Anda di halaman 1dari 2

BULI

SINOPSIS 1

A merupakan seorang pelajar yang bertubuh besar, dan suka membuli pelajar lain.
Semua pelajar takut dengan A kerana sikap A yang suka memeras ugut dan
memukul pelajar lain. B merupakan rakan karib A yang juga sering bersama-sama
A melakukan kegiatan membuli di sekolah. C pula merupakan adik kepada A yang
mana seorang pelajar yang mudah terpengaruh. Setiap hari selepas tamatnya sesi
persekolahan, A akan membawa adiknya C berjalan kaki balik ke rumah mereka
yang tidak jauh dari sekolah.

Pada suatu hari, A dan B serta rakan-rakan mereka telah terlibat dengan suatu
pergaduhan dengan pelajar-pelajar kelas lain. Dalam pergaduhan tersebut, A dan B
serta rakan-rakan mereka telah membelasah pelajar tersebut sehingga jatuh
tersungkur. C ketika itu yang sedang memerhati gelagat abangnya dari belakang
dipanggil oleh A untuk membelasah pelajar yang sedang terbaring. A memaksa
adiknya untuk bertindak mengikut arahannya atas alasan bahawa itu merupakan
cara bagaimana seeorang boleh digeruni oleh pelajar lain dalam sekolah. Tanpa
banyak berfikir, C terus memukul pelajar tersebut dan mulai hari itu, C telah
mengikut jejak abangnya yang suka membuli dan memeras ugut pelajar lain.

Beberapa bulan kemudian sewaktu rehat, A bertindak keluar dari kawasan sekolah
dan menuju ke semak berdekatan untuk merokok. Tiba tiba, dia ternampak
sekumpulan pelajar sedang bergaduh, dan pelajar yang tersungkur dalam keadaan
berbaring itu merupakan rakan karibnya. Kelihatan seorang pelajar lain yang
membelakangi A sedang menendang B dengan agresif. Tanpa membuat
pertimbangan, A mengambil sebatang kayu berdekatan, terus meluru ke pelajar
yang memukul B dan memukul kepalanya dari belakang. Pelajar tersebut jatuh
pengsan. Kelihatan darah mengalir secara perlahan dari kepala pelajar yang sedang
terbaring bertiarap. Apabila A menggolekkan badan pelajar tersebut, rupanya
pelajar tersebut merupakan C.

Anda mungkin juga menyukai