Anda di halaman 1dari 1

Cara mengenali potensi diri kita : (ini saya kutipkan dari internet, saya kira cukup bagus)

#1 Apa yang Kita Suka Lakukan?


Apabila kita mempunyai masa lapang, apakah perkara yang akan kita lakukan? Aktiviti ini biasanya
adalah kekuatan diri yang kita tidak sedari. Kerana ia bersifat natural. Dalam psikologi manusia, kita
jarang-jarang sedar tentang perkara yang kita lakukan secara tidak sengaja.
Sebagai contoh, saya seorang yang suka menulis mengenai buku-buku atau artikel yang saya baca
ketika punya masa lapang. Aktiviti menulis ini boleh dikatakan sebagai salah satu kekuatan dan potensi
yang ada dalam diri.
Setiap manusia mempunyai aktiviti yang berbeza ketika masa lapang. Ia boleh digunakan untuk
mengetahui kekuatan diri kita yang tersembunyi.

#2 Apa yang Kita Suka Baca?


Lihat kembali modal bacaan kita. Adakah kita banyak melaburkan duit untuk membeli buku-buku yang
berkaitan dengan masakan? Menurut kajian, buku yang kita beli mencerminkan kemampuan diri kita.
Pernahkah kita menghadapi situasi seronok membaca buku yang dibeli? Adakah ketika itu kita tidak rasa
dipaksa untuk membeli buku itu?
Apabila situasi ini berlaku pada diri, maka itu merupakan petunjuk di mana kita mempunyai kekuatan
dalam buku yang kita baca. Contohnya, seorang yang membaca buku memasak kekuatannya cenderung
kepada masakan, atau menginovasikan idea masakan mengikut acuan sendiri.

#3 Keadaan Sekeliling yang Memotivasikan Diri


Situasi ini berlaku pada diri saya sendiri. Apabila saya melihat paparan iklan, artikel atau apa-apa
material yang berkaitan dengan tip penulisan (seminar / bengkel / dan sebagainya), saya akan rasa
seronok dan ingin menghadirinya.
Situasi yang memotivasikan kita dapat menonjolkan kekuatan diri. Apabila kita berminat untuk menghadiri
seminar penulisan, ini bermakna kita mempunyai kekuatan untuk menjadi seorang penulis.
Justeru itu, lihat pada situasi atau momen yang meledakkan estim diri. Dari situ, kita dapat kenal pasti
kekuatan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai