Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis,

yang arif lagi bijak para panel hakim yang segak bergaya dan yang cantik jelita.
Saya_____________________ dari sekolah Lelaki methodist sentul ingin
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk si camar.... yang berjasa.

Di suatu kawasan di dalam lautan kelihatan 2 ekor ikan sedang berenang-


renang mencari makanan. Mereka ialah cik kembung dan cik tamban. Makanan
Mereka berbeza dengan makanan kita kawan2..di celah2 batu cik kembung dan cik
tamban memperolehi makanan yang berupa alga dan berorganisma kecil.sedang cik
kembung dan cik tamban leka menikmati keenakan makanan mereka cik tambam
terlihat seekor burung camar berlegar- legar diruang angkasa.

Kelihatan si camar sedang mencari sesuatu. Cik kembung dan cik tamban
yakin tentu si camar sedang mengejar2 mangsanya iaitu mereka berdua. Tanpa
berlengah2 lagi, cik kembung dan cik tamban segera beredar sebelum di sambar
oleh si camar. Demi keselamatan, cik kembung dan cik tambam terpaksa berenang2
ke suatu kawasan yang agak jauh untuk mendapatkan makanan, sambil makan
mereka berbual-bual. Cik kembung dan cik tamban merasakan kehadiran si camar
mengugat keselamatan mereka. Setiap hari ada saja dalam kalangan masyarakat
laut yang menjadi mangsa si camar. Mereka sentiasa hdup dalam ketakutan.

Di mana terdapat banyaknya alga... disitu jugalah.... terdapatnya si camar


berada.setiap hari mereka terpaksa menahan lapar agar keselamatan terjamin.
Untuk mengelakkannya cik tamban mencadangkan racun semua si burung camar
pasti aman ancaman terhindAR.cik kembung amat bersetuju dengan cadangan cik
tambam... kerana.... dengan cara itu sahaja lah bahaya dapat dihindari. Tanpa
disedari perbualan mereka didengari oleh sang penyu.

Selaku ahli masyarakat laut yang prihatin sang penyu mendengar


permasalahan cik tamban dan cik kembung. Sang penyu seekor binatang yang bijak.
Dia sering menjadi rujukan bagi sebarang permasalah dalam kalangan masyarakat
laut. Menurut sang penyu, jika camar kita racun maka racun itu akan mengalir ke
dalam ekosistem laut. Akibatnya... semua hidupan laut akan tercemar ....dan akan
menjejaskan semua kehidupan laut, jelas sang penyu yang bijak itu.cik kembung dan
cik tambam terdiam mendengr.. kata-kata sang penyu. Setiap apa yang dikatakan
oleh sang penyu adalah benar.menurut sang penyu lagi si camar merupakan
penyumbang kepada sumber makanan terutamanya alga.

Sekali lagi cik kembung dan cik tamban terpana.apa pula kaitannya dengan
alga?...fikir mereka. Burung camar tinggal di kawasan berbatu ditepi laut. Mereka
akan makan dan membuang najis di kawasan tersebut. Najis burung camar lah yang
akan menjadi penggalak kepada alga2 untuk membiak dan hidup dengan subur.
Jelas sang penyu kepada cik kembung dan cik tamban.

Ini bermakna tiada burung camar tiadalah alga..tiada alga.... maka tiadalah
sumber makanan bagi spesis laut. Sungguh mengerikan fikir mereka lagi.bijak
sungguh sang penyu ya kawan2??..cik kembung dan cik tamban amat berterima
kasih atas segala info yang telah diberikan oleh sang penyu.andai tidak.... segalanya
akan musnah dalam sekelip mata barulah mereka sedar bahawa mereka hidup
dalam ekosistem yang sama dan..... mempunyai kaitan dalam rantaian makanan.
Kepupusan salah satu rantai makanan... akan menyebabkan organisma laut turut
terjejas. Demikianlah kawan-kawan setiap organisma yang dijadikan Tuhan
mempunyai peranan masing2..kita sama sekali tidak boleh mementingkan diri
sendiri,. Fikir .... sebelum bertindak. Itulah..... orang yang bijak.

Dunia milik kita..

Pelihara bersama....

Seia sekata sehati dan sejiwa...

Sekian terima kasih...

Anda mungkin juga menyukai