Anda di halaman 1dari 3

Bahasa Melayu Tercemar Dengan Penggunaan Slanga Dan Singkatan

Jumaat, 13 Januari 2012 10:02

Oleh Abdul Ghani Nasir


Foto oleh Abd Raai Osman

BANGI, 12 Jan. 2012 Seorang Sasterawan Negara memberi amaran perkembangan Bahasa
Melayu akan tercemar kiranya anak-anak muda dibiarkan membuat singkatan, bertutur dalam
bahasa pasar serta slanga pada zaman dunia siber ini.

Gejala membenarkan golongan muda membedah bahasa untuk disingkatkan perlu dikawal
dan diatasi kerana hanya bahasa baku yang akhirnya dihormati dan menyumbang kepada
tamadunnya, kata Dato Dr Anwar Ridhwan.

Beliau yang menyampaikan Syarahan Penabayu berjudul Wajah Timur Lidah Barat
Permasalahan Imperialisme Linguistik di Malaysia di sini hari ini, berkata selain terus berusaha
memperkasakan bahasa Melayu, kita juga seharusnya bersedia bersemuka dan memasuki
dunia siber termasuk media baru yang semakin mempengaruhi kehidupan masyarakat dengan
membawa bahasa Melayu ke dalamnya.

Malangnya anak-anak muda mengheretnya ke dewan bedah bahasa untuk diubahsuai ejaan
serta sebutannya.

Seharusnya bahasa Melayu masuk ke dunia siber dengan skop serta perisian lebih luas
dengan mereka yang membawanya perlu bebas daripada gejala-gejala eksperimental yang
tidak sihat.

Skop serta perisiannya dalam skala global harus dapat menunjukkan citra bahasa Melayu
yang tinggi yang supranasional, dan selayaknya duduk di tengah pentas bahasa dunia, kata
beliau.

Pada syarahan anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dipengerusikan
Pengarahnya merangkap Pengerusi Penabayu, Prof Dr Latif Samian, Dr Anwar juga
menekankan banyak negara yang maju (bahasa ibunda bukan bahasa Inggeris) mengekalkan
polisi pendidikan kebangsaan, tetapi pada masa sama membenarkan dan menggalakkan para
pelajar mempelajari bahasa asing semata-mata sebagai bahasa tambahan untuk merujuk ilmu
pengetahuan.

Dekan Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu turut
mencadangkan agar jurang Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia dirapatkan melalui program
kebahasaan termasuk kajian sosiolinguistik, kerjasama penerbitan serantau dan program
pemasyarakatan persuratan.

1/3
Bahasa Melayu Tercemar Dengan Penggunaan Slanga Dan Singkatan
Jumaat, 13 Januari 2012 10:02

Jika tidak Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia ditubuhkan pada 29 Disember 1972 telah
gagal memainkan salah satu peranan utamanya.

Dengan adanya Bahasa Melayu-Indonesia saling difahami, maka kepustakaan persuratan


Melayu menjadi lebih besar, di samping memacu perniagaan penerbitan serantau.

Dengan itu ia memperkuat serta memperkasakan lagi tamadun berasaskan bahasa Melayu.

Hasilnya kelak, bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahan belasahan imperialisme linguistik
bahasa Inggeris, sebaliknya hadir sebagai pesaing yang sihat di tengah pentas dunia bahasa,
katanya.

Dr Anwar berkata kepustakaan Melayu wajar turut diperkasakan dengan kehadiran karya-karya
terjemahan.

Ini adalah tambahan kepada penerbitan buku judul baru meliputi semua buku untuk
kanak-kanak, remaja dan dewasa serta buku ilmiah dan bacaan umum.

Sambil menekankan perlunya diperbanyakkan penerbitan buku ilmiah, Dr Anwar melahirkan


kekesalan kerana walaupun negara ada 1,700 profesor dan 25,000 tenaga pengajar akademik
di IPTA, malangnya kebanyakan mereka ini tidak menulis.

Beliau juga menarik perhatian walaupun Dewan Bahasa dan Pustaka giat mencanangkan
kemampuannya mencipta kira-kira sejuta istilah pelbagai bidang dan subbidang Melayu, namun
pencapaian itu saja belum mencukupi bagi menyuburkan penulisan dan penerbitan karya ilmiah
bermutu tinggi.

Pelan strategik wajar mengambil kira latihan sistematik dan tekal dalam usaha memberi
kursus bahasa dan laras bahasa, melatih penulis, editor umum dan bidang, pereka, illustrator
dan sebagainya, kata beliau.

Sasterawan Negara itu turut mencadangkan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Khazanah


Persuratan Melayu bagi merangka sasaran kuantiti dan kualiti penerbitan persuratan Melayu
dalam pelbagai bidang ilmu.

Kerajaan hendaklah memberi dana yang mencukupi bagi memperoleh manuskrip,


penyuntingan dan penerbitan karya persuratan dirancang jawatankuasa itu.

Pemberian dana akan membolehkan produk persuratan Melayu dijual pada harga yang lebih
rendah menjadikannya lebih mudah tersebar dan dimiliki, kata Dr Anwar.

2/3
Bahasa Melayu Tercemar Dengan Penggunaan Slanga Dan Singkatan
Jumaat, 13 Januari 2012 10:02

3/3

Anda mungkin juga menyukai