Anda di halaman 1dari 1

ISU ISU YANG MEROSAKKAN MAJLIS

Sekolah seringkali dikejutkan dengan isu isu yang timbul sewaktu pengurusan sesuatu majlis
rasmi. Hasil pantauan di sekolah saya, pengetahuan tentang protocol dan etiket sesuatu majlis
dalam kalangan guru dan juga barisan pemimpin amat rendah .Keadaan ini sekaligus
merosakkan kelancaran sesuatu majlis khususnya majlis rasmi di sekolah.Hasil perbincaangan
dengan rakan-rakan sejawatan dalam kursus npqel ini beberapa isu telah dikenalpasti.

1. Disiplin murid yang tidak terkawal menyebabkan gangguan berlaku semasa majlis
sedang berlangsung kerana perhatian murid hanya mampu bertahan sementara waktu
sahaja kerana itu pengisian majlis itu haruslah dapat menarik minat dan perhatian murid
untuk memberikan sepenuh perhatian mereka.
2. Ketepatan masa dan waktu sering kali timbul, terdapat guru yang lambat atau tidak
menghadiri majlis.
3. Majlis tidak dimulakan mengikut masa yang telah ditetapkan seperti mana yang terdapat
dalam aturcara majlis.
4. Sistem siaraya tidak berfungsi dengan baik semasa majlis berlangsung dan ketiadaan
juruteknik yang mahir untuk mengatasinya apabila berlaku sebarang masalah berkaitan
dengan peralatan siaraya tersebut.
5. Pakaian yang dipakai oleh guru yang tidak sesuai dengan majlis yang dianjurkan
malahan ada yang hanya memakai selipar dan baju tshirt walaupun telah dimaklumkan
akan pakaian yang perlu dipakai semasa majlis.

Isu-isu yang dikenalpasti ini hanya sebahagian sahaja.Sekiranya pemimpin sekolah saya
berjaya mengatasi isu isu ini dengan mengadakan sesi ladap kepada guru-guru berkaitan
protocol dan etiket majlis maka masalah ini dapat diselesaikan.

Anda mungkin juga menyukai