Anda di halaman 1dari 28

soalan 1

Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru
tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru
menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan
misalnya melayari facebook, berchatting, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan
di malam hari ( misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam, mengajar dance, membuat
persembahan tarian) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan
banyak lagi. Walaupun saya tidak menjalankan kajian penyelidikan tentang masalah ini tetapi melalui
pengamatan saya, adalah wajar masalah ini diberi perhatian. Masalah penyalahgunaan masa mugkin
tidak terlalu serius tetapi jika dibiarkan berlanjutan, masalah ini dapat menjejaskan kredibiliti para guru
dan merugikan murid. Ramai guru masih tidak menyedari hakikat ini. Jadi, saya berharap agar saya dapat
menangani isu ini dalam diri saya agar tugas saya sebagai bakal guru boleh menyumbang satu kebaikan
kepada murid-murid saya.

Sebelum saya menyentuh isu penyalahgunaan masa di kalangan guru dalam tempoh bertugas, saya ingin
merujuk kepada peraturan-peraturan yang perlu di patuhi guru ketika berada dalam perkhidmatan.
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-
kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga memberi penekanan terhadap
tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa
datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan
sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum. Maksud ketepatan masa juga
merangkumi keperluan guru untuk mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas
ataupun kawasan sekolah semasa tempoh persekolahan.

Di samping itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru berkaitan pematuhan
waktu dan masa. Semua guru dikehendaki menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di
sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tandatangan. Pada zaman yang
teknologi kini, ada sekolah yang menggunakan punch card atau menggunakan perisian komputer yang
menggunakan pengesanan corak ibu jari sebagai bukti kehadiran. Guru Besar pula diberi kuasa
mengizinkan guru meninggalkan kawasan sekolah sekiranya ada hal-hal tertentu dan mereka perlu
mengisi buku catatan meninggalkan sekolah. Begitu juga jika terdapat hal yang memerlukan guru
meninggalkan bilik darjah, kegiatan dan upacara rasmi sekolah dan aktiviti kokurikulum, guru perlu
mendapat kebenaran dari Guru Besar.

Selain itu, pada masa senggang iaitu ketika guru tidak menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan beberapa perkara seperti memeriksa buku
latihan dan kerja rumah murid dengan teliti, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alatan dan
bahan bantu mengajar, menguruskan hal ehwal kelas, menguruskan yuran murid, hal-hal kokurikulum
dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru pada waktu ini mestilah aktiviti yang
memberikan faedah kepada murid-murid. Selain itu, guru juga diberi tanggungjawab untuk
menggantikan guru lain untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Di bawah ini, saya akan menyatakan perkara yang membawa kepada penyalahgunaan masa yang sering
dilakukan oleh guru sama ada secara disedari atau tidak disedari. Yang paling utama adalah guru lewat
masuk ke dalam kelas. Guru yang mematuhi ketetapan masa tidak menunggu loceng berbunyi untuk
berjalan dari sesuatu tempat untuk ke kelas mereka. Mereka akan bergerak awal ke kelas dan kadangkala
sanggup pula menunggu waktu guru lain habis di luar kelas. Sekiranya waktu pengajaran adalah
berturutan, guru ini tergesa-gesa pergi bergerak dari satu kelas ke kelas berikutnya dengan penuh
semangat. Maka, fenomena guru yang lewat masuk ke kelas akan menimbulkan isu penyalahgunaan
masa. Bukan itu sahaja, sekiranya berlaku sebarang kemalangan di dalam kelas, guru tersebut harus
dipersalahkan. Mencuri masa adalah perbuatan yang tidak wajar bagi seorang guru.

Menurut laporan artikel yang saya membaca, guru yang suka lewat masuk kelas biasanya akan
memberikan pelbagai alasan seperti terlupa jadual waktu atau tidak ingat. Ada di kalangan guru yang
memberikan alasan terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan. Malahan kadangkala memberikan alasan
kononnya dipanggil guru besar atau pengetua. Awal-awal tahun, ada guru buat-buat sibuk menyiapkan
pelbagai borang dan data sehingga meninggalkan kelas. Sekiranya mereka terpaksa menyiapkan tugasan
yang amat penting, ini bolehlah dimaafkan. Murid-murid yang datang ke sekolah saban hari
mengharapkan ilmu pengetahuan daripada guru.Sejak awal pagi mereka telah bangun meredah
kesejukan pagi dengan satu niat yang maha suci untuk belajar. Tetapi apalah malangnya nasib mereka
apabila ada segelintir guru yang mengabaikan tugas untuk mencurahkan ilmu. Sebenarnya pelbagai
perkara yang tidak diingini boleh berlaku apabila ketiadaan guru di dalam kelas. Pelbagai gejala negatif
akan timbul jika tiada kawalan guru.Secara peribadi, penulis laporan artikel ini berpendapat seharusnya
gejala lewat masuk kelas dan langsung tidak masuk kelas kerana alasan-alasan yang remeh-temeh sudah
tidak boleh diterima lagi.

Mengikut pemerhatian saya semasa praktikal dan internship di sekolah, saya juga ternampak
fenomena negatif yang sama berlaku dengan apa yang ditulis dalam laporan artikel tersebut. Pada
permulaannya, saya tidak berapa mengambil berat tentang masalah ini. Namun ada satu kali murid-
murid kelas saya memberitahu bahawa guru kelas mereka setiap kali akan lewat masuk ke kelas. Setiap
kali loceng sudah berbunyi dan saya hendak keluar ke kelas, mereka akan meminta saya jangan keluar
dulu dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran saya lagi. Saya berasa amat aneh, dan tidak berapa
percaya dengan apa yang mereka kata. Mereka panggil saya membuat satu eksperimen, tengok berapa
lama guru kelas itu masuk ke kelas. Memang, guru itu telah pun datang selepas 20minit kemudian
dengan langkah perlahan-lahan. Apabila dia nampak saya masih dalam kelas, dia berterima kasih kepada
saya kerana membantunya mengawal kelas. Ada satu kali lagi, dia memesan saya mencari dia di kelas
pada waktu akhir untuk mengambil barang dengannya di bilik seni. Saya sudah lewat 10minit pergi
mencari dia di kelas itu, tetapi apabila saya sampai sana, kelas itu tiada guru, murid-murid membuat
bising, jalan sana sini. Selepas itu, rakan sejawat saya memberitahu saya bahawa guru ini ada di kantin.
Saya pun mencari dia di kantin. Apabila saya nampak dia, dia sedang melengan-lengan serta berbual-
bual dengan penolong pengetua sambil memilih lauk pauk di sana. Saya kemudian menanyakannya
kenapa puan tidak ada di kelas, bukannya puan pesan saya cari puan? Dia hanya senyum sahaja dan
kemudian kami berdua mencari bahan hiasan di bilik seni. Dia pun mencari bersama-sama dengan saya
sehingga loceng berbunyi dan waktunya pun sudah habis. Akhirnya, dia tidak masuk ke kelas. Ini sudah
bukan lewat ke kelas, ini panggil tidak masuk ke kelas kerana perkara yang remeh temeh. Selain itu,
Penolong kanan pengetua, ketua kurikulum ataupun guru akan sering memesan kami untuk
menggantikan kelas mereka . Kadang-kala alasan mereka adalah bagi kami membuat kajian tindakan
dan sebenarnya kami juga perlu waktu yang extra bagi membuat kajian tindakan dengan murid-murid.
Jadi, ini merupakan satu situasi dipanggil win win. Bukan ini sahaja, guru yang tidak masuk kelas kerana
terdapat pelbagai kertas kerja kena buat, bermesyuarat, berkhusus, pergi hospital memeriksa badan
kerana ada appointment dengan doctor dan sebagainya. Masalah ini perlu dititikberatkan sebelum ia
menjadi parah.

Kegagalan guru mematuhi ketetapan masa akan menimbulkan beberapa kesan. Perkara yang ingin
dibincangkan di sini ialah bukan hanya melihat kesan kepada guru tetapi juga kesan kepada murid itu
sendiri memandangkan isu penyalahgunaan masa ini sebenarnya lebih banyak merugikan mereka.
Beberapa kesan yang dapat dilihat ialah:

a) Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum akibat kurangnya kualiti dan
produktiviti.

Apakah yang dimaksudkan oleh kualiti dan produktiviti? MS ISO 9000 mendefinisikan kualiti sebagai
keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti iaitu produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak
pelanggan yang dinyatakan dan tersirat. Dalam perkhidmatan pendidikan, guru hendaklah menyediakan
perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan iaitu murid dan ibu bapa. MS ISO 9000 mula
digunapakai seperti yang tercatat di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 : Garis
Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, kakitangan awam juga
boleh merujuk kepada Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bil 2/2002 : Garis Panduan bagi
Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam. Kualiti menyentuh tentang kefahaman
kehendak dan pengharapan pelanggan. Ini menghendaki guru menunjukkan kemampuan mereka dalam
merekabentuk perkhidmatan seperti yang diperlukan dan diharapkan murid dan ibu bapa.

Apakah pula yang dimaksudkan oleh produktiviti? Merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
Awam Bilangan 6 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti dalam Perkhidmatan Awam,
produktiviti boleh didefinisikan sebagai nilai atau kuantiti output yang dapat dihasilkan oleh satu unit
input. Maka, output merujuk kepada keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah
organisasi. Dalam konteks sekolah sebagai organisasi, input perujuk kepada ilmu dan kemahiran yang
diberikan kepada murid manakala output merujuk kepada tingkahlaku dan pengadaptasian ilmu dan
kemahiran oleh murid itu sendiri. Mengapa pula kualiti dan produktiviti adalah berkaitan dengan
penyalahgunaan masa? Jika kita merujuk kepada Pekeliling tadi, Kerajaan Malaysia ada menggariskan
beberapa panduan untuk meningkatkan produktiviti. Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ialah
pihak pentadbiran sekolah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan faktor-faktor yang
mempengaruhi produktiviti. Faktor-faktor tersebut ialah:

i. Tenaga manusia (guru-guru)


ii. Sistem dan prosedur

iii. Struktur organisas

iv. Gaya pengurusan

v. Persekitaran kerja

vi. Teknologi

vii. Bahan-bahan

viii. Kelengkapan modal

Kesemua faktor di atas menyumbang kepada produktiviti Negara. Maka tidak syak lagi jika
penyalahgunaan masa guru akan menyebabkan kurangnya produktiviti kerana guru tidak bersikap positif,
berada dalam persekitaran yang kurang kondusif, tidak menyediakan atau menggunakan teknologi dalam
pengajaran, tidak menyediakan bahan dan alatan yang bersesuaian dan tidak melakukan refleksi
pengajaran untukmengenalpasti dan menyelesaikan masalah murid. Penyalahgunaan masa
menyebabkan guru tidak membuat persediaan rapi dalam menentukan dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran.

b) Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan.

Guru adalah role model murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui teladan. Ini
disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah personaliti guru
tersebut. Kepimpinan Melalui Teladan merupakan slogan yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad pada 19 Mac 1983. Slogan ini diwujudkan bagi menanam dan memupuk sifat kepimpinan
yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Selain itu, ia juga dapat
menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan kakitangan awam. Guru merupakan
antara orang yang paling kerap mendampingi murid selain ibu, bapa dan ahli keluarga mereka. Malah,
kebanyakan murid sering mendengar kata guru berbanding dengan ibu dan bapa mereka sendiri. Malah,
mereka juga kerap bercerita kepada ibu bapa tentang kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru mereka
sering menghabiskan waktunya dengan perkara yang tidak berfaedah, apakah pula pandangan dan cerita
yang akan didengari oleh ibu bapa mereka? Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari
pihak ibu bapa dan mengundang tanggapan yang negatif dari murid-murid juga.

c) Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku.

Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian tindakan, guru tidak dapat
membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran mereka. Kajian tindakan ialah kajian yang dibuat
berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasi dalam konteks itu.
Ada baiknya jika guru terus menulis refleksi pengajaran selepas sesi pembelajaran dilaksanakan atau
selepas sesuatu tajuk diajar. Selepas itu, guru tersebut hendaklah membuat kajian tindakan untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh menggunakan masa senggang di antara waktu pengajaran
atau sewaktu sesi persekolahan untuk mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik
seperti jurnal pendidikan, bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih
utama ataupun merujuk kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan
pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain.
Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh berkongsi maklumat dengan guru lain untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Semua perkara ini boleh dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya
guru tidak berhasrat untuk menyalahgunakan masa.

d) Tidak maju akibat tidak positif dan tiada matlamat hidup.

Terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka tiada fokus tertentu dalam
kerjaya mereka. Maka, mereka tidak tahu untuk memenuhi masa di sekolah mereka. Sebagai guru,
seharusnya mereka menetapkan satu atau lebih matlamat untuk dicapai. Contohnya, Cikgu Hadi
mempunyai matlamat untuk menjadi guru cemerlang Matematik dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lagi.
Untuk mencapai matlamatnya, Cikgu Hadi merancang untuk mendokumentasikan aktiviti pengajaran dan
pembelajarannya sebelum memohon jawatan tersebut. Oleh itu, Cikgu Hadi akan menggunakan masa
senggang di sekolah untuk menyediakan dokumentasi tersebut. Guru juga hendaklah lebih positif dalam
menentukan hala tujunya dalam kerjaya. Sebagai guru yang positif, mereka sentiasa berfikir untuk
memenuhi keperluan murid. Jadi, masa terluang tersebut akan digunakan untuk memikirkan sesuatu
yang dapat meningkatkan motivasi intrinsik agar dapat melakukan tugasnya dengan lebih ikhlas dan
bersungguh-sungguh. Terdapat beberapa ciri guru yang berfikiran positif iaitu optimis, bersemangat,
keberanian, keyakinan, keazaman, kesabaran, ketenangan dan fokus. Sekiranya seorang guru itu
mempunyai matlamat kerjaya dan bersikap positif, maka isu penyalahgunaan masa ini dapat
dikurangkan.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa masalah ini
boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, individu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai
sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan
etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang
telah diamanahkan sehinggalah tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh dalam
mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap
bulan.

Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya
pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada
pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani untuk
menyalahgunakan masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka.

Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak
terutamanya kepada guru sebagai ahli professional dan murid-murid. Antara kesan yang boleh dilihat
daripada permasalahn ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah.
Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesion keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru
dalam mendidik anak-anak mereka.

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahan ini tidak dibendung, maka semua
pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi
memastikan permasalahn ini tidak terus menular dan menjari semakin parah dan teruk.

Isu penyalahgunaan masa di kalangan guru-guru dapat diselesaikan menggunakan Teori Pilihan dan
Terapi Realiti. Namun, persoalan utama yang perlu dilalui oleh guru ialah adakah mereka mahu
mengubah tingkahlaku mereka kepada sikap yang lebih baik? Teori Pilihan membincangkan bagaimana
individu itu bertingkahlaku dan mengapa mereka bertingkahlaku berdasarkan perspektif kawalan luaran,
psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan masa, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan
pengetahuan, skala perimbangan, tingkahlaku keseluruhan, sistem tingkahlaku, identiti berjaya dan
identiti gagal.

Merujuk kepada teori ini, guru seharusnya mengkaji semula tingkahlaku mereka bagi mengenalpasti
mengapa mereka menyalahgunakan masa mereka berdasarkan kepada faktor-faktor yang dinyatakan
tadi. Guru hendaklah menetapkan kehendak kualiti yang ingin dicapai. Dalam kes ini, kehendak kualiti
tersebut ialah mengisi masa senggang mereka di sekolah bagi mengelakkan masalah penyalahgunaan
masa. Bagi memenuhi identiti berjaya pula, mereka akan mengalami rasa cinta terhadap kerjaya mereka,
rasa dihargai dan keperluan-keperluan psikologikalnya yang lain. Namun begitu, kadangkala guru perlu
melawan identiti gagal mereka seperti personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus
asa. Sebagai seorang guru juga, mereka bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam hidup
mereka. Setiap pilihan yang mereka buat adalah berdasarkan kepada keperluan asas mereka. Namun
harus diingatkan, bahawa setiap pilihan itu mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka guru seharusnya
memilih tingkahlaku yang efektif sahaja agar dapat membentuk identiti berjaya.

Terapi realiti pula adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain. Terdapat empat
proses dalam melaksanakan Terapi Realiti ini iaitu W(wants), D(directions),

E(evaluation) dan P(planning).

Proses menyelesaikan isu penyalahgunaan masa ini dapat dilakukan seperti di bawah:

a) Wants ( keperluan, kehendak dan persepsi )

Dibawah proses ini, guru hendaklah menentukan matlamat mereka dalam kehidupan. Matlamat utama
mereka ialah menyelesaikan masalah penyalahgunaan masa. Masalah ini perlu dilihat dalam skop yang
lebih kecil. Maka guru hendaklah menggariskan beberapa matlamat yang lebih kecil. Matlamat-matlamat
tersebut ialah, menentukan aktiviti pada masa senggang, menepati masa apabila masuk ke dalam kelas,
mendahulukan perkara yang lebih penting dan menentukan kaedah pengajaran terbaik yang perlu
dilaksanakan di dalam kelas. Semua matlamat ini hendaklah ditulis dengan jelas di atas satu kertas yang
mudah menjadi rujukan guru tersebut.
b) Directions ( terarah dan lakukan )

Dalam proses ini pula, pengalaman masa lampau perlu dilihat untuk membentuk masa hadapan.
Beberapa perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku. Dari segi perasaan, guru hendaklah benar-
benar cuba untuk memfokuskan diri mereka untuk mencapai matlamat tersebut. Ini bermakna mereka
perlu menyediakan diri mereka dari segi emosi agar matlamat tersebut dapat dicapai. Dari segi emosi
pula, sokongan keluarga tidak kurang pentingnya. Selain itu, guru juga hendaklah mempunyai pemikiran
yang positif dan sentiasa yakin bahawa matlamat mereka akan tercapai.

c) Evaluation ( penilaian )

Guru hendaklah memikirkan bahawa adakah matlamat mereka akan tercapai ataupun tidak tercapai.
Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa halangan yang akan dihadapi oleh mereka untuk
mencapai matlamat yang diingini. Halangan yang paling besar adalah datangnya dari diri mereka sendiri.
Dalam kes ini, motivasi intrinsik memainkan peranan yang paling penting untuk menyelesaikan masalah
mereka. Maka guru perlu memikirkan langkah yang terbaik untuk meningkatkan motivasi intrinsik
mereka. Halangan yang seterusnya datang dari keluarga guru itu sendiri. Perkara yang baik perlu
mendapat sokongan dari keluarga sama ada pasangan, anak-anak mahupun ibu bapa. Sokongan dari
pentadbir dan rakan sejawat tidak kurang pentingnya.

d) Plan (perancangan)

Setelah membuat penilaian dan menyenaraikan matlamat, guru perlulah membuat perancangan
tindakan yang ingin dilakukan. Senarai yang dibuat perlulah mendahulukan perkara yang lebih penting
dulu. Pada masa yang sama, guru perlulah sentiasa menanamkan azam yang kuat untuk melakukan
aktiviti tersebut demi mengatasi masalah penyalahgunaan masa. Guru hendaklah melakukan muhasabah
diri agar dapat memikirkan perkara yang dilakukan adalah adalah kea rah kebaikan. Antara aktiviti yang
boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:

a. Masuk ke kelas awal dan keluar tepat pada masanya.

b. Melakukan reflesi pengajaran dan pembelajaran.

c. Berbincang dengan Ketua Panitia dan rakan-rakan sejawat mengenai hal-hal pengajaran dan
pembelajaran.

d. Meneroka maklumat baru dari internet atau jurnal-jurnal pendidikan.

e. Menjalankan penyelidikan tindakan.

f. Memberikan latihan yang mencukupi dan memenuhi standard kecukupan.

Selain itu, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa
terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka
peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adalah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga
perlu berusaha mengenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang
bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor.
Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan
mengenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan
berulang. Dengan cara ini, guru-guru akan sedar kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Rakan sejawat
perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan
supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya. Selain itu, individu
yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara
yang boleh dilakukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan.
Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan
menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih
kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat-sifat yang ideal
sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat
dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Masa adalah sangat berharga kepada manusia. Di dalam al-Quran, Surah Al-Asr, Allah menerangkan
kepada manusia tentang kepentingan masa. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali
mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada
kesabaran. Maka, di dalam Islam itu sendiri telah menyatakan bahawa manusia yang tidak
menggunakan masa dengan betul adalah orang-orang yang kerugian. Tugas guru adalah sebagai
penyampai ilmu pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba menerapkan kepentingan masa kepada murid,
maka, kita sebagai guru boleh dikatakan tidak berjaya memberi satu ilmu yang amat berguna. Pepatah
Arab ada menyebut bahawa masa adalah ibarat pedang. Jika kita tidak menggunakan untuk memotong,
ia akan memotong kita. Pepatah Cina pula menyebut bahawa semua bunga yang bakal berkembang pada
hari esok adalah benih pada hari ini. Sebagai guru, kita hendaklah menghargai masa yang diberikan
kepada kita terutamanya dalam waktu persekolahan. Ada juga yang mengatakan bahawa bertangguh itu
pencuri masa. Orang yang tidak tahu menggunakan masa pula dikatakan orang yang mati. Kesemua kata-
kata hikmat di atas menunjukkan kepentingan masa yang perlu dihayati insan bernama guru.

Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa adalah melanggar etika
profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan masa juga melibatkan hokum agama yang
mengundang kepada rezeki yang halal. Sebagai guru, seharusnya kita menggunakan masa yang
diperuntukkan kepada kita dengan perkara-perkara yang dapat member faedah yang berguna untuk
pelajar-pelajar kita. Sebagai guru, kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat penting dan perlu
diberi perhatian. Justeru seluruh warga pendidik perlu memberikan komitmen yang tinggi untuk
membentuk murid-murid ini menjadi warganegara yang berguna, berilmu, berdisiplin dan
berketrampilan.
Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter,1986)

a. Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)


-mula mempelajari cara mengajar
-mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran
-masih belum dapat menangani tugas - tugas harian seorang guru
-dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru profesional melalui kursus
yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan

b. Peringkat Novis Lanjutan (sekitar 3 tahun berkhidmat)


-menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P.
-pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri
-bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis lanjutan

c. Peringkat Cekap (sekitar 5 tahun berkhidmat)


- memiliki kelayakan ikhtisas
-lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid
-memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus
-memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang
berbeza

d. Peringkat Mahir (Sekitar 10 Tahun)


-Mahir dalam bidangnya
-Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar
-gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan berdasarkan intuisi
-kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan
sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik.
e.Peringkat Pakar (Sekitar 15 tahun)
-guru yang gemilang dan terbilang
-dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih mempunyai gaya
pengajaran yang lancar.
-orang yang berautoriti dalam profesionnya
-idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik darjah.

IMPLIKASI KEPADA GURU: PERJALANAN DARI NOVIS KE PAKAR

-kecekapan seseorang guru harus mengambil kira tujuh teras pengetahuan:


1. isi kandungan
2. pedagogi am
3.kurikulum
4.kandungan pedagogi
5.tentang pelajar dan ciri - ciri pelajar
6.tentang konteks pendidikan
7.tentang falsafah, matlamat dan nilai pendidikan

Pengetahuan kandungan pedagogi merupakan kebolehan seseorang guru untuk menyampaikan


kefahaman isi kandungannya melalui pelbagai strategi dan kaedah pengajaran agar pelajar dapat
mencapai kefahaman dan menunjukkan pencapaian dalam pembelajaran tersebut.

Perbandingan kandungan pengetahuan pedagogi guru novis dan guru pakar:

Guru Novis

-pengetahuan isi kandungan adalah terhad secara diskret/berasingan


-tindakan pedagogi adalah terhad, menjurus kepada kaedah penyampaian pengetahuan dan prestasi
pengajaran

Guru Pakar

-pengetahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat mengaitkan dengan konteks yang berbeza secara
bersepadu
-tindakan pedagogi adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai
-mengajar dengan mengambil kira cara pelajar belajar, cara pelajar membina konsep dalam perwakilan
struktur kognitifnya
-memberikan fokus kepada pengetahuan sedia ada, pemikiran pelajar dan boleh mengubahsuai
perancangan kurikulumnya secara mental agar bersesuaian dengan keperluan konteks.
Perkara yang Perlu Diberi Penekanan:

-sokongan dan bimbingan semasa program keguruan


-latihan atau aktiviti menjurus perkembangan domain pengetahuan spesifik
-kursus - kursus ditawarkan dalam program latihan keguruan menyeimbangkan teori dan amali
-penghayatan pengurusan bilik darjah

i. Do it Right First Time (DIRFT)

Pada peringkat ini setiap kerja yang anda lakukan mesti bebas daripada buat salah dan silap kerana salah
dan silap boleh dielak dan dicegah. Ini bermaksud setiap kerja dan tugasan yang dilakukan mesti
dilakukan dengan cekap dan mengurangkan kesilapan. Pada tahap yang lebih tinggi ertinya guru-guru
mesti mengajar dengan cekap dan betul manakala para murid mesti belajar dengan betul dan sentiasa
buat betul. Kesimpulannya semua guru dan murid mesti faham dan menjadikan prinsip ini sebagai
prinsip uatama untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

ii. Guru mengajar Murid Belajar

Pada peringkat ini pula semua guru mesti faham bahawa tanggungjawab utama guru adalah untuk
mengajar, bukan pergi ke sekolah sekadar untuk berbual kosong atau meluaskan rantaian MLM mereka.
Untuk mendapatkan mutu pengajaran yang berkesan, setiap guru perlu membuat persediaan mengajar
dari segi mental, fizikal dan spiritual, penuh semangat dan berwibawa. Prinsip paling utama tidak ada
kelas yang dibiarkan tanpa guru. Kemudian murid pula perlulah belajar dengan betul, bersungguh-
sungguh dan tidak main-main, tidak mengganggu rakan-rakan yang lain serta belajar dengan penuh
keriangan dan kefahaman. Situasi yang dinyatakan itu tadi memerlukan anda menjadi seorang guru yang
cekap dalam mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya para murid dapat belajar dalam
suasana yang kondusif.

iii. Berkongsi Visi Yang Sama

Seterusnya pada peringkat ini semua guru mesti memahami dan menghayati hala tuju sekolah yakni
hendak menjadikan sekolah suatu organisasi yang berkesan, sekolah berwatak dan boleh menjadi
sekolah model. Prinsip utamanya semua murid adalah normal dan berpotensi mencapai prestasi
akademik yang cemerlang dan gemilang. Apa jua visi yang hendak direalisasikan bukan hak kepunyaan
Guru Besar seorang tetapi menjadi hak kepunyaan semua guru dan berpegang teguh dengan kata-kata
keramat Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh. Bagi mencapai matlamat berkenaan, semua guru di
sesebuah sekolah haruslah menggembleng tenaga dengan berkongsi kecekapan mereka demi
menjayakan visi sekolah.

iv. Bakti Disemai Bukti Dituai


Prinsip ini bermaksud bahawa apa jua yang guru ajar (dan buat) itulah yang akan menjadi hasilnya.
Apatah lagi kalau guru-guru tidak mengajar dengan sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap guru
perlulah melaksanakan tugasnya dengan penuh kecekapan supaya hasilnya juga nanti akan memuaskan
hati semua pihak. Prinsip utamanya apa jua yang guru buat (dan atau tidak buat) akan menentukan
prestasi atau pencapaian murid seterusnya.

v. Penambahbaikan berterusan

Prinsip ini menunjukkan bahawa untuk mencapai kualiti tidak ada had dan sempadan. Guru mesti
sentiasa melakukan Kaizen (Continuous Improvement) dalam semua aspek kerja terutamanya aktiviti
yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Prinsip utamanya mesti tidak mudah merasa
berpuas hati dengan status kini tetapi sentiasa memikir dan mencari jalan bagi meningkatkan segala-
galanya supaya hasil kerja kurikulum, kokurikulum, pengurusan data dan maklumat, kebajikan dan
keselamatan serta keceriaan fizikal dan persekitaran sentiasa dipertingkatkan sepanjang masa. Sekiranya
guru tidak melaksanakan tugas dengan cekap, mustahil penambahbaikan akan dapat dilakukan. Oleh
yang demikian, kecekapan guru sangat diperlukan untuk membolehkan penambahbaikan secara
berterusan akan terus berlaku.

vi. Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada Menyelesai Masalah

Menerusi prinsip ini tidak cukup bagi seseorang guru jika sekadar boleh menyelesaikan masalah sahaja
lebih-lebih lagi sudah tahu perkara yang akan menjadi maslah. Jadi yang diutamakan ialah kebolehan
mencegah masalah suapaya tindakan awal yang preventive bukan remedial dapat dibuat dengan
berkesan. Kesimpulannya semua guru mesti cekap bertindak serta ada sikap proaktif dan hasilnya semua
orang tidak akan menghadapi masalah. Melalui cara ini sekolah yang kondusif untuk proses
pembelajaran dan pengajraan yang berkesan akan dapat dibentuk.

vii. Guru Sebenar Guru

Ini memerlukan guru yang benar-benar cekap. Guru yang sebenar akan ke sekolah tidak jemu dan
mengajar pula tidak lesu. Untuk menjadi guru yang sebenar, anda perlulah menjadi seorang guru yang
cekap, dedikasi, komited dan bertanggungjawab serta tidak akan mengkhianati tugas dan muridnya.
Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas mengajar dan mendidik satu pekerjaan yang
sangat mulia. Guru mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja
mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah.

Guru-guru yang cekap tidak akan cepat melatah atau menyalahkan keadaan dan tempat sebelum
menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu di samping berusaha meningkatkan keterampilan dan
kewibawaan diri. Guru sebenar guru tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi
seperti selalu ponteng, bnyak beri alasan dan helah, sering mengelakkan diri daripada menerima tugas
dan tanggungjawab, menganggap sekolah hanya tempat kerja sementara atau beri alasan tidak cukup
masa. Guru sebenar guru tidak akan menunjukkan ciri-ciri orang malas ketika berada di dalam kelas
tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria, cekap dan bersemangat.
Kejayaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dalam usaha membangunkan satu
sistem pendidikan bertaraf dunia adalah satu tugas besar yang perlu dihayati dan mendapat sokongan
serta kerjasama seluruh anggota pendidikan negara bagi membangunkan modal insan yang bersifat
menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi di samping melahirkan modal insan yang
berpengetahuan dan berkemahiran. Oleh itu sebagai bakal guru yang akan bertugas di sekolah nanti,
anda perlu sedar bahawa anda mempunyai tugas yang besar dan mencabar bagi memperkasakan bukan
sahaja sekolah tetapi yang lebih penting lagi dapat meningkatkan kecekapan diri sendiri menjadi guru
yang sebenarnya guru.

Perkembangan profesionalisme keguruan harus menjadi prioriti dalam perancangan kerjaya setiap guru.
Cabaran-cabran yang dihadapi guru masa kini dan masa depan semakin meningkat. Isu yang dihadapi
bukan sahaja sekadar masalah murid dan peralatan, tetapi lebih jauh daripada itu termasuk cabaran
terhadap kemampuan kecekapan guru menghadapi masyarakat berasaskan ilmu serta jati diri dalam
mengharungi isu-isu nilai yang lebih global. Profesion keguruan sentiasa tercabar dengan pelbagai isu
pendidikan. Guru masa kini tidak mungkin dapat bertahan dan mempertahankan kredibiliti mereka
tanpa menunjukkan ciri-ciri kecekapan profesionalisme seperti profesion-profesion yang lain.

Agen Perubahan

- Masalah sosial masyarakat satu cabaran besar kepada tanggungjawab guru.


- Guru berperanan mengawal kepincangan ini.
- Oleh itu guru perlu membina kesepaduan ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid.
- Menerapkan nilai kepimpinan demokratik.
- Peranan guru sebagai agen perubahan meliputi
- Menggunakan strategi pemusatan murid
- Mengawal sikap penyayang
- Bersikap proaktif
- Bersedia menghadapi perubahan

10) Pengurus Pembelajaran

- Meningkatkan keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial.
- Mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar.
- Memudahkan guru mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pelajar.
- Pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan diskriminasi.
- Memupuk nilai persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar.
- Mengurus pelbagai rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid.
- Menguruskan persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan membuat rujukan pada bahan lain
yang terkini.
- Mengurus perancangan penilaian termasuk prosedur dan BBM.
- PERANAN GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN DI SEKOLAH.
-
- Mengikut Hussein (1993), peranan yang perlu dimainkan oleh Guru Besar itu meliputi
tiga aspek iaitu sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin. Sebagai pengurus, Guru
Besar bertanggungjawab terhadap belanjawan dan kewangan sekolah, pengagihan
sumber dan sebagainya. Sebagai pentadbir Guru Besar bertanggungjawab terhadap
tugas-tugas pentadbiran yang meliputi penilaian kerja-kerja stafnya, pengurusan ha-hal
rasmi, penjadualan kerja dan waktu belajar. Guru Besar juga harus pakar dalam
pendidikan. Dia diharapkan dapat menjalankan peranan sebagai pemimpin. Tugas
memimpin ini perlu ditumpukan kepada aspek teras teknik. Oleh itu ia perlu menunj
ukajar para guru di sekolahnya dalam hal-hal kurikulum dan pedagogi. Ia juga perlu
memberi semangat, mendorong dan memberansangkan guru dan pelajar di bawah
jagaannya supaya bekerja dan belajar bersungguh-sungguh. Guru Besar sendiri perlu
menunjukkkan contoh teladan yang boleh diikuti dan disegani oleh para guru dan
pelajar sekolahnya. Tugas ini merupakan tugas pemimpin.
-
- Mc Pherson dan Crowson (1987) menyatakan peranan seorang Guru Besar bertindan-
tindih sebagai seorang guru, pengurus dan pemimpin. Walau apa pun Guru Besar tidak
boleh melarikan diri daripada melaksanakan peranan utamanya dalam aktiviti
pengajaran.
-
- Peranan Guru Besar mengikut Drake dan Roe (1980) adalah functionally-
dualistic; melihat peranan Guru Besar dari dua dimensi iaitu pentadbiran-pengurusan
dan pemimpin pendidikanpengajaran. Sebagai pentadbir dan pengurus sekolah, Guru
Besar bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan sesebuah sekolah dan
kemajuannya. Manakala sebagai pemimpin pendidikan-pengajaran ialah memberi
kepimpinan, galakan, sokongan kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam masa yang sama Guru Besar perlu berusaha memimpin sekolah
untuk mewujudkan persekitaran sosial yang sihat dan memberansangkan pengajaran
dan pembelajaran.
-
- Lipham, et al., (1985) dalam bukunya yang bertajuk The Principalship :
Concept, Competencies and Cases menganggap Guru Besar mempunyai potensi yang
besar dalam kepimpinannya. Sebagai pemimpin pendidikan di sekolah tugas utama
seorang Guru Besar adalah menjalankan kepimpinannya dalam bidang
pendidikan. Mereka mengemukakan lima peranan kepimpinan Guru
Besar: menentukan matlamat sekolah; mengelola sekolah; memajukan lagi cara-cara
membuat keputusan; dan melaksanakan perubahan pendidikan
-
- Menurut Robiah Sidin & Warnoh Katiman (1999) peranan Guru Besar boleh dibahagikan
kepada dua kategori iaitu:
-
- (a) Peranan Pentadbiran dan pengurusan:
-
- (i) Hal perkhidmatan kakitangan
-
- (ii) Hal kewangan
-
- (iii) Hal bangunan dan pembangunan
-
- (iv) Perbekalan
-
- (v) Hal perhubungan dengan pihak atasan.
-
- (b) Peranan Profesional:
-
- (i) Pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum
-
- (ii) Perkembangan staf
-
- (iii) Pembimbing dan kaunselor.
-
- (iv) Perhubungan antara sekolah dengan komuniti.
-
- (v) Penyeliaan dan penilaian.
-
- (vi) Pemimpin pengajaran
-
- (vii) Hal ehwal pelajar.
-
- Peranan pengurusan kurikiulum, bimbingan dan kaunseling, perkembangan
staf, penyeliaan boleh dikategorikan sebagai pemimpin pengajaran.
-
- Kajian oleh Ramlah Sulaiman (1988) tentang Peranan Unggul Dan Sebenar Guru Besar
Sekolah telah mengenalpasti lima kategori fungsi Guru Besar yang merupakan fungsi
pentadbiran-pengurusan dan satu kategori sahaja yang dikenali sebagai fungsi
pengajaran. Lima kategori fungsi pentadbiran pengurusan itu ialah yang berkaitan
dengan:
-
- (a) Staf sekolah.
-
- (b) Murid sekolah
-
- (c) Kewangan dan kemudahan fizikal
-
- (d) Perhubungan sekolah dan masyarakat.
-
- Noran Fauziah (1990) menyatakan Guru Besar memainkan dua peranan utama iaitu
sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran. Kesimpulannya peranan Guru
Besar meliputi pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran bukan pengajaran (non-
instructional) dan pelbagai aspek pengajaran (instructional).
-
- 6.0. GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENTADBIRAN
-
- Barrow (1977) menyatakan kepimpinan pentadbiran ialah pola-pola tingkahlaku (secara
relatif) yang bersekutu dengan kedudukan seseorang itu sebagai seorang
pemimpin. Tingkahlaku ini adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau mengarah
individu atau kumpulan bagi mencapai tugasan dan objektif yang ditetapkan terlebih
dahulu untuk organisasi. Dalam organisasi formal tingkahlaku ini adalah berkaitan
dengan peranan-peranan formal seorang pemimpin itu.
-
- Merujuk kepada kertaskerja Institut Aminuddin Baki bertajuk Kepimpinan Guru Besar
Sekolah (1997) dhuraikan beberapa tugas Guru Besar sebagai pemimpin pentadbiran
iaitu:
-
- (a) Kewangan dan bekalan
-
- Dalam konteks pentadbiran kewangan sekolah, Guru Besar tertakluk kepada
peruntukan yang terdapat di bawah Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Audit Rules
1962. Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan
kewangan. Guru Besar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan jelas dalam
pengurusan hal-hal kewangan sekolah dengan memastikan penggunaan wang secara
optima. Guru Besar perlu mengagihkan peruntukan kewangan bagi sekolahnya untuk
memenuhi keperluan kurikulum, pembelian alat dan kelengkapan sekolah
-
- (b) Pembangunan Fizikal
-
- Sebagai pemimpin Guru Besar juga berperanan mengetahui keperluan fizikal untuk
memenuhi segala kehendak kurikulum. Peranan utama Guru Besar ialah memastikan
wujud bilik darjah yang beriklim selesa seperti saiz bilik darjah dan ketinggian kerusi
meja yang sesuai.
-
- (c) Penyebaran maklumat
-
- Tugas pentadbiran Guru Besar juga dilihat dari segi kebolehannya menyebarkan
maklumat-maklumat tertentu kepada guru-guru, kakitangan, ibubapa dan masyarakat
setempat mengenai ordinan-ordinan pelajaran, buku panduan sekolah dan surat-surat
pekeliling seperti pakaian dan dan persatuan. Pemimpin pentadbiran juga kadangkala
berperanan sebagai resource providers atau brokers.
-
- (d) Perkembangan kakitangan
-
- Seorang Guru Besar mesti dapat mengawal dan mendorong supaya wujud suasana
kerjasama di kalangan guru dan kakitangan.. Andrew dan Soder (1987) menyatakan
pemimpin pentadbiran mengambil tindakan mengarah staf, menggunakan sumber-
sumber yang ada di sekolah masing-masing supaya visi dan matlamat sekolah dapat
dicapai. Sebagai pemimpin pentadbiran para Guru Besar perlu memberi pertolongan
kepada staf kerana fungsi utama kepimpinan pentadbiran ialah untuk memudahkan
pencapaian matlamat dan objektif sekolah (Sergiovanni 1977). Ini dapat dibuat dengan
menyediakan sistem maklumat tentang dasar, peraturan dan undang-undang dan
sebagainya untuk guru-guru.
-
- 7.0. GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENGAJARAN
-
- 7.1. Konsep Dan Matlamat Kepimpinan Pengajaran
-
- Kepimpinan pengajaran sangat penting bagi seseorang Guru Besar bagi merealisasikan
sekolah cemerlang. Tujuannya ialah untuk meningkatkan mutu pengajaran dalam sistem
pembelajaran. Mengikut Bevoise (1984) dan Duke (1987), kepimpinan pengajaran
melibatkan empat aspek utama:
-
- (a) Pembangunan staf.
-
- (b) Bimbingan atau pengurusan pembelajaran.
-
- (c) Sokongan pengajaran.
-
- (d) Kawalan mutu yang dilakukan melalui pengesanan dan penilaian terhadap prestasi
guru dan pelajar dengan kerjasama semua staf.
-
- Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger dan Murpy (1987) adalah
merujuk kepada peranan Guru Besar dalam menentukan matlamat sdekolah, mengurus
program pengajaran dan mewujudkan iklim pembelajaran untuk meningkatkan
pengajaran dan pembelajara di sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut meliputi sebelas fungsi
iaitu:
-
- (a) Penentuan matlamat sekolah.
-
- (b) Penyebaran matlamat sekolah.
-
- (c) Pencerapan dan penilaian pengajaran.
-
- (d) Penyelarasan kurikulum.
-
- (e) Pengawasan kemajuan pelajar.
-
- (f) Penjagaan waktu pengajaran
-
- (g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran.
-
- (h) Pengukuhan usaha guru
-
- (i) Penggalakan perkembangan profesional.
-
- (j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar.
-
- (k) Pemberian insentif untuk pembelajaran.
-
- Morgan dan Hall (1982) dalam Ramaiah (1999) mengkategorikan peranan-peranan
Guru Besar sebagai pemimpin pengajaran seperti di bawah:
-
- (a) Profesional pendidikan
-
- Merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal berkaitan dengan
pendidikan yang meliputi tugas-tugas menetapkan matlamat, kurikulum dan
pengurusan sumber fizikal.
-
- (b) Pengurusan operasi
-
- Merujuk kepada tugas-tugas seperti merancang, mengorganisasi, mengawal dan
menyelaras, pengagihan tugas; penilaian pengajaran dalam bilik darjah dan
penyelenggaraan sumber fizikal sekolah.
-

- (c) Pengurusan sumber manusia


-
- Merujuk kepada tugas-tugas motivasi kakitangan akademik dan pelajar, perkembangan
kakitangan ; resolusi konflik; dan komunikasi.Peranan sebagai pemimpin pengajaran
dan kurikulum ini meliputi pelbagai tugas termasuk penyeliaan dan cerapan serta
penilaian pengajaran pembelajaran di bilik darjah
-
- 7.2 Kecekapan-kecekapan Guru Besar Dalam Kepimpinan Pengajaran.
-
- Terdapat beberapa ciri penting yang diperlukan Guru Besar bagi menjalankan
kepimpinan pengajaran dengan cara yang berkesan. Aspek itu ialah
sikap, pengetahuan dan kemahiran Guru Besar. Seorang Guru Besar tidak mungkin
dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan jika dirinya tidak mempunyai cukup
pengetahuan, kemahiran dalam bidang atau tugas yang hendak
disempurnakannya. Prestasi Guru Besar dalam kepimpinan pengajaran merupakan
penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang relevan yang dimilikinya dan ditunjukkan
atau dilakukan menerusi tindakan atau tingkahlakunya. Terdapat lima kecekapan
fungsian Guru Besar yang disarankan dalam kepimpinan pengajaran iaitu:
-
-
- 7.2.1 Menetapkan wawasan sekolah
-
- Seorang Guru Besar perlu mempunyai kebolehan mewawasankan
sekolahnya. Wawasan ini akan memberi panduan bagi tindakan-tindakan yang akan
diambil oleh Guru Besar. Kebolehan untuk menetapkan misi dan wawasan sekolah
merupakan keperluan yang semestinya ada pada Guru Besar sekolah untuk mencapai
matlamat.
-
-
- 7.2.2 Kurikulum dan pengajaran.
-
- Guru Besar perlu mahir dalam tugasan pengajaran. Analis kajian juga menunjukkan
kemahiran perlu dalam empat bidang iaitu pengajaran, penilaian, penyeliaan dan
perkembangan staf (Keefe (1987) & Duke (1982). Ini bermakna kemahiran dan
kecekapan dalam kandungan kurikulum, pemilihan jenis penilaian kurikulum dan aktiviti
pembelajaran, kaedah pengajaran dan pengurusan kelas yang berkesan dikatakan
syarat penting untuk melaksanakan peranan sebagai pemimpin pengajaran. Seorang
Guru Besar dikatakan harus berpengetahuan dan berkemahiran dalam perkembangan
atau kemajuan kurikulum serta berkebolehan dalam meningkatkan mutu pengajaran di
sekolahnya.
-

- 7.2.3 Kemahiran pengurusan.


-
- Kemahiran dalam perancangan meliputi kebolehan untuk membuat
ramalan , menganalisis atau mentafsir maklumat, membuat program dan penilaian
program. Leithwood dan Montgomery (1968) dalam Hussein (1993) mendapati Guru
Besar yang berkesan mahir dalam merancang strategi di sekolah. Selain itu Guru Besar
juga perlu mahir mengelola untuk mengelakkan kegagalan pelaksanaan sesuatu
program.
-
-
- 7.2.4 Hubungan manusia dan komunikasi.
-
- Seorang Guru Besar juga perlu cekap dalam hubungan manusia iaitu hubungan personal
dan komunikasi dalam pengurusan. Kemahiran ini amat penting dalam kepimpinan
pengajaran kerana Guru Besar perlu berinteraksi dan meminpin ahli-ahli yang sama di
dalam dan di luar kelas. Kemahiran komunikasi yang diperlukan Guru Besar meliputi
kemahiran dalam menyuruh, memotivasi dan berunding dengan orang lain.
-
- 7.2.5 Sikap.
-
- Sikap memandu tingkahlaku. Dalam kajian sekolah berkesan, para Guru Besar yang
dilabelkan sebagai pemimpin pengajaran mempunyai sikap positif terhadap
pembelajaran pelajar. Mereka mempercayai bahawa setiap pelajar boleh belajar dan
boleh diajar.
-
- Smith dan Andrew (1989) menyatakan terdapat beberapa kriteria yang patut dilakukan
oleh orang yang bertindak sebagai pemimpin pengajaran untuk mempastikan
pencapaian akademik pelajar iaitu:
-
- (a) Memastikan penggunaan sumber yang berkesan. Guru Besar haruslah
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada pada seseorang guru.
-
- (b) Guru Besar harus mengetahui keberkesanan sesuatu pengajaran.
-
- (c) Komunikasi yang baik di antara Guru Besar dengan guru-guru.
-
- (d) Guru Besar harus mengetahui matlamat semasa yang harus dicapai oleh sekolah.
-
- Untuk menjadi seorang pemimpin pengajaran yang berjaya, seorang Guru Besar juga
haruslah mempunyai kewibawaan dan kekuasaan dalam membuat sebarang
keputusan. Dwyer, et al (1984) dan Blumberg dan Greenfield (1986) mendapati antara
ciri-ciri utama pemimpin pengajaran yang berjaya ialah:
-
- (a) Mereka memberi perhatian berat kepada pelajar
-
- (b) Mampu mengubahsuai cara mereka apabila diperlukan.
-
- (c) Pembaharu yang mengekalkan matlamat asas.
-
-
- 7.3 Mengapa Guru Besar Perlu Menjadi Pemimpin Pengajaran.
-
- Kajian-kajian mengenai sekolah berkesan menyarankan bahawa Guru Besar sekolah
seharusnya berperanan sebagai pemimpin pengajaran (instructional leaders) kerana
kepimpinan pengajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan (Cawelti
1980) dan prestasi akademik yang cemerlang. Ertinya jika Guru Besar memainkan
peranannya sebagai pemimpin pengajaran di sekolahnya maka proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di bilik darjah akan berlaku. Kajian kajian sekolah
berkesan menghuraikan tingkahlaku-tingkahlaku kepimpinan Guru Besar yang dikatakan
berkesan, iaitu tingkahlaku-tingkahlaku yang positif yang mendorong ke arah
berlakunya proses pengajaraan pembelajaran yang berkesan yang seterusnya
mempengaruhi prestasi murid untuk menjadi baik. Tingkahlaku-tingkahlaku ini
termasuklah;
-
- (a) Mengutamakan pencapaian prestasi murid.
-
- (b) Menetapkan strategi-strategi pengajaran yang berkaitan dengan pencapaian prestasi
murid.
-
- (c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang teratur dan baik.
-
- (d) Sentiasa menilai pencapaian murid.
-
- (e) Menyelaras program pengajaran pembelajaran.
-
- (f) Memberi sokongan kepada guru.
-
- Guru Besar yang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan dapat memberi
galakan dan dorongan yang kuat kepada guru untuk merancang dan melaksanakan
tugas pengajaran. Cooperman (1994) dalam kajiannya The Principal : An Educational
Leader menekankan terdapat tiga perkara asas yang mesti dilaksanakan oleh Guru
Besar untuk mempertingkatkan pembelajaran di sekolah iaitu:
-
- (a) Disiplin - iaitu mewujudkan iklim pembelajaran.
-
- (b) Kursus-kursus yang diajar terangkan dengan jelas apa yang akan diajar.
-
- (c) Penyeliaan pengajaran - mempastikan apa yang perlu diajar telah diajar dengan
baik.
-
- Jelasnya Guru Besar mesti mewujudkan persekitaran pembelajaran di sekolah. Selepas
itu mereka perlu memastikan isi kandungan pembelajaran adalah kukuh dan tekal.
Kepimpinan pengajaran dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran
malahan pemupukan kebolehan guru serta membentuk dan menyelaras daya usaha
guru. Yang penting Guru Besar mesti memainkan fungsi pengajaran (Edmond
1979, Ubbens dan Hughes (1997).
-
-
- 8.0 CIRI-CIRI KEPIMPINAN GURU BESAR SEKOLAH CEMERLANG
-
- 8.1 Kualiti Pemimpin Berkesan
-
- Bagi melahirkan sekolah berkesan dan cemerlang kepimpinan Guru Besar hendaklah
menunjukkan kualiti yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kepimpinan Guru Besar
bergantung kepada banyak faktor. Hussein Mahmood (1993) mengatakan antaranya
termasuklah faktor keGuru Besaran sendiri, sikap dan orientasi (reaktif atau
proaktif), komitmen dan gaya kepimpinan.
-
-
-
- Guru Besar yang berkesan akan dapat memastikan kejayaan dan perlaksanaan strategi
di sesebuah sekolah cemerlang. Ainscow (1991) menyatakan seorang Guru Besar yang
berkesan harus mempunyai kualiti berikut:
-
- (a) Mempunyai visi untuk organisasi.
-
- (b) Berkebolehan untuk menyampaikan visi untuk memperolehi komitmen staf.
-
- (c) Menukarkan visi kepada tindakan.
-
- (d) Stail pengurusan terbuka tetapi tegas.
-
- (e) Percaya kepada kebolehan staf.
-
- (f) Keazaman menetapkan objektif yang mencabar.
-
- (g) Kebolehan merancang dengan fleksible.
-
- (h) Kebolehan memperolehi segala sumber terutamanya sumber manusia.
-
- (i) Kebolehan memberi motivasi kepada staf.
-
- Menurut Clark F (1996) pemimpin berkualiti ialah mereka yang mempunyai halatuju
yang jelas, dapat menyesuaikan diri dengan perubahan, dapat menyusun, memotivasi
dan memberi dorongan kepada stafnya. Jelasnya pemimpin ini mempunyai
strategi, dasar, struktur dan budaya.
-
-
-
- Ubben dan Hughes (1997) juga menyatakan Guru Besar sekolah cemerlang
menunjukkan gaya kepimpinan yang mantap, tegas, berwibawa dan berkemampuan
mengawal suasana yang teratur serta penekanan pada pencapaian
kecemerlangan. Sementara Zaidatol (1990) menyatakan pemimpin yang berkesan ialah
pemimpin yang mengambilkira kebajikan pekerja dan berkebolehan merancang dan
mengelola serta mengawasi perjalanan sesuatu organisasi. Persell dan Cookson (1982)
telah menjalankan kajian tentang keberkesanan kepimpinan di sekolah. Mereka telah
mengenalpasti lapan ciri yang ada pada Guru Besar yang dapat mengurus dan
mentadbir sekolah dengan berkesan. Lapan ciri itu ialah:
-
- (a) Menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap matlamat sekolah.
-
- (b) Mewujudkan iklim jangkaan yang tinggi.
-
- (c) Berfungsi sebagai ketua institusi.
-
- (d) Bersedia berbincang secara berkesan dengan rakan lain.
-
- (e) Dapat mewujudkan suasana yang teratur dan berdisiplin.
-
- (f) Berupaya menggerakkan sumber.
-
- (g) Dapat menggunakan masa yang baik.
-
- (h) Boleh menilai keputusan.
-
- Kajian tentang sekolah berkesan pula banyak menyarankan tentang kepimpinan cara
demokratik yang dikatakan lebih berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kajian-
kajian lain juga menunjukkan produktiviti sesebuah firma lebih bergantung kepada gaya
kepimpinan ketuanya yang dikatakan lebih bercorak kepada gaya orientasi tugas (task
oriented) dan orientasi manusia (person oriented). Ini bermakna kedua gaya
kepimpinan iaitu gaya orientasi tugas dan orientasi manusia perlu digunakan mengikut
keperluan keadaan. Pengkaji-pengkaji dalam bidang kepimpinan organisasi memang
bersetuju tentang penggunaan pelbagai gaya kepimpinan oleh pemimpin mengikut
keadaan. Hoyle (1986) menganggap seorang pemimpin berkesan bukan sahaja dinilai
dari segi perhubungan peribadi tetapi juga dari segi kepekaan tentang prestasi tugas
yang telah dilaksanakan.
-
Hodgkinson (1983) menyenaraikan empat petunjuk keberkesanan kepimpinan seorang
pemimpin iaitu perlu tahu bidang tugas, situasi, rakan sejawat dan kenal diri
sendiri. Keempat-empat petunjuk itu dapat dibahagikan kepada dua rumpun:

- (a) Di peringkat sekolah atau jabatan, seorang Guru Besar mesti mempunyai
pengetahuan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan. Ini termasuk pengetahuan
tentang dasar-dasar pendidikan yang dapat diperolehi melalui bacaan, kursus, seminar
serta melalui interaksi dengan Guru Besar-Guru Besar yang lain.
-
- (b) Pengetahuan tentang sekolah, iaitu latarbelakang sosial pelajar, aspirasi
ibubapa, sumber yang ada pada komuniti dan peluang pekerjaan.
-
- Berdasarkan kajian tentang sekolah berkesan, Sweeney (1983) mengenalpasti enam ciri
kepimpinan Guru Besar yang tekal kaitannya dengan keberkesanan sekolah. Ciri-ciri
tersebut ialah:
-
- (a) Guru Besar memberi penekanan terhadap pencapaian para pelajar dalam bidang
akademik.
-
- (b) Guru Besar menyusun dan menetapkan strategi pengajaran.
-
- (c) Guru Besar menyelia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah.
-
- (d) Guru Besar menyelaras program pengajaran.
-
- (e) Guru Besar kerap menilai pencapaian pelajaran para pelajarnya.Guru Besar
membantu dan memberi semangat kepada para guru.
-
- Menurut Hoy & Miskel (1987) terdapat lima dimensi kepimpinan yang boleh dikaitkan
dengan sebuah sekolah yang cemerlang iaitu;
-
- (a) Aspek teknikal - pemimpin teknikal ialah seorang yang menguasai teknik-teknik
pengurusan yang cekap seperti pengurusan masa.
-
- (b) Aspek kemanusiaan sentiasa memberi dorongan serta peluang untuk maju
kepada guru-guru dan staf sokongannya.
-
- (c) Aspek pendidikan Guru Besar sebagai pemimpin pendidikan perlu mempunyai
kepakaran dan pengetahuan bidang profesional dan cekap dalam mengenalpasti
masalah-masalah pendidikan serta memahami kehendak kurikulum.
-
- (d) Aspek simbolik - menyedarkan masyarakat sekolah tentang nilai-nilai yang
dianggap penting seperti kerajinan.
-
- (e) Aspek budaya - Guru Besar perlu mengukuhkan segala nilai dan unsur positif yang
memberi identiti kepada sekolah.
-
-
- 8.2 Sifat Guru Besar Unggul
-
- Sebagai pemimpin dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Guru Besar
bertanggungjawab kepada pemerintah yang melantiknya, kepada ibu bapa yang
menyerah anak-anak kepadanya, kepada guru-guru yang diajak bekerjasama, kepada
murid-murid yang menyerahkan pendidikan mereka kepadanya. Justeru itu Guru Besar
wajib memiliki syarat-syarat dan sifat pemimpin yang baik (Ibrahim Mamat 1998):
-
- (a) Syarat lahiriah - yang paling penting ialah kelulusan akademik dan profesional yang
sesuai.
-
- (b) Syarat Rohani rasa tanggungjawab terhadap tugas.
-
- (c) Kewibawaan - peribadi, pengetahuan, budi pekerti, pengalaman, sikap terhadap
Tuhan dan sesama makhluk.
-
- (d) Dedikasi - semangat pengabdian terhadap tugas.
-
- (e) Kebolehan - supaya dapat berhadapan dengan cabaran.
-
- (f) Keyakinan pada diri.
-
- (g) Kerendahan hati.
-
- (h) Keberanian, ketangkasan dan kegigihan
-
-
- Oleh itu dalam keadaan yang mencabar ini, corak kepimpinan Guru Besar sekolah mesti
berubah:
-
- (a) Guru Besar harus tahu bentuk-bentuk kepimpinan dan pengurusan moden.
-
- (b) Guru Besar harus sedar dengan realiti yang ada yang boleh mempengaruhi
kepimpinannya di sekolah.
-
- (c) Guru Besar mesti tahu selok belok pengajaran dan pembelajaran yang terbaharu
supaya dia dapat mengawasi perkembangannya.
-
- (d) Guru Besar harus bersikap terbuka dan berterus terang serta boleh pula bertimbang
rasa.
-
- (e) Guru Besar harus pandai berhubung dengan guru, murid, masyarakat dan orang
atasan.
-
- Seorang Guru Besar juga perlu mewujudkan personaliti yang
baik, jujur, ikhlas, berprofesional, ada matlamat dan senang berinteraksi dengan
orang ramai (Mohd. Salleh Lebar 2000). Walau bagaimanapun dapatan yang
menarik tentang kepimpinan Guru Besar ialah kajian yang dijalankan oleh Dinham et.
al (1995) di Australia bertajuk School climate and leadership di tiga buah sekolah
menengah. Beliau mendapati sebenarnya tidak ada satu resepi untuk berjaya bagi
seorang Guru Besar.
-
- 9.0. PENUTUP
-
- Sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan selaras dengan perkembangan
negara dalam aspek pembangunan, sosial, ekonomi dan budaya. Sehubungan dengan
itu peranan dan tanggungjawab Guru Besar juga telah mengalami perubahan dari
semasa ke semasa dan mereka perlu berusaha mengubahnya mengikut masa dan
situasi. Jika seseorang Guru Besar mempunyai ciri-ciri berkesan sebagaimana yang
diterangkan di atas, kita yakin misi dan visi untuk menjadikan sesebuah sekolah
cemerlang akan tercapai. Sebaliknya jika seseorang Guru Besar mempunyai ciri-ciri
yang lemah dalam kepimpinannya maka akan mendatang kesan yang tidak baik kepada
pencapaian sesebuah sebuah sekolah.

Anda mungkin juga menyukai