Anda di halaman 1dari 1

Belajar Daripada Pengalaman

Pengalaman seseorang melawat tempat bersejarah, mengalami suasana kehidupan di kampong atau
melihat sendiri proses penghasilan sesuatu produk merupakan satu bentuk pengalaman yang
mampu menambahkan ilmu dan kemahiran.

Dalam hal ini murid harus mendokumentasikan segala yang dilihat di sepanjang berada di tempat
tersebut. Amalan ini mampu membantu murid dalam proses pembelajaran

Nama dan lokasi tempat: Murid seharusnya mendapat maklumat yang lengkap tentang tempat
tersebut dari segi bentuk fizikalnya hinggalah tentang keadaan persekitarannya. Maklumat ini
mampu memberi gambaran yang luas tentang tempat tersebut.

Keistimewaan dan kepentingan: Murid juga harus mengetahui keistimewaan tempat tersebut sama
ada ianya merupakan tempat pelancongan, pusat perniagaan, pusat pertanian ataupun tempat
rekreasi dan lain-lain.

Sejarah ringkas: Murid juga harus mencari maklumat untuk mengetahui kisah tempat ini.

Ketiga-tiga maklumat di atas diperlukan dalam usaha mengenali tempat ini dengan lebih dekat.
Murid boleh membuat klasifikasi tempat ini mengikut ciri-ciri keistimewaan dan kepentingannya.

Melalui gambar yang dirakamkan, murid boleh memilihnya bagi memberi penjelasan dan gambaran
yang lebih luas tentang tempat tersebut. Maklumat tambahan pula boleh dikumpul melalui fakta
yang diperoleh daripada laman sesawang yang berkaitan. Seterusnya maklumat yang diperoleh
bolehlah dikaitkan dengan sebarang topik pembelajaran di sekolah untuk dijadikan sebagai
sebahagian daripada bahan rujukan pembelajaran.

Akhirnya gambar yang dirakam, fakta yang diperoleh daripada pelbagai sumber serta pengalaman
dan pengamatan yang dilalui mampu menambahkan kemahiran menganalisis maklumat serta
menambahkan ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang yang tertentu. Anda boleh berkongsi
dengan rakan-rakan yang lain dengan menghebahkannya melalui laman-laman sosial. Inilah satu
bentuk pembelajaran melalui pengalaman

Anda mungkin juga menyukai