Anda di halaman 1dari 5

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A

A. PEMBOLEHUBAH
DIMANIPULASIKAN BERGERAKBALAS (RV) DIMALARKAN (CV)
(MV)
Berbeza/Berlainan Keputusan/Hasil Sama/Tetap
Eksperimen
a. Radas TIDAK BOLEH dipertimbangkan sebagai pembolehubah
b. PARAMETER MESTI dituliskan untuk setiap pembolehubah
i. Contoh: PARAMETER + PEMBOLEHUBAH = ISIPADU AIR
SULING
ii. CONTOH LAIN PARAMETER: JISIM, BERAT, KUANTITI,JENIS,
KEHADIRAN, DIAMETER, KEPEKATAN, BILANGAN,
KETEBALAN, KECERUNAN, KEADAAN
c. PEMBOLEHUBAH boleh diperolehi / dicungkil dari soalan melalui
4 cara iaitu:
i. Penyataan soalan
ii. Gambarajah soalan
iii. Jadual keputusan
iv. Graf

B. MENULIS HIPOTESIS
a. Ayat hipotesis: Mesti menghubungkan MV dengan RV
b. TIDAK BOLEH ada perkataan untuk mengkaji atau perkataan
menentukan
c. Contoh penulisan ayat hipotesis:
i. Jika MV, maka RV
ii. Semakin MV, semakin RV
iii. M1 lebih/mudah (RV) berbanding M2 (M1 dan M2
merujuk kepada manipulasi pertama dan kedua dari
soalan)

C. KOMUNIKASI (MEMBINA GRAF)


a. Terdapat 3 jenis graf:
i. Graf garis
ii. Histogram
iii. Carta bar/palang
b. Kaedah melukis graf:
i. Kenalpasti graf yang diminta oleh soalan untuk dilukiskan
ii. Baca skala pada paksi X dan Y
iii. Plot kan graf
iv. Jika garisan lurus MESTI guna pembaris
v. Jika lengkung TIDAK BOLEH guna pembaris
vi. Jika histogram atau carta palang pastikan sama
palang/bar sama saiz

D. PERHUBUNGAN RUANG DENGAN MASA


a. Melibatkan graf yang berkaitan dengan masa
b. Ayat hubungan adalah:
i. Jika masa bertambah, maka RV bertambah
ii. Semakin masa bertambah, semakin RV bertambah
iii. Contoh soalan: Berdasarkan graf di atas, nyatakan
hubungan antara suhu cecair dengan masa.

E. MENDEFINISI SECARA OPERASI


a. Contoh soalah: Berikan definisi secara operasi bagi ..
b. MESTI dijawab berdasarkan pemerhatian eksperimen (yang
boleh dibuktikan melalui pemerhatian secara melihat)
c. Ayat UMUM:

.. adalah
(Salin perkataan yang ditanya dari soalan) (bahan/cecair/logam/
Mikroorganisma/proses
Proses/fenomena/ lain2)
Yang menyebabkan ....
.
(hasil eksperimen yang boleh diperhatikan secara melihat)

F. MEMBUAT INFERENS
a. Sebab kepada sebab secara saintifik // sebab kedua
b. Contoh:
i. Keadaan: Mentol menyala apabila menggunakan rod besi
ii. Inferens: Logam mengalirkan arus elektrik menyebabkan
mentol menyala
iii. Penerangan:
1. Mengapa mentol menyala? Sebab litar menggunakan
rod besi..
2. Bagaimana rod besi boleh menyalakan mentol?
Sebab ia adalah logam yang boleh mengalirkan arus
elektrik.

G. PEMERHATIAN
a. TIPS:
i. Perhatikan rajah yang diberikan
ii. Cari keputusan / hasil dari rajah atau jadual keputusan
iii. Buat PERBANDINGAN antara dua rajah atau dua hasil
iv. Tuliskan ayat perbandingan bagi kedua-dua hasil tersebut
* Jika soalan hanya menyoal satu rajah sahaja, maka TIDAK
PERLU buat perbandingan.

H. MENGUKUR MENGGUNAKAN NOMBOR


a. Buat bacaan daripada turutan nombor kecil ke nombor besar
b. PASTIKAN unit bagi setiap bacaan dituliskan
c. Contoh UNIT: oC, cm, km, m, kg, kgms-1, ms-1, ms-2, N, Nm-2, dan
lain-lain.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C


SOALAN 10 EKSPERIMEN:
(a) HIPOTESIS
(b) i. TUJUAN EKSPERIMEN:
ii. PEMBOLEHUBAH:
(berikan ketiga-tiga pembolehubah)
iii. BAHAN DAN RADAS:
(Salin semua bahan radas dari soalan dan tambah satu
bahan/radas yang penting untuk memastikan eksperimen
dapat dijalankan dengan sempurna)
iv. LANGKAH-LANGKAH:
Lukiskan Rajah eksperimen
Tuliskan 4 langkah:
1. Ayat memberitahu anda guna manipulasi pertama
2. Ayat memberitahu anda guna manipulasi kedua
3. Ayat memberitahu eksperimen berjalan untuk
mendapatkan hasil
4. CATATKAN PEMERHATIAN KE ATAS .(RV).
v. PENJADUALAN DATA
..(MV).. ..(RV)..
Manipulasi 1
Manipulasi 2

*SOALAN KONSEP:
.. bina konsep bagi .....(KONSEP)..
Dua ciri sepunya
1. Ciri 1
2. Ciri 2
Konsep Awal: Ciri 1 dan Ciri 2 adalah KONSEP
Contoh lain konsep
Contoh bukan konsep
Konsep sebenar: KONSEP adalah ciri 1 dan ciri 2

*SOALAN PENYELESAIAN MASALAH


Penyataan masalah: (salin dari soalan)
Penjelasan masalah:
Tuliskan sebab kenapa masalah yang dinyatakan tersebut
boleh berlaku (jelas secara saintifik)
Kaedah penyelesaian: Senaraikan kaedah (jumlah kaedah
mengikut markah diberikan)
Pilih kaedah terbaik dan berikan sebab:
Pilih mana-mana kaedah yang anda senaraikan di atas
(pastikan kaedah itu betul) dan nyatakan sebab dengan
menyelesaikan masalah yang anda nyatakan di penyataan
masalah

*PERINGATAN:
Soalan konsep dan penyelesaian masalah, panduan menjawab
adalah seperti di atas. Sekiranya panduan ini berbeza dalam soalan
sebenar nanti, maka pelajar hendaklah mengikut panduan dalam
soalan sebenar SPM tersebut.

Anda mungkin juga menyukai