Anda di halaman 1dari 2

MIXBachok Football Club

D/A Sekolah Kebangsaan Chantum


16300 Bachok Kelantan.

22 Julai 2017

Pengarah,
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara,
16300 Bachok Kelantan.

Tuan,
MEMOHON UNTUK MENYEWA PADANG IKTBN BAGI TUJUAN RIADA GURU-GURU PPD
BACHOK

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, Kelab MIXBachok adalah pasukan bolasepak yang menggabungkan
pemain-pemain bola senior dan veteran dalam kalangan Warga Pendidikan Bachok bagi merealisasikan
visi gaya hidup sihat disamping merapatkan silaturrahim antara warganya. Pihak kami mendapat kesulitan
untuk menyediakan gelanggang sebagai tuan rumah bagi tujuan perlawanan persahabatan pada setiap hari
Ahad dan Rabu.

3. Sehubungan itu, kami ingin memohon untuk menyewa padang IKTBN Bachok sebagai gelanggang
rasmi bagi tujuan tersebut di atas, namun begitu kami faham sekiranya berlaku pertindihan penggunaan
padang dengan IKTBN, kepentingan IKTBN didahulukan dan kami akan menunda perlawanan pada
minggu yang berikutnya.

4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah dihargai dan disanjungi.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.
( MOHD ZULHRI B MAT RANI )
Pengurus Pasukan MIXBachok.
D/A SK Chantum,
16300 Bachok, Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai