Anda di halaman 1dari 24

BAB 1: BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.1 KONSEP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1) Apakah DEFINISI bimbingan, kaunseling dan psikoterapi?

Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang
memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan
menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara
bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah yang positif.

Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih
dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan
bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi
kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih

Psikoterapi ialah suatu proses rawatan yang membawa seseorang untuk menyemak
dan mengatur persepsinya terhadap diri dan persekitarannya seterusnya bersedia
menerima reality hidup dunianya.

2) Perbandingan KONSEP bimbingan dengan kaunseling.

Persamaan
- Bimbingan dan kaunseling bermatlamat memberi klien peluang untuk melihat
pelbagai opsyen penyelesaian yang sedia ada, seterusnya membantu klien
membuat keputusan yang bijak.

Perbezaan (pendekatan yang digunakan)


Bimbingan Semasa proses bimbingan, Semasa bimbingan diberikan, klien
masalah klien diberikan tumpuan telah pun membuat keputusan
dan layanan yang rapi; terhadap sesuatu isu; klien hanya
kemudian maklumat atau memerlukan maklumat lanjut dan
nasihat dibekalkan oleh nasihat terhadap keputusannya itu.
seseorang pakar
(pembimbing/guru)
Kaunseling Semasa proses kaunseling, Kaunseling dijalankan dalam dua
masalah klien dibincangkan situasi:
bersama klien dan kaunselor; 1. Membantu klien
Di akhir sesi diharap klien mempertimbangkan satu-satu
mendapat celik akar dalam pilihan yang berpotensi dari
mencari cara penyelesaian serta pelbagai sudut sebelum membuat
berupaya membuat keputusan pilihan
yang baik. 2. Membantu klien mengubahsuai ,
mengukuh atau mengetepikan
satu-satu pilihan yang telah dibuat.
3) Perbandingan KONSEP kaunseling dan psikoterapi.

Aspek Kaunseling Psikoterapi


Pendekatan Tidak tertumpu kepada satu Berasaskan pendekatan
pendekatan khusus sahaja. psikodinamik Frued, di mana salah
satu fokus latihan adalah terhadap
masa silam pesakit.
Tempoh Tempoh latihan singkat dan kos yang Mengambil masa yang lama.
latihan lebih murah. Syarat pertama, terapis perlu
Kaunseling tidak bercorak terlalu menjalankan sesi bersama pesakit
akademik dan berbentuk pendidikan sebenar di bawah penyeliaan terapis
inklusif. Sesiapa sahaja berpeluang berpengalaman.
mengikuti kursus ini. Syarat kedua, terapis perlu memiliki
kelayakan akademik sarjana muda.
Fokus isu Isu-isu masa kini untuk membantu Tertumpu kepada punca masa
individu berkembang dan mencapai lampau berhubung dengan masalah
potensi menangani isu yang timbul. neorosis dan psikosis yang
melibatkan perubahan personaliti
secara mendadak.
Seting Pejabat atau pusat kaunseling Klinik atau hospital
(bukan perubatan) (bersifat perubatan)
Tempoh Satu hingga beberapa sesi Mengambil masa yang panjang dan
sesi bertahun-tahun mengikut kes-kes
tertentu.

4) Perbandingan ASPEK antara bimbingan , kaunseling dan psikoterapi.

Aspek Bimbingan Kaunseling Psikoterapi


Konsep Proses bantuan kepada Proses interaksi antara Proses rawatan
asas individu ke arah kaunselor terlatih psikologi yang
pengetahuan, dengan klien yang dijalankan oleh pakar
pemahaman dan mengalami kekeliruan kepada pesakit ke arah
kemahiran kepada memahami diri perubahan persepsi
dan persekitaran. terhadap dunia realiti
Matlamat Memberi nasihat, Mengatasi dan Memulihkan kekeliruan,
panduan dan menangani kekeliruan, kecelaruan mental dan
pengajaran kepada kebuntuan dan emosi dalam
pelajar yang kekusutan fikiran dan pembentukan semula
memerlukan perasaan klien jiwa.
Seting Sekolah, kolej, institusi Sekolah, kolej, institusi Hospital, klinik, pusat
pengajian tinggi. pengajian tinggi, perubatan.
pejabat, kilang dll.
Tempoh Masa yang singkat dan Satu hingga lapan sesi Lebih daripada 6 bulan
ringkas
Jenis Masalah peribadi, Masalah peribadi, Masalah neorosis dan
masalah akademik, keluarga akademik, keluarga psikosis
kerjaya, hubungan kerjaya, hubungan
interpersonal. interpersonal.
Kaedah Kaedah pengajaran dan Kaedahn perbincangan Kaedah rawatan
nasihat dan pendidikan
Pihak Guru biasa, guru mata Guru bimbingan dan Pakar psikologi
profesional pelajaran, guru kaunseling, pakar kaunseling klinikal
bimbingan dan psikologi kaunseling psikatris, psikoanalisis
kaunseling
Sasaran Individu, kelompok kecil Individu, kelompok kecil Individu yang
atau besar mengalami masalah
psikologi

1.2 MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

5) Apakah MATLAMAT bimbingan dan kaunseling?


Ramli suka berlumba motor scr haram. Kaunseling blh mbantu beliau
1.Membantu klien mengubah tingkah laku
mengubah t/laku kpd galakan minat Ali blumba di litar perlumbaan
kepada kehidupan yg lebih produktif
motosikal
&memuaskan
2. Membantu klien memulakan dan Ramlah rasa marah & kecewa dgn rakan2nya. Kaunseling dpt mbantu
meneruskan perhubugan yg positif dgn org Ramlah utk berkomunikasi dgn rakan2 ttg perasaannya tanpa
lain mengeruhkan keadaan & capai penyelesaian
Ranjit magalami kecacatan akibat kemalangan. Dia berasa rendah diri &
3. Membantu klien mengurus diri dengan
tiada harapan utk maju. Kaunseling dpt mbantu Ranjit menerima
lebih efektif apabila dlm kesulitan
kekurangannya sbg bukan penghalang utk berdikari.
4. Membantu klien membuat keputusan Ramlan keliru dlm memilih kerjaya masa depannya. Kaunseling blh
dengan rasional mbantu Ramlan mengenali minat & kerjayanya.

5. Membantu klien berkembang secara Rita minat melukis. Ibu bapanya memintanya mengambil kursus
positif kedoktoran yg x diminatinya. Kaunseling dpt mancari penyelesaian Rita
dgn ibu bapanya.

1.3 PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING

6) Huraikan PRINSIP-PRINSIP Bimbingan dan Kaunseling.

Kandungan Huraian
1. Bimbingan dan Kaunseling Bimbingan dan kaunseling disediakan sepanjang tempoh
adalah suatu proses persekolahan dan individu pada semua peringkat dan tahap
pendidikan yang terancang sekolah. Dengan kata lain, semua kanak-kanak boleh
dan berterusan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan serta
melibatkan diri dalam semua aktiviti berkaitan yang
diiaksanakan. Mereka dibimbing untuk memperoleh
pengalaman dan memupuk nilai, sikap, perlakuan dan
kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk
di negara kita.
2. Bimbingan dan Kaunseling Segala aktiviti bimbingan dan kaunseling yang terangkum
adalah untuk semua kanak- dalam perancangan tahunan terbuka kepada semua kanak-
kanak kanak tanpa mengira latar belakang, kaum etnik, agama atau
kepercayaan masing-masing. Maka jelas bahawa aktiviti-
aktiviti yang dikendalikan bersifat menyeluruh dan dapat
memenuhi keperluan semua golongan kanak-kanak, mahupun
bijak, sederhana atau lemah.
3. Semua kanak-kanak Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah sentiasa bersedia
mempunyai hak untuk untuk membantu kanak-kanak yang mungkin memerlukan
mendapatkan bantuan bantuan sokongan dan bimbingan dalam proses
apabila mereka memerlukan perkembangan dirinya. Walau bagaimanapun, perkhidmatan
tersebut hendaklah terhad kepada waktu pejabat, melainkan
timbul kecemasan atau krisis yang memerlukan bantuan serta
merta.
4. Bimbingan dan kaunseling Program bimbingan dan kaunseling yang dirancang dan
adalah untuk memenuhi dikendalikan hendaklah bertujuan untuk melayan keperluan
keperluan kanak-kanak bagi kanak-kanak agar dapat berkembang dengan kadar optimum
mengembangkan potensi dan mengikut tahap perkembangan masing-masing.
kebolehan mereka.
5. Bimbingan dan kaunseling Segala usaha bimbingan dan kaunseling untuk membantu
berorientasikan masa kini dan kanak-kanak bersifat lebih tegas diri, cekap menyesuaikan diri
masa hadapan. dan memahami implikasi tindakan mereka pada masa ini akan
diteruskan sehingga masa depan.

6. Bimbingan dan kaunseling Kanak-kanak yang menjalani sesi perlu memainkan aktif
dapat membantu kanak- dalam proses bimbingan dan kaunseling; bukan duduk secara
kanak memahami diri dan pasif dan menunggu arahan daripada guru bimbingan dan
orang lain. kaunseling sahaja. Perlakuan kanak-kanak sedemikian akan
membolehkan mereka berpeluang untuk menjelajah tujuan-
tujuan dan matlamat hidup, di samping berupaya untuk
memilih serta merancang hidup mereka dengan lebih
berkesan. Selain itu, mereka juga akan menyedari tentang
kekuatan dan kelemahan masing-masing.
7. Bimbingan dan kaunseling Dalam mengendalikan program dan aktiviti bimbingan dan
adalah tanggungjawab kaunseling, semua warga sekolah termasuk pihak pentadbir,
bersama guru-guru lain, ibubapa dan kanak-kanak seharusnya
bekerjasama dan menyumbangkan masa, tenaga dan
kepakaran demi kejayaan dan keberkesanan aktiviti tersebut.

1.4 KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

7) Nyatakan KEPENTINGAN Bimbingan dan Kaunseling terhadap pelajar.

1. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam membantu klien menguasai


kemahiran disiplin diri.
2. Menyumbang kepada keberkesanan pendidikan inklusif.
3. Membimbing murid menghadapi masalah pembelajaran.
4. Mengembangkan potensi murid dalam semua bidang.
5. Membantu membentuk iklim bilik darjah.
6. Memotivasikan murid.
7. Dapat membantu murid membuat pilihan & persediaan kerjaya

BAB 2 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2.1 JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN

1) Senaraikan JENIS perkhidmatan bimbingan yang disediakan di sekolah.

1. Inventori, taksiran dan rekod


2. Bimbingan
3. Kaunseling
4. Penempatan dan tindakan susulan
5. Konsultasi dan rujukan
6. Penilaian

2) Nyatakan MAKSUD Inventori, Taksiran dan Rekod.

Inventori merujuk kepada pengumpulan maklumat mengenai kanak-kanak secara


keseluruhan, dan klien secara spesifik.
Contoh: teknik ujian dan teknik bukan ujian

Taksiran merujuk kepada usaha guru bimbingan dan kaunseling untuk menganalisis dan
menggunakan pelbagai jenis data murid termasuk peribadi, psikologikal dan sosial yang
diperoleh daripada pelbagai jenis inventori di atas.
Contoh: taksiran berbentuk objektif dan subjektif.

Rekod merujuk kepada sistem fail sebagai indikator perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling yang sistematik dan berkesan.
Contoh: rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, rekod sesi bimbingan dan
kaunseling dan rekod program bimbingan dan kaunseling.

3) Huraikan INVENTORI/ CARA PENGUMPULAN DATA/TEKNIK yang digunakan oleh guru


bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat murid.
Teknik Ujian Teknik Bukan Ujian
1. Ujian Kecerdasan 1. Soal Selidik
Untuk menguji IQ murid Sesi temubual antara kaunselor dengan pelajar
untuk mendapatkan maklumat seperti butir diri.
2. Ujian Minat 2. Pemerhatian
Untuk mengetahui minat murid Untuk mengenalpasti ciri-ciri pelajar dalam aspek
terhadap sesuatu aktiviti. kognitif, afektif dan psikomotor.
3. Ujian Personaliti 3. Kajian dokumen utama dan sekunder
Untuk mengetahui aspek bukan Mengandungi kajian dokumen utama
kognitif seperti motivasi dan afektif.
(autobiografi, anekdot, kad kumulatif) dan kajian
Contoh: The survey of Personal dokumen sekunder (biografi, laporan guru,
Values (SPV) senarai semak)
4. Ujian Saringan 4. Rekod anekdot
Untuk mengasingkan merid-murid Laporan berdasarkan permerhatian terhadap
cerdas dengan kurang cerdas. sesuatu kajian atau peristiwa oleh guru atau
kaunselor.
5. Ujian Diagnostik 5. Sosiometri
Untuk mengesan punca kelemahan Kaedah penelitian bertujuan memerhati
pembelajaran murid hubungan sosial dan psikologi pelajar yang
berinteraksi dalam kumpulan mereka.
4) Nyatakan JENIS REKOD dan KANDUNGANNYA yang perlu disediakan oleh guru
bimbingan dan kaunseling.

Jenis Rekod Kandungan


1. Rekod Perkhidmatan Rancangan Tahunan Aktiviti Bimbingan dan
Bimbingan dan Kaunseling
Kaunseling Jadual Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Laporan aktiviti harian
Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan
Kaunseling Individu; Analisis Rekod Mingguan Sesi
Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan
Kaunseling Individu; Analisis Rekod Bulanan Sesi
Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan
Kaunseling Individu; Analisis Rekod Tahunan Sesi
Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Anggaran pembelanjaan program yang dirancang
2. Rekod sesi Bimbingan Masa perkhidmatan diberikan
dan Kaunseling Nombor rujukan klien
Jantina dan bangsa klien
Jenis kes bimbingan dan kaunseling
3. Rekod Program Masa aktiviti
Bimbingan dan Bidang aktiviti
Kaunseling Objektif aktiviti
Jenis aktiviti
Kumpulan sasaran

5) Nyatakan 3 DOMAIN UMUM yang bersifat perkembangan dalam perkhidmatan


BIMBINGAN di sekolah.

1. Perkembangan peribadi dan sosial


2. Perkembangan akademik
3. Perkembangan kerjaya
6) Nyatakan 3 KATEGORI klien untuk kaunseling individu atau ahli kaunseling kelompok
dalam perkhidmatan KAUNSELING di sekolah.

1. Sukarela
2. Dijemput
3. Dirujuk

7) Apakah PROSES yang perlu dilalui oleh seseorang klien bagi kategori
SUKARELA/DIJEMPUT/ DIRUJUK dalam perkhidmatan KAUNSELING.

Klien yang datang Sukarela Klien yang dijemput Klien yang dirujuk
I) Isi borang temujanji I) Guru BK mengisi I) Guru BK mengisi
(Permohonan Borang Khidmat Borang Rujukan
Mendapatkan Khidmat Kaunseling Individu/ Perkhidmatan
Kaunseling) Kelompok Kaunseling
II) Serahkan borang II) Menyerahkan Surat II) Menyerahkan Surat
kepada guru BK Kebenaran Menghadiri Kebenaran Menghadiri
III) Dapatkan surat Khidmat Kaunseling Khidmat Kaunseling
kebenaran Individu/ Kelompok Individu/ Kelompok
(Surat Kebenaran III) Sesi dijalankan III) Sesi dijalankan
Meninggalkan Kelas)
IV) Sesi dijalankan

8) Apakan TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan PENEMPATAN DAN TINDAKAN


SUSULAN?

Guru bimbingan dapat membantu kanak-kanak membuat keputusan mengenai aliran


persekolahan yang akan diikuti sambil mereka melalui transisi daripada satu peringkat
persekolahan ke peringkat yang lain.

Penempatan melibatkan taksiran kanak-kanak perkhidmatan maklumat, dan bantuan


kaunseling yang releven dengan pilihan mereka.
Tindakan susulan melibatkan perancangan yang sistematik bagi mengekalkan
hubungan dengan bekas murid.

9) Apakah TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan KONSULTASI DAN RUJUKAN?

Guru bimbingan dan kaunseling dapat mengatur sesi perbincangan dan rundingcara
antara guru dengan ibubapa atau pihak-pihak tertentu yang mengikuti kes seperti
doktor perubatan, psikatris, polis dan pegawai kebajikan masyarakat.

10) Terangkan KEPENTINGAN 3 JENIS PENILAIAN dalam perkhidmatan Bimbingan di


sekolah.

Jenis Penilaian Penerangan


1. Penilaian Jenis penilaian ini menggambarkan penilaian terhadap guru
Personalia bimbingan dan kaunseling melalui data proses yang
dikumpulkan.

Ia merangkumi semakan fail dan rekod yang disimpan seperti:


- bilangan klien bagi kaunseling individu atau krisis;
- bilangan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok;
- bilangan konferens ibubapa;
- bilangan panggilan telefon kepada
ibubapa/penjaga atau agensi luar.
2. Penilaian Jenis penilaian ini menggambarkan status program bimbingan
Program dan kaunseling sekolah berbanding dengan piawaian program
yang telah ditetapkan.

Untuk tujuan pengumpulan data persepsi, beberapa teknik


boleh digunakan.
Contohnya:
- skala pemeringkatan diedarkan atau tinjauan
pendek dilaksanakan ke atas guru dan/atau kanak-
kanak;
- temubual dijalankan secara rawak dengan guru-
guru atau kanak-kanak tentang keberkesanan satu-
satu aktiviti yang telah dikendalikan; dan
sebagainya
3. Penilaian hasil Jenis penilaian ini menjawab soalan, Sejauh manakah impak
program (aktiviti dan perkhidmatan) bimbingan dan kaunseling
terhadap kejayaan kanak-kanak, khususnya pencapaian
akademik mereka?"
Antara data hasil yang di kutip termasuk kadar penambaikan
dari segi:
- kehadiran murid,
- markah dan gred,
- skor pencapaian, dan
- tingkah laku dalam bilik darjah kadar penurunan kes
disiplin, dan sebagainya.

6.1 JENIS KAUNSELING

11) Huraikan JENIS KAUNSELING INDIVIDU / Pendekatan Orientasi B&K di sekolah.

Kaunseling Kes-kes kritikal spt bertumbuk dgn tujuan mencedera,


Krisis / percubaan bunuh orang/diri, masalah mental,
Pemulihan penyalahgunaan dadah.
Kaunseling Kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya,
Penyediaan penyelesaian masalah kemudahan berkaitan
Kemudahan kokurikulum & kurikulum.
Kaunseling Pendekatan untuk mencegah/menyekat kemungkinan
Pencegahan berlaku aktiviti-aktiviti yang tak diingini seperti
penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tak bermoral.
Kaunseling Aktiviti-aktivit yang berusaha untuk memotivasikan
Perkembangan individu supaya bentuk personaliti & konsep kendiri
yang positif ke arah mencapai prestasi yang lebih baik.

6.3 ETIKA KAUNSELOR

12) Jelaskan PRINSIP-PRINSIP Etika Kaunselor


Prinsip Penjelasan
Autonomi Menghormati hak klien untuk membuat keputusan atau
(Autonomy) bertindak sendiri tanpa sebarang pergantungan kepada
atau gangguan daripada guru bimbingan dan kaunseling.
Kemurahan Hati Berbuat baik kepada klien
(Beneficience) Membantu klien mencapai hasil positif akibat hasil
kaunseling.
Tidak Berniat Tidak melakukan sesuatu yang mencederakan atau
Jahat memudaratkan klien atau orang lain
(Nonmaleficience)
Keadilan Membekalkan akses atau layanan yang sama dan asil
(Justice) kepada semua kanak-kanak
Kejujuran Bersifat jujur dan ikhlas;
(Vedelity) Elakkan sebarang penipuan atau eksploitasi terhadap
klien
Kotai perjanjian dan komitmen yang dibuat.

13) Huraikan KOD TATALAKU yang wajib dipatuhi oleh guru bimbingan dan kaunseling.

A. Tanggungjawab mengutamakan kepentingan klien


terhadap menghormati privasi klien
klien Memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya
klien.
Mencapai persetujuan klien mengenai batasan unsur
kerahsiaan.
B. Tanggungjawab Menghormati, bersikap adil dan terbuka terhadap rakan
terhadap profesional
Rakan Profesional Sedia mempertahankan, membantu & membela rakan
profesional yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan
perlakuan yang tidak beretika.
C. Tanggungjawab Memahami & menghormati unsur sosio-budaya masyarakat
terhadap di mana beliau berkhidmat
masyarakat Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan
tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.
D. Tanggungjawab Mematuhi persetujuan komitmen yg ditandatangani dgn
terhadap organisasi tempat beliau berkhidmat.
organisasi & majikan Menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan
profesionalnya.
Tidak menyalahgunakan kemudahan dan sumber
organisasinya.

14) Kaunselor berperanan untuk menggunakan kemahiran kaunseling membantu klien


menjaga kesejahteraan keseluruhan individu.
Apakah ASPEK PERANAN Kaunselor sepanjang hidup individu berkenaan?

1. Kesihatan Fizikal - membantu individu menjaga kesihatan, amalkan tabiat


positif dan
gaya hidup sihat
2. Keperluan Sosial - perhubungan individu dengan orang lain seperti hubungan
keluarga
persekitaran tempat kerja, persahabatan dan kejiranan.
3. Kesihatan Mental - kaunselor perlu merangsang pemikiran klien supaya lebih
rasional
dalam menyelesaikan masalah.
4. Keperluan Emosi - meningkatkan kesejahteraan emosi klien supaya dapat
menyatakan
masalah dan perasaannya terhadap kehidupan.
5. Keperluan Rohani - mendorong klien supaya bertindak berlandaskan sesuatu
kepercayaan
dan ajaran agama.

15) Nyatakan CIRI-CIRI Kaunselor Profesional

1. Mempercayai bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga


2. Mempercayai bahawa klien berupaya untuk berubah
3. Memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efekttif berfungsi
4. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu
individu yang terbatas kefungsiannya.
5. Mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam proses interpersonal.
6. Mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya.

BAB 3 PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU KAUNSELING


3.1 MENGUMPUL MAKLUMAT MURID

1) Huraikan PERANAN Guru Biasa sebagai guru pembimbing / dalam mengumpul


maklumat murid.

Peranan Guru Huraian


1. Mengumpul Guru bimbingan perlu manjalankan kerja pentadbiran
maklumat pelajar termasuklah menguruskan fail pelajar, menyimpan
rekod, surat-menyurat, penubuhan dan pengelolaan
kelab bimbingan atau kelab kerjaya dan melaporkan
aktiviti bimbingan dan kaunseling kepada pentadbir.
2. Mengurus program Di antara pengurusan yang boleh dibuat:
bimbingan dan Perancangan
kaunseling Guru bimbingan merancang program di
sekolahnya.
Pengelolaan
Menggunakan prosedur kaunseling untuk
mengelola program tersebut
Penentuan halatuju
Menentukan halatuju dan perlu melaksanakan
perancangan, membuat keputusan, membuat
garis panduan dan peraturan.
Menilai
Menilai keberkesanan program mengenalpasti
kelemahan dan kekuatan program dan
mengambil tindakan seterusnya.
3. Mengenalpasti Guru bimbingan membuat rujukan kepada kaunselor
pelajar bermasalah atau pihak tertentu.
dari segi disiplin
4. Menjadi perunding di Guru bimbingan harus mewujudkan satu kerjasama yang
antara pihak sekolah baik dengan ibu bapa pelajar berkaitan perkembangan
dengan ibu bapa. pelajar sama ada dari segi pencapaian kurikulum atau
kokurikulum.
5. Mengesan masalah Guru bimbingan bertanggungjawab untuk menangani
akademik pelajar kelemahan ini melalui beberapa perancangan dan
program.
6. Memupuk pelajar Guru bimbingan harus memupuk pelajar dengan tabiat
dengan tabiat belajar belajar dan melakukan kerja dengan baik.
dan baik

2) Bagaimanakan KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT MURID dilakukan oleh guru


biasa menggunakan Teknik Ujian?

Jenis Ujian Tujuan Contoh/Aspek


1. Ujian Mengukur apa yang diketahui Tahap pembelajaran
Pencapaian oleh kanak-kanak berhubung (tinggi, sederhana, rendah)
dengan satu-satu mata Kadar Pembelajaran
pelajaran. (cepat, sederhana lembab)
Untuk mengenalpasti potensi Perbandingan pencapaian
kanak-kanak yang mengalami antara kanak-kanak lain
masalah pembelajaran Ramalan mengenai mutu
pembelajaran masa depan
2. Ujian Aptitud Ciri yang menunjukkan Bateri Ujian
kebolehan seseorang untuk (penakulan verbal, kebolehan
mencapai kejayaan dalam makanikal, kefasihan bahasa)
satu-satu bidang tertentu. Scholastic Aptitude Test (SAT)
Untuk mengukur kebolehan (skor sebagai satu criteria
pembelajaran seseorang untuk ke university/kolej)
3. Inventori Untuk memperoleh profil awal Strong-Campbell Interest
Minat Kerjaya satu kumpulan kanak-kanak Inventory (SCII)
yang boleh digunakan sebagai Self-directed search (SDS)
bahan perbincangan dalam Ohio Vocational Interest
sesi kaunseling individu. Survey (OVIS)
Menentukan minat terhadap Kuder Occupational Interest
satu-satu bidang atau kerjaya. Survey (KOIS)
4. Inventori Mengdiagnosis masalah emosi Bersifat objektif dan
Personaliti yang sedang dialami merangkumi aspek:
- Konsep kendiri
- Penyesuaian social
- Gaya penyelesaian
- Masalah
Bersifat subjektif dan tidak
berstruktur
- Teknik projektif
- Draw-a-person Test
- Thermatic
Acerception Test
(TAT)
5. Ujian Sikap Menentukan fikiran atau
tindak balas semula jadi
terhadapo sesuatu onjek,
peristiwa, dan jenis
tingkahlaku seseoarnag atau
kelompok.

3.2 MENGENALPASTI MASALAH KANAK-KANAK

3) Apakah MASALAH yang dihadapi oleh kanak-kanak?

1. Konflik Interpersonal
Konflik yang belaku dengan orang lain

2. Konflik Intrapersonal
Konflik dalam diri
3. Kurang pengetahuan tentang diri sendiri
Ingin tahu tentang kebolehan, kekuatan, minat dan nilai-nilai diri.

4. Kurang informasi tentang persekitaran


Tidak tahu bagaimana cara untuk berjaya di sekolah

5. Kurang Kemahiran
Perlu kemahiran tertentu seperti cara berfikir yang efektif dan tingkah laku yang
asertif.

4) Jelaskan FAKTOR-FAKTOR pelajar bermasalah?

Faktor Penjelasan
Faktor Pengajaran - Perkembangan kognitif pelajar tidak selaras dengan
dan Pembelajaran kurikulum
- Pedagogi pengajaran guru lemah
- Bahan pengajaran kurang menarik minat pelajar
Faktor peribadi - Masalah kemiskinan dan kewangan
- Masalah perhubungan, pengaruh rakan sebaya dan
persekitaran
- Hilang minat
- Masalah kritik kendiri, helah bela diri
- Masalah komunikasi
Faktor mental - Factor warisan kelahiran tidak normal
- Kecederaan otak akibat kemalangan, lemah otak akibat
kurang zat makanan
- Masalah kemahiran membaca, menulis, mengira,
- Masalah lupa, malas berfikir dan menyelesaikan masalah
- Masalah pengurusan diri
Faktor fizikal - Kurang sihat akibat kekurangan zat makanan
- Kekurangan tenaga akibat mencari nafkah hidup
- Masalah kecatatan seperti pekak, bisu buta, cacat anggota
dan seumpamanya.
Faktor psikologi - Masalah emosi seperti pobia, trauma, benci, takut,
penggeli, dendam, rendah diri, mnyendiri, keliru dan
skizifrenia.

5) Bagaimanakah KESILAPAN PEMIKIRAN berlaku?

1. Pemikiran yang rigid - melihat sesuatu situasi hanya dalam 2D


2. Overgeneralization - melihat sesuatu peristiwa secara umum
3. Mind reading - percaya dia tahu apa yang orang lain fikir tentang
dirinya
4. Alas an berdasarkan emosi - mengandai perasaan / tindak balas emosi menggambarkan situasi
sebenar
5. Menolak perkara positif - tidak menerima pengalaman positif hanya kerana pandangan negatif
6. Meramal - menjangka situasi masa depan adalah negatif
7. Menyalahkan diri sendiri - menganggap diri sendiri adalah punca negatif
8. Mesti harus
9. Buat perbandingan
10. Menjadi pilihan.
BAB 4 TEORI-TEORI KAUNSELING

PERBANDINGAN TEORI-TEORI KAUNSELING

Sifat Semula Jadi Manusia Konsep Utama / Matlamat Teknik / Proses Peranan Kaunselor Peranan Klien
Sikap, kebiasaan, tabiat Ssuatu t/laku blh ditiru Proses Sbg pakar, sorg guru yg Harus komited kpd
ditentukan olh t/laku dgn cara pemerhatian & Definisi masalah aktif kerana mempunyai startegi & tatacara terapi
ssuatu organisma. peneguhan. Perkembangan sejarah kemahiran saintifik yg blh tingkah laku
Perkembangan personaliti Individu bermasalah sosial digunakan bg mengubti Haru smmepunyai
ditentukan olh apabila melakukan t/laku Menyatakan matlamat maslaah2 kaunseling motivasi utk mengubah
pengalaman & interaksi yg menyeleweng di dlm t/laku Hendaklah amhir dgn apa juga t/laku yg lazim.
individu & masyarakat Strategi mengubah t/laku semua teknik yg Sedia melakukan apa yg
Teori ini menyediakan
TEORI MODIFIKASI TINGKAH LAKU

persekitarannya Teknik digunakan dlm teori dipersetujui dr


Individu berbeza keadaan persekitaran Latihan istirehat t/laku percubaaan2 terapi.
disebabkan perbezaan agar sgl t/laku yg x sesuai Penghapusan deria scr harus mpunyai orientasi
pengalamannya. t/laku blh diahpuskan & bersistem yg baik ke arah
dipengaruhi olh membimbing klien Terapi implosive oenyelidikan & statistik
rangsanagn prsekitaran menguasaai t/laku baru yg Teknik terapi yg agar ia dpt melaksanakan
Personaliti individu sesuai bg mneggantikan menyakitkan / oversif penilaian dgn objektif
terbentuk dsebabkan olh t/laku yg x sesuai Token ekonomi
peneguhan2 ug diterima Matlamat Teknik2 kognitif
sama ada +ve / -ve. Sikap Menyediakan keadaan2 &
diubah dgn cara melemah persekitaran agar apa jua
/ menahan peneguhan @ t/laku yg x sesuai blh
proses pelupusan dihapuakan & klien akn
diajar menguasai t/laku yg
baru yg sesuai
Klien hendaklah memilih
t/laku baru yg
dikehendakinya,
matlamat nak dicapainya.
Msia adalah baik & blh Berkonsep psikologi Teknik Batu klien tumpukan kpd Klien perlu meluahkan
dipercayai kemanusiaan (humanistic) Tumpuan kpd keupayaan perasaan klien sndr perasaan scr lisna
Manusia blh dipercayai Beri suasana teraputik kaunselor utk mbina hbgn Perassan itu dibias spy Klien tumpukan pd diri
berdasarkan konsep kpd klien untuk merasai memudah cara: klien dpt mendengar & dulu, baru lain & dunia
positif dirinya sndr - Refleksi perasaan dpt melihat masalahnya persekitarannya
t/laku manusia terhasil dr Meneylesaikan isu masa - Menggalakkan klien Menggalakkan luahan Klien yg berada dlm
dlm diri individu tiu sndr. kini mnyatakan mslh scr perasaan yg me,bawa kpd keadaan x kongruen
Ia sndr mbuat pilihan tgkh Menerima diri secara +ve terbuka celik akal. persepsi x sama dgn
laku Lebih realistik - Perhubungan penuh pengalaman perlu
menerima manusia tanpa Lebih matang kemesraan & mengurangkan
syarat (no judgement) kefahaman ketegangan agr diri
konsep kendiri terbentuk Matlamat - Kaunselor letak t/jwb kongruen dn
dr: Klien akn mjadi lbh pd stp tindakan, persekitaran.#
- positive regard dr org realistik, objektif, & lebih pemikiran & buat
lain tepat dlm tanggapannya keputusan
- Penerimaan kendiri & lebih berkesan dlm - Toleransi
TEORI PEMUSATAN INSAN

+ve rasa dihormati, penyelesaian masalahnya. Proses


diterima, mesra Klien buat keputusan
- Cenderung ke arah perlukan kaunselor
kesempurnaan kendiri Kaunselor jelaskan apa yg
t/laku dilihat dr sudut berlaku dlm sesi
persepsi. kaunseling
Kanselor tlg klien
nyatakan perasaan
Kaunselor x buat penilaian
tp terima perasaan klien
Susuli pernyatan VE ialah
kemunculan perasaan +ve
yg menunjukkan
perkembangan
Kaunselor terima aspek
kendiri yg baik & krg baik
Klien faham pilihan yg ada
& kaunselor tlg klien
menilai & faham pilihan2
Insan dilahirkan dgn Konsep / Prinsip A Perlu ada satu sistem bg Klien lbh kpd pelajar yg
potensi utk bersifat A (avent) peristiwa Peristiwa, fakta, t/laku yg membuktikan sistem ingin mempelajari ssuatu
rasional. Insan mampu B (believe system) dialami olh klien kepercayaan yg x rasional drp kaunselor
memilih yg baik / jahat, yg Sistem kepercaaan B klien sering dipengaruhi Klien x perlu cerita cerita
slaah / betul C (consequence) emosi Sistem kepercayaan yg oleh mesti sepatutnya lampau, ttp perlu
Msia mempunyai D (dispute) cabaran / dianuti harus berbicara ttg keadaan
TERI RASIONAL EMOTIF TERAPI

kecenderungan s/jadi utk Hujah C Mencabar klien & masa kini dr sg pemikiran
memelihara diri, E (New Emotion) Emosi yg lahir dr penilaian mengarahnya utk Klien harus menyedari &
mengasihi & Emosi Normal A dan B melinbat altiviti2 yg mengenali sistem yg x
berkomunikasi dgn org D mencabar kepercayaan yg rasional yg wujud dlm diri
lain. Matlamat Strategi g digunaka utk x rasional yg mengganggu emosi &
Msia sndr yg Membantu klien berhujah, mencabar 7 Menunjukkan kpd klien kepercayaannya
menyebabkan timbul memperkembangkan membetulkan sistem bhw masalahnya
masalah, & maslah itu bkn pemikiran yg rasional & kepercayaan yg x rasional disebabkan olh klien sndr
dtg dr luar. logikal dgn menggalakkan E yg sntiasa percaya dgn
mereka memikir & Individuyg tlh jd normal kepercayaan x logik
memahami pemikiran x akibat dr penilaian semula Mencabar klien
rasional yg diwarisi masa yg rasional & +ve menggubal pemikiran yg x
lalu sbg punca utama yg rasional & menghindar
membawa kpd masalah drp mnjadi mangsa
psikologikal masa kini Kaunselor bersikap
mengarah
BAB 5 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

5.1 TAHAP-TAHAP DALAM KAUNSELING

1) Senaraikan TAHAP-TAHAP dalam proses kaunseling

1. Tahap Membina Hubungan - Kaunselor perlu membina hubungan agar klien


berasa
selesa dan membina sifat kepercayaannya terhadap
kaunselor
2. Tahap Penerokaan - kaunselor perlu bersama-sama menerokai,
memahami dan
menganalisis permasalahan klien.
3. Tahap Membuat Keputusan- kaunselor dan klien perlu bersetuju untuk menentukan
matlamat
dan menentukan pendekatan dan srategi untuk capai
matlamat
4. Tahap Pelaksanaan - Kaunselor membimbing dan membantu klien untuk
berfungsi
dengan lebih efektif.
5. Tahap Penamatan Sesi - Kaunselor perlu menentukan kesediaan klien untuk sesi
ditamatkan.
Penilaian keseluruhan sesi dilakukan oleh kaunselor dan klien.

2) TAHAP MEMBINA HUBUNGAN


Apakah TUGAS Kaunselor ?

1. Mewujudkan suasana yang menggalakkan hubungan


(selamat, mesra, selesa, wujud minat dan hormat perasaan klien)

2. Menentukan matlamat awal kaunseling


(Kaunselor dank lien bersama-sama menentukan dan menyetujui matlamat yang
hendak dicapai )

3. Menstruktur hubungan
(menjelaskan perjalanan/proses kaunseling, penstrukturan sesi: konsep
kaunseling, proses kaunseling, jangkamasa sesi, aspek kerahsiaan)

4. Membina kepercayaan
(kaunselor berpegang pada etika professional kaunseling, beri penekanan pada
aspek kerahsiaan klien, nyatakan peranan kaunselor, ada tat etika kaunselor yang
tinggi)

3) TAHAP PENEROKAAN
Apakah ASPEK yang perlu diberi tumpuan untuk memahami masalah klien?

1. Skop permasalahan Mengenalpasti masalah yang dikemukakan adalah


masalah yang sebenarnya
Mengenalpasti konteks dan persekitaran permasalahan
yang berlaku
Menilai keadaan. Mengenalpasti penglibatan orang yang
signifikan dengan klien
2. Tahap Kefungsian Klien telah dapat memenuhi keperluan psikologikal,
Klien fisiologikal dan sosial dengan baik
Berfungsi pada aras yang sesuai
Mempunyai perhubungan yang positif dengan orang
yang signifikan
Dapat melalui konflik, dan cabaran hidup dengan
berkesan
3. Memahami Corak Apakah klien berani mengambil risiko dalam
Klien Berfikir dan permasalahan yang lepas mahupun pada masa akan
Bertindak datang?
Apakah corak atau gaya penyelesaian masalah klien
pada masa lalu?
4. Memahami Kaunselor perlu memahami kekuatan yang ada pada
Kekuatan Klien klien
Klien disedarkan tentang tanggungjawabnya untuk
menangani masalah yang dihadapi.

4) TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN


Nyatakan FAKTOR yang boleh mempengaruhi matlamat dan strategi kaunseling?

1. Faktor Klien Jenis permasalahan klien


Cara gaya klien menghadapi masalah
Demografi klien
Tret personality klien
Budaya dan latar belakang klien
2. Faktor Kaunselor Pengalaman dan pengetahuan kaunseling
Aras kognitif
Aras kemahiran komunikasi
Prinsip dan pegangan teori
3. Faktor Persekitaran Tempat
Suasana
Keadaan

5) TAHAP PELAKSANAAN.
Apakah FAKTOR yang mempengaruhi keberkesanan proses kaunseling?

1. Orang yang Orang yang banyak mempengaruhi klien


signifikan Jika perlu mereka ini dilibatkan
2. Sumber lain yang Institusi lain sebagai sumber bantuan
signifikan Institusi lain sebagai sumber rujukan
Bantuan dari segi kepakaran dan kemahiran
3. Risalah dan artikel Klien didedahkan kepada artikel dan bahan bacaan
yang berkaitan tentang kaunseling
Klien didedahkan kepada artikel atau buku berkaitan
dengan hubungan menolong.
4. Pengalaman dan Mendalami ilmu, kemahiran dan kepakaran
pengetahuan Mengkaji dan meneliti kaedah dan strategi
kaunselor Mendapatkan maklumat

6) Apakah KEMAHIRAN ASAS yang penting dalam kaunseling


1. Kemahiran melayan
2. Kemahiran mendengar
3. Kemahiran memerhati
4. Kemahiran menyoal
5. Kemahiran member respon
6. Kemahiran merumus
7. Kemahiran merefleksi
8. Kemahiran konfrontasi
9. Kemahiran memprafasa
7) Huraikan KEMAHIRAN ASAS yang perlu dikuasai oleh seorang kaunselor.

1. Kemahiran Fungsi:
menyoal Soalan Terbuka
a. Untuk mendapatkan maklumat awal
b. Memerlukan jawapan yang lebih luas dan bebas
c. Membantu menerangkan dengan lebih terperinci tentang
sesuatu
d. Membantu kaunselor memahami perkara yang lebih khusus
e. Klien bebas member jawapan
f. Menggalakkan klien berkonsi maklumat
Soalan Tertutup
a. Untuk mendapatkan fakta yang tepat dan ringkas
b. Memenuhi keperluan ingin tahu sahaja
c. Kurang memberikan refleksi kepada klien
2. Kesenyapa Tujuan:
n Memberi ruang kepada klien berfikir dan mengemaskan idea
membuat seseorang berucap, membuat refleksi.

Kepentingan:
a. Memberi peluang kepada klien melihat perasaan, sikap, nilai
dan perbuatannya sendiri
b. Memberi ruang kepada klien berfikir sejenak dan memberi
respon
c. Klien diberi peluang untuk bercakap dan berkata-kata
d. Klien memerlukan masa untuk mengimbas kembali dan
memproses apa yang telah dibincangkan sebelum itu
e. Menandakan kaunselor menghormati dan menghargai perkara
yang difikirkan oleh klien.
f. Kesenyapan itu penting untuk perhubungan
3. Kemahiran Kepentingan:
mendengar a. Mempunyai nilai teraputik yang tinggi kerana dapat member
gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa bersama-
sama klien
b. Mendengar secara aktif dan dapat member maklum balas
dengan tepat
c. Mendengar dengan teliti
d. Dapat member tafsiran yang tepat
e. Dapat membuat refleksi isi, perasaan dengan tepat
f. Klien merasakan dirinya dihargai dan perasaannya diberi
keutamaan
4. Kemahiran Maksud:
prafasa Kaunselor member maklum balas kepada klien apa yang dicakapkan
dengan menggunakan perkataan kaunselor sendiri sebagai tanda
kaunselor telah mendengar dengan teliti.
Kepentingan:
a. Kaunselor menyatakan semula intipati maklumat menandakan
kaunselor mendengar dengan teliti
b. Menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih lanjut
c. Meringkaskan apa yang dikatakan oleh klien dengan lebih jelas
d. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor
memahaminya.
e. Menyemak persepsi.

Contoh:
Klien: Saya tidak suka dan bosan apabila guru meyoal saya bertubi-
tubi seolah-oleh saya melakukan kesalahan
Kaunselor: Anda bosan apabila anda disoal dan dituduh.
5. Kemahiran Merefleksi Perasaan:
merefleksi a. Menyatakan semula perasaan yang mungkin dialami oleh klien
mengikut persepsi kaunselor
b. Bertujuan untuk menyemak perasaan klien ketika itu
c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor memahami
perasaanya
d. Akan menggalakkan lagi klien untuk meluahkan perasaan

Klien: Saya sungguh tidak berpuas hati dengan layanan kawan saya.
Dia tidak adil,
Kaunselor: Jadi, anda berasa kecewa terhadap perhatian rakan
anda?

Merefleksi Isi:
a. Menyatakan semula isi kandungan perkara yang telah
dibincangkan
b. Bertujuan untuk menyemak isi perkara yang dinyatakan oleh
klien.
c. Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor sentiasa
mengikuti jalan cerita atau perkara yang dinyatakan.
d. Menggalakkan klien bercakap dengan lebih mendalam lagi.

Klien: Isteri saya mengizinkan saya berkahwin lagi. Beliau tidak


sanggap mengikut saya berpindah ke tempat lain
Kaunselor: nampaknya isteri anda rela bermadu asalkan beliau tidak
dipaksa untuk berpindah.
6. Kemahiran a. Kaunselor dan klien membuat rumusan tentang perkara yang
merumus telah dibincangkan
b. Bertujuan untuk menyemak apa yang telah dibincangkan
c. Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa
mengikuti dan memahami apa yang dialami oleh klien.
d. Mengimbas kembali perkara penting yang telah dibincangkan
e. Menjelaskan kembali perkara penting telah dinyatakan oleh
klien.
f. Kaunselor menjelaskan semula apa yang telah berlaku.

5.2 KEMAHIRAN MELAYAN DAN MENDENGAR


5.3 KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI TINGKAH LAKU BUKAN LISAN

8) Nyatakan JENIS-JENIS dan CONTOH-CONTOH perlakuan BUKAN LISAN.

1. Anggota Badan a. Mata:


(berlinang, terkelip-kelip, sayu, besinar, kuyu, lelap)
b. Penumpuan Mata:
(jeling, pandang ke bawah, liar tidak bertentang mata)
c. Cara Duduk:
(bersedia, menyandar,tegak,bertenaga, bergoyang)
d. Riak Air Muka:
(ceria, senyum ketawa, gigit bibir, masam, manis)
e. Gerakan Badan dan Tangan:
(menggeliat, mendepakan tangan, menggaru,
menggosok)
2. Nada Suara a. Kelajuan percakapan:
(laju, sederhana, perlahan)
b. Nada:
(tinggi, sederhana, rendah)
c. Bahasa:
(kasar, halus, slaga, teratur)
3. Persekitaran a. Jarak:
(jauh, sederhana, rapat)
b. Keadaan dan kedudukan fizikal:
(kemas, bersepah,teratur,bersih,ceria, berabuk,
tersusun)
c. Pakaian:
(menjolok mata, kemas teliti, bergaya, bersih, kotor,
mahal)
9) Bagaimanakan untuk MENTAFSIR perlakuan BUKAN LISAN?

1. Tafsiran hanya perlu dibuat hanya sebagai gambaran tentang perasaan, pemikiran
dan motif klien
2. Tafsiran tidaklah muktamad
3. Perlakuan hanya sebagai sumber kedua dan panduan kaunselor untuk meneroka
dengan lebih mendalam tentang diri klien
4. Kaunselor perlu mahir untuk mengesan apa yang dinyatakan klien tidak selaras
dengan apa yang dilihat
5. Dengan memahami perlakuan bukan lisan klien dapat member kesan rasa empati
terhadap klien.
6. Kesan ini sangat penting dalam hubungan menolong.

10) Bagaimanakah seorang kaunselor menunjukkan perlakuan BUKAN LISAN?

1. Fokus mata
2. Kedudukan badan menunjukkan penerimaan
3. Menghadap klien atau kedudukan sisi
4. Badan condong ke hadapan
5. Riak air muka kea rah kemesraan
6. Tenang

5.4 KEMAHIRAN MEMBERI TINDAK BALAS


5.5 KEMAHIRAN MENGENALPASTI MASALAH
5.6 KEMAHIRAN MELAKSANAKAN INTERVENSI

Anda mungkin juga menyukai