Anda di halaman 1dari 1

Seperti hari-hari biasa kelas 5 Ibnu Sina tidak pernah sunyi dengan hilai tawa dan keletah penghuni

kelasnya. Berada di dalam kelas tersebut


tertautnya ukhwah tiga sahabat berbeza kaum dan agama. Insyirah, Devi dan Ai Ling telah bersahabat baik semenjak mereka menginjak ke tahun
1 lagi. Bertapa eratnya silaturrahim antara mereka

Dalam leka mereka menyiapkan kerja yang cikgu Azlan berikan walaupun berdendangkan dengan hingar bingar rakan sekelas, tiba-tiba Devi
mencelah.

Devi : Minggu depan negara kita akan sambut merdeka kan? Apa ya tema merdeka kita tahun ini?

Ai Ling : Eh, eh... Devi itu pun awak tak tau ka? Tema merdeka negara kita tahun ini Sehati Sejiwa. Macam kita bertiga maa.. sebab itu
kita jadi sahabat sejati sampai sekarang. Kita semua rakyat Malaysia mesti ada ini semangat sehati sejiwa. Wo menyou ke
zhong de zhong. Ma lai ren, in tu ren, yuon zhu ming. Ru guo wo men pu thong zin macam mana negara kita mau aman ma...

Insyirah tersenyum lebar dengan penerangan Ai Ling itu. Dia akui Ai Ling adalah murid yang paling pintar di dalam kelas mereka. Namun sikap Ai
Ling yang sentiasa merendah diri dan sedia berkongsi ilmu yang diketahuinya amat disenangi bukan sahaja Insyirah dan Devi malah seluruh
warga kelas 5 Ibnu Sina.

Insyirah : Tema merdeka tahun ni amat sesuai dengan keadaan negara kita sekarang. Perpaduan antara kaum dan masyarakat
Malaysia sudah semakin rapuh. Tengok saja dalam tv, ada saja perbalahan, pergaduhan yang melibatkan antara kaum.
Sedih rasanya.

Devi : Amma.. Ya la Insyirah, Ai Ling. Saya pun tak suka tengok rakyat kita bergaduh. Kita semua kan rakyat Malaysia. Ni anna
serra?

Ai Ling : Apa yang Devi itu cakap ada betulnya. Dalam sejarah menuntut kemerdekaan, semua masyarakat Malaysia tak kira pemimpin
atau rakyat, bersama membantu Tunku Abdul Rahman. Semuanya untuk menampung kos perjalanan ke Kota London untuk
berjumpa dengan Ratu England.

Devi : Tapi sekarang, semua masyarakat bersatu mengikut fahaman politik dan kaum tertentu saja. Melayu dengan
masyarakatnya, Cina dan India dengan masyarakatnya. Ayoyo, apa mau jadi.

Ai Ling : Betul tu Devi. Eh, Insyirah awak termenung apa tu?

Insyirah : Tak ada apa-apa lah, Cuma, saya terfikir kenapa kita boleh saja duduk bersama, bincang bersama, bergurau dan berkongsi
segala masalah kita. Tapi di luar sana tak macam ni. Kenapa ye?

Ai Ling dan Devi buntu. Apa yang diperkatakan oleh Isyirah itu ada betulnya. Mereka bertiga boleh berkawan baik selama hampir 5 tahun dan
berkongsi segala kisah suka dan duka bersama. Tapi apa yang mereka lihat dan dengar sama ada di dada akhbar, corong radio atau kaca
televisyen adalah sebaliknya.

Ai Ling : Entahlah Insyirah, saya pun tidak tahu kenapa ini boleh berlaku. Tapi keluarga kita tetap rapat dan selalu datang ziarah maa..
itu sudah menunjukkan hubungan kita dan keluarga kita masih baik macam dulu.

Insyirah : Betul apa yang awak kata tu Ai Ling, saya pun suka keluarga kita masih rapat seperti dulu. Tapi, jika kita dan keluarga kita
saja yang masih rapat itu tidak cukup. Negara kita akan jadi huru-hara. Awak nak ke, tragedi 13 Mei 1969 berlaku lagi sekali?

Mana kan tidak Insyirah terganggu emosinya, ayahnya ialah salah seorang anggota polis yang ditugaskan untuk mengawal dan membanteras
rusuhan pada masa itu. Ayahnya sering kali bercerita kepada Insyirah betapa getirnya keadaan negara terutamanya di Kuala Lumpur pada ketika
itu. Setiap kali itu juga lah air mata Insyirah pasti mengalir keluar.

Ai Ling dan Devi mengangguk tanda faham apa yang dimaksudkan oleh Insyirah itu. Mereka juga tidak mahu tragedi 13 Mei itu berlaku lagi sekali
di negara ini.

Devi : Semangat merdeka dan semangat sehati sejiwa perlu ada dalam diri kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Insyirah
Ai Ling : Ye, betul tu Devi. Kita kena ada semangat merdeka.

Insyirah : Malaysiaku sehati sejiwa

Ai Ling : Malaixiya saiti jiwa

Devi : Malciy chiti jv

Anda mungkin juga menyukai