Anda di halaman 1dari 5

"

Rknkj"ucvw"uqcncp"ucjclc<"

1. Gambarkan beberapa ekor itik berada di tepi kolam. Anda boleh gunakan

pelbagai teknik seperti catan, lukisan, kolaj atau sebagainya.

2. Hasilkan sebuah corak berulang dengan ,menggunakan teknik capan.

Anda boleh menggunakan daun, keratan bendi, bawang, pelepah betik

atau pisang dan sebagainya sebagai alat capan.

3. Rakan anda akan meraikan ulang tahun kelahirannya tidak lama lagi.

Hasilkan kad ucapan yang kreatif untuk diberi kepada rakan anda.

4. Hasilkan gambar sebuah layang-layang atau wau dan hiasi dengan

hiasan yang menarik.


"
Rknkj"ucvw"uqcncp"ucjclc<"

1. Lukis sebuah poster bertajuk, 1 MALAYSIA.

Anda boleh menggunakan huruf muka taip dari akhbar atau majalah untuk

tajuk poster.

2. Hasilkan satu corak geometri dengan menggunakan teknik stensilan.

Susun motif itu menggunakan susunan grid batu bata untuk menghiasi

dinding kelas anda.

3. Anda diberi kebebasan untuk menghasilkan topeng mata atau muka atau

serkup. Hasilkan topeng tersebut dengan menggunakan kreativiti anda

supaya topeng tersebut kelihatan menarik.

4. Hasilkan sebuah mahkota atau tengkolok. Gunakan kreativiti anda untuk

menghias hasil karya tersebut.

5. Lukiskan sekumpulan kanak-kanak sedang mandi-manda di tepi kolam

renang atau di tepi pantai.


"
Rknkj"ucvw"uqcncp"ucjclc<"

1. Sempena minggu Alam Sekitar yang diadakan di sekolah anda, hasilkan

sebuah poster yang menggambarkan kecintaan terhadap alam sekitar

yang bersih dan nyaman. Tajuk poster anda ialah, CINTAI ALAM KITA.

2. Hasilkan sekeping sampul buku bermotif corak geometri menggunakan

teknik stensilan.

3. Hasilkan sebuah beg kertas. Hiasi beg tersebut supaya kelihatan menarik.

Anda boleh gunakan pelbagai media untuk menghias beg tersebut.

4. Anda dikehendaki menghasilkan alat perhiasan diri seperti rantai atau

sebagainya. Hasilkan alat perhiasan tersebut dengan menggunakan

kreativiti anda.

5. Gambarkan suasana pemandangan sebuah kampung di tepi gunung.

Anda digalakkan melukis panorama tersebut di tepi sungai atau air terjun

dalam hasil karya tersebut.


"
"
Rknkj"ucvw"uqcncp"ucjclc<"
"
1. Malaysia sedang menuju sebagai sebuah negara maju . Hasilkan sebuah

poster yang bertajuk Malaysia Maju

2. Hasilkan corak batik yang bermotifkan flora menggunakan teknik cetakan.

Anda boleh juga menggunakan kentang, lobak atau sebagainya yang

telah diukir sebagai bahan untuk mencetak.

3. Dengan menggunakan bahan terbuang yang sesuai hasilkan sebuah

kenderaan impian anda sama ada kenderaan darat, air atau udara.

4. Kuda kepang adalah warisan budaya masyarakat negeri Johor. Bagi

mengekalkan warisan ini kepada generasi masa kini hasilkan sebuah

replika kuda kepang dengan hiasan anyaman untuk dijadikan hiasan

dalam kereta.

5. Hasilkan sebuah karya yang menggambarkan suasana banjir yang

melanda di kawasan tempat tinggal kamu.


6. Hasilkan alat perhiasan diri yang menarik dengan menggunakan kreativiti

anda.

Anda mungkin juga menyukai