Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS ARTIKEL

Hasil daripada bacaan artikel berkaitan komunikasi Pengetua dengan guru banyak
maklumat yang diperolehi iaitu,perkara positif dan yang negatif yang berlaku dalam
kalangan pengurus pendidikan khususnya dalam proses berkomunikasi dengan
kakitangan guru di sekolah-sekolah. Hasil kajian telah mendedahkan pola-pola
dapatan yang tidak dijangkakan dan menuntut pihak yang berkenaan membuat
refleksi tentang orientasi pengurusan dan amalan seharian. Dapatan kajian
menjelaskan adakalanya pengurus paling kuat menentang perubahan berlaku dalam
sistem pendidikan dengan mengamalkan komunikasi yang tidak berkesan. Maka
hanya dengan komunikasi yang berkesan seorang pengurus dapat menyampaikan
mesej secara tepat bagi menggerakkan semua tenaga yang ada di sekolah agar
bekerja dengan penuh komitmen.
SINOPSIS SURAT EDARAN

Hasil bacaan surat edaran didapati Komunikasi yang berkesan mempunyai lima
ciri iaitu kefahaman, keseronokan, pengaruh ke atas sikap, perhubungan yang
bertambah baik, dan adanya tindakan yang menyusuli.Cara-cara kita berkomunikasi
dikatakan berkesan apabila orang itu faham betul-betul seperti apa yang kita
maksudkan. Salah satu fungsi komunikasi adalah untuk mempengaruhi sikap, nilai dan
kepercayaan orang lain. Fungsi komunikasi juga untuk memperbaiki hubungan yang
sedia ada. Kemahiran berkomunikasi adalah berdasarkan ilmu pengetahuan . Kemahiran
komunikasi mesti dipelajari, sebagaimana kita mempelajari ilmu pengetahuan .Kita
perlu jujur sewaktu berkomunikasi dengan mematuhi etika komunikasi kerana
komunikasi yang berkesan mampu menjalin perhubungan yang ikhlas dan merupakan
amalan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai