Anda di halaman 1dari 4

Belinda Hii Jen IPG KAMPUS DARULAMAN

PISMP PL 2 SEM 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU PERTAMA

Nama Pelajar : Belinda Hii Jen

Kursus & Ambilan : PISMP Sem 6 Pemulihan 2 Ambilan Jan 2013

Tempoh praktikum : 26 Julai 2015 17 September 2015

Pengkhususan : Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah

Nama Guru Pembimbing : Puan Goh Gek Lei

Nama Pensyarah Pembimbing : Tuan Haji Amir Bin Haji Omar

Catatan Minggu ke :1

Tarikh : 26 Julai 2015 30 Julai 2015

PENULISAN JURNAL

(26 JULAI 2015 30 JULAI 2015)

MINGGU PERTAMA

______________________________________________________________________

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

Pada minggu pertama ini saya telah melaporkan diri di SJK (C) Eik Choon. Pada
minggu pertama praktikum ini, saya berasa agak tekan untuk menyediakan ujian diagnostik
dengan tugas-tugas yang banyak seperti menyediakann bahan bantu mengajar,
menyediakan rancangan mengajar dengan terperinci serta menyediakan portfolio dan juga
jurnal mingguan yang perlu disediakan setiap minggu. Masalah sebenar saya pada minggu
ini adalah masalah stress semasa menjalani praktikum kerana terlalu banyak kerja-kerja
yang perlu diselesaikan. Penyelesaian bagi masalah stress ini perlu dicari dengan segera
Belinda Hii Jen IPG KAMPUS DARULAMAN
PISMP PL 2 SEM 6

kerana jika masalah ini ditangguhkan maka ia akan menjadi beban pada diri saya. Oleh itu,
ia akan mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran saya terhadap kelas dan murid.
Saya tidak ingin masalah ini terjadi namun begitu ia tidak dapat dielakkan.

Analisis masalah/Isu/peristiwa

Menurut Fortana dan Abouserie (1993), stress adalah sesuatu yang lazim terdapat
dalam profesion yang terlibat dengan perhubungan manusia. Profesion keguruan adalah
salah satu tugas yang mempunyai hubungan secara langsung dengan manusia terutama
dengan pelajar-pelajar. Oleh itu saya perlu memikirkan bagaimana cara untuk
menyelesaikan masalah ini dengan merujuk dan meminta bantuan daripada rakan-rakan.
Tindakan-tindakan yang responden untuk mengatasi masalah stress ialah seperti
menghiburkan hati dengan berbual-bual dengan rakan.

Setelah pemerhatian dan perbincangan yang dijalankan bersama-sama dengan


rakan-rakan, beberapa hasil telah saya dapati antarannya masalah stress sememangnya
mengganggu kehidupan seorang guru. Stress akan menyebabkan pengajaran dan
pembelajaran terganggu. Emosi guru akan terganggu dan murid-murid turut menjadi
mangsa keadaan. Justeru, guru pelatih akan menghadapi kecelaruan mental sekiranya
perkara ini tidak dapat dikawal.

Cadangan Penyelesaian

Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :

1) Meluahkan perasaan kepada rakan-rakan.

2) Mengurangkan tekanan dengan berjalan-jalan dan bersiar-siar serta membaca buku


bagi menghilangkan stress.

3) Mendengar dan melihat pengalaman orang lain mengatasi stress dan sentiasa
bersiap sedia ketika penyeliaan yang akan dilakukan.
Belinda Hii Jen IPG KAMPUS DARULAMAN
PISMP PL 2 SEM 6

Tempoh penyelesaian

2 Ogos 2015 hingga 17 September 2015 (7 minggu).


Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin bagi menstabilkan emosi
saya dalam kehidupan seharian saya.
Saya akan cuba mengatasi masalah stress ini supaya tidak mempengaruhi
pengajaran saya dalam bilik pemulihan.

Tindakan susulan

Andaian yang saya boleh buat terhadap permasalahan ini ialah stress dapat dicegah
sekiranya saya berfikiran positif untuk mengatasinya. Jika saya tidak menjadikan sesuatu
perkara itu membebankan, maka stress itu tidak akan wujud. Saya sepatutunya merasakan
stress yang dihadapi sebagai tanggungjawab bukannya beban atau kecelaruan mental.
Stress yang dihadapi sememangnya mengganggu saya.

Isu stress ini telah saya pantau dan cuba diatasi dari peringkat awal. Saya perlu
merasakan masalah stress yang dihadapi adalah perkara biasa dan tidak menjadi beban
pada diri saya. Setiap penyeliaan akan dilakukan maka stress saya tidaklah begitu tinggi
kerana saya membuat persediaan awal sebelum penyeliaan. Hanya perasaan cemas
sahaja yang menghantui diri saya. Namun, saya masih dapat mengawalnya. Masa yang
ada saya isikan dengan sebaik-baiknya antaranya dengan merancang pengajaran,
membuat rancangan mengajar, menyediakan bahan bantu mengajar dan mengemaskini
kerja-kerja yang belum selesai serta tugasan yang diberi oleh pihak sekolah.

Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa masalah stress ini boleh diatasi dengan pelbagai cara.
Personaliti dan keupayaan guru itu sendiri adalah menjadi ukuran bagi menyelesaikan
masalah ini. Seorang guru perlu berfikiran terbuka dan sentiasa berusaha mengatasi
masalah yang berlaku dan sekiranya saya masih lagi mengalami masalah ini saya akan
menanganinya dengan tenang dan bijak.
Belinda Hii Jen IPG KAMPUS DARULAMAN
PISMP PL 2 SEM 6

Rujukan

Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2006). Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Selangor:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan untuk pengajaran & pembelajaran. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2010). Kompetensi kecerdasan emosi. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Pandangan / Komen guru pembimbing

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

Tarikh: ............................................ Tandatangan: ..............................

Nama: .............................................

Pandangan / Komen pensyarah pembimbing

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

.................................................................................................................................

Tarikh: ............................................ Tandatangan: ..............................

Nama: ............................................

Anda mungkin juga menyukai