Anda di halaman 1dari 3

MAKSUD DPS

Dialog Prestasi (DP) merupakan satu forum yang dilaksanakan di semua peringkat, dari KPM
hingga ke sekolah bagi membincangkan prestasi pendidikan berdasarkan data dan fakta serta
disusuli dengan tindakan yang mantap dan berfokus bagi mencapai sasaran KPI.
DPS bukannya mesyuarat.

PRESTASI PENDIDIKAN (BIDANG KEBERHASILAN)

 Kehadiran Murid
 Keberadaan Guru / Kualiti Guru
 Disiplin Murid
 Peperiksaan Awal /Dalaman
 Subjek Kritikal
 SKPM
 1Bestarinet (ICT)
 Band Sekolah
 Bimbingan Kaunseling

APAKAH OBJEKTIF DPS

a) Memantau prestasi. ‘PDCA’ Memastikan sasaran ditetapkan, prestasi diukur, dan


tindakan susulan diambil.
b) Mengenal pasti masalah. Mengemukakan isu-isu yang menghalang kemajuan dan
menganalisis data untuk menentukan punca masalah.
c) Penyelesaian masalah dan sokongan. Membincangkan cara untuk mengatasi masalah
supaya penyelesaian yang terbaik dipilih dan berkongsi amalan terbaik.
d) Mengemukakan masalah. Memastikan masalah yang tidak dapat diselesaikan
dikemukakan ke peringkat lebih tinggi.

AGENDA

 Ucapan Pengerusi
 Pembentangan Prestasi
 Fokus Isu yang dikenalpasti dari Pembentangan Prestasi
 Pemilihan Cadangan Penyelesaian yang terbaik
 Pembentangan rumusan keputusan
FOKUS DPS

JPN/PPD/Sekolah boleh memilih untuk melaksanakan DP berdasarkan keperluan:


 semua aspek matriks dashboard, atau
 aspek kritikal dalam matriks dashboard, dan
 aspek lain yang menyumbang kepada prestasi sekolah.

PERANAN PENGURUS

 Merancang dan mengurus pelaksanaan DP


 Memberikan penerangan awal kepada Pengerusi tentang pengisian DP
 Memastikan DP dilaksanakan mengikut jadual
 Memastikan keputusan DP diambil tindakan
 Membentangkan rumusan keputusan DP

PERANAN PENGERUSI

 Ucapan alu-aluan
 Menyemak keputusan rumusan yang dibuat dalam DPS yang sebelumnya. (Tumpuan
kepada impak intervensi yang dijalankan)
 Menyatakan fokus DPS yang terkini
 Mengulas dapatan DP peringkat daerah (jika berkenaan

CONTOH DATA PEMBENTANGAN (BERBAGAI BIDANG KEBERHASILAN)

 Data Kehadiran Murid


 Data Keberadaan Guru
 Data Disiplin Murid
 Data Peperiksaan
 Data Subjek Kritikal
 Data SKPM 4
 Data 1Bestarinet (ICT)
 Band Sekolah
 Data Bimbingan Kaunseling
BAGAIMANA NAK DAPAT 4 BINTANG?

Permulaan

• Mengulas keputusan DPS sebelumnya dengan menyatakan status pelaksanaan,


intervensi yang dibuat, impak dan lain-lain
• Fokus perbincangan merentasi berbagai bidang keberhasilan secara profesional ke arah
kemenjadian murid
• Sekolah menyediakan data-data yang telah diverifikasi yang relevan dengan fokus
perbincangann yang merupakan isu strategik sekolah tersebut

Peringkat perbincangan dialog prestasi dijalankan

• Pengerusi mempunyai kemahiran menyoal.


• Pengerusi dapat membezakan antara isu dan masalah.
• Pengerusi dapat menggunakan alat kualiti.
• Pengerusi dapat membezakan perkara yang penting dan kurang penting
• Pengerusi dapat menentukan intervensi terbaik
• dengan menyelesaikan punca masalah paling kritikal – guna alat kualiti
• Dan mendapatkan beberapa cadangan intervensi (Brain storming)
• Akhirnya beliau memilih intervensi (Hukum Pareto)
• Punca masalah dikesan menggunakan kualiti ‘Tulang Ishikawa’ – 4M+1E secara berkesan

Peringkat Akhir

• Pengerusi merumus dengan menyatakan apa isu utama, intervensi, siapa pelaksana dan
bila akan dilaksana. (Pelan Tindakan –berdasarkan proses pengurusan kualiti) dengan
adanya unsur-unsur kreativiti.

Dokumentasi
• Laporan Dialog Prestasi didokumenkan mempunyai unsur kreatiti dan inovatif serta
boleh dijadikan contoh kepada sekolah lain

Anda mungkin juga menyukai