Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Pada era globalisasi ini, Malaysia telah mengalami kebanyakkan perubahan sesuai dengan
perkembangan masa dan zaman. Sistem pendidikan merupakan elemen yang penting terhadap usaha
menuju ke arah membangunkan masyarakat yang harmoni. Melalui sistem pendidikan ini dapat
membentukkan rakyat yang berani selaku mencuba sesuatu yang baru dan mencipta sebuah teknologi
yang dapat menyelesaikan masalah. Matapelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) merupakan
suatu matapelajaran yang memberi keutamaan kepada proses amali yang diajarkan kepada murid-murid
tahap dua. Ia digubal untuk mempertingkatkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta
perniagaan dan keusahawanan. Matapelajaran RBT memainkan peranan untuk memastikan murid-murid
dapat menguasai pembelajaran secara teori dan juga amali. Dengan ini, murid-murid dapat pengetahuan
yang lebih luas secara Minds-on dan juga Hands-on.

Kurikulum subjek ini memberi keutamaan kepada tiga bidang iaitu teknikal, sains rumah tangga dan
juga teknologi pertanian. Saya telah memilih bidang sains rumah tangga untuk menjalankan kajian tindakan
ini. Saya memberi tumpuan terhadap tajuk menyatakan nama dan fungsi alatan yang mana terkandung
dalam penyediaan sajian. Dalam topik ini, murid-murid dapat menguasai nama-nama dan fungsi setiap
alatan tangan dengan teliti. Bagi memastikan penguasaan dalam bidang ini saya telah merancangkan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencungkil ilmu pengetahuan dan kemahiran sedia ada dalam
diri seseorang murid dengan baik. Saya telah menggunakan kaedah yang menarik untuk melaksanakan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Tujuannya adalah untuk menyediakan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif kepada murid-murid. Oleh demikian itu, saya telah memilih kaedah
bermain untuk meningkatkan kefahaman murid dalam topik ini dengan berkesan.

Refleksi

Pada sesi praktikum yang ketiga, setelah berbincang dengan guru pembimbing saya telah memilih
bidang Sains dan Rumah Tangga untuk mengajar murid-murid tahun lima. Pada kelas pertama, saya
memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengajar penyediaan sanitasi makanan serta nama dan
fungsi alatan tangan. Dalam topik ini, saya telah mengajar lapan cara yang perlu dilakukan oleh tukang
masak iaitu sebelum, semasa dan selepas memasak. Pada waktu yang sama, saya telah memperkenalkan
nama dan fungsi alatan dengan menggunakan ICT. Pada ahkir pengajaran dan pembelajaran ini, terdapat
segelintir murid menghadapi masalah untuk mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan masakan.
Walaupun saya telah menggunakan bahan visual mereka masih mengalami kesukaran untuk mengenal
pasti nama dan fungsi alatan tersebut. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005) ingatan bermaksud
sesuatu yang diingat dan sesuatu yang timbul dalam fikiran. Murid-murid mempelajari mata pelajaran RBT
dalam Bahasa ibunda mereka. Masalahnya adalah mereka kurang menguasai kosa kata. Contohnya, kuali
dalam Bahasa pertuturan dikatakan sebagai Theesaddi tetapi dalam Bahasa baku ia dikenali sebagai
Vaanali.

Penguasaan kosa kata yang lemah menimbulkan masalah dalam kalangan murid untuk mengenal
pasti nama dan fungsi alatan tersebut. Penggunaan Bahasa baku yang tidak berleluasa dalam kalangan
murid-murid menghadapi masalah untuk mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan. Sebenarnya,
mereka mengetahui nama tetapi mengalami kekeliruan dengan penggunaan Bahasa baku tersebut.
Sebagai contohnya, mereka menganggap nama kuali sebagai senduk kayu. Apabila saya bertanya soalan
tentang fungsi kuali mereka memberitahu fungsi senduk kayu. Selain itu, murid yang mengalami masalah
itu tidak dapat menulis setiap nama dan fungsi alatan dengan betul. Sebagai seorang guru, saya berasa
tidak berpuas hati apabila murid-murid tidak dapat mengenal pasti apa yang diajar oleh saya. Oleh sebab
itu, saya mempunyai keinginan untuk menggunakan cara yang lebih efektif dalam kalangan peserta kajian
supaya mereka dapat menguasai kemahiran menegnal pasti nama dan fungsi alatan tangan dengan baik.

Pengumpulan data awal

Pada permulaan, saya telah mengaplikasikan triangulasi kaedah sebagai pengumpulan data awal. Menurut
Merriem (dalam Taylor & Wallace 2007) triangulasi adalah salah satu kaedah yang boleh meningkatkan
kebolehpercayaan dan sesuatu penyelidikan. Saya telah menggunakan tiga kaedah untuk mengumpul data
mengenai kajian ini. Antaranya adalah kaedah pemerhatian, ujian diagnostik dan kaedah temu
bual.Terutamanya saya telah menggunakan kaedah pemerhatian. Saya telah melaksanakan pemerhatian
tanpa turut serta untuk mendapat maklumat tentang tahap penguasaan murid semasa pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Saya telah memilih empat orang murid sebagai peserta kajian. Murid-murid
berkenaan mempunyai masalah seperti mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang
dikemukakan, mudah hilang tumpuan, dan kurang memberi tumpuan semasa menjalankan pengajaran dan
pembelajaran. Dengan ini, saya dapat mengetahui bahawa mereka memerlukan motivasi yang tinggi untuk
meningkatkan keinginan belajar dengan baik. Segala pemerhatian, telah direkodkan dalam borang senarai
semak sebagai rujukan dan bukti kepada penyataan tersebut.

Disamping itu, saya telah melaksanakan kaedah temu bual untuk mendapat maklumat yang
selanjutnya. Saya telah menemu bual bersama dengan guru pembimbing dan juga murid-murid yang
berkenaan. Saya telah menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Setelah berbincang dengan
guru pembimbing, saya membuat kesimpulan bahawa murid-murid tahun lima bagi kelas yang berkenaan
adalah murid yang lemah dalam pembelajaran. Mereka kurang memberi respons semasa pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Dalam kelas ini juga terdapat murid-murid linus. Mereka memerlukan masa
yang agak lama untuk memahami sesuatu dan guru hendak menggunakan kaedah yang efektif untuk
menarik perhatian mereka. Kemudian, murid-murid memberi maklum balas bahawa mereka tidak mengenal
pasti nama dan fungsi alatan tersebut. Hal ini kerana, penggunaan Bahasa yang sukar untuk mengenal
pasti nama dan fungsi alatan tangan.

Seterusnya adalah, ujian diagnostik. Saya telah memberi ujian berbentuk subjektif. Berdasarkan
analisis ujian diagnostik saya mendapati bahawa kebanyakkan murid tidak dapat menjawab dengan betul.
Oleh sebab itu, saya telah memilih peserta kajian seramai empat murid yang mengalami kekeliruan dan
tidak mengenal pasti nama dan fungsi alatan. Murid-murid mengambil masa yang terlalu lama untuk
menjawab soalan tersebut. Ini membuktikan bahawa masalah pemahaman terhadap topik ini dapat
tertimbul dan perlu mengambil tindakan yang wajar agar ianya tidak berlarutan sehingga mereka
menduduki peperiksaan.

Jadual 1: Pencapaian Ujian Diagnostik

Bil Peserta Kajian Keputusan ujian diagnostik


Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3
1. Peserta A 2/6 1/3 0/5
2. Peserta B 1/6 1/3 1/5
3. Peserta C 3/6 0/3 0/5
4. Peserta D 1/6 1/3 0/5

Fokus kajian

Saya telah memberi fokus kepada murid-murid tahun lima yang menghadapi masalah dalam mengenal
pasti nama dan fungsi alatan tangan masakan. Saya telah memberi fokus kepada dua pernyataan masalah
yang sering dihadapi oleh murid-murid ketika mengenal pasti nama dan fungsi alatan. Antaranya adalah
murid-murid tidak dapat mengenal pasti nama dan fungsi alatan dengan betul serta mengalami kekeliruan
terhadap nama alatan. Contohnya, Sadduvam adalah dikenali sebagai sudip manakala vaanali dikenali
sebagai kuali. Terdapat murid yang mengalami kekeliruan kepada kedua-dua nama dan fungsi alatan
tersebut. Mereka menganggap sudip sebagai kuali maka kuali sebagai sudip. Selain itu, terdapat juga
murid yang tidak mengenal pasti nama dengan fungsinya dengan betul. Murid-murid hendak mengenal
pasti sekurang-kurangnya enam nama dan fungsi alatan daripada 14. Keadaan ini dikesan apabila saya
bertanya kegunaan alatan tersebut maka jawapan yang saya terima tidak betul sama sekali.
Objektif dan soalan kajian

Objektif Kajian

I. Menghuraikan sejauh manakah kaedah Arrange and Paste dapat membantu meningkatkan
kemahiran murid dalam mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan masakan.
II. Memperihalkan sejauh manakah kaedah Arrange and Paste dapat menarik minat dalam mengenal
pasti nama dan fungsi alatan tangan masakan.
Soalan Kajian

I. Bagaimanakah kaedah Arrange and Paste dapat membantu meningkatkan kemahiran murid
dalam mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan masakan?
II. Adakah Arrange and Paste dapat membantu menarik minat murid dalam mengenal pasti nama
dan fungsi alatan tangan masakan?

Peserta kajian

Pada pengalaman saya, mendapati bahawa murid-muird tahun lima memerlukan pemerhatian yang
berlebihan. Terdapat seramai tujuh belas orang murid dalam kelas tersebut. Mereka adalah murid-murid
yang sanggup memberi respons dan memberi komitmen yang tinggi selaku menjalankan pengajaran dan
pembelajaran. Ia kerana, RBT adalah salah satu matapelajaran yang berkaitan dengan aktiviti kehidupan
seharian dan penggunaan amali menarik perhatian yang berlebihan dalam kalangan murid-murid. Mereka
adalah murid-murid yang lemah dalam pembelajaran. Prestasi akademik mereka berada dalam kategori
yang sederhana dan juga lemah. Selain itu, latar belakang keluarga kebanyakkan murid dalam keadaan
sederhana. Ibubapa mereka juga bekerja sebagai pekerja kilang dan pekerja buruh. Oleh demikian itu,
murid-murid mungkin tidak mendapat pengajaran apabila berada di rumah. Ia juga boleh menimbulkan
masalah kepada prestasi akademik mereka. Bagi menjalankan kajian, saya telah memilih sebanyak empat
orang murid sebagai peserta kajian. Terdapat dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan yang
terlibat dalam kajian ini. Murid-murid dipilih melalui kaedah ujian diagnostik.

Tindakan yang dijalankan

Bagi menangani masalah yang dihadapi, saya telah menggunakan kaedah Arrange And Paste dalam
kalangan peserta kajian. Kaedah Arrange And Paste adalah salah satu kaedah yang telah diinovasikan
melalui kaedah Scrabble Letter. Scrabble Letter adalah permainan yang menyenangkan dan
memperkaya kosa kata dengan menyusun huruf-huruf membentuk kata. Kaedah ini lebih sesuai kepada
penyusunan nama alatan tangan masakan manakala ia kurang bersesuaian dengan penyusunan fungsinya
kerana ia adalah susunan ayat yang agak panjang. Murid-murid yang lemah dalam pembelajaran akan
menghadapi kesukaran untuk mengingati perkataan-perkataan semasa penyusunan fungsi tersebut. Oleh
kerana saya telah menginovasikan kaedah Scrabble Letter kepada Kaedah Arrange And Paste. Kaedah
Arrange And Paste adalah salah satu kaedah bermain yang meliputi penyusunan huruf-huruf membentuk
nama dan penampalan fungsi alatan tangan masakan berdasarkan gambar-gambar dalam sebuah papan.

Jadual 2: Jadual Pelaksanaan Tindakan

Langkah 1 Murid-murid berkumpul di sebuah bilik untuk melibatkan diri


dalam aktiviti Arrange And Paste. Murid-murid dibahagikan
secara berpasangan. Saya telah mengedarkan kad-kad imbasan
yang mengandungi sebanyak enam jenis gambar, nama dan
fungsi alatan tangan masakan daripada 14. Seterusnya, murid-
murid diberi masa selama sepuluh minit untuk berkongsikan
pendapat bersama pasangan masing-masing mengenai alatan
tangan masakan tersebut. Saya telah memperhatikan apa yang
dilaksanakan oleh mereka dan menanda dalam senarai semak.
Langkah 2 Saya telah memperkenalkan kaedah bermain Arrange And
Paste kepada murid-murid. Kemudian, mereka mendapat
penjelasan mengenai peraturan-peraturan dan melihat
pendemontrasian cara bermain permainan ini. Murid-murid
berkomunikasi, kolaboratif dan koperatif antara satu sama lain
bersama pasangan mereka semasa bermain.
Selepas tamatnya aktiviti secara berpasangan, mereka bermain
permainan ini secara individu.

Langkah 3 Seterusnya, murid-murid telah menduduki ujian bertulis dan juga


ujian lisan secara individu. Markah ujian lisan dinilai berdasarkan
borang penilaian yang telah disediakan. Akhirnya, murid-murid
mendapat ganjaran sebagai tanda penghargaan.

Menurut Choong (2011), cara belajar yang paling berkesan bagi kanak-kanak adalah melalui pengalaman
langsung di mana penglibatan aktif mereka dalam aktiviti permainan akan memupuk dan merangsang
aktiviti mental seterusnya membantu mereka lebih mengingat pembelajaran baru dan menggabungjalin
dengan pengetahuan sedia ada. Dengan ini, mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru maka dapat
menguasai kemahiran mengenal pasti nama dan fungsi alatan dengan sempurna. Kaedah ini
mempermudahkan penyelesaian masalah yang tertimbul dan murid-murid juga seronok serta mudah
mengenal pasti nama dan fungsi alatan masakan dengan betul.

Kaedah mengumpul data

Saya telah menggunakan sebanyak tiga kaedah pengumpulan data iaitu kaedah ujian bertulis, kaedah
temu bual, dan kaedah pemerhatian.

Kaedah Analisis Data

Saya telah melaksanakan tiga jenis alat kajian untuk mendapat maklumat mengenai intervensi yang
dilakukan. Selepas pengumpulan data, saya telah menganalisisnya untuk mengenal pasti tahap
penguasaan murid sebelum dan selepas intervensi yang telah dilakukan serta keberkesanan penggunaan
intervensi ini. Daripada penganalisisian ini, kebolehpercayaan dan kesahan kajian ini dapat dinilai dengan
lebih efektif.

Ujian Bertulis

Saya telah melaksanakan ujian pra dan pos semasa menjalankan intervensi ini. Saya telah memberi ujian
yang sama tetapi susunan soalan yang berbeza dalam kedua-dua kertas soalan. Perbezaan markah antara
kedua-dua ujian, memberi gambaran terhadap keberkesanan intervensi ini. Markah ujian setiap kertas
soalan dapat dinilai berdasarkan cara penggiraan tersebut.

Formula penggiraan peratusan:


Jumlah yang diperoleh
X 100 =
Jumlah markah penuh

Jadual 3: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos

Bil Peserta Markah Pra Markah Pos Peningkatan Tahap


Kajian
1. Peserta A 17 67 50 Sederhana
2. Peserta B 13 58 45 Sederhana
3. Peserta C 38 88 50 Baik
4 Peserta D 21 71 50 Baik

Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos


100
Markah Ujian Pra
dan Pos (%)

50
Ujian Pra

0 Ujian Pos
Peserta A Peserta B Peserta C Peserta D
Peserta Kajian

Rajah 1: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos

Berdasarkan Rajah 1, dapat dirumuskan bahawa terdapat peningkatan antara ujian pra dan pos dalam
kalangan peserta kajian. Keempat-empat peserta kajian dapat menunjukkan peningkatan yang baik. Pada
pemerhatian, Peserta C telah mendapat pencapaian yang tinggi. Murid tersebut telah mendapat markah
sebanyak 38% sebelum intervensi manakala ia dapat ditingkatkan kepada 88% selepas intervensi
dilaksanakan. Peserta A menunjukkan peningkatan sebanyak 67% selepas intervensi berbanding
sebelumnya hanya mendapat 17% sahaja. Seterusnya, bagi peserta B, mendapat 13% sebelum intervensi
dan 58% selepas intervensi dilaksanakan. Akhirnya, peserta D mendapat 71% selepas intervensi manakala
sebelum intervensi memperolehi markah sebanyak 21%. Keempat-empat peserta kajian dapat
meningkatkan peratusnya sebanyak 50% bagi peserta kajian A, C, D manakala peserta D mencapai
pencapaian sebanyak 45%. Peningkatan markah ujian pos, menunjukkan bahawa keempat-empat peserta
kajian berjaya meningkatkan kemahiran mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan masakan dengan
kaedah Arrange and Paste. Secara tidak langsung, persoalan kajian ini telah terjawab bahawa intervensi
ini berjaya membantu meningkatkan dalam kalangan murid-murid.

Temu Bual

Bagi meningkatkan kepercayaan dan kesahan, saya telah melaksanakan kaedah temu bual sebagai alat
kajian yang kedua. Kaedah temu bual ini dilaksanakan terhadap keempat-empat peserta kajian. Tujuannya
adalah untuk memperolehi maklumat mengenai subjek dan juga intervensi yang telah digunakan. Mereka
memberi jawapan yang hampir sama kepada soalan-soalan yang ditanya. Alat kajian ini telah dijalankan
sebelum dan juga selepas intervensi dilakukan. Saya telah bertanya beberapa soalan tetapi pencungkilan
dilakukan dengan bebas terhadap jawapan yang diberikan oleh peserta kajian sebab dapat maklumat yang
lebih lanjut mengenai subjek RBT dan intervensi yang dijalankan.

Jadual 4: Soalan Temu bual sebelum intervensi

Cikgu Adakah anda masih lagi mengingati nama dan fungsi


alatan tangan masakan?
Peserta A Ya cikgu. Sedekit masih dalam keingatan.
Peserta B Tidak memberi jawapan. (senyap)
Peserta C Nama sahaja tahu cikgu tetapi masih lagi terdapat
kekeliruan untuk mengenal fungsi alatan tangan tersebut.
Peserta D Boleh cikgu tetapi hanya tahu sedikit sahaja.
Cikgu Mengapakah anda tidak dapat mengenal pasti nama dan
fungsi dengan baik?
Peserta A Susah cikgu.
Peserta B Susah cikgu. Tidak boleh menguasainya.
Peserta C Penggunaan bahasa yang susah cikgu.
Cikgu Kenapa penggunaan bahasa?
Peserta C Nama biasa tahu cikgu tetapi bahasa yang digunakan
dalam buku itu agak susah untuk mengingatinya.
Peserta D Susah cikgu.
Cikgu Ok. Adakah anda masih lagi ada keingginan untuk
mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan tersebut?
Peserta A Ya Cikgu. Saya mahu belajar.
Peserta B Susah cikgu untuk menginatinya. Oleh sebab itu, saya rasa
bosan cikgu.
Peserta C Saya mesti mahu belajar cikgu.
Peserta D Tidak mahu cikgu. Susah

Jadual 5: Sesi temu bual selepas intervensi

Cikgu Bagaimanakah anda memahaminya?


Peserta A Kaedah yang kami buat itu seronok cikgu. Mudah faham.
Peserta B Permainan yang saya bermain seronok cikgu. Mudah
mengingati nama dan fungsi alatan tersebut.
Peserta C Semasa berkongsi maklumat dengan pasangan, saya
memahaminya dengan teliti cikgu. Selepas perbincangan,
permainan yang saya bermain meningkatkan kemahiran
mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan masakan
tersebut cikgu.
Peserta D Saya faham sebab kaedah permainan itu cikgu.
Cikgu Adakah anda suka dengan kaedah Arrange and paste?
Peserta A Ya cikgu sangat seronok.
Peserta B Ya suka cikgu sebab permainan itu seperti permainan
puzzle.
Peserta C Ya cikgu saya sangat suka dengan kaedah bermain ini.
Saya berasa teruja apabila menyusun perkataan-perkataan
yang terdapat dalam kad permainan itu.
Peserta D Ya cikgu seronok dengan kaedah bermain itu.

Analisis berdasarkan hasil temu bual sebelum intervensi bersama peserta kajian telah menunjukkan
bahawa murid-murid suka untuk mempelajari subjek masakan ini sebab mereka seronok dan ada keinginan
untuk memasak makanan. Secara kesuluruhannya, saya mendapati bahawa murid-murid suka untuk
mempelajari topik ini manakala mereka mengahadapi kesukaran dan berasa bosan untuk mempelajari sub
topik ini. Peserta A dan C hanya mempunyai keinginan untuk mempelajarinya.

Berdasarkan, hasil temu bual selepas intervensi terdapat perubahan yang maksima dalam sesi ini.
Selepas kaedah ini peserta kajian suka untuk melibatkan dirinya dengan baik untuk bermain permainan
tersebut. Melalui permainan ini, kaedah ini memberi kesan yang amat baik dalam kalangan murid.
Pemahaman murid dapat ditingkatkan secara berlangsung. Bukan setakat itu sahaja, penggunaan kaedah
ini dapat menarik perhatian peserta kajian. Selain itu, matapelajaran RBT juga adalah salah satu subjek
yang menarik minat mereka. Secara kesuluruhannya, saya mendapati bahawa penggunaan kaedah
Arrange and Paste meningkatkan kefahaman murid dengan lebih efektif.

Pemerhatian

Saya telah menggunakan pemerhatian ikut serta sebagai alat kajian yang ketiga untuk mengumpulkan
maklumat untuk mengukur tahap penglibatan murid semasa melaksanakan intervensi ini. Saya telah
menyediakan borang senarai semak untuk mengumpul datanya. Melalui data ini, saya telah memantau
mereka terhadap penglibatan semasa menjalankan intervensi ini.
Melalui hasil dapatan ini, dapat dirumuskan bahawa terdapat peserta kajian yang tidak memberi
tumpuan apabila pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dan ada juga peserta kajian yang memberi
fokus yang baik. Analisis kaedah pemerhatian sebelum intervensi merumuskan bahawa murid-murid tidak
minat dan tidak memberi respons yang baik. Aspek-aspek ini telah menjadi sebab pencapaian yang rendah
dalam ujian tersebut. Manakala selepas penggunaan intervensi mereka memberi respons yang sebaliknya.
Kaedah yang berpusatkan murid menarik minat peserta kajian. Sementelahan itu, hanya seorang peserta
kajian sahaja tidak dapat mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan masakan dengan baik. Secara
kesuluruhannya, saya mendapati bahawa kaedah ini sangat berkesan kepada peserta kajian untuk
meningkatkan kefahaman terhadap topik ini.

Cara Menyemak Data

Data-data yang saya ingin digunakan adalah lebih tertumpu kepada catatan borang senarai semak, ujian
pra dan pos, temu bual yang bersifat hujahan, pendapat dan juga pandangan individu. Justeru, data jenis
ini diklasifikasikan sebagai data kualitatif seperti mana yang dinyatakan. Dalam hal sebegini, saya hendak
menyemak data untuk membina keyakinan terhadap kesahan dan kebolehpercayaan terhadap data yang
dikumpulkan.

Bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahan, saya telah menggunakan triangulasi kaedah dalam
menyemak data yang dikumpul dan trigulasi masa untuk menentukan masa dalam ujian pra dan pos. Data
yang dikumpul mesti mempunyai kreadibiliti, maka data perlu disemak untuk menentukan sejauh manakah
ia boleh dipercayai. Saya telah menggunakan teknik menyemak data dengan menggunakan triangulasi
kaedah. Saya telah memilih triangulasi kaedah yang melibatkan kaedah pemerhatian, ujian pra dan pos
dan temu bual yang membolehkan maklumat dan gambaran yang diperoleh secara menyeluruh.
Penggunaan ketiga-tiga kaedah yang berbeza ini, telah membantu menjelaskan satu idea daripada
perspektif yang berbeza dengan jelas dan meyakinkan melalui hujah-hujah yang kukuh. Seterusnya, saya
telah menggunakan trigulasi masa untuk memastikan penggunaan masa yang sama dalam kedua-dua
ujian tersebut. Akhirnya, bagi menggelakkan berlakunya bias saya telah menyemak semula bersama guru
pembimbing untuk memastikan skor peserta kajian betul. Ketiga-tiga kaedah ini membantu saya
mengumpulkan data-data yang diperlukan dengan sempurna.

Dapatan Kajian

Soalan 1: Bagaimanakah kaedah Arrange and Paste dapat membantu meningkatkan kemahiran murid
dalam mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan masakan?

KAEADH PEMERHATIAN

Berdasarkan analisis daripada borang senarai semak, telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah
bermain iaitu Arrange and Paste memudahkan murid untuk mengenal pasti nama dan fungsi alatan
tangan masakan dengan baik. Melalui analisis sebelum intervensi dan selepas intervensi terdapat
berbezaan dalam tingkah laku murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran.

Data daripada kedua-dua borang senai semak, membuktikan bahawa penggunaan kaedah bermain
Arrange and Paste dapat menarik perhatian murid untuk melaksanakannya. Pada pengajaran dan
pembelajaran yang lalu, murid-murid tidak memberi tumpuan, tidak memberi respons yang baik, tidak
melibatkan diri dalam sesi pdp, tidak mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan masakan, tidak
seronok belajar dan akhirnya tidak memberi jawapan kepada soalan-soalan yang telah dikemukakan.
Manakala selepas penggunaan kaedah bermain ini murid-murid menunjukkan tingkah laku secara positif.
Menurut Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2010), pengajaran melalui kaedah bermain menjadikan kanak-
kanak lebih fokus dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti yang dilakukan. Berdasarkan
pendapat tokoh tersebut, dalam kaedah ini juga murid-murid dapat melibatkan diri dalam pembelajarannya
dengan lebih baik. Mereka dapat berkongsikan maklumat bersama pasangan mereka dengan lebih aktif.
Mereka sangat teruja semasa bermain permainan ini. Dengan ini, saya dapat mengetahui bahawa kaedah
ini amat berguna untuk menarik perhatian murid. Penggunaan kaedah yang menarik minat murid dapat
memberi kesan yang baik dalam kalangan murid. Secara keseluruhannya, saya dapat merumuskan
bahawa kaedah yang bersesuaian dengan minat murid dapat mencungkil pemikirannya dengan lebih
berkesan. Kaedah pemerhatian ini dapat membuktikan bahawa murid-murid sangat seronok untuk
melibatkan diri dalam permainan ini.
Kaedah Temu Bual

Pengumpulan data daripada jawapan peserta kajian, dapat memberi gambaran secara positif terhadap
penggunaan kaedah Arrange and Paste. Soalan-soalan yang dikemukan kepada peserta kajian,
membuktikan bahawa kaedah ini amat berkesan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kaedah temu bual yang dijalankan sebelum intervensi, saya mendapati bahawa murid-
murid mengalami kesukaran untuk mempelajari topik ini. Ini kerana, mereka tidak suka dan berasa bosan
untuk mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan masakan. Penggunaan kaedah yang tidak sesuai
juga boleh dijadikan sebagai salah satu faktor yang tidak memberangsangkan minat murid untuk belajar
topik ini.

Melalui jawapan peserta kajian selepas intervensi, saya dapat mengetahui bahawa murid-murid seronok
dengan penggunaan kaedah ini. Penglibatan dan tingkah laku murid dapat diperkukuhkan sebab
penggunaan kaedah yang efektif antara mereka. Seperti mana yang kita diketahui, murid-murid sekolah
rendah teruja apabila para pendidik menggunakan kaedah bermain semasa melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah ini juga telah menarik perhatian mereka untuk mempelajarinya dengan lebih
berkesan. Daripada jawapan peserta kajian, kita dapat merumuskan bahawa penggunaan strategi
berpusatkan murid lebih efektif daripada pengajaran guru. Perkongsian ilmu bersama rakan menimbulkan
keyakinan tinggi dalam kalangan peserta kajian. Mereka mampu untuk meneroka ilmu dengan lebih teliti.
Secara keseluruhannya, kaedah temu bual ini dapat membuktikan bahawa penggunaan kaedah yang
bersesuain dengan umur murid-murid dapat menarik perhatian mereka dengan sempurna.

SOALAN 2: Adakah Arrange and Paste dapat membantu menarik minat murid dalam mengenal pasti
nama dan fungsi alatan tangan masakan?

KAEDAH PEMERHATIAN

Merujuk kepadaborang senarai semak, saya dapat mengenal pasti tingkah laku bagi setiap peserta kajian
sebelum dan semasa melaksanakan intervensi. Mereka telah menunjukkan sikap yang berbeza.
Penggunaan kaedah menjadi faktor utama dalam perubahan sikap peserta kajian tersebut. Dalam kaedah
pemerhatian, saya telah menilai sebanyak tujuh item terhadap peserta kajian. Melalui pemerhatian yang
dijalankan saya dapat mengenal pasti bahawa penggunaan kaedah bermain menarik minat murid secara
berlangsung.

Jadual 16: Borang senarai semak semasa intervensi

Skor
Bil Item P(A) P(B) P(C) P(D)

1. Memberi tumpuan dalam kelas / / / /


5. Minat murid semasa mempelajari topik ini / / / /
6. Keseronakkan murid dalam pembelajaran / / / /

Jadual ini, membuktikan bahawa murid-murid memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa melaksanakan
intervensi ini. Bukan setakat itu sahaja, mereka minat dan seronok untuk belajar topik ini. Perubahan ini
disebabkan oleh penggunaan kaedah Arrange and Paste. Melalui penggunaan kaedah ini, saya dapat
menarik perhatian dan berjaya meningkatkan keinginan untuk belajar dalam peserta kajian dengan
berkesan. Kaedah pemerhatian, dapat membuktikan bahawa kaedah Arrange and Paste dapat menarik
minat murid secara langsung.

Kaedah Temu Bual

Bagi menjawab soalan yang kedua, saya telah menggunakan kaedah temu bual untuk memperkukuhkan
lagi kebolehpercayaan dan kesahan kajian ini. Saya telah menjalankan kaedah temu bual ini sebanyak dua
kali iaitu sebelum dan selepas intervensi kerana, untuk mendapat keberkesanan penggunaan intervensi ini.
Saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada peserta kajian. Saya telah menilai sikap minat ini
selepas menggunakan kaedah bermain ini. Saya telah mendapat tindak balas secara positif daripada
setiap peserta kajian mengenai intervensi ini.

Soalan 3 :Temu bual

Jadual 17: Kaedah Temu Bual Selepas intervensi

Cikgu Adakah anda suka dengan kaedah Arrange and paste?


Peserta A Ya cikgu sangat seronok dan mudah difahami.
Peserta B Ya suka cikgu sebab permainan itu seperti permainan
puzzle. Saya dapat mempelajarinya dengan baik.
Peserta C Ya cikgu saya sangat suka dengan kaedah bermain ini.
Saya berasa teruja apabila menyusun perkataan-perkataan
yang terdapat dalam kad permainan itu.
Peserta D Ya cikgu seronok dengan kaedah bermain itu.

Berdasarkan jawapan-jawapan tersebut, saya dapat menganalisis bahawa murid-murid sangat seronok
untuk melibatkan diri dalam intervensi ini. Semasa menjalankan sesi soal jawab, mereka memberi respons
dengan perasaan gembira apabila saya bertanya soalan mengenai kaedah bermain ini. Melalui setiap
jawapan yang diberi oleh peserta kajian dapat merumuskan bahawa mereka minat dengan penggunaan
kaedah bermain.

Secara kesuluruhannya, saya dapat merealisasikan bahawa penggunaan kaedah bermain dalam
kalangan murid dapat memberi impak yang positif secara berlangsung. Kaedah pemerhatian dan temu bual
dapat menunjukkan bahawa penggunaan kaedah yang telah saya rancangkan memberi kesan yang
berlebihan terhadap peserta kajian. Setiap instrumen yang digunakan memperkukuhkan lagi kajian ini.
Dengan ini, dapatan pengumpulan data telah membuktikan bahawa objektif kajian ini dapat tercapai
dengan baik dengan sokongan kaedah pemerhatian dan temu bual dengan berkesan.

REFLEKSI

Sepanjang kajian ini, setiap tindakan telah dilaksanakan dengan lancar seperti mana yang dirancang
sebelum ini. Kajian yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal pasti
nama dan fungsi alatan tangan masakan dalam kalangan peserta kajian.

Pada pendapat saya, perkara yang memberi kesan melalui pengalaman saya adalah guru-guru
berdepan dengan kepelbagaian cabaran mengikut perubahan dalam dasar pendidikan. Mengikut
perubahan pendidikan yang terkini, para pendidik hendak mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21 supaya murid-murid dapat mempelajari sesuatu dengan perseorangan ataupun bersama
rakannya. Ia lebih efektif berbanding dengan pengajaran guru. Ia telah menjadi satu cabaran kepada para
pendidik untuk merancangkan aktiviti yang merangsang pemikiran murid-murid dengan berkesan.

Selain itu, kekuatan yang dapat dikesan adalah kaedah permainan yang digunakan dalam kajian ini
adalah menarik perhatian dan sesuai dengan peringkat umur peserta kajian. Oleh itu, kaedah ini bukan
sahaja dapat memberi peluang kepada peserta kajian untuk mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan
yang diajar, malah ia dapat menarik minat dan tumpuan mereka kerana permainan adalah sesuatu yang
dapat memberikan keseronakkan dan mengurangkan rasa bosan semasa belajar. Ia dapat dirumuskan
daripada analisis kajian. Semasa pelaksanaan permainan ini, komitmen yang diberi oleh murid
memudahkan saya untuk menguruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Disamping itu, terdapat juga kelemahan yang saya hadapi semasa mengumpulkan data-data
mengenai kajian ini. Faktor masa merupakan kekangan yang paling utama. Kekangan masa wujud semasa
aktiviti pengumpulan data menggunakan instrumen temu bual hanya dapat dijalankan pada waktu rehat.
Tidak banyak soalan yang dapat dikembangkan daripada soalan utama untuk mencungkil jawapan
daripada peserta kajian. Ole sebab itu, saya telah menggunakan instumen temu bual sebanyak dua kali
untuk mendapat data yang kukuh.

Secara keseluruhan, pelaksanaan kajian tindakan ini merupakan satu titik permulaan bagi
seseorang guru di mana ilmu yang diperoleh ini akan terus digunakan untuk meningkatkan profesionalisme
guru pada masa akan datang. Kesimpulannya, sebagai seoang guru kita perlu peka terhadap isu dan
masalah yang dihadapi oleh murid-murid supaya mereka dapat mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Dalam kajian ini saya memberi fokus kepada penggunaan kaedah bermain dalam kalangan peserta kajian
untuk mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan masakan dengan sempurna. Justeru itu, sebagai
penambahbaikan kaedah permainan ini boleh melaksanakannya di luar bilik darjah seperti pondok sekolah,
bengkel ataupun dewan. Pada pengalaman saya, susun atur meja dan kerusi yang tidak teratur juga
memberi gangguan kepada murid-murid untuk bergerak dengan sempurna. Oleh demikian itu, sebelum
melaksanakan kaedah ini hendak menyusun meja dan kerusi dengan teratur supaya ia dapat
mempermudahkan lagi pergerakan mereka. Bukan setakat itu sahaja, penggunaan tempat yang kondusif
membina suasana pembelajaran yang baik dan memastikan keselamatan murid.

Seterusnya adalah penggunaan bahan bantu mengajar. Sebagai seorang guru yang berdedikasi
saya boleh menyediakan sebuah bahan bantu bantu mengajar yang boleh ditahan lama. Contohnya, boleh
menggunakan papan kayu supaya ia dapat ditahan lama berbanding dengan kad manila. Papan kayu yang
berwarna warni dapat meningkatkan lagi minat belajar dalam kalangan murid-murid. Bukan setakat itu
sahaja, bahan bantu mengajar yang digunakan untuk bermain permainan Arrange and Paste boleh
diinovasikan dengan bentuk-bentuk yang lebih menarik. Contohnya, guru-guru boleh menyediakan bahan
dengan memberi tema seperti buah-buahan, kartun, peralatan dan sebagainya untuk menarik minat murid.
Ini adalah salah satu kaedah bermain yang hanya menggunakan kad dan perkataan sahaja. Oleh sebab
itu, guru-guru boleh mereka bentuk-bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Intihannya, guru perlu
membuat inovasi terhadap bahan bantu mengajar kerana ini akan mendorong peserta kajian untuk
memupuk sikap belajar ke arah kreatif dan inovatif.

Kesimpulannya, penyediaan tempat yang kondusif dan penggunaan bahan bantu mengajar yang
kreatif dapat membantu guru-guru untuk melaksanakan aktiviti yang dirancangkan dengan sempurna. Oleh
itu, para pendidik sentiasa peka terhadap setiap perbuatan yang ingin dilaksanakan untuk meningkatkan
kelancaran aktiviti tersebut.
Rujukan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Taylor & Wallace (2007). Triangulasi Kepercayaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions
Sdn.Bhd

Choong Loan Keow, (2011), Murid dan Alam Belajar, Subang Jaya Selangor, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2010). Belajar Melalui Bermain Prinsip Utama Kurikulum Pendidikan Awal
Kanak-Kanak, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn.Bhd

Anda mungkin juga menyukai