Anda di halaman 1dari 5

TEKNIK-TEKNIK YANG DIJALANKAN DALAM BENGKEL MATEMATIK, DARAB

Cermin Magik Jadual Darab

x 1 2 3 4 5 6 7 8 9
1 1 2 3 4 5 6 7 8 9
2 2 4 6 8 10 12 14 16 18
3 3 6 9 12 15 18 21 24 27
4 4 8 12 16 20 24 28 32 36
5 5 10 15 20 25 30 35 40 45
6 6 12 18 24 30 36 42 48 54
7 7 14 21 28 35 42 49 56 63
8 8 16 24 32 40 48 56 64 72
9 9 18 27 36 45 54 63 72 81

Jadual ini mempunyai satu diagonal (garis merah yang terputus-putus) yang
membahagikannya kepada dua bahagian yang berwarna biru tua dan biru muda.
Dua bahagian tersebut merupakan satu pantulan antara satu sama lain dan inilah
sebab jadual ini dinamakan sebagai Cermin Magik Jadual Darab. Kaedah ini akan
menyelesaikan masalah murid yang tidak faham konsep 2 x 3 adalah sama dengan
3 x 2. Kaedah juga akan dapat membantu murid menghafal sifir dengan lebih
senang dan menarik minat terhadap jadual sifir. Selain itu, melalui Cermin Magik
Jadual Darab ini, saya akan mengajar murid menghafal sifir dengan lebih mudah ,
contoh :

sifir 2 Menambah nombor kepada diri sendiri


Contoh
2 +2 =4
3+3 =6
4+4=8
Sifir 5 Semua nilai tempat sa adalah 5, 0, 5, 0 dan seterusnya.
Contoh:
5 x1=05
5x2 =10
5x3 =15
Sifir 6 Jika mendarab sifir 6 dengan nombor genap, nilai tempat
sa jawapannya adalah nombor genap itu.
Contoh:
6x2 =12
6x4 =24
6x6 =36
Sifir 8 Setiap nilai tempat sa (nombor yang berwarna merah) adalah 8, 6, 4,
2, 0 dan pengulangan yang seterusnya.
Nilai tempat puluh (nombor yang berwarna hijau) pula mengikut tertib
secara menaik
Tertib secara menarik

Sifir 8

1x8 08

2x8 16
Pengulangan angka 8,
3x8 24
6, 4,2, 0.
4x8 32

5x8 40

6x8 48

7x8 56 Pengulangan angka 8,


8x8 64 6, 4,2, 0.

9x8 72
Sifir 9 Setiap nilai tempat sa (nombor yang berwarna merah) mengikut
tertib secara menurun iaitu 0, 9, 8, 7 danb seterusnya.
Setiap nilai tempat puluh (nombor yang berwarna hijau) mengikut
tertib secara menaik iaitu 0, 1, 2, 3 dan seterusnya.
Contoh :
Sifir 9
1x9 09
2x9 18
3x9 27
4x9 36
5x9 54
6x9 64
7x9 72
8x9 80
9x9 81

Bulatan Magik
Saya akan memperkenalkan kaedah Kedua: Bulatan Magik kepada murid-murid.
Setiap murid akan mendapat lembaran kerja mempunyai bulatan yang kosong.
Murid-murid dikehendaki meukis bulatan tersebut selepas saya menunjukkan cara
mengenali magik darab, bulatan magik
Dalam pelaksanaan Bulatan Magik, kad akan diedarkan kepada semua murid
supaya mereka dapat menggunakan bahan konkrit ini dalam pembelajaran. Kaedah
ini dilancarkan dalam 3 peringkat, iaitu:

1. Melakar bulatan
2. Memperkenalkan sifir 2 dan sifir 8
3. Memperkenalkan sifir 4 dan 6
4. Memperkenalkan sifir 3 dan 7
5. Memperkenalkan sifir 9

Mula-mula, guru akan meminta murid mengikut guru melukis bulatan dan melabel
nombor. Dengan ini, guru akan menerangkan satu bulatan terdiri daripada 10 dot.
Dalam peringkat kedua, guru akan memperkenalkan Bulatan Magik seperti urutan
rajah berikut:

1. Guru akan memberitahu kepada murid sekarang kami akan mencari sifir 2
melalui bulatan ini. Selain itu, guru akan meminta murid menulis 2x1 =, 2x2 =,
2x3=.. di tepi bulatan.
2. Sebagai contoh :

2x1=
2x2=
2x3=
2x4=
2x5=
2x6=
2x7=
2x8=
2x9=

3. Bagi mendapat jawapan 2x1, responden dikehendaki untuk mengira


dot,bermula dari kosong, 1, 2, mengikut arah jam. Setelah itu, murid
dikehendakin melukis garis yang beranak panah untuk menghubungkan digit
0 dengan 2. Kemudian, isikan 2x1=2.

2x1=2
2x2=
2x3=
2x4=
2x5=
4. Dengan cara sama, responden dikehendaki mendapat jawapan bagi 2x2, 2x3
dan 2x4 sampai ke 2 x12. Selain itu, guru akan memberitahu murid apabila
dot sampai ke 0, pu perlu bertambah 1.
5. Dengan ini, murid akan mendapat jawapan sifir 2 ialah bentuk rumah apabila
mendapat jawapan 2 x 5 ialah 10
6.

2x1=2
2x2=4
2x3=6
2x4=8
2 x 5 = 10

7. Dengan cara yang sama, guru akan meminta murid mencari jawapan sifir
yang lain. Pada akhirnya, murid akan mendapati sifir 2 dan sifir 8 adalah
sama, ialah bentuk rumah, sifir 4 dan sifir 6 ialah bentuk bintang lima kaki, sifir
3 dan sifir 7 ialah 10 ialah bentuk bintang 10 kaki, manakala sifir 9 ialah
bentuk berlian.

Sesi empat: Membaca dan menghafal sifir secara ansur maju


Setelah murid-murid menguasai magik darab dengan tahap yang memuaskan,
saya akan memperkenalkan peringkat dua: Membaca dan menghafal sifir secara
ansur maju kepada murid. Saya akan memberi arahan kepada murid-murid sambil
menlengkapkan lembaran kerja magik darab sambil menghafal sifir dengan secara
ansur maju, seperti mula-mula dari nombor yang kecil seperti 2, 3, 4 dan 5,
seterusnya barulah masuk nombor yang besar, 6, 7, 8 dan 9.

Anda mungkin juga menyukai