Anda di halaman 1dari 12

________________________________________________________________________

HBAE3303

PENGENALAN SEJARAH SENI

SEMESTER JANUARI 2017

________________________________________________________________________
TAJUK TUGASAN :

TEMPAT BERSEJARAH CANDI LEMBAH BUJANG

NAMA : RUSILAWATI BINTI ABDULLAH

NO. MATRIKULASI : 700626025056001

NO. KAD PENGENALAN : 700626025056

NO TELEFON : 0195603200

E-MEL : rusila1970@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SUNGAI PETANI


1.0 PENGENALAN

Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh manusia
mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa lalu seseorang
manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak
kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan
negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Namun kita tidak dapat memastikan, apakah
kepentingan sejarah terhadap menusia itu sendiri.
Manusia itu memang mempunyai minat yang tersendiri untuk menyelami sejarah,
terutama tentang dirinya sendiri, kerana pasti ada sesuatu yang berguna kepada diri mereka
selepas banyak pengalaman ditempuh sepanjang hidupnya, lalu berbangga dengan merasakan
hidupnya penuh dengan harga diri. Selain itu, manusia cenderung untuk mengenal dirinya
selepas menempuh kehidupan yang penuh pancaroba sama ada dipenuhi kenangan pahit atau
kenangan manis. Malahan, dengan meneliti sejarah hidupnya, timbul kepuasan emosi yang dapat
memacu masa depannya agar lebih gemilang. Ini berlaku kerana sejarah adalah suatu proses
yang bersambung dan mempengaruhi satu sama lain, sama ada masa lalu, masa kini dan masa
depannya..Semua ini adalah hasil usaha yang berterusan lalu menjadi pendorong kejayaan
seseorang itu, atau natijah kejahatannya yang berterusan, menjadikannya menjalani hidup yang
sengsara seperti hari ini.
Kepentingan sejarah kepada manusia yang lain adalah sebagai sumber abstrak dan nyata,
apa yang dikatakan sebagai abstrak itu kerana, adalah mustahil bagi manusia itu untuk
menghidupkan kembali sejarah yang telah berlaku itu secara jasadnya. Maksudnya, manusia itu
pernah melihat sesuatu peristiwa dan apabila mengingatkannya kembali, ia tidak dapat mengngat
dan menghidupkan kembali keseluruhan peristiwa, bahkan adakalanya manusia itu gagal
memahami peristiwa itu sewaktu mereka memerlukannya. Juga dikatakan sebagai sumber nyata
bagi manusia itu, kerana manusia itu mampu membentuk dan menggambar kembali sesuatu
peristiwa itu, walaupun bukan secara keseluruhannya. Ini bermaksud peristiwa itu pernah
berlaku dan boleh digambarkan semula secara sekadar yang diingatinya.
Natijah dari kajian sejarah sebagai sumber abstrak dan sumber nyata, dapatlah kita
simpulkan bahawa tiada manusia yang tidak mempunyai masa lalunya dan adalah mustahil bagi
manusia itu untuk melupakan sejarah yang telah dilaluinya, kecuali manusia itu hilang
ingatan. Proses menyimpan dan mengingat ini tidak akan terputus, bahkan jika ia terputus seperti
kejadian hilang ingatan, akan mewujudkan kepincangan terhadap manusia sekitar dan individu
itu sendiri. Kepentingan sejarah terhadap manusia itu juga dapat dilihat pada hubungan sejarah
dengan manusia itu sendiri. Hubungan sejarah dan manusia itu adalah keduanya saling perlu
memerlukan, kerana kesedaran manusia itu tentang kepentingan pengalamannya yang lalu.
Sejarah yang berkaitan dengan manusia juga berkait dengan agama dan ahli-ahli agama.

Tempat bersejarah yang saya pilih yang mempunyai sejarah dan keunikannya ialah Istana Seri
Menanti. Istana Seri Menanti mempunyai keunikan yang tersendiri. Tahukah anda bahawa istana
ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku? Istana ini dibina tanpa menggunakan sebatang
paku malahan mereka menggunakan teknik alternatif iaitu menghubungkan kayu-kayu dan tiang
istana ini hanya dengan menggunakan pasak kayu. Istana Seri Menanti ini dibina pada tahun
1902 dan telah disiapkan pada 1908 ini mempunyai 4 batang tiang seri utama dan 99 batang
tiang kayu. Senibina istana ini dipengaruhi dengan ciri-ciri budaya seni minangkabau dari
Indonesia. Istana Seri Menanti ini terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

2.0 ISTANA SERI MENANTI


Istana Seri Menanti di Kuala
Pilah, Negeri Sembilan ialah
istana yang dirujuk lazimnya
dalam konteks ini adalah sebuah
binaan/bangunan lama yang
masih utuh, lagi diperbuat
daripada kayu yang menjadi
kediaman rasmi Yang di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan sekitar
tahun 1900-an. Kini,
memandangkan ia suatu warisan
sejarah, istana itu telah berubah
"peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat
Minangkabau.
Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada
1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris
semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian
istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan
Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula
ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Aktiviti Harian Setempat

Definisi aktiviti harian setempat boleh membawa maksud kegiatan yang dijalankan setiap hari
yang dijalankan pada masyarakat setempat. Seperti dijelaskan sebelum ini, sejarah menjadi
penting dalam proses pembentukan kehidupan harian yang ada kaitannya dengan proses
pembelajaran. Berikutan itu untuk kata kunci aktiviti harian saya ingin menyatakan bagaimana
sejarah yang ada pada Istana Seri Menanti ini iaitu dari sudut seni bina pembinaannya
mempengaruhi kehidupan masyarakat setempat. Maknanya, kesan peninggalan seni bina
masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan terserlah di hampir seluruh daerah di negeri ini
kecuali di sekitar Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah dan Pekan Jelebu. Saya perhatikan
banyak juga rumah penduduk di sepanjang laluan khususnya di sekitar Istana Lama Seri Menanti
sarat dengan bentuk rumah bercirikan seni bina masyarakat Minangkabau. Keistimewaan istana
ini adalah pada senibinanya. Senibina mencerminkan gaya hidup dan istana ini adalah bukti jelas
dan nyata tentang kehidupan 'seorang' Raja yang memerintah.
Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang
Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima
Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula
oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan
pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya
67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain
diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan
sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. Pasak kayu
keras digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. Tanduk
kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.

Sosialisasi
Definisi
Sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh diertikan sebagai sebuah proses di mana kita
belajar melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara berfikir, merasakan, dan bertindak, di
mana kesemuanya itu merupakan hal-hal yang sangat penting dalam menghasilkan hubungan
sosial yang efektif. Sosialisasi juga merupakan proses pembelajaran berterusan sepanjang hayat.
Disamping itu, fungsi sosialisasi adalah mengalihkan segala macam maklumat yang ada dalam
masyarakat tersebut kepada anggota-anggota barunya agar mereka dapat berkomunikasi dalam
institusi sosial dengan baik.
Sosialisasi bermula daripada pemindahan norma dan nilai dalam keluarga serta budaya
setempat sesuatu masyarakat kepada kanak-kanak. Apa yang dipelajari ketika kanak-kanak
selalunya akan menjadi pendirian atau membentuk konsep diri pada individu. Apabila seseorang
itu bertambah dewasa, ia akan mempelajari lebih banyak perkara hasil interaksi dengan pihak-
pihak lain. Faktor penentu sosialisai disebut sebagai agen sosialisasi. Oleh itu, keluarga adalah
agen sosialisai yang asas. Kemudian diikuti dengan agen-agen sosialisai yang lain seperti rakan,
guru, media dan sebagainya. Sosialisasi dapat mengubahsuai tingkah laku awal individu untuk
diselaraskan dengan kehendak kehidupan social masyarakat semasa.
Secara umum, teori-teori sosialisasi menumpukan perhatian kepada beberapa perkara
seperti melihat perkembangan kognitif, pemerolehan moral dan identiti personal melalui
hubungan kekeluargaan, penerapan kategori moral dan nilai, pemerolehan konsep diri dan
identiti sosial, dan perkembangan kemahiran sosial yang menjayakan interaksi terutamanya
dalam komunikasi linguistik. Dalam sosiologi setiap teori mempunyai gaya penghuraian yang
berbeza tentang sosialisasi. Fungsionalisme menekankan bahawa sosialisasi akan menyesuaian
individu ke dalam masyarakat. Perspektif konflik pula menyatakan konflik antara kumpulan dan
di dalam kumpulan akan menyebabkan sosialisasi dalam banyak keadaan tidak berlaku secara
langsung.

Sosiolasi yang berkemungkinan ada pada Istana Seri Menanti atau "Istana Lama" telah
digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926,
Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut. Istana ini
juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah
Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan
kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992. Atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar ibni
Almarhum Tuanku Abdul Rahman, istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium
Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah.
Pengurusan Muzium Diraja ialah di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri, Negeri
Sembilan.

Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan
mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk
asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium
dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.

Istana lama ini merupakan ikon senibina Negeri Sembilan dari dahulu sehingga kini.
Istana ini tidak terikat kepada sistem Adat Perpatih walaupun hampir keseluruhan masyarakat
Negeri Sembilan adalah pendukung Adat Perpatih. Istana ini telah diwartakan sebagai Warisan
Kebangsaan maka keunikan senibinanya harus dipelihara dengan teliti.

Mari kita lihat pula asal usul seri menanti untuk memerhati unsur sosial yang mana terdapat
beberapa versi berbeza mengenai asal asal Seri Menanti yang telah dikumpulkan diantaranya :
1. Seri Menanti dibuka oleh Datuk Panglima Karu yang juga dikenali sebagai Panglima Hitam
dari Pagar Ruyung, Sumatera dengan dibantu oleh tiga orang pengekiutnya iaitu Jaafar Kubis
serta dua orang asli yang terdiri dari Batin Menggalang dan seorang lagi yag tidak diketahui
namanya. Kedatangan Datuk Panglima Karu tersebut adalah untuk mencari tempat untuk dibuat
negeri yang baru. Apabila menjumpai tempat yang difikirkan sesuai, mereka mula menebang,
menebas dan membersihkan kawasan sehingga menjumpai sebatang pokok Merbau. Di bawah
pokok Merbau ini mereka menjumpai serumpun padi yang baru tumbuh dari jenis Serengah
Kuning. Oleh kerana, pokok merbau ini besar, kerja menebang dan mengambil masa yang lama
iaitu sehingga padi Serendah Kuning itu masak dan anjing yang dibawa turut beranak, enam
bulan lamanya. Pokok Merbau tersebut hujungnya sampai ke Sungai Ujong manakala
pangkalnya boleh diduduki oleh 32 orang. Datuk Panglima Karu kemudiannya menamakan
tempat tersebut MERBAU ANJING BERANAK PADI SEDIA MENANTI. Nama tersebut
kemudiannya ditukar menjadi Seri Menanti (seperti yang tercatat dalam buku perasmian Masjid
Diraja Tuanku Munawir susunan Tuan Haji Mohd Zain bin Hamzah)

2. Dipercayai bahawa ramai orang-orang dari daerah Minangkabau yang menuju ke Siak
menyeberang Selat Melaka ke Johor, singgah di Melaka lalu ke Naning dan Rembau dan
akhirnya Seri Menanti (pada masa tersebut belum bernama).Setelah ramai yang datang, ketua
dari setiap suku telah bermesyuarat untuk mencari tempat yang sesuai bagi penempatan dan
bercucuk tanam. Dato' Putih yang juga seorang pawang telah menjumpai rumpun padi yang aneh
lalu tempat itu dinamakan PADI MENANTI. (seperti yang tercatat dalam buku perasmian
Masjid Diraja Tuanku Munawir susunan Tuan Haji Mohd Zain bin Hamzah)

3. Asal usul Seri Menanti bermula dari peristiwa seorang isteri yang bernama Seri yang menanti
kepulangan suaminya. Oleh kerana terlalu lama menanti, orang-orang kampung telah
menamakan tempat tersebut SERI MENANTI. (Menurut fakta menemubual bersama Norhalim
bin Ibrahim, 1993)

4. Nama Seri Menanti diambil sempena nama anak sungai yang hulunya di sebuah bukit antara
daerah Kuala Pilah dan Rembau dan mengalir masuk ke Sungai Muar. (Catatan R. J. Wilkinson).
Walau apapun asal nama Seri Menanti, yang pastinya sebuah istana kayu telah lama dibina dan
bagi saya inilah SERI yang setia dan masih utuh dan seperti tidak terkesan langsung dengan
perjalanan masa yang telah menjangkau lebih 100 tahun dari tarikh pembinaannya.

Seni Dan Kebudayaan


Definisi
Perkataan seni dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak
didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan (Kamus Dewan, 2005). Sesuatu yang
dikatakan seni pula adalah suatu bentuk karya seperti pantun, ukiran, muzik dan lain-lain lagi
yang dicipta dengan bakat yang tersendiri.
Manakala, takrifan kebudayaan pula yang berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu
buddhayah yang berasal daripada bentuk jamak dari buddhi membawa maksud budi atau
akal. Pengertian ini boleh diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal
manusia. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut culture yang berasal daripada perkataan
Latin colere, iaitu bermaksud mengolah atau mengerjakan. Pengertian ini bertolak daripada
tradisi pekerjaan utama manusia yang berbentuk mengolah tanah atau bertani (kerja-kerja
pertanian).

Seni dan kebudayaan amat berkait rapat dengan identiti, ideologi dan amalan seharian
sesebuah kelompok masyarakat. Di seluruh dunia, setiap masyarakat mempunyai identiti seni
dan kebudayaannya yang tersendiri lantas membentuk keunikan cara hidup mereka.

Seni dan Kebudayaan pada Istana Seri Menanti


Bangunan bersejarah merupakan bangunan peninggalan daripada leluhur kita. Bangunan
bersejarah lazimnya mempunyai signifikan dan ciri-ciri yang unik sehingga mampu dikagumi
dan dilestarikan. Selain itu, bangunan bersejarah juga dapat mempamerkan estika dan keunikan
seni binanya yang tersendiri. Sesungguhnya, setiap monumen bersejarah mempunyai gaya seni
bina masing-masing, sama ada menerima pengaruh luar mahu pun dibina berdasarkan pengaruh
tempatan.
Istana ini dibina oleh tukang yang peka terhadapa keperluan fungsi istana dan istana ini
dibina dengan menitikberatkan hampir setiap aspek penting seperti cuaca, fungsi ruang, adat,
budaya dan kepercayaan.Antara ciri fizikal Istana Seri Menanti yang unik, ia merupakan istana
kayu paling tinggi di Semenanjung, tidak menggunakan paku dan mempunyai empat batang
tiang seri berketinggian 20 meter. Sebagai pusat pemerintahan negeri, istana ini direka dengan
teliti supaya ia mampu berfungsi sebagai nadi pentadbiran negeri dan tempat bersemayam Yang
Dipertuan Besar serta kaum kerabat baginda.
Ia mempunyai empat tingkat yang mempunyai fungsi tersendiri mengikut falsafah adat
Minangkabau adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah, syarak mengata, adat
memakai. Tingkat pertama merupakan pusat pemerintahan Yang Dipertuan Besar yang
dilengkapi dengan singgahsana dan balai menghadap. Tingkat kedua adalah ruang keluarga
diraja termasuk tempat bersemayam untuk kerabat diraja. Tingkat ketiga dikhaskan untuk bilik
beradu Yang Dipertuan Besar dan seterusnya tingkat keempat ialah ruang khas baginda
beribadah dan menelaah.
Tingkat keempat merupakan bahagian bangunan yang paling tinggi dan ia juga dikatakan
sebagai tempat Yang Dipertuan Besar meninjau kawasan pemerintahan baginda di sekitar istana.
Istana kayu pemerintah Islam di Alam Melayu mempunyai keindahan dan keunikan yang setara
dengan seni bina istana dari wilayah Islam yang lain. Ia adalah sumbangan Kesultanan Melayu
dalam memperkayakan koleksi rekaan senibina Islam. Kenali dan kagumilah warisan seni Islam
tempatan.

BALAI RONG SERI


Ruangan ini merupakan tempat takhta kerajaan. Di ruangan ini terdapat dua batang seludang dari
Minangkabau yang dipegang oleh pengawal. Ianya juga terdapat 7 mata tangga. Di mata
pertama dari atas adalah tempat duduk bagi Dato' Seri Amar Diraja, dihadapannya pula tempat
duduk Dato' Raja DiWangsa. Anak tangga yang kedua pula adalah tempat Dato' Dagang dan
dihadapannya Dato' Akhir. Di mata ketiga hingga keenam adalah tempat duduk Pegawai
Penghulu Luak.
Di tangga yang ketujuh ianya dikosongkan. Dibahagian bawah sekali adalah tempat
orang-orang mengadap seperti Penghulu Luak yang Empat iaitu Muar, Jempol, Terachi dan
Gunung Pasir juga ahli-ahli Lembaga, ahli mengadap yang lain ialah lapan belas orang disebelah
kiri dan dan dibahagian kanan seramai lapan belas orang. Pengapit bagi Tuanku adalah Dato'
Gajah manakala Dato' Mangku adalah pengapit bagi Tuanku Ampuan. Di ruangan ini perhiasan
dinding pula terdapat gambar-gambar berkaitan kerabat Istana.

BALAI RAJA MUDA


Di bahagian ini tempat Raja Muda dan isteri duduk melihat ayahanda dan bonda
menjalankan upacara. Mereka diapit oleh dua orang pengawal. Ia juga dihadiri oleh kerabat
diraja dan juga para undangan. di bahagian dinding terdapar gambar-gambar berkaitan.

BILIK BERADU
Bilik ini adalah bilik beradu Tuanku bersama Tuanku Ampuan. Dibilik ini terdapat
sebuah katil, almari pakaian, almari perhiasan(solek) juga terdapat sebuah meja kecil dan dua
buah kerusi. Kesemua pakaian dan perhiasan diri disimpan di dalam bilik ini. Dibahagian
dinding terdapat gambar-gambar berkaitan.

RUANG SANTAPAN
Terdapat satu unit meja yang mempunyai 20 unit kerusi. Di kiri dan kanan ruangan ini
terdapat dua buah almari di mana di sini (almari) disimpan beberapa buku rujukan untuk para
tetamu. Ruangan ini merupakan tempat para tetamu berbincang juga tempat mereka bersantapan.
Di bahagian belakang ruangan ini terdapat jalan untuk pergi kebelakang dapur. Di sebelah
kanan terdapat satu rak setinggi tiga tingkat. Di bahagian atas rak yang bertutup tempat untuk
meletak gulai atau segala jenis lauk pauk. Ruangan ini juga mempunyai hiasan dinding seperti
gambar-gambar dan sebagainya.

3.0 Rumusan
Kesimpulan yang dapat diperhatikan ialah sejarah amat penting kerana ketiadaan masa lalu akan
menyebabkan tiadanya juga masa kini dan hasilnya tiada masa depan. Seterusnya, kita
melihat sejarah dan kepentingan dari sudut psikologi dan falsafah manusia itu sendiri. Orang-
orang Barat dan sekular sangat menyanjung sejarah, sehingga ada yang menganggapnya sebagai
falsafah dan agama. Tetapi, ini tidak dapat diterima oleh orang yang beragama Islam, kerana
agama Islam tidak terpisah dengan kehidupan penganutnya,sedang orang sekular itu bukan
sahaja memisahkan dirinya dengan agama, bahkan keyakinan terhadap Tuhannya sudah musnah,
dan hanya bergantung pada nilai-nilai murni yang boleh berubah-ubah mengikut akal fikiran
mereka sendiri. Kemudian, kita lihat sendiri tentang takrif sejarah iaitu, satu kumpulan masa lalu
dan ilmu pengetahuan yang menerangkan tentang keadaan yang sedang berlaku. Sejarah bila
dihayati, sama ada tentang diri, keluarga, masyarakat, dan negara serta dunia, akan menyebabkan
kita sedar akan perkembangan diri dan persekitaran, serta kesan pergerakan dunia keatas kita.
Keistimewaan istana ini adalah pada senibinanya. Senibina mencerminkan gaya hidup
dan istana ini adalah bukti jelas dan nyata tentang kehidupan 'seorang' Raja yang memerintah.
Walaupun cara hidup sentiasa berubah tetapi istana ini tidak seharusnya turut berubah. Masa
harus dibekukan pada zaman pemerintahan Tuanku Muhammad. Tidak seharusnya ada sebarang
penambahan yang boleh menghilangkan seri istana ini.
Kehadiran istana ini juga berkait rapat dengan persekitarannya juga harus dipelihara.
Landskap termasuk pemilihan pokok, pagar, wakaf/pavillion dan bangunan-bangunan yang
berhampiran adalah faktor yang boleh merosakkan seri istana ini sekiranya tiada kajian terperinci
dijalankan mengenainya sebelum ia diubahsuai.
Tanggungjawab membawa istana ini ke tempoh hayat abad keduanya akan
dipertanggungjawabkan ke atas pasukan pengurusan yang diharap dapat ditubuhkan. Peruntukan
kewangan yang mencukupi, konsisten dan berterusan sudah pastinya akan memberikan kekuatan
kepada kumpulan pengurusan ini.
Rujukan
Funston, J. , (1980). Malay politics in Malaysia. A study of UMNO & PAS. Kuala Lumpur:
Hainemain Educational Books (Asia) Ltd.

Ismail Hussein, A. Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmadi (Ed.). (1993). Tamadun Melayu
jilid satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Konsep dan didaktik sejarah terhadap tindak-tanduk individu serta perkembangan negara (2005).

Mohd Radzi Abdul Latif (2004). Biduk lalu kiambang bertaut: Pendekatan mesra rakyat Pak
Lah. Diperoleh pada Ogos 29, 2005 daripada http://www.yksm.com.my/buletin/7-sep-04 asp.

Muhd. Yusof Ibrahim (1986). Pengertian sejarah: Beberapa perbahasan mengenai teori dan
kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Muhd. Yusof Ibrahim (2000). Ilmu sejarah: Falsafah, pengertian dan kaedah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

http://www.utusan.com.my/rencana/agama/istana-seri-menanti-senibina-islam-tempat
http://ujangchengkau.blogspot.my/2013/02/negeri-sembilan-istana-lama-seri-menanti.html
http://www.caridestinasi.com/tempat-bersejarah-di-malaysia-kagum/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Lama_Seri_Menanti"

Anda mungkin juga menyukai