Anda di halaman 1dari 16

SEJARAH PALANG MERAH

Jean Henry Dunant


Jean Henri Dunant (atau Jean Henry Dunant) lahir pada 8 Mei, 1828
di Geneva, Switzerland dan meninggal dunia pada 30 Oktober 1910
di Heiden, Zurich, Switzerland. Beliau lebih dikenali sebagai Henry Dunant
atau Henri Dunant. Beliau seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan,
aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran Calvinisme yang kuat.
Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria, benua Afrika, beliau
menyaksikan Pertempuran Solferino di kampungSolferino, Itali kini. Buku
tulisannya 'A Memory of Solferino' telah menceritakan keperitan mangsa
perang di kalangan orang awam dan tentera. Pertempuran Solferino
melibatkan tentera Perancis menentang tentera Austria.

Pertempuran Solferino
Pada 24 Jun 1859 Henry Dunant tiba di Solferino dalam perjalanan ingin
menemui Napoleon III di Solferino. Ketika itu Solferino menjadi medan
perang terbuka, kedua-dua pasukan tentera mati dan cedera, begitu juga
dengan orang awam yang tidak terlibat telah menjadi mangsaa
peperangan.
Inisiatif Henry Dunant ialah :
membantu tentera yang cedera dan sakit.
Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada
mangsa peperangan.
Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital
sementara.
Meminta pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan
cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit .
Menggunakan kempen dan slogan 'Tutti fratelli' (Kitakan bersaudara)
. Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di
bandar Castiglione delle Stiviere.
Membantu membebaskan beberapa doktor dari
pasukan Austria yang telah ditawan oleh Perancis.

Buku Kenangan Di Solferino


Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi
menyedarkan mereka betapa menderitanya mangsa peperangan tidak kira
tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat.
Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan
dan mahu merealisasikan dua cadangan Henry Dunant, iaitu:

1. Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu


tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa
peperangan.
2. Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari
mana-mana pasukan hendaklah dibantu.

Hasilnya pada 1864 Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC)


ditubuhkan tanpa hehadiran beliau sendiri. Konvensyen Geneva 1964 juga
berdasarkan cadangan Henry Dunant dan Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa ini.
Pada 1901 Henry Dunant dan Frederic Passy telah dianugerahkan Hadiah
Keamanan Nobel selepas beberapa kontroversi.

Kehidupan awal
Henry Dunant dilahirkan Geneva, Switzerland. Bapanya ahli
perniagaan Jean-Jacques Dunant dan ibunya Antoinette Dunant-Colladon.
Keluarganya penganut Kristian aliran Calvinisme dan merupakan keluarga
elit di Geneva. Ibu bapanya merupakan aktivis sosial, banyak meluangkan
masa membantu anak-anak yatim dan anak mangsa perceraian. Ibunya
bekerja di rumah sakit dan biasa membantu mereka yang miskin.

Sejak 1836 Henry Dunant sering mengikuti ibu bapanya membuat kerja-
kerja kebajikan di sebuah penjara Toulon,Switzerland.

Pada 1846 Henry Dunant melihat sendiri pemberontakan dan menyertai


Persatuan Geneva untuk Alm. Kemudian bersama rakan-rakan telah
menubuhkan dan pengasas 'Thursday Association' iaitu satu pasukan
muzik untuk mengkaji kitab Bible dan membantu mereka yang menderita.
Dia melapangkan masa untuk melawat banduan di penjara dan pelbagai
kerja sukarela lain.

Pada 30 November 1852 Henry Dunant telah mengasaskan Persatuan


Pemuda Kristian (Young Men's Christian Association/ YMCA)
cawangan Geneva. Tiga tahun kemudian Henry terlibat dalam mesyuarat
di Perancis untuk mengasaskan pertubuhan antarabangsa tersebut.

Pada 1952 Henry Dunant tersingkir dari Kolej Calvin kerana markah
peperiksaan amat rendah. Dia kemudian bekerja dengan syarikat pengurup
wang Lullin und Sautter.

Algeria
Pada 1853 Henry Dunant melawat negara Algeria, Tunisia,
dan Sicily di Afrika Utara dan terbitlah buku "An Account of the Regency in
Tunis" pada 1858.

Pada 1856 dia menubuhkan syarikat di Algeria setelah mendapat tanah


ladang percuma daripada penjajah Perancis. Ladang jagung dan
syarikatnya dinamakan "Financial and Industrial Company of Mons-Djmila
Mills". Tapi dia tidak mendapat kerjasama dari segi hak tanah dan air
berikutan peperangan yang sedang berlangsung.

Bagi menyelesaiakan masalah itu, Henry Dunant ingin menemui Maharaja


[[[Napoleon III]] di Perancis. Sedangkan Perancis terlibat dengan
peperangan di Lombardy. Perancis menyokong Piedmont-
Sardinia menentang Austria (Itali kini). Pejabat induk Napoleon III terletak
di Solferino, Switzerland.

Pertempuran Solferino
Pada 24 Jun 1859 Henry Dunant tiba di Solferino dalam perjalanan ingin
menemui Napoleon III di Solferino. Ketika itu Solferino menjadi medan
perang terbuka, kedua-dua pasukan tentera mati dan cedera, begitu juga
dengan orang awam yang tidak terlibat telah menjadi mangsaa
peperangan.

Inisiatif Henry Dunant ialah :

membantu tentera yang cedera dan sakit.


Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada
mangsa peperangan.
Menukar rumah dan gereja berdekatan untuk dijadikan hospital
sementara.
Meminta pertolongan penduduk setempat memberi pertolongan
cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit .
Menggunakan kempen dan slogan 'Tutti fratelli' (Kitakan bersaudara)
. Slogan ini mula dikemukakan oleh seorang wanita di
bandar Castiglione delle Stiviere.
Membantu membebaskan beberapa doktor dari
pasukan Austria yang telah ditawan oleh Perancis.

Palang Merah
Pada 1862 Henry Dunant telah menulis dan mencetak buku A Memory of
Solferino kerana pengalaman berdarah di medan perang Solferino perlu
dirakam dan diedarkan ke serata Eropah. 1600 buah buku telah dicetak
dengan wang sakunya sendiri dan dikirim kepada ahli politik, ketua
tentera dan ketua kerajaan di serta Eropah.

Cadangan utama : Sebuah organisasi neutral mesti ditubuhkan bagi


membantu tentera yang cedera.

Cadangan Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar undang-


undang Gustave Moynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama
dalam mesyuarat Persatuan Kebajikan Geneva (Geneva Society for Public
Welfare) pada 9 Februari 1963. Mereka mengkaji cadangan Dunant dan
mencadangkan lima ahli jawatankuasa khas dan Henry Dunant salah
seorang daripadanya. Ahli lain ialah Gustave Moynier, Ketua tentera
Switzerland Jeneral Henri Dufour, Doktor Louis Appia dan Theodore
Maunoir. Mesyuarat pertama mereka pada 17 Februari 1863 dan tarikh ini
dianggap sebagai tarikh penubuhan Persatuan Palang Merah
Antarabangsa (ICRC).
Mulanya lima ahli majlis ini bercanggah pendapat kerana berbeza visi,
perancangan, kepentingan peribadi dan menuduh Henry Dunant terlalu
idealis. Henry Dunant meneruskan pengembaraan dan terus dengan idea-
ideanya 'organisasi sukarela'.

Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil bahagian dalam mesyuarat di


Geneva bagi membincangkan isu 'membantu tentera yang cedera semasa
peperangan'. Peranan Henry Dunant cuba diperkecilkan oleh Gustave
Moynier.

Pada 1864 Parlimen Switzerland telah mengatur pertemuan diplomatik


dari 12 negara bagi menandatangani Konvensyen Geneva.

Tempoh sengsara
Syarikat-syarikat Henry Dunant di Algeria telah bangkrap seperti firma
kewangan Cridit Genevois akibat satu skandal. Pada 17 Ogos 1868 beliau
diisytihar muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan
mengelirukan. Oleh itu masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan.
Henry Dunant meletakkan jawatan setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan
pada 8 September 1867 meletakkan jawatan dari ICRC. Sejak itu Gustave
Moynier telah menjadi Presiden dan memainkan peranan utama dalam
ICRC.

Pada Februari 1868 ibu Henry Dunant meninggal dunia. Pada 1868 juga
Henry Dunant disingkir dari YMCA kerana muflis. Pada 1867 Henry Dunant
meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. Gustave Moynier pula
merancang agar semua wang insuran tidak diserahkan kepada Henry
Dunant. Malah cenderahati 'Sciences Morales' dari Festival Paris Sedunia
tidak diberi kepadanya sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier dan
Dufour agar wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar
separuh hutang-hutang Henry Dunant jika kawsan-kawan Dunant
membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier.

Dunant pindah ke Paris dalam keadaan papa kedana. Namun dia tetap
meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela.

Sepanjang Peperangan Perancis-Prusia (1870-1871) dia mengasaskan


Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan
Bersama untuk Tamadun dan Pemerintahan'. Dia mencadangkan rundingan
perlucutan senjata dan mengadakan mahkamah antarabangsa bagi
memnyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Dia juga menyokong
penubuhan negara Yahudi di Palestin. Kemudian dia bekerja di sebuah
perpustakaan.

Henry Dunant masih hidup bangkrap dan terhutang akibat mengabaikan


kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua
kawan dan lawan menjauhkan diri.

Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan Palang Merah


Austria, Belanda, Sweden, Prusia dan Sepanyol tetapi dia semakin
dilupakan. Dia berpindah-randah
dari Stuttgart, Rome, Corfu, Basel dan Karlsruhe. Di Stuttgart dia bertemu
dengan Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada 1881 dengan
bantuan rakan dia kembali ke kampung halamannya di Heiden, Geneva.

Pada 1887 Henry Dunant pergi ke London dan menerima bantuan


kewangan dari pelbagai pihak dan kembali ke Heiden Julai 1997.

Pada 30 April 1892 beliau terlantar sakit di hospital yang dipunyai oleh
Dr Hermann Altherr.

Di Heiden, Henry Dunant bertemu dengan seorang guru muda


bernama Wilhelm Sonderegger dan isterinya Susanna. Mereka
menubuhkan cawangan Palang Merah Heiden. Pada 1890 Henry menjadi
presiden kehormat dan mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi
Gustave Moynier tetap memusuhinya. Wilhelm Sonderegger meninggal
dunia pada 1904 ketika berusia 42 tahun. Pada 1935 Rene iaitu anak
Wilhelm Sonderegger telah menerbitkan surat-surat daripada Henry
Dunant kepada bapanya Wilhelm Sonderegger

Kembali dikenang
Pada Sptember 1895, George Baumberger, ketua editor Die Ostschweiz, St.
Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang Merah dan telah
menemubual Henry Dunant di Heiden. Akhirnya Henry Dunant menerima
pelbagai pingat termasuk Swiss Binet-Fendt Prize dan pingat dari Pope
Leo XIII. Dia juga menerima sokongan Tzar Rusia, Maria Feodorovna.
Selepas itu sumbangan dan derma wang mencurah-curah sejak itu
kepadanya.

Hadiah Keamanan Nobel


Pada 1901 Henry Dunant menerima Hadiah Keamanan Nobel atas jasanya
menubuhkan Palang Merah Antarabangsa dan memulakan Konvensyen
Geneva. Moynier turut dicadang untuk menerima anugerah tersebut.

Kematian
Pada 1903 Heney Dunant diberi ijazah doktor kehormat dari Universiti
Heidelberg, Jerman. Dia terlantar di hospital sehingga dia meninggal dunia
pada 30 Oktober 1910 jam 10 malam. Pada akhir hayatnya dia mengalami
tekanan perasaan akibat kemelesetan, bangkrap, dikejar pemungut hutang
dan kritikan daripada Moynier. Dia pernah meminta jururawat memeriksa
makanan sama ada telah diracun atau tidak. Walaupun masih Kristian, dia
beralih kepada Calvinisme dan merancang agama umum.

Ironinya, Henry Dunant dan Gustave Moynier tidak pernah berdamai.

Dia dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld, Zurich,


Switzerland. Dalam wasiatnya, dia mahu mendermakan wangnya kepada
rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan
di Norway dan Switzerland. Dia juga mahu wang dibayar kepada
pemiutang-pemiutang.
Hari lahirnya 8 Mei diisytihar sebagai Hari Bulan Sabit Merah / Palang
Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry
Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Geneva dana pelbagai tempat
di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry
Dunant dikurniakan oleh IRCR kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-
kerja kemanusiaan.

Filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi


mengenang jasa-jasa beliau.

Anda mungkin juga menyukai