Anda di halaman 1dari 1

Faedah tidur

Berat badan turun


Tidur lebih mudah
Lebih produktif
Jantung lebih sihat penyelidik di misao health, tidur lewat tgh mlm mnyebabkn
pengerasan pembuluh darah yg menyebabkan penyakit jantung.
Lebih bertenaga

Faedah-Faedah Kesenggangan, Rehat, Istirahat dan Tidur

Memberi peluang kepada badan dan otak untuk pulih daripada keletihan supaya badan
dapat berfungsi dalam keadaan yang optimum.
Menyegarkan semula minda supaya menjadi tenang dan badan menjadi segar agar tugas
harian dapat dijalankan dengan lebih efisien.
Menenangkan fikiran dan menghilangkan kepenatan.
Fungsi-fungsi biokimia dalam tubuh dapat dipulihkan dan maklumat-maklumat dalam sistem
saraf dapat disusun semula.

Kesenggangan
Bermaksud waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari
Biasanya waktu terluang ini diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan badan dan otak seperti
melukis, menyiram pokok bunga, menggubah lagu dan sebagainya.
Rehat
Bermaksud tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal, mental
atau melakukan aktiviti yang ringan.
Contohnya waktu rehat di sekolah, di tempat kerja.
Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan
dahaga.
Bagi merehatkan badan yang penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca,
bermain catur atau permainan dalaman.
Bagi merehatkan otak yang penat berfikir, kita boleh mendengar muzik, membaca majalah dan
bersiar-siar.
Istirahat
Bermaksud satu tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak aktif seperti
mendengar muzik, melukis atau tidur sejenak
Semasa istirahat, kita dapat melegakan ketegangan dan stres.
Tidur
Rehat yang lebih panjang seperti tidur dapat menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan
darah menurun.
Semasa tidur, otak menjadi tidak aktif, suhu badan menurun, otot relaks atau berada dalam keadaan
rehat. Keadaan ini dapat merehatkan badan sepenuhnya.
Apabila bangun tidur, badan akan berasa segar dan fikiran menjadi lebih tenang.

Anda mungkin juga menyukai