Anda di halaman 1dari 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Panjangnya
huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Analisis soalan:
Tugasan : Kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan
Tema : Aktiviti sukan
Kata kunci : Kepentingan

Isi 1 : menyihatkan badan


Isi 2 : meningkatkan disiplin diri
Isi 3 : berfikiran positif

Aktiviti sukan merupakan antara isu yang sering diwara-warakan dalam media cetak dan
media elektronik di negara kita akhir-akhir ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah
komited untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya,
apakah kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan?

Pada pendapat saya, antara kepentingannya ialah menyihatkan badan. Hal ini dikatakan
demikian kerana, seseorang yang melakukan aktiviti sukan dapat mengeluarkan peluh supaya
mereka lebih sihat. Di samping itu, aktiviti sukan ini juga dapat menambahkan stamina seseorang.
Sebagai contoh, seseorang mestilah bermain bola sepak pada waktu petang supaya mereka sentiasa
sihat. Mereka juga boleh bermain badminton, sepak takraw, joging dan sebagainya. Saya ingin
menegaskan bahawa menyihatkan badan merupakan antara kepentingan melibatkan diri dalam
aktivit sukan.

Selain itu, meningkatkan disiplin diri juga dikenal pasti sebagai salah satu kepentingan
melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Hal ini bermaksud, seseorang yang melibatkan diri dalam aktiviti
sukan mampu memastikan mereka mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Lagipun, aktiviti
sukan ini juga mampu membolehkan seseorang menepati masa. Contohnya, seorang mestilah
mematuhi arahan pengadil perlawanan. Mereka juga mestilah mematuhi arahan daripada jurulatih
dan ketua pasukan. Jelaslah, salah satu kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan ialah
meningkatkan disiplin diri.

Kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang berikutnya ialah berfikiran positif.
Dalam konteks ini, seseorang yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan berupaya untuk mengawal
diri daripada mudah menyalahkan orang lain. Tambahan pula, aktiviti sukan ini juga berupaya untuk
melahirkan perasaan saling menghormati antara satu sama lain. Misalnya, seseorang itu janganlah
mudah menyalahkan pihak pengadil apabila mereka tewas. Mereka juga mestilah menerima
kekalahan itu dengan reda. Saya optimis bahawa berfikiran positif merupakan antara kepentingan
melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan
agar negara dapat melahirkan warga yang sihat dan cemerlang. Dalam hal ini, orang bijak pandai
pernah berpesan, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya!
Nota: Esei ini sekadar wahana untuk menunjukkan kaedah huraian.

Anda mungkin juga menyukai