Anda di halaman 1dari 14

QUESTION 6

MALAYSIA IS CONSIDERING THE DEPLOYMENT OF NUCLEAR


ENERGY AS AN OPTION TO MEET FUTURE DEMAND AND
DIVERSIFY THE ENERGY MIX FOR MALAYSIA. DO YOU
SUPPORT THE USE OF NUCLEAR ENERGY? JUSTIFY YOUR
ANSWER BY INCLUDING RELEVANT EXAMPLES.

AZRINA ADNAN
MP1612024T
MEM 16 SEM 3
SOALAN 6
MALAYSIA DALAM MENIMBANGKAN PENGGUNAAN
TENAGA NUKLEAR SEBAGAI PILIHAN MEMENUHI
PERMINTAAN DAN MEMPELBAGAIKAN CAMPURAN
TENAGA UNTUK MALAYSIA. ADAKAH ANDA
MENYOKONG PENGGUNAAN TENAGA NUKLEAR?
JUSTIFIKASIKAN JAWAPAN ANDA DENGAN CONTOH-
CONTOH YANG RELEVAN.
5 ISU
PENGGUNAAN TENAGA
NUKLEAR
1. Adakah penggunaan Tenaga Nuklear mampu
menjamin keselamatan perbekalan negara?
 Sumber tenaga nuklear juga mampu menjamin
keselamatan perbekalan tenaga negara, terutama dalam
keadaan pengurangan sumber tenaga yang lain di dalam
negara terutama simpanan atau rizab minyak mentah dan
gas asli negara.
 Oleh kerana semakin hari semakin tinggi permintaan
tenaga elektrik di negara kita dan bahan api fosil adalah
bahan galian dan simpanannya daripada dalam bumi akan
berkurangan dari satu masa ke semasa. Justeru itu bahan
api nuklear digunakan sebagai alternatif terhadap bahan
api fosil didalam usaha menjana tenaga elektrik
2. Adakah boleh mengurangkan kebergantungan
negara kepada tenaga fosil?

 Pada asasnya, penggunaan tenaga nuklear dapat


mengurangkan pergantungan negara kepada tenaga
fosil, terutama arang batu dan gas asli seperti yang
digunakan sekarang oleh negara. (Khairunnisa
Sulaiman,2010).
2. Adakah boleh mengurangkan kebergantungan
negara kepada tenaga fosil?
 Tenaga nuklear dilihat sebagai sumber alternatif terbaik
untuk menjana kuasa elektrik negara bagi menampung
permintaan tenaga yang kian meningkat dan penyusutan
sumber tenaga minyak. Tenaga elektrik yang dihasilkan
daripada teknologi kuasa nuklear disifatkan sebagai
teknologi sihat dan lebih murah daripada sumber alternatif
yang lain. Ini adalah bagi mengurangkan kebergantungan
negara terhadap sumber minyak dan gas untuk penjanaan
tenaga elektrik.
3. Bagaimana dengan kos penjanaan
kuasa nuklear?
 Menurut sumber Agensi Nuklear Malaysia, kos yang diperlukan
untuk membina loji nuklear adalah berbeza-beza mengikut
keperluan kapasiti penggunaan tenaga dan ia melibatkan kos
modal dan kos operasi. Pada peringkat awal, pembinaan loji
nuklear adalah mahal, namun kos operasi atau kos penjanaan
tenaga elektrik daripada loji tersebut adalah jauh murah
berbanding loji arang batu.

 Dari segi kos seunit, tenaga nuklear lebih murah daripada


petroleum. Lojinya juga tidak memerlukan kawasan yang luas.
Oleh itu, kos untuk menjana tenaga elektrik dapat dikurangkan
dan ekonomi negara kita akan lebih stabil jika tenaga nuklear
digunakan untuk menjana tenaga elektrik. (Faizal Aziz, 2010).
3. Bagaimana dengan kos penjanaan
kuasa nuklear?
Kos perbandingan modal :
3. Bagaimana dengan kos penjanaan
kuasa nuklear?
Perbandingan kos penjanaan loji-loji:
4. Adakah penggunaan tenaga nuklear
boleh menyebabkan pencemaran
alam sekitar?
 Pengeluaran tenaga nuklear juga tidak mencemarkan alam sekitar kerana
tenaga nuklear tidak membebaskan gas-gas yang boleh mencemarkan alam
sekitar seperti gas rumah hijau. Bahan api fosil dikatakan mencemarkan
alam sekitar sedangkan tenaga nuklear yang digunakan untuk menjanakan
tenaga elektrik tidak mencemarkan udara. Unsur utama yang dikeluarkan
daripada janakuasa yang menggunakan bahan api fosil ialah gas karbon
dioksida. Pengeluaran bahan api fosil ini akan menyebabkan kesan rumah
hijau berlaku.

 Penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear tidak akan


membebaskan gas-gas yang mencemarkan alam sekitar seperti yang
dibebaskan oleh pengeluaran bahan api fosil. Maka, kadar pencemaran di
negara kita dapat dikurangkan jika tenaga nuklear digunakan sebagai
sumber utama penjanaan tenaga elektrik. (Ng Ivy, 2012)
5. Adakah Malaysia bersedia ke arah
penggunaan tenaga nuklear dari segi
pembangunan modal insan?
 Ya, beberapa langkah bagi memantapkan pembangunan modal insan telahpun
dilakukan, di mana seramai 322 Pegawai Penyelidik yang terlatih dalam
pelbagai bidang teknologi nuklear dan juga teknologi yang berkaitan. Selain
daripada itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah merancang dan
melaksanakan pelbagai program dengan kerjasama agensi-agensi kebangsaan
dan antarabangsa yang lain. Program-program ini termasuk dalam aspek-aspek
berikut:

i. Mendapatkan kerjasama luar untuk mengadakan latihan dalaman mengenai


kuasa nuklear; iaitu latihan asas sehingga peringkat pakar, secara berperingkat
untuk kakitangan terbabit sebagai persediaan negara untuk membangunkan
loji jana kuasa nuklear di masa hadapan.

 .
5. Adakah Malaysia bersedia ke arah
penggunaan tenaga nuklear dari segi
pembangunan modal insan?
ii. Menghantar kakitangan terbabit untuk latihan luaran yang dianjurkan oleh
negara-negara lain yang mempunyai loji kuasa nuklear dan badan-badan
antarabangsa yang berkaitan seperti Agensi Tenaga Atom Antarabagsa (IAEA),
Forum Kerjasama Nuklear di Asia (FNCA) dan Perjanjian Kerjasama Serantau
bagi Penyelidikan, Pembangunan dan Latihan berkaitan dengan Sains dan
Teknologi Nuklear di Asia dan Pasifik (RCA);

iii. Mendapatkan kerjasama luar untuk kursus kuasa nuklear berkumpulan


dalam Malaysia dan tempat untuk latihan individu jangka sederhana dan
panjang di luar negara; dan,
5. Adakah Malaysia bersedia ke arah
penggunaan tenaga nuklear dari segi
pembangunan modal insan?

iv. Mencadangkan bidang pengajian sains dan kejuruteraan nuklear


diwujudkan di Institut Pengajian Tinggi Malaysia, menyediakan draf
struktur kursus ijazah bidang kuasa nuklear, mengkaji serta
menyediakan rangka dan mata pelajaran bagi kursus ijazah,
profesional dan separa profesional berkenaan dengan kuasa nuklear,
dan akhir sekali menyenaraikan tenaga pengajar pakar dalam bidang
ini dari seluruh dunia.
KESIMPULAN

Penggunaan Tenaga Nuklear sebagai sumber


tenaga pada masa depan wajar diteruskan
selepas mengambil kira pelbagai aspek seperti
keselamatan, pengurusan, penerangan, dan
kajian yang mendalam.

Anda mungkin juga menyukai