Anda di halaman 1dari 10

PANDUAN MENULIS ULASAN : Kotak Pintar

“Ulasan mesti ada KoPi (Kotak Pintar)”

#Nota : Selain faedah, kepentingan, kebaikan atau cerita

Salin arahan soalan


P1 Pendahuluan

Terdapat beberapa …..


Isi 1
yang diperolehi. Antaranya, kita mestilah …..

Seterusnya, kita dikehendaki …..


Isi 2

Selain itu, kita sepatutnya …..


Isi 3
P2
Di samping itu, kita perlulah …..
Isi 4

Antara lain, kita haruslah …..


Isi 5

Akhir sekali, kita sewajarnya …..


Isi 6

Kesimpulannya, kita hendaklah …..


P3 Isi tersirat
Bak kata pepatah …..
Peribahasa
PANDUAN MENULIS ULASAN : Kotak Pintar

“Ulasan mesti ada KoPi (Kotak Pintar)”

#Nota : Selain faedah, kepentingan, kebaikan atau cerita

Gambar di bawah menunjukkan amalan yang dilakukan oleh


masyarakat penyayang yang berbudi Bahasa. Kita akan dihormati
P1 Pendahuluan
kerana berbudi Bahasa. Budaya penyayang hendaklah diamalkan
dalam kehidupan kita.

Terdapat beberapa amalan penyayang dan berbudi bahasa


Isi 1 yang diperolehi. Antaranya, kita mestilah hormat-menghormati
kepada guru dan setiap orang. Contohnya dengan memberi ucapan
salam dan bersalam apabila bertemu dengan mereka.
Seterusnya, kita dikehendaki mengamalkan amalan berkasih
sayang antara kita. Misalnya dengan bertanya khabar antara guru
Isi 2
dan murid, murid dan murid serta ibu bapa dan anak-anak. Ini
tandanya kita prihatin kepada orang lain.
Selain itu, kita sepatutnya menziarahi jiran yang sakit. Melawat
P2 mereka sama ada di rumah atau di hospital dengan membawa buah
Isi 3
tangan. Kita juga boleh berdoa agar penyakit mereka disembuhkan
dan sabar atas ujian yang dialami.
Di samping itu, kita perlulah bekerjasama antara satu sama lain.
Contohnya belajar secara berkumpulan. Kita dapat bertukar-tukar
Isi 4
pandangan dan berkongsi ilmu pengetahuan dalam tajuk atau topik
yang dipelajari di sekolah.
Akhir sekali, kita sewajarnya bertanggungjawab dengan
melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah. Antara aktivitinya
Isi 5
seperti menyiapkan kerja sekolah, membaca buku, mengulang kaji
pelajaran dan membantu ibu bapa, guru dan rakan-rakan.

Isi 6

Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan budaya penyayang


dan berbudi Bahasa dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita akan
P3 Isi tersirat
disukai oleh ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan orang ramai.
Kita hendaklah menjadikan pekerti mulia amalan kita.

Bak kata pepatah budi bahasa budaya kita.


Peribahasa
Ulasan Lengkap

Gambar di bawah menunjukkan amalan yang dilakukan oleh masyarakat penyayang yang
berbudi Bahasa. Kita akan dihormati kerana berbudi Bahasa. Budaya penyayang hendaklah
diamalkan dalam kehidupan kita.

Terdapat beberapa amalan penyayang dan berbudi bahasa yang diperolehi


Antaranya, kita mestilah hormat-menghormati kepada guru dan setiap orang. Contohnya
dengan memberi ucapan salam dan bersalam apabila bertemu dengan mereka. Seterusnya,
kita dikehendaki mengamalkan amalan berkasih sayang antara kita. Misalnya dengan
bertanya khabar antara guru dan murid, murid dan murid serta ibu bapa dan anak-anak. Ini
tandanya kita prihatin kepada orang lain. Selain itu, kita sepatutnya menziarahi jiran yang
sakit. Melawat mereka sama ada di rumah atau di hospital dengan membawa buah tangan.
Kita juga boleh berdoa agar penyakit mereka disembuhkan dan sabar atas ujian yang dialami.
Di samping itu, kita perlulah bekerjasama antara satu sama lain. Contohnya belajar secara
berkumpulan. Kita dapat bertukar-tukar pandangan dan berkongsi ilmu pengetahuan dalam
tajuk atau topik yang dipelajari di sekolah. Akhir sekali, kita sewajarnya bertanggungjawab
dengan melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah. Antara aktivitinya seperti menyiapkan
kerja sekolah, membaca buku, mengulang kaji pelajaran dan membantu ibu bapa, guru dan
rakan-rakan.

Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan budaya penyayang dan berbudi


bahasa dalam kehidupan seharian. Justeru kita akan disukai oleh ibu bapa, guru-guru, rakan-
rakan dan orang ramai. Kita hendaklah menjadikan pekerti mulia amalan kita. Bak kata
pepatah budi bahasa budaya kita.
PANDUAN MENULIS ULASAN : Kotak Pintar

“Ulasan mesti ada KoPi (Kotak Pintar)”

#Nota : Untuk faedah, kepentingan, kebaikan atau cerita

Gambar di bawah menunjukkan


P1 Pendahuluan

Terdapat beberapa (arahan soalan)________________________


yang diperolehi. Antaranya, kita dapat …..
Isi 1

Seterusnya, kita juga dapat …..


Isi 2

Selain itu, kita memperolehi ……


Isi 3
P2
Di samping itu, kita juga memperolehi …..
Isi 4

Antara lain, kita dapat …..


Isi 5
Akhir sekali, kita juga akan mendapat …..
Isi 6

Kesimpulannya, kita hendaklah …..


P3 Isi tersirat
Bak kata pepatah
Peribahasa
PANDUAN MENULIS ULASAN : Kotak Pintar

“Ulasan mesti ada KoPi (Kotak Pintar)”

#Nota : Untuk faedah, kepentingan, kebaikan atau cerita

Gambar di bawah menunjukkan air penting untuk alam semula


jadi dan manusia dalam kehidupan. Tanpa bekalan air, banyak
P1 Pendahuluan
aktiviti harian kita akan terganggu. Tanpa air, banyak kerja kita
akan tergendala.
Terdapat beberapa kepentingan yang diperolehi. Antaranya, kita
dapat menjalankan aktivit harian seperti memasak, mencuci pakaian,
Isi 1 mandi dan sebagainya menggunakan air. Sekiranya bekalan air tiada
semua urusan tidak dapat dilakukan kerana air menjadi keperluan dalam
kehidupan seharian.

Seterusnya, kita juga dapat menggunakan air dalam aktiviti pertanian.


Tanam-tanaman memerlukan air untuk hidup. Tanpa air pokok akan mati.
Isi 2 Contohnya air digunakan untuk menyiram pokok bunga dan sayur-
sayuran.

P2 Selain itu, kita memperolehi sumber eletrik daripada air. Tenaga


eletrik yang kita gunakan dibekalkan oleh pusat penjanakuasa hidro
Isi 3 eletrik. Tenaga eletrik dapat menghasilkan cahaya untuk menerangi
rumah, bangunan, jalan raya dan lain-lain.

Di samping itu, kita juga memperolehi air sebagai sumber


minuman. Kita memerlukan air untuk hidup. Tanpa air kita akan
Isi 4
mati.

Akhir sekali, kita dapat menggunakan kemudahan pengangkutan


di laut. Sebagai contoh kapal laut atau feri yang boleh membawa
Isi 5
barang-barang yang banyak serta manusia pada satu masa. Jika
pengangkutan air tiada, sudah pasti kegiatan ekonomi dalam
sesebuah negara akan lumpuh.

Isi 6

Kesimpulannya, kita hendaklah menghargai air yang merupakan


sumber penting dalam kehidupan manusia dan alam dari dulu
P3 Isi tersirat
hingga sekarang. Oleh itu, kita hendaklah berjimat cermat terhadap
penggunaan air. Semoga bekalan air di negara kita akan kekal dan
mencukupi untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
Bak kata pepatah Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Peribahasa
Ulasan Lengkap/Perenggan Lengkap

Gambar di bawah menunjukkan air penting untuk alam semula jadi dan manusia dalam
kehidupan. Tanpa bekalan air, banyak aktiviti harian kita akan terganggu. Tanpa air, banyak
kerja kita akan tergendala.

Terdapat beberapa kepentingan yang diperolehi. Antaranya, kita dapat menjalankan


aktivit harian seperti memasak, mencuci pakaian, mandi dan sebagainya menggunakan air. Sekiranya
bekalan air tiada semua urusan tidak dapat dilakukan kerana air menjadi keperluan dalam kehidupan
seharian. Seterusnya, kita juga dapat menggunakan air dalam aktiviti pertanian. Tanam-tanaman
memerlukan air untuk hidup. Tanpa air pokok akan mati. Contohnya air digunakan untuk menyiram
pokok bunga dan sayur-sayuran. Selain itu, kita memperolehi sumber eletrik daripada air. Tenaga
eletrik yang kita gunakan dibekalkan oleh pusat penjanakuasa hidro eletrik. Tenaga eletrik dapat
menghasilkan cahaya untuk menerangi rumah, bangunan, jalan raya dan lain-lain. Di samping itu,
kita juga memperolehi air sebagai sumber minuman. Kita memerlukan air untuk hidup. Tanpa
air kita akan mati. Akhir sekali, kita dapat menggunakan kemudahan pengangkutan di laut.
Sebagai contoh kapal laut atau feri yang boleh membawa barang-barang yang banyak serta
manusia pada satu masa. Jika pengangkutan air tiada, sudah pasti kegiatan ekonomi dalam
sesebuah negara akan lumpuh.

Kesimpulannya, kita hendaklah menghargai air yang merupakan sumber penting


dalam kehidupan manusia dan alam dari dulu hingga sekarang. Oleh itu, kita hendaklah
berjimat cermat terhadap penggunaan air. Semoga bekalan air di negara kita akan kekal dan
mencukupi untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Bak kata pepatah Ingat sebelum
kena, jimat sebelum habis.
Selasa 27.8.2019

Jenis Karangan : Cerita/Naratif

Tajuk : Tanggungjawab Seorang Murid (m.s.125)

Saya seorang murid yang sungguh rajin dan amat


berbudi bahasa. Saya lebih banyak menghabiskan
masanya dengan melakukan aktiviti yang
mendatangkan faedah seperti membaca buku,
mengulang kaji pelajaran, menyiapkan kerja
sekolah dan membantu keluarga.

Di rumah, saya bijak menggunakan masa. Pada


waktu senggang, jika tidak membaca buku, saya
menolong ibu melakukan kerja rumah seperti
menyapu sampah, mengemas rumah, membasuh
pakaian, memasak, mencuci kereta dan berkebun.
Saya juga gemar sekali bermain dan bergurau senda
dengan adik beradik, Aina dan Aini.
Saya juga akan memastikan setiap kerja
sekolah

Anda mungkin juga menyukai