Anda di halaman 1dari 2

RASIONAL TEMA

NEGARAKU SEHATI SEJIWA yang berlandaskan perpaduan dan kesepakatan (unity) ini akan
menjadi pengerak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai
lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia. Konsep yang diadun dan direka dengan teliti
berasaskan 'keharmonian dalam kepelbagaian' ini akan menyemarakkan semangat patriotisme
serta memperluas dan memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan, saling memahami dan
hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.

LAGU RASMI

Lagu Malaysia Sehati Sejiwa sekali lagi dijadikan sebagai lagu rasmi untuk sambutan Merdeka
2017. Lagu tersebut dipilih buat pertama kalinya sebagai Lagu Tema Merdeka tahun 2015. Lagu
asal dinyanyikan oleh Alif Satar (choir & penyanyi latar: Gemersik Chorus), lirik lagunya ditulis
oleh Siso Kopratasa & Muhammad Yuri Edris manakala Lagunya dicipta oleh Muhammad Yuri
Edris. Untuk tahun 2017, lagu ini dinyanyikan oleh Syamel & Ernie Zakry dengan penyanyi latar
oleh Republik Malai.

Lagu ini menampilkan sedikit kelainan apabila di bahagian chorusnya dinyanyikan didalam
bahasa Iban dan Kadazan.

Sehati Sejiwa

Demi tanah yang bertuah Chorus


Taman.. cinta merdeka ..aaa Walaupun berbeza
Kasih di hatiku ini Budaya Agama
Untukmu .tanah pertiwi iii Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Dari ..utara selatan Marilah bersatu
Juga.. timur ke barat
Turut gagah .Sabah Serawak Sehati sejiwa
Se.hati Sejiwa
Malaysia Kekal Sejahtera Korus Iban
Chorus Kadazan
Ku dengar janjimu (Mi i so ginavo) kadazan
Bayu Kinabalu (Kitai Dekak Mujur) iban
Ku dengar sumpahmu ( mi i so ginavo)kadazan
Rejang yang membiru (Ngetan Ke Menua) iban
Bersatu denganku (Mi i soginavo) kadazan
Tegap Titiwangsa (Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati sejiwa Malaysia Sehati Sejiwa

Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya..
'Negaraku Sehati Sejiwa' tema Hari
Kebangsaan 2017
PUTRAJAYA 20 Julai - Negaraku Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema
sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak
berkata, pemilihan tema itu bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya
rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.

Kita mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia mengenai bukan


mudahnya untuk mencapai kemerdekaan dan kita perlu pastikan semangat
bersatu padu dan muafakat terus dicapai bagi memastikan negara lebih
gemilang, katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia 2017 di sini hari ini.

Menurut Salleh, sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran


Merdeka pada 31 Ogos ini manakala Hari Malaysia pula pada 16 September
di Kota Kinabalu, Sabah.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan kali ini bakal menampilkan kelainan


dengan menghidupkan semula sambutan Hari Kemerdekaan pada 1957.

Sambutan Kemerdekaan kali ini akan diadakan di Dataran Merdeka namun,


kita akan membawa konsep Stadium Merdeka di situ untuk mengembalikan
semula nostalgia sambutan kemerdekaan pada 1957.

Malah, setiap susun atur kedudukan juga akan dibuat sama seperti di
stadium termasuk skrin gergasi yang akan diletakkan disekeliling Dataran
Merdeka sepanjang 200 meter, katanya. - UTUSAN ONLINE

Anda mungkin juga menyukai