Anda di halaman 1dari 71

1.

0 Pengenalan Melihat dari segi pengisian di dalam menghasilkan karya, kebudayaan


masyarakat sebenarnya jelas menjadi tunjang serta akar umbi penceritaan makna karya tersebut.
Biarpun melihat dari sudut gerakan seni barat, kebudayaan mereka sebenarnya menjadi isi utama
terhadap penghasilan karya. Dengan mengambil karya karya Pop sebagai contoh, kita dapat
melihat Andy Warhol menjadikan imej imej produk popular di negara barat ketika itu
seperti Campbell s soup serta Brillo didalam menghasilkan karyanya.
Jelas terlihat bahawa beliau menjadikan kebudayaan masyarakat ketika itu sebagai isi didalam
karyanya biarpun penceritaan sebenarnya adalah lebih kepada pemberontakkan serta
pembaharuan terhadap senario seni ketika itu dengan mengangkat subjek-subjek konsumer
sehingga mencapai nilai estetik. Begitu juga dengan apa yang berlaku didalam kesenian di
Malaysia. Bermula dengan kewujudan kesenian kraf Melayu seperti ukiran kayu, songket, batik,
serta permainan tradisional, kesenian Malaysia dari sudut seni tampak terus berkembang
sehingga ke hari ini. Seni moden di Malaysia telah mula bertapak seawal tahun 30-an dengan
mendapat pengaruh dari pendekatan barat. Walaubagaimanapun, kesenian yang diterapkan masih
lagi berpandukan serta berintikan kebudayaan masyarakat di negara ini biarpun pendekatan barat
telah mula menjejakkan kaki ke negara ini. Hal ini demikian kerana, banyak pengkarya di negara
ini telah mula mendapat pendidikan di luar negara dan beberapa individu seperti Cheong Soo
Peng, Chen Wen His dan Georgette Chen dari kumpulan Pengkarya Nanyang yang merupakan
imigran dari negara China, telah membawa pengaruh seni barat serta china dan seterusnya
membuka Akademi Seni Nanyang di Singapura pada Tahun 1938 (Mahamod, 2007). Ini dapat
dilihat dengan lebih jelas apabila seni moden di Malaysia mula berkembang melalui kewujudan
persatuan, gerakan serta kumpulan seni, sama seperti apa yang berlaku di eropah. Bermula pada
tahun 1930 an, kumpulan catan air Penang (Penang Watercolourist) memainkan peranan
dengan menghasilkan karya yang merakam keindahan pemandangan di tanah air. Menurut
Piyadasa, Malaysia terlibat didalam peghasilan catan easel (easel painting) bermula pada tahun
1930-an yang melibatkan sekumpulan pelukis catan air dari Penang (Penang Watercolourist),
(Mahamod, 2007). Karya karya dari kumpulan ini banyak merakamkan pemandangan
indah di Malaysia ketika itu. Walaupun karya-karya tersebut hanyalah sekadar catan air yang
memperlihatkan pemandangan sebagai subjek, namun ia sebenarnya mempunyai isi yang lebih
besar dari itu. Karya- karya tersebut menjadi satu dokumentasi sejarah serta merakam perkara-
perkara penting di Tanah Melayu contohnya kedatangan imigran cina melalui catan Bumi
Bahagia-Lombong Bijih Timah Malaya oleh Abdullah Arif yang amat bermakna kepada
generasi masa kini serta akan datang. Selain dari persatuan Penang Watercolorist dan Persatuan
Pengkarya Nanyang terdapat sebuah lagi kumpulan seni yang diberi nama Wednesday Art Group
yang turut memainkan peranan penting di dalam perkembangan seni tampak moden di Malaysia.
Dengan menampilkan Peter Harris, seorang pengkarya barat dan pendidik seni sebagai individu
yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan seni ini sekitar tahun 1950-an, Wednesday Art
Group telah mengumpulkan ahli-ahli kumpulan lain seperti Ismail Mustam, Dzulkifli Buyong
dan Patrick Ng Kah Onn. Dengan kewujudan kumpulan seni ini, pengaruh seni barat menjadi
semakin kuat didalam arena seni Malaysia. Namun pengkarya di dalam kumpulan ini seringkali
menjadikan pemandangan, tema tempatan isu sosial, serta lukisan figura sebagai subjek di dalam
karya mereka. Identiti yang diwujudkan masih lagi menjadikan kebudayaan Melayu sebagai
intipati yang utama. Salah seorang pengkarya dari Wednesday Art Group, Dzulkifli Buyung,
seringkali menggunakan imej- imej figura didalam di dalam karyanya dan beliau menerapkan
unsur-unsur kebudayaan melayu didalam karya beliau. Terdapat beberapa karya beliau yang
telah menjadi catatan sejarah seni moden Malaysia seperti Murid sekolah , 1962,
Kelambu , 1964, Kapal Kertas , 1966, Membakar Semut , 1967.
Kelambu Dzulkifli Buyung 1964 Pastel 2.0 Kandungan 2.1 Diskripsi Di dalam salah
satu karya beliau iaitu Kelambu , 1964 dapat dilihat dengan jelas bahawa beliau gemar
menggunakan watak watak figura yang naf didalam karyanya. Apa yang ternyata di
dalam karya adalah imej lima figura wanita dan juga imej kelambu yang menjadi subjek utama
di dalam karya beliau. Setiap figura yang ditampilkan di dalam karyanya membawa watak yang
tersendiri. Empat figura didalam karya tersebut membawa watak sebagai anak gadis manakala
seorang lagi figura memainkan peranan sebagai ibu menjelaskan bahawa kesemua figura
didalam karya tersebut adalah sebuah keluarga.. Figura figura didalam catan tersebut
memperlihatkan pergerakan yang mendorong kepada visual yang menjelaskan bahawa mereka
sedang melakukan tugas masing-masing. Catan tersebut juga memperlihatkan suasana di dalam
bilik dimana situasi yang dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur bersama.
Figura yang berperanan sebagai ibu dilihat sedang memasang ubat nyamuk bagi mengelakkan
dari gigitan nyamuk dan kemungkinan dia tidur di luar. Figura-figura yang berperanan sebagai
anak gadis pula menunjukkan tugas masing-masing, seorang daripada mereka sedang menutup
jendela, seorang lagi sedang memasang tali kelambu, terdapat seorang yang sudah berada di
dalam kelambu sambil membaca buku dan seorang lagi mendamparkan badan keatas kelambu
dengan memaparkan eksperesi muka yang begitu menikmati suasana ketika itu. Warna yang
digunakan pula lebih kepada warna-warna coklat serta mempunyai ton yang gelap. Di dalam
karya catan tersebut juga memaparkan beberapa identiti masyarakat Melayu dengan jelas seperti
pakaian yang dikenakan pada figura iaitu kain batik, baju kurung, pelita dan juga motif seperti
sulaman pada bantal. Selain itu perwatakan serta karakter figura tersebut juga memperlihatkan
nilai kemelayuan dari apa yang dilihat pada rambut figura ibu yang bersanggul. 2.2 Analisis
Melalui karya Dzulkifli Buyung ini, aspek-aspek formal dalam menghasilkan karya dapat dilihat
dengan jelas dan beliau banyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta prinsip seni dalam
karyanya. Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri dimana figura
disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej kelambu yang berada ditengah-
tengah komposisi menguatkan lagi keseimbangan didalam karya tersebut. Selain itu, penggunaan
perspektif telah mewujudkan komposisi yang jelas didalam karya dimana terdapat imej yang
berada dihadapan, ditengah dan juga berada dibelakang. Bayang pada kelambu dan juga dinding
bilik lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah dan belakang melalui pencahayaan yang
diterapkan. Warna yang digunakan oleh beliau merupakan warna-warna yang mendapat
pengaruh warna coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan suasana
kampung. Tona yang digunakan pula lebih kearah tona gelap bagi menimbulkan suasana malam .
Namun tidak kesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat bosan (dull), masih
terdapat penggunaan warna yang cerah terutamanya pada figura dalam catan tersebut dan ini
telah memberi fokus kepada imej-imej tersebut. Penggunaan warna amat berkait rapat dengan
media yang digunakan oleh beliau didalam karya tersebut. Media yang digunakan didalam karya
tersebut dan hampir kesemua karya beliau adalah pastel. Melalui penggunaan media itu sendiri,
telah terlihat karektor yang ingin disampaikan oleh beliau iaitu tema zaman kanak-kanak.
Dengan pengaplikasian elemen dan prinsip seni, semakin jelas bahawa perkembang pendekatan
barat semakin kuat bertapak dalam seni moden Malaysia. Seni moden Malaysia semakin
berkembang dan mewujudkan gayanya yang tersendiri. Apa yang menarik mengenai visual yang
ditampilkan oleh Dzulkifli Buyung dalam setiap karyanya adalah pengolahan imej figura yang
lebih menjurus kearah imej lukisan kanak-kanak dan berbentuk seni naif (naive art). Beliau telah
membentuk sebuah identiti tersendiri bagi dirinya dan juga bagi seni tampak moden di Malaysia
walaupun Dzulkifli Buyung sebenarnya banyak menunjukkan pengaruh dari guru beliau iaitu
Patrick Ng Kah Onn. Sebagai salah seorang ahli kumpulan Wednesday Art Group (WAG),
beliau amat menepati kehendak atau tujuan kumpulan tersebut untuk keluar dari apa yang telah
dilakukan sebelum ini dalam dunia seni tampak Malaysia. WAG beranggapan bahawa nilai
estetik melalui pendekatan Kumpulan Nanyang adalah terlalu tradisional dan mereka ingin
membentuk gaya baru yang jelas memaparkan keindahan Melayu didalam karekter yang dibawa
(Ahmad, 2008). 2.3 Interpretasi Apabila melihat kepada karya Dzulkifli Buyung ini, amat jelas
tergambar bahawa makna yang ingin disampaikan adalah berkaitan dengan keindahan budaya
Melayu. Walaupun dengan hanya mengambil situasi yang mudah sebagai contoh situasi sebuah
keluarga ketika hendak tidur, namun penekanan yang amat berat terkandung disebalik karya
tersebut. Apa yang dapat dijelaskan adalah karya ini mengandungi sentimen kasih sayang di
dalam sesebuah keluarga. Selain itu, dapat dijelaskan juga bahawa karya ini turut memaparkan
nilai pengorbanan seorang ibu demi anak-anaknya dimana, melalui visual yang diwujudkan, si
ibu berkemungkinan tidur diluar sebaliknya anak-anak gadisnya pula tidur di dalam kelambu
tersebut. Si ibu sanggup membiarkan dirinya terdedah kepada gigitan nyamuk di malam hari
demi memastikan keselesaan anak-anaknya. Didalam karya tersebut, dilihat tiada katil digunakan
dan keluarga di dalam catan tersebut tidur hanya beralaskan tilam menggambarkan kesusahan
hidup mereka. Melihat dari konteks kebudayaan Melayu, kasih sayang merupakan salah satu
elemen yang amat ditekankan didalam masyarakat. Kasih sayang merupakan suatu perkara yang
amat indah dan ianya seringkali diterapkan di dalam masyarakat Melayu melalui pelbagai cara
seperti didalam pepatah dan peribahasa Melayu. Orang Melayu dahulu mungkin tidak
mempunyai kekayaan dari segi harta benda dan material, namun mereka kaya dengan kasih
sayang yang cukup membuatkan hidup mereka gembira. Kebijaksanaan Dzulkifli Buyung
didalam menghasilkan karya jelas dimana beliau mampu untuk menggunakan metafora atau
perumpamaan yang amat mudah didalam menyampaikan ideanya yang membawa makna yang
mendalam. Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau banyak menumpukan kepada tema zaman
kanak-kanak. Karya beliau menunjukkan kegembiraan, kenakalan, keharmonian dan keriangan
zaman kanak-kanak melalui aktiviti harian mereka. Kanak-kanak digambarkan bermain dengan
riang dan berjenaka didalam pesekitaran tempatan yang menggambarkan motif serantau di dalam
identiti tempatan (Mahamod, 2007). Dzulkifli Buyung mungkin mendapat pengaruh yang amat
besar daripada guru beliau iaitu Patrick Ng Kah Onn, namun melalui pengolahan serta stailisasi
yang dilakukan oleh beliau terhadap figura mempunyai karektor kartun dan karikatur telah
membentuk identitinya yang tersendiri dan lebih menampakkan kebudayaan tempatan. Didalam
karya tersebut juga, apa yang dapat dilihat secara tersurat adalah identiti budaya tempatan
melalui penggunaan imej seperti kelambu, kain batik, bantal serta suasana bilik. Kelambu
merupakan pelindung yang digunakan oleh masyarakat Melayu terutamaya masyarakat kampung
untuk melindungi dari gangguan nyamuk ketika waktu tidur. 2.4 Penilaian (Judgement) Perkara
yang tidak dapat disangkal apabila melihat karya bertajuk Kelambu oleh Dzulkifli
Buyung adalah kebijaksanaan beliau didalam menyampaikan mesej mengenai keindahan
kebudayaan Melayu di dalam karyanya. Walaupun berlainan dari sudut konteks penyampaiaan,
iaitu melalui pendekatan seni tampak moden, namun beliau masih tidak lupa mengenai
keindahan serta kecantikan kebudayaan Melayu. Mungkin pengalaman hidup beliau telah
menyebabkan beliau terdorong untuk menghasilkan karya-karya yang merakamkan kenangan
zaman kanak-kanak didalam karyanya. Apa yang penting adalah bagaimana beliau melihat
situasi yang amat mudah, mempunyai elemen-elemen estetik untuk dizahirkan didalam karya.
Dengan menyelitkan keindahan kebudayaan Melayu, karya yang dihasilkan oleh
beliau menjadi sesuatu yang cukup kuat dari segi penceritaan serta keindahan warisan
kebudayaan. Secara peribadi, saya menyatakan bahawa karya Dzulkifli Buyung banyak
menyentuh emosi, jiwa serta kenangan sewaktu kecil. Mungkin kerana saya juga pernah
mengalami serta merasai situasi tersebut sewaktu kecil dahulu ketika berada di kampung. Setiap
imej yang dipaparkan didalam karya beliau seperti bantal, kelambu, pakaian, suasana bilik, serta
situasi melambangkan keindahan masyarakat Melayu. Mengambil contoh bantal dan juga
kelambu didalam karya tersebut, jelas bahawa masyarakat Melayu suatu ketika dahulu memang
menggunakan peralatan tersebut didalam kehidupan seharian mereka, bantal yang mempunyai
sulaman bunga dan kelambu yang diikat pada penyangkut. Perkara tersebut merupakan identiti
yang dimiliki oleh orang Melayu walaupun ianya hanya peralatan harian namun ianya
mengandungi nilai sentimental yang amat tinggi dan juga berkaitan dengan kehidupan
masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Dzulkifli Buyung melihat perkara-perkara tersebut
sebagai suatu saat (moment) yang penting untuk dizahirkan didalam karya beliau. Karya tersebut
dihasilkan pada tahun 1964 dan ianya masih kekal sehingga ke hari ini. Masyarakat kini
mungkin tidak mengenali dan menggunakan kelambu sebagai salah satu peralatan di dalam
kehidupan mereka walhal, ianya pernah menjadi sesuatu yang sinonim terhadap kehidupan
masyarakat Melayu. Lantas, ianya menjadikan karya tersebut sebagai catatan serta dokumentasi
mengenai keindahan budaya Melayu, sesuatu yang amat penting kepada sejarah seni moden
Malaysia dan juga masyarakat secara umumnya. Karya tersebut menjadi jaminan didalam
memelihara salah satu kebudayaan serta keindahan masyarakat Melayu agar terus dikenali oleh
generasi akan datang. Memang sudah ternyata dengan jelas bahawa fungsi sesebuah karya seni
adalah sebagai sebuah dokumentasi didalam mencatat perjalanan sejarah kerana ianya wujud
didalam tempoh masa tertentu. Dan apabila melihat terhadap karya Dzulkifli Buyung, dapat
dibuktikan bahawa ianya merupakan catatan sejarah yang penting terhadap masyarakat lebih-
lebih lagi apabila pengkarya begitu peka serta menitikberatkan elemen kebudayaan didalam
karyanya. Seperkara lagi yang menjadikan karya ini sebagai sebuah karya yang sangat kuat dan
berjaya adalah elemen kasih sayang antara keluarga yang ditonjolkan secara tersirat didalam
karya ini. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, masyarakat Melayu amat menitikberatkan kasih
sayang didalam kehidupan seharian sehinggakan wujud peribahasa seperti air dicincang tak
akan putus dan pelbagai lagi. Kasih sayang diterapkan didalam setiap aktiviti, perlakuan dan
perbuatan. Jika orang barat memerlukan televisyen untuk mereka duduk meluangkan masa
bersama keluarga, masyakat Melayu sebaliknya dapat menunjukkan aliran nilai kasih sayang
mereka dengan hanya berbekalkan sebuah kelambu dan melalui aktiviti yang begitu mudah dan
asas iaitu tidur . Begitulah apa yang divisualkan oleh Dzulkifli Buyung didalam karyanya. Beliau
berjaya membuktikan bahawa setiap detik di dalam kehidupan masyarakat Melayu biarpun dari
pengalaman kanak-kanak ataupun melalui situasi yang amat mudah, mempunyai keindahannya
yang tersendiri. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa karya tersebut berjaya mencapai
darjah yang tinggi didalam tahap nilai estetik kerana telah meliputi kecemerlangan dari segi
aspek formal serta makna yang terkandung. 3.0 Penutup Sebagai penutup, dapat dijelaskan
bahawa pengkarya di negara ini telah mengalami perubahan didalam pengaplikasian seni dari
konteks seni moden di Malaysia. Pendekatan barat telah diterima di dalam menjalankan
penghasilan karya, namun apa yang menjadikan pengkarya di negara ini memiliki identiti
tersendiri adalah bagaimana elemen serta pegisian berkaitan keindahan kebudayaan serta
masyarakat Melayu diterapkan didalam makna serta kandungan bagi karya mereka. Banyak
perkara telah mempengaruhi diri mereka dan salah satu di antaranya adalah cara hidup dan
masyarakat itu sendiri. Dzulkifli Buyung merupakan salah seorang pengkarya yang banyak
memainkan peranan di dalam menjadikan keindahan budaya Melayu sebagai sebuah intipati
pengisian makna didalam karya beliau. Beliau melihat bahawa keindahan terdapat di dalam
kehidupan harian masyarakat Melayu biarpun dari ruang lingkup aktiviti yang sangat mudah
serta kenangan dari zaman kanak-kanak. Kejayaan beliau serta beberapa pengkarya lain menerap
masuk elemen keindahan budaya Melayu didalam karya telah mewujudkan satu titik tolak yang
penting didalam mengangkat apresiasi seni moden di negara ini sebagai suatu perkara yang
penting kepada masyarakat. Dengan menganggap kebudayaan masyarakat sebagai suatu warisan
yang amat berharga, beliau tidak menjadikan cabang seni moden di Malaysia sebagai suatu
lapangan yang kompleks untuk dijadikan medium bagi membawa keindahan kebudayaan
masyarakat itu sendiri. Tidak bermakna karya yang dihasilkan oleh beliau adalah terlalu naratif
atau terlalu bercerita, namun beliau sebenarnya telah membuat pernyataan yang sangat tepat
melalui karyanya iaitu didalam cara hidup serta masyarakat itu sendiri, telah terpapar keindahan
dan ketinggian martabat budaya masyarakat Melayu. Memang perkara tersebut menjadi suatu
kenyataan dimana di dalam kehidupan masyarakat Melayu, terkandung pelabagai keindahan
budaya seperti berbudi bahasa, sopan santun dan kasih sayang. Proses menggambarkan
kehidupan sosial masyarakat di dalam karyanya telah menjadikan karya beliau mempunyai
identiti tersendiri lebih-lebih lagi apabila beliau lebih kearah mengstailisasikan karekter didalam
karyanya menjadi bentuk figura naf dan kelihatan seperti watak kartun. Gerakan yang
diwakili oleh beliau iaitu Wednesday Art Group sebenarnya telah membawa perubahan terhadap
dunia seni moden yang sebelum ini lebih gemar merakam pemandangan kepada pencarian media
baru, teknik dan tema (Mahamod, 2007). Beliau masih lagi menggambarkan didalam karyanya
namun apa yang berbeza adalah subjek atau tema telah berubah kepada situasi, cara hidup serta
kenangan zaman kanak-kanak. Karya yang dihasilkan oleh beliau merupakan suatu dokumentasi
yang amat penting kepada masyarakat serta generasi kini serta dan datang kerana ianya
terkandung keindahan bentuk serta makna seni Melayu dan Malaysia. Bibliography Ahmad
Izmer. (2008). Tracing the Mark of Circumcision in Modern Malay/sian Art. Victoria: University
Of Victoria. Mohd Johari Ab. Hamid. (2004). Falsafah dan Kritikan Seni. Perak : Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Muliyadi Mahmood. (2007). Modern Malaysia Art. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Mohamed Ali Abdul Rahman. (2004). Modern
Malaysian Art: Manifestation of Malay Form and Content. Shah Alam, Selangor: University
Publication Centre (UPENA), UiTM.
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
yang ketara antara setiap objek di dalam gambar dan akhirnya gambar ini sangat menenangkan dan
sedap mata memandang. Pada awalnya hasil pertama yang diperolehi adalah seperti berikut : Hasil
daripada teknik kolaj Rajah 4 : Lukisan awal dihasilkan Saya ingin menonjolkan sedikit kelainan dan imej
terang pada bukit yang dekat dengan pandangan mata itu dengan menggunakan teknik kolaj yang
menggunakan tampalan kertas warna-warna terang seperti merah dan kuning tetapi apabila dilihat dan
diteliti imej itu memang terang dan agak menonjol tetapi ianya seperti tidak serasi dengan gambar yang
dihasilkan . Selain itu paparan bukit batu seperti telah bertukar menjadi pandangan saya keaslian
pemandangan alam semulajadi sebuah pasu besar. Menurut itu tenggelam dan agak cacat. Akhirnya
saya telah membuat pengubahsuaian terhadap imej itu dengan melukis menggunakan pensil arang (
charcoal chalk) . 11 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI
VISUAL
Rajah 5 :Hasil akhir yang diperolehi setelah membuat sedikit penambahbaikan pada imej bukit itu 12
FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
TEKNIK-TEKNIK YANG DIPILIH Berdasarkan sebelas teknik yang disenaraikan untuk kegiatan
menggambar , saya telah memilih empat daripadanya iaitu teknik lukisan , catan , kolaj dan capan.
LUKISAN Lukisan merupakan cabang seni halus yang membentuk idea dan objek dengan menggunakan
titik, garisan dan ton pada permukaan rata tanpa menggunakan warna ( selain warna yang digunakan
daripada alat melukis ). Bahan media tulis meninggalkan kesan-kesan garisan di permukaan yang
digunakan. Hasil daripada penggunaan media tertentu akan meninggalkan kesan-kesan yang berlainan.
Lukisan yang dihasilkan menggunakan pensil 2B dari jenis staedler dan pensil arang. Pada peringkat
pertama lakaran imej dibentuk di atas kertas lukisan dengan menggunakan garisan yang halus.
Kemudian proses selanjutnya melalui teknik yang berikutnya . Walaubagaimana pun bagi imej bukit
bahagian atas saya menggunakan lakaran daripada pensil arang . Bermula dengan imej halus, seterusnya
garisan dijelaskan dibahagian bagaian tertentu dengan menggunakan garisan tebal, nipis dan kasar
sehingga terhasil imej lukisan seperti berikut : Garisan pelbagai jenis dan berulang menampilkan struktur
batu yang tidak rata dan natural Rajah 6 : imej ini dicampurkan dengan warna oil pastel untuk
mendapatkan warna perang kekuningan. 13 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
CATAN Catan ialah gambar yang dibuat dengan menggunakan pelbagai bahan pewarna yang berasaskan
air dan minyak atau bahan pewarna daripada alam. Biasanya catan dibuat pada permukaan rata seperti
kertas, kadbod dan kanvas. Catan merupakan satu saluran untuk para peluks meluahkan perasaan,
membuat interprestasi pandangan, merakamkan gambaran serta menyampaikan hasrat diri atau
masyarakat dalam bentuk imej visual. Untuk menentukan hasil kerja yang baik semasa membuat aktiviti
catan, perkara-perkara berikut harus diambil kira : i) ii) iii) Kedudukan cahaya pada objek Penggunaan
warna serta tonnya Perspektif pembalikan cahaya Kawasan kurang cahaya ( gelap ) Kawasan lebih
cahaya Rajah 7 : kedudukan cahaya 14 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Jika dilihat daripada lukisan yang telah dihasilkan dan berdasarkan rajah 7 dapat dilihat bahawa kawasan
yang menerima lebih cahaya adalah kawasan yang terang dan ton warna yang digunakan lebih terang
dan menyerlah. berbanding kawasan yang kurang cahaya, penggunaan ton warna adalah malap dan
sebahagiannya gelap atau hitam. Ini menunjukkan kawasan tersebut terlindung. Air adalah agen
pembalikan cahaya yang baik , Oleh itu terdapat pembalikkan cahaya menunjukkan kawasan itu tidak
terlindung dan terang sangat dan ada juga unsur pembalikan imej di dalam air seperti bukit . Menurut
Kamus Dewan (2007 ; pg 1194) perspektif bermaksud cara pelukisan ( penggambaran ) sesuatu benda
dan lain-lain pada permukaan yang rata sebagaimana yang kelihatan dari sesuatu tempat pada mata
seseorang. Dari sudut pandangan saya ruang persfektif lukisan ini menggambarkan dari sudut yang
dekat dan jauh serta luas , sunyi , tenang dan nyaman. Lukisan ini dihasilkan di atas kertas A2 18s
dengan menggunakan campuran warna dari bahan seperti charcoal sticks, oil pastle, water mixable
oil colours, warna air buncho dan pensil warna. Teknik mencatan adalah mengikut basah atas
kering ( warna air di sapu di atas permukaan yang kering ). Rajah 8 : bahan media yang digunakan 15
FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
KOLAJ Kolaj adalah satu cara menghasilkan gambar atau corak dengan menggunakan bahan, objek atau
bentuk yang berlainan di atas asas latar Kolaj melibatkan proses memilih , memotong atau mengoyak ,
meyususn, menampal dan menjahit. Justeru itu untuk mempelbagaikan teknik dalam hasil lukisan saya ,
kolaj saya pilih dan digunakan di bahagian bukit untuk menonjolkolkan imej semulajadi , corak rekahan
batu dan imej batu built yang tidak rata. Rajah 9 : Tulisan dan ruang antara koyakan kertas tampalan
merujuk kepada garisan rekahan dan jalinan pada batu yang semulajadi. 16 FAZILAH SELIMAN
(750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
CAPAN Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semulajadi yang mempunyi jalinan
tertentu. Bagi lukisan saya saya telah menggunakan teknik capan ini dengan menggunakan span dan
warna minyak di bahagian daun-daun yang rimbun. Teknik ini saya gunakan untuk menimbulkan imej
daun yang lebih terang, jelas, dan pelbagai ton warna yang menunjukkan daun yang bayak dan rimbun.
Imej yang dihasilkan adalah seperti berikut : Rajah 10 : Teknik capan menggunakan span dan warna
minyak : Daun daun yang terdapat pada pokok banyak pelbagai ton warna dan timbul . Ini
menunjukkan daun ini lebih dekat dari pandangan berbanding belukar di bahagian belakang. 17 FAZILAH
SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Langkah 1 Melukis dan membuat lakaran berpandukan tema serta tajuk : Alam Semula Jadi. Langkah
2 Pilih media yang sesuai untuk proses mewarna lakaran menggunakan teknik catan ( teknik basah atas
kering ) Langkah 3 Mewarna latar belakang menggunakan warna lembut dan mengikut proses-proses
dalam mencatan . Media yang digunakan span , air dan warna air buncho. Langkah 4 Mewarna objek
utama yang berada di bahagian hadapan dengan menggunakan warna yang lebih garang dan diikuti
dengan objek sampingan yang berada di bahagian belakang dengan memberikan warna yang lebih
lembut. Langkah 5 Membuat kolaj di bahagian bukit batu yang dekat dengan pandangan sebelah kiri dan
dikemaskan lagi dengan lakaran garisan tebal dan nipis serta gambaran ton warna gelap dan terang
dengan pensil arang Langkah 6me Proses mengemas hasil akhir karya sebelum dibingkaikan 18 FAZILAH
SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
UNSUR-UNSUR SENI Unsur unsur seni adalah seperti garisan, warna , jalinan, rupa, struktur, bentuk
dan ruang. Garisan yang digunakan sewaktu melakar lukisan dan menghasilkan ton warna pada batu
bukit adalah garisan tebal, nipis , kasar dan halus.Ton warna pada batu bukit menghasilkan warna yang
semulajadi dan natural. Selain itu ada unsure prmukaan yang tidak sekata. Warna yang digunakan
pelbagai. Latar belakang menggunakan warna tertier yang menggabungkan warna asas iaitu warna biru
dan kuning dengan warna skunder iaitu warna hijau untuk menghasilkan wana yang lebih lembut pada
permukaan air tasik dan kawasan berdaun yang jauh . Untuk menhasilkan ton warna pula campuran
warna digabungkan dengan warna putih atau hitam mengikut kesesuaian. Bagi kawasan bukit yang di
bahagian belakang pula campuran warna putih hitam pula digunakan untuk menghasilkan warna kelabu
keputihan. Alat mewarna yang digunakan adalah span . Span digunakan untuk menghasilakan warna
yang sekata dan lembut. Jalinan adalah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Jalinan
terbahagi kepada dua bahagian iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Terdapat jalinan tampak pada
imej kayu yang disusun sebagai laluan untuk berjalan di tepi tasik. Selain itu rimbunan daun dengan
teknik capan dan pelbagai ton warna juga jalinan tampak. Jalinan boleh dilihat tetapi tidak boleh dirasai
melalui sentuhan. Rajah 11 : Jalinan tampak 19 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Struktur dan bentuk pula adalah rangka asas sesuatu objek Struktrur bentuk berbeza-beza mengikut
sudut pandangan yang berlainan. Bentuk yang terdapat pada karya yang dihasilkan adalan bentul ilusi di
mana bentuk konkrit yang digambarkan dalam catan atau lukisan. Ia bersifat dua dimensi yang sama
apabila disentuh. Ia juga dikenali sabagai bentuk maya. Garisan yang berlainan saiz atau rupa yang
berlainan ton dapat mewujudkan perasaan ruang. Sebagai contohnya ruang yang sangat luas wujud di
antara bukit di belakang dengan bukit di hadapan. Ruang ini dipenuhi hamparan air dalam tasik. Begitu
juga persfektif yang digambarkan menunjukkan gambar yang dekat bersaiz besar , jelas dan terang
manakala yang jauh bersaiz kecil, samar dan warna pudar dan lembut. 20 FAZILAH SELIMAN
(750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
http://lepak.my/blog/2011/07/17/gambar-keindahan-alam-semulajadi-menakjubkan-dan-menarik/
Gambar Keindahan Alam Semulajadi Menakjubkan Dan Menarik by LEP A K on JULY 17, 2011 Share56
Ramai antara kita tidak sedar akan keindahan alam semulajadi kerana terlalu sibuk, jadi kali ni Lepak.my
nak share gambar keindahan alam semulajadi. Memang menarik gambar alam semulajadi ni yang
bentuknya seakan-akan manusia dan haiwan. Memang sungguh menakjubkan alam ciptaan-Nya ini.
Hargai dan nikmati lah alam semulajadi ini. 21 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
22 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
23 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
http://www.teratakarmo.com/2011/10/gua-tempurung-keindahan-alam-semulajadi.html04 OCTOBER
2011 Gua Tempurung Keindahan Alam Semulajadi Memukau mata Share Saja nak dikongsikan dengan
semua. Kisah ni dah berlaku beberapa minggu lepas bila orang rumah aku pergi Kursus anjuran Syarikat
beliau.Semasa berkursus di Trolak beliau berkesempatan untuk menjelajah Gua Tempurung. Aku sendiri
tak pernah sampai Gua Tempurung.Memang beruntung cuma sayang aku tak dapat ikut sekali. kalau
pergi mesti banyak gambar keindahan semulajadi aku ambik.. Orang rumah aku berkesempatan
mengambil gambar didalam Gua Tempurung. Kualiti gambar agak terjejas, mungkin disebabkan cahaya
kurang kut. Lagi pun ambik gambar pakai Kamera Kompak jer. Tapi aku tengok cantik juga suasana
didalam Gua Tempurung ni. Kalau ada rezeki nak jer aku bawak anak-anak aku pergi menjelajah Gua
Tempurung nie untuk menyaksikan keindahan Alam Semulajadi. Layan dulu gambo ek. 24 FAZILAH
SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
KADAR YANG DIKENAKAN MAKLUMAT TREK GUA TEMPURUNG 25 FAZILAH SELIMAN
(750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
SUASANA DIDALAM GUA Bila aku lihat gambar dalam Gua Tempurung ni, teringin pulak nak merasai
suasana kat dalam gua. Mesti sejuk dan suasana mesti nyaman. Kalau buat blogger Gathering kat dalam
gua ni pun ok gak ek..hehe..Ada yang pernah masuk Gua Tempurung tak? 26 FAZILAH SELIMAN
(750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Sumber :
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.anizanwar.com/wpcontent/uploads/2010/10/a
ir-terjun.jpg&imgrefurl=http://www.anizanwar.com/tag/keindahan-
alamsemulajadi/&h=294&w=400&sz=11&tbnid=u_CNLbzWM4C Sumber :
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://tempatmenarik.com/wpcontent/uploads/2011/02/k
eindahan-alamsemulajadi.jpg&imgrefurl=http://tempatmenarik.com/category/pantai-pantai-
dimalaysia/&h=480&w=640&sz=118&tbn 27 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Sumber
:http://www.google.com.my/imgres?q=alam+semulajadi&hl=ms&gbv=2&tbm=isch&tbnid=aawFzEvMph
u4M:&imgrefurl=http://halaqah.net/v10/index.php%3Fpage%3D357%3Bwap2&docid=KWyuMb
e7dDxF2M&imgurl=http://rampuun.files.wordpress.com/2009/02/31896.jpg&w=1152&h=864&ei=ANrT
7iODsiqrAfCx9SQAg&zoom=1&iact=hc&vpx=726&vpy=292&dur=1959&hovh=194&hovw=259&tx=10
2&ty=118&sig=116578671770799069731&page=3&tbnh=147&tbnw=196&start=40&ndsp=24&ved=1t:4
29,r:21,s:40&biw=1366&bih=667 Sumber
D_M:&imgrefurl=http://imann9969.blogspot.com/2009/10/keindahan-alam-
semulajadi.html&docid=4f8l7yETauCO4M&imgurl=http://2.bp.blogspot.com/_- :
http://www.google.com.my/imgres?q=alam+semulajadi&hl=ms&gbv=2&tbm=isch&tbnid=DJJjme9vQpn
tCWoOW0gtQ/SusK3SzLcoI/AAAAAAAACEc/I5xqLALmH74/s400/download3.jpg&w=400&h=296&ei=oeF
rT8bbHZDxrQfZu9SKAg&zoom=1&iact=hc&vpx=1064&vpy=303&dur=1437&hovh=193&hovw=261&tx=1
87&ty=124&sig=116578671770799069731&page=4&tbnh=146&tbnw=217&start=64&ndsp=22&ved=1t:
429,r:21,s:64&biw=1366&bih=667 28 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
29 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIBILOGRAFI Hjh. Noresah Baharom, ( 2007 ), Kamus Dewan (4th), Kuala Lumpur , Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kathleen Chee (2012), Fokus Sukses SPM Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5 , Selangor :
Pelangi Sdn Bhd. Keindahan Alam Sekitar , (2012) foto shoot from Canoo Power Shoot A2200 Open
Universiti Malaysia ( 2011 ) , Pengenalan Pendidikan Seni Visual , Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd. Tee
Seok Tin , (2002) Buku Panduan Guru KBSR,Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual , Selangor.
Imej Alam Semula Jadi [online], Available :
http://www.google.com.my/imgres?q=alam+semulajadi&hl=ms&gbv=2&tbm=isch&tbnid=DJJj
me9vQpnD_M:&imgrefurl=http://imann9969.blogspot.com/2009/10/keindahan-alam-
semulajadi.html&docid=4f8l7yETauCO4M&imgurl=http://2.bp.blogspot.com/_tCWoOW0gtQ/SusK3SzLc
oI/AAAAAAAACEc/I5xqLALmH74/s400/download3.jpg&w=400&
h=296&ei=oeFrT8bbHZDxrQfZu9SKAg&zoom=1&iact=hc&vpx=1064&vpy=303&dur=1437
&hovh=193&hovw=261&tx=187&ty=124&sig=116578671770799069731&page=4&tbnh=146
&tbnw=217&start=64&ndsp=22&ved=1t:429,r:21,s:64&biw=1366&bih=667 Keindahan Alam sekitar
,[online], Available : http://lepak.my/blog/2011/07/17/gambarkeindahan-alam-semulajadi-
menakjubkan-dan-menarik/ Acessed at ( 2012/3/18) Keindahan Alam sekitar [online] :
http://www.teratakarmo.com/2011/10/gua-tempurungkeindahan-alam-semulajadi.html acessed at (
2012/3/15) 30 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI
VISUAL
Soalan 2 31 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Gambarfoto karya Pelukis Malaysia 32 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
kelambu Karya Dzulkifli Buyong Burning Ants, 1967 33 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pago-pago,1964 Karya Abdul Latif Hj Mohidin 34 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Genting 1978 Ale-ale 1996 Karya Ibrahim Hussien 35 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
The Harvester Potret Diri, 1958 Karya Mohd. Hoessein Enas 36 FAZILAH SELIMAN (750725016556001)
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
37 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENGENALAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI Art appreciation is not always black and white. You ger
aut of art what ypure willing to put in. Art is a relationship and requires that you work at it,(Richard
Nilsen, The Arizona Republic, July 2 , 2006 ;pg 149) Apresiasi di definasikan sebagai kajian mengenai
pelukis-pelukis atau kepandaian tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi
mereka cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema subject matter serta gaya dan stail
tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek
kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil
seni itu. Ia boleh juga dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan
ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Apresiasi seni membolehkan individu memahami aspek-
aspek nilai estetika , pengertian unsureunsur seni dan nilai-nilai sosio-budaya yang terkandung dalam
hasil seni dan kraf. Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai
apresiasi. Antaranya Feld man ( 1967) dan Smith (1967) dalam mudul Pengenalan Pendidikan Seni Visual
mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui
empat tahap : a) Menggambar (description) b) Menganalisa (anallysia) c) Tafsiran ( interpretation)
d) Penilaian (evaluation) 38 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Apresiasi Karya Pelukis Terkenal ( 1 ) Nama sebenar Hoessein Enas ialah Mohd Hoessein Enas. Beliau
dilahirkan di Bogor, Jawa, Indonesia pada tahun 1924. Beliau telah berhijrah ke Malaysia pada 1947.
Bakat seni beliau adalah semulajadi dan beliau telah banyak meneliti kejadian alam dan kehidupan
manusia dan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya tempatan. Hasil karya beliau adalah menuju
kepada aliran realistik dan naturalistik. Hoessein Enas merupakan lagenda seni tampak Malaysia dan
juga dikenali sebagai Bapa Potret Malysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1924 di Kepulauan Jawa,
Indonesia. Pada tahun 1947, beliau telah memasuki Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah
Melayu atau Malaya menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di Ayer Hitam, Pulau Pinang. Sebelum
memulakan perjalanan sebagai insan seni, beliau telah melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara
kehidupan beliau salah satunya ialah penarik beca. Beliau juga menjadi pelukis jalanan. Sewaktu itu,
Malaya adalah di bawah jajahan British (Inggeris). Ketika beliau sedang asyik melukis dijalanan, beliau
telah dikunjungi oleh Tun Sambathan dan Pengarah Bristish Council ketika itu, Frank Sullivan yang
kemudiannya menjemput beliau mengadakan pameran di Pusat British Council, Kuala Lumpur. 39
FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Sambutan untuk pameran pertama beliau pada ketika itu amat memberangsangkan kerana semua hasil
seni beliau telah terjual (ketika itu beliau masih lagi seorang artis baru yang masih cuba menempa
nama). Penilaian pada zaman itu, untuk artis baru seperti beliau amatlah positif untuk beliau lebih
bersungguh mencipta nama sebagai seorang artis yang berjaya. Selepas berjaya pada pameran pertama,
atas pengaruh daripada Frank Sullivan, beliau telah diserapkan untuk menjadi pegawai kerajaan dan
ditempatkan di Jabatan Orang Asli Malaya. Sumbangan beliau kepada seni kita antaranya, ukiran orang
Rejang di Pahang dengan beberapa buah buku dan tesis bahasa telah dihasilkan. Tesis-tesis yang
dihasilkan oleh beliau kini di bawah jagaan Dr. Zakaria Ali. Pada tahun 1956. Beliau telah menubuhkan
persatuan bagi pelukis-pelukis Malaya ketika yang dinamakan sebagai Angkatan Pelukis Semenanjung
(APS). Persatuan tersebut masih wujud sehingga kini. Cogan kata persatuan itu ialah Seni dan
Masyarakat yang telah dipinjam dari cogan kata Angkatan Sasterawan Singapura 50 (ASAS 50) iaitu
Seni Untuk Masyarakat. Sumbangan yang paling besar dariapada Hoessein Enas yang tidak dapat dinilai
ialah gambar-gambar yang diwariskan yang boleh dilihat, dikaji dan diulas kesahihannya. 40 FAZILAH
SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAJUK : TAHUN : MEDIA : ADMONINTON, 1959 Cat minyak atas Kanvas 41 FAZILAH SELIMAN
(750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
a) Menggambar (Description) Warna Penggunaan warna cerah telah menonjolkan imej utama dengan
lebih nyata iaitu figura dua orang manusia lelaki tua dan perempuan muda. Di samping itu penggunaan
ton gelap juga memainkan peranan dalam merujuk arah kedudukan cahaya dalam jalinan tampak yang
wujud Garisan Terdapat garisan yang pelbagai jenis garisan yang terhasil iaitu garisan tebal, nipis, kasar
,halus dan melengku pada tubuh badan dan pakaian.ng. Untuk memberikan impak ketelitian dan natural
pada bahagian-bahagian tertentu Ruang Menggunakan persfektif jauh dan dekat ( gadis lebih dekat :
saiz imej lebih besar manakala lelaki tua kebelakang : saiz imej kecil sedikit ) Rupa Menggunakan
ekspresi wajah yang melambangkan figura / objek sedang dalam dilemma. Prinsip Rekaan Penegasan
dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati
Imbangan Memafaatkan figura dua manusia sebagai imbangan Kesatuan Focus dan terperinci 42
FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
b) Menganalisa ( Analyse) Subjek Manusia Unsur-unsur seni 1. Warna 2. Struktur dan bentuk 3. Garisan
4. Ruang 5. Jalinan Prinsip Rekaan 1. Penegasan 2. Keseimbangan 3. Bentuk Kualiti Ekspresif 1. Mood:
sedih ,keliru,takut dan marah( penuh ketegasan ) 2. Suasana tegang ( konflik ) Bahan/Teknik/ Kaedah
Menggunakan cat minyak ke atas kanvas dengan memfokuskan terhadap ton warna dan ekspresi wajah
yang sedang dalam dilemma c) Tafsiran (Interpretation) Makna/mesej Konflik perasaan Subjek Manusia
43 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Simbol Ekspresi wajah Unsur-unsur Seni Warna, bentuk, garisan, ruangan, jalinan Prinsip Rekaan
Penegasan, keseimbanagan Metafora/Analogi bagi menjelaskan makna Perbezaan ekspresi wajah antra
figura manusia a. Anak : dilemma (sedih, takut,keliru) b. Ayah : tegas ( marah / kesal ) d). Penilaian
(Evaluation) Kriteria Keterangan Keaslian Berdasarkan kepada ketelitian terhadap budaya masyarakat
Melayu ketika itu Gubahan Berdasarka pakaian figura manusia yang dipaparkan dan cara komunikasi di
antara dua manusia yang mempunyai pertalian Teknik Hasil penelitian terhadap Budaya Masyarakat
Melayu ketika itu penuh bertatasusila dan sopan Fungsi Menyelami konflik yang berlaku di antara anak
dengan bapanya, mengutarakan ketegasan dan kepatuhan masyarakat Melayu pada waktu itu 44
FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Ulasan secara keseluruhan Karya yang dipilih Karya seni ini diilustrasikan berdasarkan figura dua
manusia berlainan jantina dan usia yang sedang dilema konflik persoalan hidup antara si ayah dengan
anaknya. Karya ini juga melakarkan jalinan tampak kertas berlipat yang merujuk kepada surat cinta yang
ditemui oleh si ayah. Lantaran itu ekspresi wajah figura tersebut mengga yang berlaku ketika
itu.mbarkan konflik. Si ayah sedang marah dan menanti jawapan anaknya dengan tenang dan penuh
ketegasan manakala si anak kelihatan berpandangan redup dan keliru antara perasaan takut, sedih dan
terselit rasa bersalah. Menggambar (Description) Dalam proses menggunakan campuran warna asas
iaitu biru, merah dan kuning pada imej utara dengan campuran warna sekunder pada latar lantai , kain
dan latar belakang karya. Untuk mewujudkan ilusi yang natural dan jalinan tampak yang jelas pengkarya
menggunakan campuran warna putih untuk situasi terang dan ada pencahayaan dan hitam untuk
baying-bayang dan bahagian terlindung. Dua figura utama disusun secara seimbang dengan
menjadikann figura itu sebagai imbangan antara persfektif dekat dan jauh. Terdapat pelbagai unsur seni
yang ditegaskan untuk menarik perhatian pemerhati terhadap imej yang dipaparkan. Antaranya
penggunaan ruang secara seimbang, garisan yang pelbagai mengikut kesesuaian, arna tang kontras
antara latar dan imej utama dan prinsip rekaan yang tegas terutamanya di bahagian wajah figura itu. 45
FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Menganalisis (Analyse) Berdasarkan subjek manusia engkarya bermain dengan mood illusi pada wajah
yang berbeza antara rasa sedih, keliru, marah, tegas, tanda Tanya, mengharap dan kepatuhan.Gaya
persembahan yang bersahaja dan penuh ketelitian mengamit pemerhati untuk bersama sama
menyelami konflik yang berlaku. Karya ini dilakarkan di atas kanvas menggukan warna minyak dengan
memberikan focus terhadap ton warna dan kuantiti cahaya. Tafsiran ( Interpretation) Dengan mesej
konflik perasaan , pengkarya dengan bijak memainkan unsure-unsur seni seperti warna, struktur dan
bentuk, garisan, ruang dan jalinan untuk membawa pemerhati menyelami, mendalami dan menghayati
watak dalam ilusi yang dipaparkan. Tergambar unsur ketegangan , ketidakpastian dan penuh tandatanya
melalui metafora yang menjelaskan makna yang tersirat di sebalik hamparan kertas yang koyak dan
terlipat di lantai. Merujuk kepada ekspresi wajah aayah yang menanti penjelasan si ayah memainkan
peranan dalam mencetuskan symbol karya. Karya ini mengetengahkan cara komunikasi dan peradaban
masyarakat Melayu pada waktu itu. Penuh dengan tatasusila, patuh, tenang walaupun tegang dan
ketegasan sis yah dalam mendidik anaknya. 46 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Penilaian ( Evaluation) Akhirnya jelaslah di sini bahawa pengkarya sangat mahir dalam hal peradaban
dan tatasusila masyarakat Melayu zaman dahulu. Setiap tindakan tenang tetapi penuh ketegasan dan
patuh biarpun ada pemberontakan jiwa. Gadis Melayu digambarkan sebagai gadis yang sopan dan
pernuh bertatasusila dengan melakarkan cara duduk gadis yang kemas , tersusun serta beradab (
bersimpun rapat ). Fokus karya ini kepada figura dua manusia yang berpakaian kemas di mana orang
lelaki memakai kain pelekat dan baju melayu manakala perempuan pula memakai kain sarung dengan
kebaya ketat yang kemas serta menampilkan keayuan gadis zaman dahulu. Ditambah dengan rambut
yang disisr kemas dan panjang menambahkan kejelitaan dan kesopanan gadis itu. Anak dididik untuk
patuh kepada segala arahan orang tua ( ibu dan bapa ) , tiada bantahan dan segala urusan hidup dam
masa depan adalah urusan keluarga terutamanya si bapa yang bertindak sebagai ketua keluarga.
Biasanya anak tidak ada peluang untuk membantah bahkan hanya mampu menurut kerana mereka
masih memelihara budaya masyarakat melayu yang tegas dalam mendidik anak dan melatih anaknya
sentiasa bersopan ketika bercakap atau melakukan kelakuan yang lain. Pengkarya begitu kagum dengan
cara dan tatsusila ini dan mengaplikasikan ia dalam bentuk ilusi maya atau lakaran tampak. Karya ini
juga menyedarkan kita bahawa perlunya menghormati orang tua, patuh dengan arahan orang tua ,
sentiasa tidak membelakangkan orang tuadalam urusan masa depan dan sentiasa berpegang kepada
agama dalam melaksanakan segala hal. Dalam hal ini si ayah jelas masih memjalankan
tanggungjawabnya di sisi agama dengan mengawasi tindak-tanduk anaknya terutamanya apabila
berurusan dengan lelaki bukan mukhrim. 47 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Apresiasi karya pelukis terkenal Malaysia ( 2 ) Dzulkifli Buyong adalah nama pelukis yang tidak asing lagi
di kalangan angkatan pelukis di Malaysia.. Beliau dilahirkan pada tahun1948 di Kuala Lumpur dan digelar
sebagai anak berbakat luarbiasa ketika menuntut di Victoria Institution Kuala Lumpur. Beliau mula
menjadi terkenal dan disanjung sejak muda. Beliau seorang pengiat seni yang berbakat dan bijak sebagai
seorang kanak-kanak apabila beliau menghasilkan beberapa lukisan popular di usia yang sangat muda.
Pada usia 16 tahun Dzulkifli telah memenangi awardstermasuk piala emas dari Raja Permaisuri Agong
Tengku Badriah Tengku Ismail dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Apabila usianya
menjangkau 17 tahun beliau telah memenangi tempat ke tiga dalam pertandingan The National Poster
Drawing. Beliau mula terkenal dalam VI Art Room ( sekarang Museum Sekolah ) dan melukis mural di
dinding. Beliau mendapat tunjukajar daripada Patrik Ng Kah Onn, Wednesday Art Group dan pendidikan
seni formal di Institut Teknologi Mara. Karya yang dihasilkan menggunakan media kapur pastel 48
FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tajuk Tahun Media : Membakar semut : 1967 : Kapur pastel Lokasi : Balai Seni Lukis Negara 49 FAZILAH
SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
a) Menggambar (Description) Warna Campuran warna asas ( biru, merah dan kuning ) dengan
sekunder dan tertier. Penggunaan warna natural jelas bagi latar belakang tanah yang menunjukkan
kepada kanak-kanak kampong. Berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan outline Garisan
Ruang Objek dilukis memenuhi ruang Rupa Menggunakan objek atau figura yang menunjukkan aktiviti
yang sedang dilakukan dengan aksi yang mengasyikkan dan gembira. Prinsip Rekaan Penegasan : dari
segi aspek garisan , rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh
pemerhati. Imbangan Berfokus kepada titik tengah yang mewakili sudut tiga segi secara illusinya di
bahagian atas. Kesatuan Idea yang santai dan tertumpu. 50 FAZILAH SELIMAN (750725016556001)
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
b) Menganalisa ( Analyse) Subjek Manusia Unsur-unsur seni 1. Warna 2. Rupa 3. Struktur dan bentuk 4.
Jalinan 5. Ruang Prinsip Rekaan 1. Penegasan 2. Keseimbangan 3. Bentuk Kualiti Ekspresif 1. Mood :
keriangan ( gembira ) 2. Suasana : harmoni dan penuh kenakalan Bahan/Teknik/ Kaedah Menggunakan
kapur pastel tanpa focus kepada ton warna c) Tafsiran (Interpretation) Makna/mesej Kesucian zaman
kanak-kanak Subjek Manusia Simbol Unsur-unsur Seni Kenakalan kanak-kanak di kampong Warna,
bentuk, garisan, ruangan, jalinan 51 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Prinsip Rekaan Penegasan, keseimbanagan Metafora/Analogi bagi menjelaskan makna Menggambarkan
keriangan zaman kanak- kanak dengan terselit unsur kenakalan , kegembiraan, keharmonian sewaktu
menjalankan aktiviti d). Penilaian (Evaluation) Kriteria Keterangan Keaslian Berdasarkan pengalaman
zaman kanak-kanak di kampung Gubahan Berdasarkan aktiviti yang dilakukan dan batang pokok Teknik
Menggunakan teknik ciptaan yang tradisioal. Tiap-tiap unsur disusun dalam bentuk segitiga menghala ke
bahagian atas bingkai gambar dengan kemasan yang rapi Fungsi Memberi kesedaran kepada masyarakat
betapa harmoni dan bahagianya melalui zaman kanak-kanak dan jangan dipersiakan atau diabaikan. 52
FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Ulasan Keseluruhan Aprisiasi Karya Pelukis Terkenal (2) Karya ini menggambarkan kehidupan yang dilalui
oleh kanak-kanak tempatan atau kampung. Mereka tidak mempedulikan apa yang berlaku di
persekitarannya sehinggakan ada salah seorang yang diserang semut tidak disedari dan kelihatan dua
orang kanak-kanak lagi sedang asyik memrhatikan arah pokok yang ada banyak semut itu.Kanak-kanak
perempuan itu tidak berganjak walaupun sedang asyik membersihkan kaki kerana digigit semut itu.
Kanakkanak di kampong digambarkann sebagai lasak dan aktif. a) Menggambar (Description)
Pengguana warna yang digabungkan dari warna asas (biru, kuning dan merah ) dengan sekunder , hitam
dan putih tanpa memfokuskan terhadap penggunaan ton warna. Jalinan garisan yang berulang untuk
menjelaskaan banir pokok yang terdapat melata Setiap objek memandang dan menghala ke titit tumpu
dengan illusi segitiga digambarkan.Dua orang kanak asyik da fokus kepada batang pokok tanpa
menghiraukan salah seorang rakanya telah diserang semut itu. Id yang diutarakan santai tetapi
tertumpu kepada sudut segitiga itu b) Menganalisa ( Analyse) Karya ini juga menggunakan subjek
manusia sebagai imej utama dan Onjek pula disusun seimbang dengan menjurus kepada pokok ( titik
pusat lukisan ini ). Jalinan yang berulang dan jarak dapat dilihat pada banir pokok dan sebagai
mewujudkan outline. 53 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL
Ruang adalah seimbang di mana setiap ruang dipenuhi oleh objek manusia dan dipusatkan di sudut sisi
atas bagi bucu segitiga dalam illusi pandangan kanak-kanak kepada sekumpulan semut yang sedang
dibakar dengan kertas surat khabar. Kualiti ekspresif merujuk kepada mood keriangan yang dilalui oleh
kanak-kanak di kawasan kampung dalam suasasa dipelbagaikan tanpa gangguan , gembira , tanpa
gangguan dan nakal. Beliau mengguanakan media kapur patel sebagai bahan catan. c) Tafsiran
(Interpretation) Unsur seni yang terdapat di karya ini mengutarakan mesej kesucian zaman kanak yang
penuh kenakalan tetapi kenakalan kanak-kanak seperti itu mendidik untuk menjadi lebih kuat, berani,
menambah pengalan yang ceria, lasak dan berdikari. Walau bagai manapun aktiviti mereka harus
dipantau kerana melibatkan penggunaan api yang boleh mencederakan. Keseimbangan yang wujud
pada figura manusia terletak pada titik tumpu persfektif yang ditetapkan sebagaimana yang telah
dibincangkan . Fokus utama adalah sebatang pokok . enegasan terhadap pemilihan unsure seni jelas
apabila pengkarya menumpukan kepada aspek, garisan , ruang , rupa dan bentuk, struktur dan jalinan
pada setiap lakaan . 54 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL
Metafora / analogi bagi menjelaskan mereka direalisasikan dari sudut kegembiraan yang terpancar pada
wajah dua kanak-kanak serta seoarang kanak-kanak perempuan setia dan tidak mahu terlepas peluang
melihat aktiviti itu walaupun diserang oleh semut. Suasana kelihatan santai , gembira, harmoni dan
asyik. d) Penilaian (Evaluation) Keaslian karya ini dilihat dari sudut zaman,ketika , waktu, tahun di mana
karya ini merujuk kepada pengalaman melalui zaman kanak-kanak. Kanak-kanak ini digambarkan
sebagai lasak, berani, ceria, seronok , damai ,bebas , harmoni dan nakal. Kanak-kanak bebas
menjalankan aktiviti , menimba pengetahuan dan pengalaman. Pengkarya seolah-olah ingin mengajak
pemerhati untuk mengimbas semula keriangan zaman kanak-kanak dan keharmoniannya bermain
dengan rakan-rakan tanpa mengira umur dan jantina. Pengkarya ingin memaklumkan aktiviti yang
dilakukan oleh kanak-kanak di kampung Akhirnya fungsi karya adalah untuk memberi kesedaran bahawa
zaman kanak-kanak adalah zaman yang indah , Kanak-kanak diibaratkan sehelai kain putih yang perlu
dicorakkan oleh ibubapanya. Corak kehidupan kanak-kanak itu sedikit sebanyak memberi impak kepada
penampilannya bila dewasa. Kanak-kanak polos dan suci dan jangan dicemari dengan kenangan buruk
dan mengecewakan. 55 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL
56 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
http://zuldansesuatu.blogspot.com/2011_10_01_archive.html acsessed at 19/3/2012 Warna ialah sifat
cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk
beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai
spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum. Istilah warna boleh juga merujuk
kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang
dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh
manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi.
Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa. Oleh sebab
persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang berbezabeza terhadap bahagian-
bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh
panjang gelombang cahaya. Fisiologi warna dibincangkan di bawah. Sains warna kekadang dipanggil
kromatik dan termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan,
teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita
biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan pic
dalam pendengaran, walaupun mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza. Kuning + Biru
Biru Hijau + Merah Ungu Warna Tertier 57 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6
warna. Warna Asas Campuran Warna Sekunder Kuning Kuning Merah Merah Biru Biru Ton Warna Ton
Warna disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui
campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang jika
dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam Jika
menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk mendapatkan warna cera. Untuk mendapatkan ton
warna gelap, warna ditindihkan lapisan demi lapisan. Ton warna merupakan jenis warna yang berguna
untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak. Gubahan Warna Sewarna Sewarna
adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton.Ia juga dikenali sebagai warna monokrom Nilai
warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih. Nilai warna akan terus meningkat jika
dicampurkan dengan warna hitam. antara kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah: Hasil
Warna Kuning Hijau Kuning Jingga Merah Jingga Merah Ungu Biru Ungu Biru Hijau + + + + + + Hijau
Jingga Jingga Ungu Ungu Hijau Dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa 58 FAZILAH
SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Boleh menimbulkan gambaran ruang dan perspektif dalam catan Sesuai untuk ciptaan tekstil, hiasan
dalaman, ubin, perabot dan sebagainya. http://berudicatan.blogspot.com/ accessed at 21/3/2012
KAJIAN KARYA-KARYA TANAH AIR 1. KAJIAN PERTAMA OLEH ABDUL LATIF MAULAN Artist: Latif Maulan
Tajuk : Bananas and 9 Oranges Size: 48 Inch x 48 Inch tahun : 2008 a. ULASAN KOMPOSISI Komposisi
yang dapat dikenalpasti di sini mempunyai asas seni reka, media dan teknik yang digunakan serta
alirannya. Asas seni reka ini mempunyai unsur seni dan prinsip rekaan iaitu bagi unsur seni ialah garisan,
jalinan, rupa, bentuk, ruang dan warna manakala prinsip rekaan pula ialah imbangan, pergerakan,
kontra, harmoni, irama, dan kepelbagaian. Unsur seni yang terdapat pada karya ini ialah seperti garisan,
garisan dapat dilihat pada keseluruhan gambar karya seperti kain batik. Jalinan pula dapat dilihat pada
garisan-garisan 59 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI
VISUAL
berlapis pada panjang. Bentuk pula ialah pada buah oren,dan pisang apabila ia dikaryakan dengan gelap
dan cerah bagi menunjukkan bentuk. Warna juga dapat dikenalpasti pada keseluruhan permukaan
kerana berwarna seperti warna kuning pada pisang, merah pada kain batik dan lain-lain lagi. Prinsip
rekaan pula terdapat pada gambar tersebut ialah harmoni iaitu warna buah oren seakanakan sama
dengan warna merah pada kain batik itu. Kontra pula terdapat pada warna kuning pada pisang dengan
warna merah pada kain batik yang begitu kontra. Kepelbagaian pula dapat dilihat pada objek-objek yang
dibuat iaitu buah oren, pisang, dan kain batik. Di samping itu, media yang digunakan pula ialah seni
catan cat minyak. Teknik yang digunapakai jika dilihat ialah teknik melembut kerana gambar yang dilihat
tidak nampak kesan jalinan yang kasar. Aliran yang digunakan itu dapat dilihat ialah aliran realisme
kerana beliau begitu prihatin objek-objek dan latar belakang yang dibuat itu. b. ULASAN PENGGUNAAN
WARNA Karya ini menghasilkan warna panas seperti warna merah, oren dan kuning. Justeru kita dapat
lihat pada karya ini seperti pisang warna kuning, buah oren berwarna oren dan kain batik berwarna
merah. c. ULASAN TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK Teknik pencahayaan yang digunakan ini ialah
pengkarya menekankan pada objek pisang dengan cahaya dan objek-objek lain kelihatan gelap. Hal ini,
kita dapat memahami bahawa objek pisang lebih diutamakan disebabkan cahaya seolah-olah disuluh
dengan terang daripada objek lain. Manakala bentuk pula ialah Seterusnya, bentuk yang digunakan ini
ialah beliau menggunkan cerah dan gelap bagi membentuk sesuatu objek. Sebagai contoh buah oren
kelihatan berbentuk seolah-olah hidup dengan bayang-bayang terdapat di tepinya. d. ULASAN ASPEK
RUANG Pengkarya ini menggunakan ruang dalam kerana pemerhati tidak nampak pada sekitarnya kaki
langit. Ia dilihat dari atas dengan pandangan bawah aras mata. Selain itu, objek yang cerah 60 FAZILAH
SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
berada lebih dekat dan objek yang gelap sedikit berada jauh sedikit. Contohnya sebiji pisang yang
berada di tengah itu lebih bercahaya dan pisang di hujung sekali itu berada di belakang pisang yang
cerah kelihatan gelap sedikit. 2. KAJIAN KEDUA KARYA MOHD NAZIR Year: 2007 Medium: Poster Color
on Paper Size: 15" 10.5" (38.7 cm 27.4 cm) a. ULASAN KOMPOSISI Ulasan komposisi yang terdapat
pada karya tersebut melalui komposisis ialah pada asas seni iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Pada
unsur seni ini kita dapat lihat garisan pada bunga tersebut. Di samping itu, bentuk pula dapat dilihat
pada bentuk-bentuk helaian bunga itu. Seterusnya, jalinan pada bunga tersebut pula dapat dilihat
bahawa jalinan tampak tersebut adalah jalinan yang lembut. Walau bagaimanapun, bagi prinsip rekaan
pula ialah seperti kadar bandingnya ialah bunga teratai berada di tengah-tengah antara daun-daun
teratai kelihatan seimbang. Selain itu, pergerakan pula dapat dilihat pada daun teratai yang tidak rata
sahaja tetapi daun teratai itu pada hujung daun ia mendongak ke atas dan menunjukkan unsur
pergerakan. Seterusnya, kontra pada visual tersebut amat jelas di mana warna bunga teratai berwarna
putih dan daun warna hijau, maka ia menunjukkan amat kontra warnanya. Media yang digunakan ialah
media cat minyak dan teknik yang digunapakai juga teknik melembut kerana karya ini kelihatan halus
sekali. Aliran ini ialah aliran realisme kerana menekankan gambar yang dihasilkan. 61 FAZILAH SELIMAN
(750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA Warna yang digunakan ialah warna sejuk iaitu warna hijau dan ungu.
Penggunaan warnanya juga kontra untuk menunjukkan perbezaan antara daun dan bunga. Selain itu,
terdapat sedikit warna panas pada anak-anak bunga teratai yang berwarna oren. c. ULASAN TEKNIK
PENCAHAYAAN DAN BENTUK Pengkarya menggunakan cahaya yang terang pada bunga teratai dan
menggelapkan sedikit pada bahagian objek-objek lain di sebelahnya seperti daun teratai. Hal ini,
menekankan objek bunga teratai sebagai subjek utama. d. ULASAN PADA ASPEK RUANG Pengkarya ini
mengunakan ruang dalam iaitu pandangan pada aras bawah mata. Pengkarya juga menggunakan cahaya
untuk menunjukkan objek yang paling dekat seperti bunga teratai amat bercahaya berbanding objek
lain. 62 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
3. KAJIAN KETIGA TERHADAP KARYA AMRON OMAR Amron Omar Pertarungan II, 1980 a. KAJIAN
KOMPOSISI Asas seni reka yang diguna ini seperti warna kita dapat lihat ia gelap dan cerah yang
menunjukkan objek wujud sebagai bentuk. Jalinan pula dapat dilihat pada kain pelikat objek lelaki yang
berada awal objek. Ruang pula menunjukkan ia ruang dalam dan dilihat dengan pandangan bawah aras
mata. Dominan yang digambarkan pada karya ini ialah pada objek paling hadapan iaitu objek lelaki
memakai kain pelikat. Pergerakannya pula dapat dilihat pada figura lelaki tersebut yang bergerak
seolah-olah sedang bertarung. Media yang digunakan ialah cat minyak dan teknik yang digunakan ialah
boleh dilihat sebagai teknik kilatan kerana terdapat lut sinar pada figura lelaki seolah-olah dibuat dengan
warna berlapis-lapis untuk menghasilkan kilatan. Aliran yang digunakan ialah aliran impressionisme
kerana karya ini dilihat seperti berkarya sambil menonton pertarungan. 63 FAZILAH SELIMAN
(750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA Penggunaan warna pada karya ini kebanyakan dilebihkan warna
gelap dan cerah. Ia menggunakan warna seperti coklat dan gelap. Warna yang digunapakai ini lebih ke
arah yang gelap walaupun terdapat sedikit cerah pada cahaya pada badan lelaki tersebut. c. ULASAN
TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK Teknik pencahayaan ini kelihatan terdapat pada pantulan dan pada
bentuk-bentuk otot lelaki tersebut agar dapat dihasilkan bentuk yang hidup. 64 FAZILAH SELIMAN
(750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
d. ULASAN PADA ASPEK RUANG Ruang yang digunakan ini ialah ruang dalam di mana ia tidak nampak
garisan kaki langit dan ia seolah-olah seperti dilihat dari atas ke bawah iaitu pandangan aras bawah
mata. 4. KAJIAN KARYA HON FATT CHONG "Petronas Twin Tower by night" "Petronas Twin Tower by
night", oil on canvas, 2004 2004 a. KAJIAN KOMPOSISI Unsur seni yang terdapat pada karya ini ialah
pada bentuk iaitu bentuk-bentuk bangunan yang dibuat melalui teknik pencahayaan. Jalinan pula dapat
dilihat pada tingkat-tingkat bangunan yang disusun dengan lampu. Bagi prinsip rekaan pula nilai kontra
ia amat ketara jika dilihat bahawa warna lampu dengan suasana malam. Selain itu, pergerakannya
terdapat pada kenderaankenderaan yang sedang bergerak pada jalan raya tersebut seolah-olah
keadaaan amat sibuk. Media yang digunakan ialah media cat minyak dan teknik yang digunakan ini
kemungkinan teknik sapuan tepat kerana bangunan yang dibuat itu kelihatan seperti digaris dengan
sempurna. Aliran ini dapat dilihat ialah aliran impressionisme kerana sapuan berus seperti tidak begitu
halus. b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA 65 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Penggunaan warna ini dapat dilihat warna gelap seperti biru kehitam-hitaman dan cerah dan cahaya
digunakan ialah warna kuning dan putih. Walau bagaimanapun, warna yang dilihat ini warna yang paling
dominan ialah warna latar belakang dan warna gelap. c. ULASAN TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK
Teknik pencahayaan ini berjaya menghasilkan bentuk iaitu cahaya yang digunakan ini untuk menhasilkan
bentuk bangunan. Seperti bangunan berkembar itu ia kelihatan bercahaya pada sebelah kiri dan gelap
pada sebelah kanan. d. ULASAN ASPEK RUANG Ruang yang digunakan ini melalui cahaya atau warna
iaitu gelap pada objek paling hadapan dan bercahaya pada objek paling belakang. Contohnya, pada
paling hadapan sebelum menara berkembar itu kelihatan gelap tetapi ia cerah objek-objek bangunan
yang paling belakang. 66 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL
5. KAJIAN TERHADAP KARYA CHOW CHIN CHUAN "Malacca Old Town 1" "Malacca Old Town 1", 38 x 38
cm, Watercolour 2004 a. KAJIAN KOMPOSISI Unsur seni pada karya tersebut dapat dilihat pada garisan
badan basikal. Di samping itu, jalinan pula terdapat pada ranting tayar basikal dan raga pada bahagian
belakang basikal. Ton pula dapat dilihat pada bayang-bayang basikal dan gelap-cerah pada tayar basikal.
Bagi prinsip rekaan pula ialah nilai warna kelihatan harmoni kerana kelihatan semua objek kelihatan
putih dan cerah. b. ULASAN PENGGUNAAN WARNA Penggunaan warna yang dibuat ini ialah cerah
seperti keadaan objek sedang dibuat ketika tengah hari. Dan hampir keseluruhan warna dibuat ialah
warna panas iaitu kuning. c. ULASAN TEKNIK PENCAHAYAAN DAN BENTUK Pencahayaan ini dibuat
seolah-olah ketika sekitar tengah hari kerana ia begitu cerah. Pencahayaan ini juga menghasilkan bentuk
seperti bentuk tayar yang dibuat dengan gelap cerah 67 FAZILAH SELIMAN (750725016556001)
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
pada warna tersebut. d. ULASAN RUANG Ruang yang dibuat ini ialah ruang cetek, walaupun ia tiada
garisan kaki langit tetapi perletakan objek sudah dapat dikenalpasti mengenai kedudukannya pada
mana-mana ruang. P OS TED BY BER U D I AT 1: 05 AM 0 C OMMENTS LATAR BELAKANG CATAN
Penghasilan catan terawal di dunia telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia zaman
purba lagi. Penggunaan bahan semulajadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada dinding gua
merupakan suatu penggunaan material pada zaman itu. Sebagai contoh karya seni catan yang dijumpai
di gua Altamira, Santander, Sepanyol yang dipercayai dihasilkan pada 10 000 hingga 20 000 tahun yang
lampau dan dihasilkan oleh masyarakat Paleolitik. Oleh hal demikian, lanjutan daripada itu seni catan
berlaku pada zaman Yunani Purba. Media yang digunakan bagi panghasilan seni catan ialah fresko atau
mozek dan sujek seni catannya mengenai peristiwa berkaitan dengan adat istiadat dan agama. Antara
pengkarya-pengkarya yang dapat dikenalpasti ialah Polynotos, Zeuxis, Protognes, Appelles. Seterusnya,
pada zaman awal Kristian di Eropah pada tahun 200 hingga 1300 Masihi dengan membawa gerakan
aliran-aliran penting iaitu Seni Kristian pada tahun 500 S.M hingga 400 S.M, Seni Romanesque dan Seni
Gotik. Karya-karya ini lebih kepada catan menuskripdan kebanyakannya terdapat dalam kitab-kitab
Bilble, panel dan dinding di gereja dan nama-nama pengkarya tidak diutamakan Justeru itu, ia tidak
bersifat individu dan subjek utamanya keagamaan yang terdapat pada kitab-kitab keagamaan seperti
kitab Bible. Kebanyakannya dilukis juga pada kulit binatang dengan menggunakan media cat air, dakwat
dan tempera. Walau bagaimanapun, seni catan ini terus dikembangkan lagi dan menjadi seni catan
moden yang bermula di Eropah sejak zaman Renaissance, iaitu pada abad ke-14 lagi. Ia merupakan
zaman kemuncak penghasilan catan di Eropah. Hal ini, ia menunjukkan Negara-negara Eropah telah
mempelopori seni catan sejak sekian lama. Subjek-subjek yang digunapakai ini ialah mengenai peristiwa
kitab suci agama Kristian, potret dan tentang peperangan. Media yang digunapakai pula ialah Fresko, cat
tempera, cat minyak dan cat air. Antara pengkarya-pengkarya 68 FAZILAH SELIMAN (750725016556001)
HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
yang terkenal pada zaman ini ialah Leonardo Da Vinci dari Itali yang hidup pada tahun 1452 hingga 1519
dan Albrecht Durer yang hidup pada zaman 1471 hingga 1528 di Jerman. Perkembangan catan yang
paling pesat pada abad ke-15 dan 16. Catancatan ini juga dihasilkan di gereja, bangunan awam dan
rumah-rumah persendirian dan teknik yang digunapakai ialah Chiotoscuro iaitu kesan cerah yang seolah-
olah datang dari luar kanvas dari latar yang gelap dan kesamaran. Ia menimbulkan kesan tiga dimensi
dalam ruang atmosfera. Perspektif linear pula member gambaran horizon secara sistematik untuk
mempersembahkan lukisan secara tepat berdasarkan sudut pandangan mengikut aras mata dan
perspektif. Seterusnya, seni catan diteruskan lagi pada zaman abad ke 17 masihi atau 1600 hingga 1800
masihi yang dikenali sebagai zaman Baroque dan Rococo. Antara gerakan-gerakan aliran penting pada
zaman ini ialah Baroque, Dutch Painting dan Rokoko. Pengkarya-pengkarya yang terlibat dengan zaman
ini antaranya ialah Caravaggio, Domenchino, Rembrant, Fragonard, Gainsborough, Blake,dan Renolds.
Bagi gerakan Baroque, subjek utamanya ialah imej keagamaan yang bersifat ilusi dan khyalanuntuk
membawa audiens ke syurga, figura dan latar belakang seperti landskap. Teknik utamanya iaitu teknik
tenebrism atau kontra terang gelap yang tinggi dan member kesan kepada bentuk, ruang dan kesan atas
cerita. Contohnya kesedihan dan simpati pada cerita yang digambarkan dengan menggunakan media
utama cat minyak. Selain itu, bagi rokoko pula, subjek utamanya mengenai seni hias di istana yang
melambangkan kemewahan dan kisah percintaan. Subjeknya diolah daripada petikan cerita-cerita
hikayat dan agama serta lanskap serta potret individu sebagai contoh di taman-taman bunga dan dalam
istana dengan menggunakan teknik Secco Su Fresco dan menggunakan media cat minyak. Oleh hal
demikian, pada abad ke-19 dan 20 gerakan-gerakan dalam aliran catan ini berkembang dengan begitu
meluas dan banyak aliran yang wujud. Pada abad ke-19, gerakan aliran yang penting dalam catan ialah
Neo-klasik (1770-1820) pengkaryanya seperti Jacques-Louis David dan Ingres, Romantisisme (1880-
1850) pengkaryanya Delacroix, Goya dan William Turner, aliran Realisme (1850-1880) pengkarya yang
terlibat seperti Daumier, Millet dan Courbet, aliran Impressionisme (1870-1880) pengkaryanya seperti
Claude Monet, Renoir dan Manet, aliran catan seterusnya Post-Impressionisme (1880-1905)
pengkaryanya seperti Paul Cezanne, Seurat, Van Gogh, Gauguin dan gerakan aliran seni catan pula ialah
aliran Symbolism, pengkaryanya ialah France dan Bonard. Selain itu, pada abad ke-20, gerakannya ialah
Fauvisme (1905) pengkaryanya ialah Hendri Mattise dan Andre Derain, aliran Espressionisme (1902-
1907) 69 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
pengkaryanya ialah Nolde dan Kandinsky, aliran Kiubisme (1906) pengkaryanya Picasso dan George
Braque, aliran Futurisme (1906) pengkaryanya Boccioni dan Giacomo Balla, aliran seterusnya ialah aliran
Dadaisme (1914) pengkaryanya Marcel Dunchamp, Arp dan Man Ray, aliran Surelisme (1920-an)
pengkaryanya pula seperti Salvado Dali dan Giocometti dan aliran Abstrak Ekspressionisme (1940-an)
pengkaryanya seperti Salvado Dali, Rene Magritte, Joan Miro, Jacson Pollock, Mark Rothko, Willem de
Kooning dan Jasper John. Di samping itu, perkembangan seni catan ini terus berlaku lagi setelah berlaku
perang dunia atau dikenali sebagai War Art. Gerakan-gerakan aliran catan dikembangkan lagi menjadi
beberapa aliran. Antaranya ialah Seni Pop pada tahun 1958 hingga 1965 iaitu pengkaryanya ialah Robert
Rauschenberg, AndyWarhol dan Jasper John, aliran Seni Op pula (1964-1970-an) pengkaryanya ialah
Bridget dan aliran seterusnya ialah Seni Minimal (1964-1975) pengkaryanya ialah Louis Newman dan
Carl Andre. Selepas era itu, era catan yang masih lagi segar iaitu pada tahun 19651990 iaitu aliran
Posmodenism. P OS TED BY BER U D I AT 12: 39 AM 0 C OMMENTS SUNDAY, JULY 19, 2009 APAKAH ITU
CATAN? CATAN IALAH HASIL KARYA PELUKIS YANG MENGGUNAKAN MEDIA CAT AIR, CAT MINYAK DAN
CAT ARKILIK SEBAGAI BAHAN UNTUK MEWARNA LUKISAN. KEBANYAKKAN PELUKIS MELUKIS GAMBAR
YANG DIPILIH DIATAS KEPINGAN KERTAS ATAU DIPERMUKAAN KANVAS SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI
MEDIA YANG DIGUNAKAN. TERDAPAT BEBERAPA ALIRAN CATAN TELAH DIPERKENALKAN. ANTARANYA
IALAH CATAN ALIRAN REALISME, ABSTRAK EKSPRESIONISME, KUBISME, SURREALISME DAN
SEBAGAINYA. DALAM MENGHASILKAN SEBUAH CATAN YANG BERKUALITI , PENERAPAN
ELEMENTELEMENT DAN PRINSIP SENI AMAT PENTING. ANTARA ELEMENT-ELEMENT YANG PERLU ADA
DALAM SESEBUAH KARYA CATAN IALAH MESEJ ATAU MAKSUD YANG INGIN DISAMPAIKAN. SETIAP
KARYA YANG DIHASILKAN OLEH PELUKIS YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN, MEREKA SERING
MENGAITKAN KARYA MEREKA DENGAN ISU-ISU GLOBAL YANG BERLAKU DI SEKITAR MEREKA. RAMAI 70
FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
DALAM KALANGAN MEREKA MENJADIKAN ISU TERSEBUT UNTUK MENGKRITIK ATAU MEMUJI APA YANG
BERLAKU. ANTARA CONTOH ISU YANG SERING DIKAITKAN IALAH ISU POLITIK, SOSIAL, EKONOMI,
KESENIAN, IDENTITI KAUM DAN MASYARKAT, NASIONALISM DAN SEBAGAINYA. ELEMENT KEDUA IALAH
KOMPOSISI PERLETAKAN 'SUBJEK MATTER'. KEBANYAKKAN PELUKIS MELUKIS BERDASARKAN "RULE OF
THIRD". DENGAN ADANYA PEMILIHAN KOMPOSISI BEGINI, CATAN YANG DIHASILKAN OLEH MEREKA
SEIMBANG DARI SEGI PERLETAKKAN OBJEK. SELAIN ITU JUGA, ELEMENT YANG PERLU ADA DALAM
SESEBUAH CATAN IALAH PENGGUNAAN WARNA. WARNA MEMAINKAN PERANAN PENTING DIMANA IA
DAPAT MENARIK PERHATIAN PENONTON UNTUK MELIHAT KARYA MEREKA. KEBIASAANNYA PELUKIS
MENGGUNKAN WARNA PANAS DAN SEJUK DALAM CATAN MEREKA. TERDAPAT SEGELINTIR ARTIS JUGA
MENGGUNAKAN SATU UNSUR WARNA SAHAJA. INI BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN MESEJ YANG
INGIN DISAMPAIKAN. ELEMENT SENI YANG LAIN SEPERTI TEXTURE DAN GARISAN. ELEMENT INI TURUT
DITERAPKAN DALAM SEMUA JENIS CATAN KERANA ELEMENT INI DAPAT MEMBENTUK 'FORM' SESUATU
'SUBJEK MATTER' YANG DILUKIS KELIHATAN SEPERTI REALISM. ELEMENT YANG TERAKHIR IALAH
CAHAYA DAN BAYANG. CAHAYA DAN BAYANG DAPAT MEMPENGARUHI 'MOOD' CATAN YANG
DIHASILKAN. INI KEBIASAANNYA DITERAPKAN DIDALAM CATAN REALISM. CAHAYA DAN BAYANG JUGA
DAPAT MEMBENTU 'FORM' SESUATU OBJEK. OLEH YANG DEMIKIAN ELEMNET SENI PENTING DALAM
PENGHASILAN KARYA CATAN BERKUALITI. MELIHAT KEPADA ASPEK PRINSIP SENI PULA, PEKARA YANG
PERLU ADA DALAM SESEBUAH CATAN IALAH HARMONI, KONTRA DARI ASPEK WARNA, KESEIMBANGAN,
KESATUAN, PERGERAKAN,RHYTHM DAN ULANGAN DARI ASPEK SUBJEK ATAUPUN WARNA 71 FAZILAH
SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
72 FAZILAH SELIMAN (750725016556001) HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Dr Zakaria Ali ( 2006) Tokonang Jua , Kuala Lumpur ; Balai Seni Lukis Negara. Kathleen Chee (2012),
Fokus Sukses SPM Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5 , Selangor : Pelangi Sdn Bhd. Muliyadi
Mahamad , (2000), Mendekati Seni Lukis Dan Seni Reka ,Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Open Universiti Malaysia ( 2011 ) , Pengenalan Pendidikan Seni Visual , Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.
Tee Seok Tin , (2002) Buku Panduan Guru KBSR,Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual ,
Selangor. Contoh Aprisiasi Lukisan[online], Available , http://berudicatan.blogspot.com/ accessed at
(2012/3/21) Lukisan Hoessen Enas [online]] Available :
http://www.google.com.my/imgres?q=lukisan+hoessein+Enas&hl=ms&gbv=2&tbm=isch&tbnid
=yh7xfnZTrmHiUM:&imgrefurl=http://pelukisarisaziz.blogspot.com/2011/01/sebuah-catatansaya-
sepanjang-menjadi.html&docid=OqUdQe8U1HkdiM&imgurl=http://2.bp.blogspot.com/4Elau-
ZBWRs/TWTclmq5a6I/AAAAAAAAAB0/LGLmpGTMtI/s1600/Moha%25252BHoesein.jpg&w=100 acessed
at (2012/3014) Warna [online], Available ,http://zuldansesuatu.blogspot.com/2011_10_01_archive.html
acsessed at (2012/3/19) 73 FAZILAH SELIMAN (75072501655600

Anda mungkin juga menyukai