Anda di halaman 1dari 4

Tajuk: Tala'ub Bil As'ar / Mempermainkan Harga

Terjemahan: zain-ys

Artikel asal: qaradawi.net

- " " .

.
" : . :
."

Islam memberi kebebasan ke atas harga pasaran. Dan


Islam membiarkan agar tabiat semula jadi turun naik harga memainkan peranannya.
Iaitulah berdasarkan kehendak tawaran dan permintaan.

Atas dasar inilah kita dapat melihat Rasulullah s.a.w. ketika harga barang naik pada
zamannya, orang-orang berkata;

"Wahai Rasulullah, harga barang telah melonjak naik, maka tetapkanlah harga untuk
kami!"

Maka Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allahlah yang menentukan harga, Yang
menggenggam dan Yang menghamparkan, dan Pemberi rezeki. Dan sungguh aku
berharap berjumpa dengan Allah sementara tidak ada seorang pun dari kalian yang
menuntutku karena suatu kezaliman dalam hal darah, dan harta." (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, Tarmizi, Ibnu Majah, ad-Darimi dan Abu Ya'la | Terjemahan dari Abu Daud)

Nabi s.a.w. dalam Hadis ini menegaskan bahawa mencampuri urusan kebebasan individu
tanpa ada keperluan adalah satu tindakan zalim, di mana Baginda s.a.w. mahu menemui
Allah nanti dalam keadaan bebas dari tindakan zalim berkenaan.

Dan, namun apabila ada campur tangan dalam pasaran yang membuatkannya menjadi
tidak normal, seperti berlaku sorok barang oleh sebahagian peniaga atau mempermainkan
harga pasaran, maka ketika itu kepentingan umum perlu didahulukan atas kebebasan
individu. Ketika ini dibenarkan menentukan harga sebagai memenuhi keperluan
masyarakat umum. Juga untuk memelihara mereka dari penindas yang tamak dengan cara
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan maksud dan tujuan mereka sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh kaedah dan usul.

Bukanlah hadis yang lalu itu bermaksud mengharamkan secara mutlak penetapan harga
sekalipun ia bertujuan untuk menolak mara bahaya atau bermaksud menghalang kezaliman
yang keji. Malah, para pakar dari kalangan ulama menetapkan bahawa penetapan harga itu
ada yang bentuknya zalim yang diharamkan dan ada yang berbentuk adil yang dibenarkan.
.

Haram hukumnya, apabila penetapan harga itu mengandungi unsur penzaliman terhadap
sesama manusia dan memaksa mereka tanpa hak untuk membeli sesuatu dengan harga
yang tidak direlainya, atau menghalang mereka dari sesuatu yang telah Allah halalkan.

Apabila penetapan harga itu mengandungi unsur keadilan sesama manusia, seperti
memaksa mereka dengan harga semasa yang sepatutnya dan menghalang mereka dari
menaikkan harga dari harga pasaran sepatutnya, maka penetapan harga begini adalah
dibenarkan. Bahkan wajib hukumnya.

.
. ( )

Pada bahagian pertama, dalam Hadis yang tersebut menyatakan, apabila orang ramai
menjual barangannya dengan baik tanpa menzalimi sesiapa, adakalanya harga naik,
mungkin kerana kurangnya barangan atau kerana banyaknya permintaan (sesuai dengan
kehendak penawaran dan permintaan), maka ini terserah Allah (turun naik harganya).
Ketika ini memaksa orang ramai untuk menjual dengan harga yang telah ditetapkan adalah
satu bentuk paksaan tanpa hak.

- -
.
Manakala pada bahagian kedua, contohnya, penjual enggan menjual barangannya
melainkan dengan harga lebih mahal dari harga yang biasa, sedangkan ia adalah barang
keperluan orang ramai. Maka di sini wajib bagi penjual menjual dengan harga pasaran yang
sepatutnya, dan penetapan harga ialah bermaksud mewajibkan mereka dengan harga
semasa. Dan ia adalah untuk berbuat adil sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.

Kategori Berita:
Fatwa Ulama dan Hukum-hakam

Anda mungkin juga menyukai