Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN GURU BESAR SK. HJ.

IDRIS
Dulu saya kerap diminta teman-rakan menyediaakan teks ucapan sempena majlis anugerah
Cemerlang beberapa buah sekolah. Berikut merupakan salah satu teks yang saya sediakan pada
tahun 2008 bagi sesiapa yang ingin memanafaatkan.

TEKS UCAPAN GURU BESAR SK. HJ. IDRIS SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG, SEKOLAH
KEBANGSAAN HJ. IDRIS PADA 2 JULAI 2008 JAM 9.00 PAGI


Yang Berusaha Saudari Pengacara Majlis,


Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar
Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa
Penolong-penolong Kanan, guru-guru
Dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.
Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang
indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh
Pihak pengurusan sekolah dan juga jawatankuasa PIBG Sek. Keb. Hj Idris.Ucapan syabas dan
tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih
supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur. Terima kasih tidak terhingga kepada Yang Dipertua
PIBG serta ahli jawatankuasanya kerana memberi komitmen yang tinggi sehingga mejlis ini
berjaya dilaksanakan. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
seluruh warga kerja atas inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis
anugerah cemerlang ini. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi
makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Saban tahun, pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak pernah
lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang
kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk
meraikan para waris yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak menjadi
agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah
ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal
menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang
sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka.

Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada
usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru
di peringkat sekolah rendah perlu harus memberi, agar para pelajar bersedia untuk
menerima. Selain insan yang sering memberi cahaya itu, ibu bapa juga perlu sentiasa
memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan
tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para
pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya
ingin mengecapi kecemerlangan. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju
ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Dato Azhar Mansor, Datuk Sharifah
Mazlina dan Dato Syeikh Muzzaffar sendiri melalui pelbagai kesukaran dalam usaha menjelajah
dunia dan meneroka angkasa! Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, Di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, Kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita
sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada
saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak
sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan sebagai waris.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan
oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu
pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan.
Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para
pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran dan pembelajaran
pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta
ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa
akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,


Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar yang kita
raikan hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu,
saya menyeru kepada saudara dan saudari sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu
meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan
hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan
impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti
mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru
kepada diri saya dan tuan/puan sekalian, marilah kita saling bergandingan bagi memastikan
para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada
masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan
kita. InsyaAllah.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima
anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari
Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Haji Idris pada hari ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai