Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF AHAD- 09/04/17

Buletin KV
KOLEJ VOKASIONAL TAIPING

MENDAPAT PUJIAN PROTON

Krew Teknikal dari Kolej Vokasional Taiping mendapat


perhatian Proton.
Alor Setar Sepanjang Pertandingan World Skill Malaysia Belia yang berlangsung di
perkarangan tempat letak kenderaan Stadium Darul Aman Kedah, seramai enam orang
pelatih dari kolej vokasional Taiping (KVT) telah dipanggil untuk menjadi Krew teknikal
untuk pertandingan tersebut. Krew ini telah dipertanggungjawabkan untuk membantu
dalam segala hal hal yang berkaitan dengan teknikal sepanjang pertandingan
berlangsung. Semua krew ini telah dipilih oleh pihak Proton melalui pengurusan Kolej
vokasional Taiping bagi tujuan melancarkan perjalanan pertandingan. Hal ini kerana latar
belakang Kolej Vokasional Taiping yang terlibat secara langsung dalam setiap
pertandingan dalam sektor automotif. Dedikasi dan efisien dalam kerja- kerja teknikal
yang telah ditunjukkan oleh para krew teknikal dari KVT telah mendapat perhatian dan
tindak balas yang positif dari pihak penganjur iaitu Proton dan Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK).

Barisan krew teknikal pertandingan WSMB 2017 dari kiri Mohamad Shahrul
Naim bin Azeni, Wan Mohamad Saafiq Bin Wan Ramlee, Syahmie Afizul Faiz Bin
Huslip, Muhammad Hanif Hanafi Bin Sarif, Muhammad Shuhairi Bin Said dan Raja
Mohamad Badrul Bin Raja Anuar Hisham di tapak pertandingan WSMB 2017.
Berdasarkan tindak balas positif pihak Proton terhadap aspek kecekapan krew teknikal
dari KVT, berkemungkinan besar Kolej Vokasional Taiping akan dilantik secara total sebagai
krew teknikal selain daripada menghantar peserta untuk pertandingan yang diadakan.
Justeru, pelantikan krew teknikal untuk pertandingan sebegini dapat memberi
pendedahan kepada para pelatih di KVT dengan cara kerja sebenar dan penggunaan
kemahiran dalam bidang automotif.

Krew Teknikal KVT


menjalankan tugas
sepanjang
pertandingan
berlangsung

Barisan krew teknikal KVT menyelenggara semula enjin kenderaan selepas


pertandingan untuk digunakan oleh peserta seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai