya siang dan
malam untuk melakukan solat, berzikir, bertasbih dan bertahmid. Iblis cuba
menggoda baginda supaya asyik kepada dunia namun usahanya gagal.

Allah berfirman dalam Surah Sood ayat 44:

1
Maksudnya: Sesungguhnya kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar, dialah
sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan-nya).

Baru-baru ini Allah telah menurunkan pelbagai ujian untuk menguji kesabaran
manusia. Contohnya, kejadian banjir di beberapa negeri di semenanjung Malaysia
dan tragedi bot karam di perairan Sabah.

Pengajarannya ialah, kita hendaklah yakin dengan ketentuan takdir Allah kerana
semuanya mengandungi hikmah yang banyak di sisi Allah.

2. Kawan-kawan

Iblis tidak berputus asa

Menghadap Allah mengadu domba

Namun disangkal dusta semata

Allah mencabar teruskan menggoda

Iblis dan pengikutnya berkumpul berpakat

Bagi merosak akidah dan iman Baginda

Kemusnahan harta menjadi miskin

Keluarga hancur sebatang kara

Maka datanglah iblis mencuba menggoda baginda supaya tidak berharap pada
Allah. Namun, baginda yakin semua nikmat itu milik Allah. Allah layak untuk
mengambilnya semula dan baginda sangat bersyukur kepadaNya.

Kejadian banjir di beberapa negeri di negara kita perlu dijadikan iktibar bagi
mengatasinya dari berulang.

2
Justeru, kita hendaklah sabar dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqoroh ayat 155:

Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita
gembira kepada orang-orang yang sabar.

3. Hadirin sekalian

Kesabaran Nabi Ayyub teruji lagi,

Kesemua anaknya yang soleh mati,

Sebagai penyokong perjuangan suci,

Ditakdirkan mati akibat gempa bumi.

Iblis datang lagi mengambil kesempatan terus menerus menghasut Nabi Ayyub, lalu
baginda menjawab dengan penuh rendah hati , Anak-anak itu adalah milik Allah. Dia
yang menghidupkan dan Dia juga yang mematikan. Segala puji bagi Allah.

Langkah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan kualiti kesihatan


rakyat harus diberi pujian.

Pengajarannya ialah di sebalik setiap kesusahan itu ada kebahagiaan dan kejayaan.

3
Firman Allah SWT dalam Surah Ash-Syrh ayat 6:

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

4. Muslimin dan muslimat

Godaan Iblis lagi menerjah,

Isteri Nabi Ayyub jadi sasaran,

Pujuk rayu helah bermadah,

Rahmah tergoda suami ditinggalkan.

Nabi Ayyub menadah munajatnya kepada Allah dengan rendah hati dan sedih.
Baginda malu memohon agar Allah membebaskannya daripada penderitaan dan
kesusahan ini. Maka tinggallah Nabi Ayyub sendirian dalam kesakitan namun
baginda tetap tabah dan sabar kerana yakin dan beriman bahawa Allah sentiasa
bersamanya.

Hadirin sekalian, menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dianggarkan


lebih 24 ribu pesakit kegagalan buah pinggang di Malaysia lantaran ketiadaan
rawatan penyembuhan.

Pengajaran ialah setiap penyakit ada ubatnya.

4
Rasulullah SAW telah bersabda

Bagi setiap penyakit ada ubatnya. (Hadis Riwayat Abu Daud)

5. Ya kawan-kawan

Setelah menempuh segala ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran dan
keimanan, Allah telah mewahyukan kepada Nabi Ayyub supaya menghentakkan
kakinya ke tanah supaya keluar air daripada tanah tersebut. Air yang keluar itu
hendaklah diminum dan digunakan untuk mandi agar segala penyakit yang
dideritainya menjadi sembuh.

Allah berfirman dalam Surah Sood ayat 42:

Maksudnya: (Allah berfirman): Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk
mandi dan untuk minum.

Kesimpulan dari kisah ini ialah Nabi Ayyub dipilih sebagai nabi dan teladan yang baik
bagi hamba-hambaNya sehingga dikenali sebagai simbol kesabaran.

5
WABILLAHIT TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI
WABAROKATUH

Anda mungkin juga menyukai