Anda di halaman 1dari 2

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN HUBUNGAN

PEMUAFAKATAN

Kepimpinan cemerlang seorang pengetua atau Guru Besar dengan menggunakan


sepenuhnya sumber yang ada melalui sokongan daripada ahli sistem sosial di sekolah
dan masyarakat luar.
Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibubapa dan komuniti dalam mencapai
matlamat yang sama.
Perwujudan permuafakatan dan perkongsian pintar yang mantap dan akrab antara
pihak sekolah, rumah dan komuniti supaya sistem pendidikan mencapai kejayaan.
Penglibatan masyarakat dalam membentuk dan mendidik generasi masa depan.
Penyumbangan idea, tenaga, bahan atau peralatan serta wang ringgit
Faktor dalaman yang menyumbang kearah permuafakatan di sekolah dimana Jalinan
permuafakatan di antara Pengetua, Pengurusan sekolah, Ketua Bidang atau Guru
Kanan atau Panitia Mata Pelajaran, Guru Penyelaras,Peranan semua guru Pengawas
Sekolah, Murid, Peranan Koperasi Sekolah .
Faktor Luaran seperti Peranan PPD, Jabatan Negeri dan Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan-jabatan Kerajaan , Warga Korporat dan Syarikat Swasta serta
PIBG.
Persatuan Ibubapa dan Guru mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru
yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan 5 tanggungjawab
bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran
murid di Sekolah. PIBG mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak
Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat.
PIBG berperanan saling lengkap melengkapi terhadap fungsi Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah
yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di Sekolah.
Penggunaan Medan Sosial dan gajet-gajet , adalah salah satu agen permuafakatan
yang sangat popular dewasa serta dijadikan medan berkongsi idea.Whats App, Laman
Muka Buku, Twitter,Line, Telegram, telefon pintar adalah sumber permuafakatan.
Komuniti PIBG menyumbang bantuan melalui kaedah mendidik emosi dan rohani
anak-anak di rumah secara tidak lansung dengan menjadi role model yang baik
terhadap anak-anak, dari segi menjaga solat dan tertib diri.
Sokongan berterusan ibubapa , aktiviti kebajikan atau kemasyarakatan dapat
mewujudkan permuafakatan dengan berkesan. Contohnya mengikut kepakaran yang
ada, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, memperbaiki peralatan
yang rosak atau urusan kutipan derma untuk membantu hal-hal kecemasan atau pun
membantu dalam sesuatu projek sekolah. Perkara ini akan memberi pulangan yang
positif terhadap anak-anak/murid-murid di sekolah tersebut. Tenaga dan wang
ringgit ini bukan sahaja membantu meringankan beban pihak sekolah dan malah
menjimatkan kos kewangan. Pada masa yang sama aktiviti yang dijalankan secara
beramai-ramai seperti gotong royong dapat meringankan dan menyegerakan tugas
yang dibuat, disamping mengeratkan hubungan silaturrahim.

Anda mungkin juga menyukai