Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT SULONG

CADANGAN KERTAS KERJA PROGRAM RESTU ILMU


TAHUN 2017

TARIKH : 28 SEPTEMBER 2017

TEMPAT : SMA PARIT SULONG

___________________________________________________________________________

ANJURAN :

UNIT KURIKULUM

DENGAN KERJASAMA :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1.1 PENDAHULUAN

Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani amatlah perlu
wujudnya aktiviti mohon restu. Hal ini kerana setiap perkara yang dilakukan amat
memerlukan kepada restu samaada dari Yang Maha Kuasa,ibubapa,guru-guru mahupun
rakan serta masyarakat bagi memperolehi keberkataan dan kebaikan. Tanpa mohon
restu samada di awal atau di akhir sesuatu pekerjaan itu pasti ianya menjadi sesuatu
yang tidak lengkap dan tidak sempurna. Sehubungan dengan itu, Unit Pendidikan Islam
dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling merancang menjalankan satu program
Ku Pohon Restu Mu.

1.2 MATLAMAT

Meningkatkan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan dalam segala aspek kehidupan
seorang pelajar selaras dengan prinsip Rukun Negara yang pertama.

1.3 OBJEKTIF

1.3.1 Melahirkan individu yang cemerlang dan modal insan yang produktif

1.3.2 Meningkatkan motivasi pelajar supaya sentiasa mengejar kejayaan.

1.3.3 Memberi keyakinan terhadap kemampuan diri pelajar.

1.3.4 Meletakkan harapan kepada tuhan dalam setiap aspek kehidupan


seharian.

1.3.5 Memberikan persediaan awal kepada pelajar sebelum melangkah


menghadapi peperiksaan.
1.4 RASIONAL

1.4.1 Setiap pelajar pasti memerlukan sokongan dari pihak lain untuk berjaya

1.4.2 Memberi semangat dan motivasi kepada pelajar.

1.4.3 Menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih tenang.

1.5 SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 3 (PT3) dan Tingkatan 5 (SPM) seramai 85 orang pelajar

1.6 TARIKH PELAKSANAAN

1.6.1 Tarikh : 28 SEPTEMBER 2017

1.6.2 Masa : 8.00 10.00 pagi

1.6.3 Tempat : Dewan Sekolah Menengah Agama Parit Sulong

1.7 JAWATANKUASA PELAKSANA

1.7.1 Jawatankuasa Induk


Penasihat : En. Mohd Fauziy B. Mohd Ishak.
(Pengetua)
Pengerusi : En. Fatchurozi Bin Tukimon.
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Salina Binti Rahmat.
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Pn Nadia Binti Mohd Nasir.
(Penolong Kanan Kokurikulum)
1.7.2 Jawatankuasa Kerja

Penyelaras Program : Siti Rohaya Bte Tumiran

Timbalan Penyelaras ` : En Mohd Syafiq Bin Abdul Aziz

Setiausaha : Siti Rohaya Bte Tumiran

Bendahari Program : En Mohd Syafiq Bin Md Noh

Ahli-Ahli Jawatankuasa;

AJK Logistik/ Peralatan En Mohd Rasyid bin Mohd Jai

En Mohd Syafiq Bin Md Noh

AJK Media/ Dokumentari Pn Umi Kelsum binti Mohamed

AJK Aktiviti/ Program Pn Siti Rohaya Bt. Tumiran

En Mohd Syafiq Bin Md Noh

AJK Protokol/ Pn Esni Farahani Binti Esa


Cenderahati Pn Nadia Binti Mohd Nasir.

AJK Kebajikan, En Zakaria Bin Rajuli


Kebersihan dan En Ahmad Fathi Ridza Bin Mat Nor
Keselamatan

AJK Teknikal/ Persedian En Muhammad Najib Bin Ariffin.


Tempat Pn Siti Rohayu Binti Hamid

En Md Zamzaini Bin Mohd Dahlan

AJK Pengerusi Majlis En Mohd Farhan Bin Abdul Aziz


1.8 SUMBER PENDAPATAN

Sekolah RM1020.00

1.9 BELANJAWAN

BIL PERKARA UNIT JUMLAH

1 Satu Set Peralatan Alat Tulis 85 PELAJAR X RM 1020.00


RM12.00

JUMLAH BESAR RM 1020.00

1.10 PENUTUP

Diharapkan agar program majlis ini dapat memberi implikasi atau impak yang positif ke
arah meningkatkan pencapaian dan keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan
PT3 dan SPM nanti. Dengan adanya majlis seperti ini juga diharap dapat membentuk
sahsiah pelajar serta membantu pihak sekolah mencapai peningkatan dalam akademik
terutamanya PT3 dan SPM.
Disediakan oleh, ..

Ustazah Siti Rohaya Bte Tumiran

Unit Bimbingan dan Kaunseling

SMA Parit Sulong

Disemak oleh, ..

Ustaz Fatchurozi Bin Tukimon

GPK Kurikulum

SMA Parit Sulong

Diluluskan, .

Ustaz Mohd Fauziy B. Mohd Ishak.

Pengetua

SMA Parit Sulong

Anda mungkin juga menyukai