Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

Pada tahun 2000 Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat semakan kurikulum
kerana struktur dan kandungan kurikulum sedia ada tidak memenuhi keperluan sejagat,
sebagaimana yang disarankan oleh UNESCO dalam The Treasure Within Report to
UNESCO of the International Commisioan on Education for the Twenty-first Century
Learning ( 1995 ). Laporan ini menyatakan konsep pembelajaran seumur hidup adalah
syarat untuk memenuhi cabaran abad ke-21.

Kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan banyak kemahiran untuk memenuhi


kehendak pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berdasarkan kepada perkara-perkara yang
dinyatakan dalam huraian sukatan pelajaran sekolah rendah dan falsafah pendidikan
kebangsaan. Kemahiran menilai tambah merupakan aspek yang sangat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lancer. Kemahiran bernilai tambah
adalah kemahiran yang diajarkan di bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam dunia
sebenar murid dan scenario dunia global. Kemahiran ini yang merangkumi pelbagai
subkemahiran di bawahnya dapat membantu meningkatkan keupayaan atau potensi pelajar
dari pada segala aspek.

Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif dengan


mewujudkan kemahiran bernilai tambah (KBT ) dalam kurikulum sekolah rendah dan
menengah untuk mencapai hasrat Kementerian Pelajaran supaya kurikulum ini mampu
memenuhi aspirasi negara. Kemahiran bernilai tambah terdiri daripada kemahiran berfikir,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kemahiran belajar cara
belajar,kecergasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajarn kontekstual.

Dalam Kamus Dewan ( Edisi Keempat), kemahiran dinyatakan sebagai kecekapan


atau kepandaian tentang sesuatu perkara. Nilai pula ditakrifkan sebagai kualiti, kadar atau
taraf yang dimiliki oleh sesuatu sama ada benda, manusia atau apa sahaja bentuk entity dan
tambah ditakrifkan sebagai sesuatu yang ditokok pada sesuatu yang lain supaya menjadi lebih
banyak.

Tuan Jah Tuan Yusof (2011) juga berpendapat dengan Kamarudin Haji Husin (1995)
berkaitan tarifan kemahiran bernilai tambah ini. Beliau memberikan definasi yang sama
seperti takrifan sebelummya iaitu yang mana kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran

1
yang diajarkan kepada murid dan dapat diaplikasikan dalam keadaandunia sebenar. Hanya
beliau menambah bahawa kemahiran bernilai tambah ini adalah sama dengan kemahiran
generik yang menjadi kemahiran yang dinamakan sebagai kemahiran bernilai tambah.

Manakala dari segi perlaksanaan pula, pendekatan dan teknik serta kaedah tertentu
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di sini dapat difahami
juga yang mana kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang menjadi nilai tambah
atau dapat digunakan oleh murid dalam meningkatkan pemahaman dan keupayaan serta
kebolehan diri mereka. Sebenarnya, kemahiran bernilai tambah ini didapati daripada
kemahiran generik dengan sedikitpengubahsuaian dan teknik pengajaran yang bersesuaian.

Berdasarkan definisi yang telah diberikan berkaitan kemahiran bernilai tambah ini,
dapat kita simpulkan takrifan tersebut mengikut pemahaman kita iaitu kemahiran bernilai
tambah merupakan sebarang kemahiran yang dapat diajarkan kepada murid-murid sebagai
nilai tambah dalam melahirkan dan meningkatkan keupayaan dan potensi diri mereka untuk
kemajuan diri.

2.0 Konpenan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT )

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), untuk menerapkan kemahiran bernilai


tambah ini kedalam diri setiap pelajar, terdapat bebrapa kompenan dalam kemahiran bernilai
tambah. Kompenan-kompenan inilah yang disebut sebagai kemahiran bernilai tambah yang
digunakan dalam pengajaran untuk diterapkan kepada pelajar elalui aplikasi teknik dan
kaedah pengajaran tertentu. Kompenan-kompenan kemahiran bernilai tambah yang
dinyatakan dalam sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahun 2003. Kemahiran
Bernilai Tambah (KBT) mengutamakan pengalaman di kelas sesuai dengan situasi kehidupan
dunia sebenar pelajar serta scenario dunia yang global pada abad ke 21.Kemahiran Bernilai
Tambah ini terdiri daripada tujuh kompenan yang digambarkan dalam Rajah 1.1 yang
berikut:

2
Pembelajaran Konstruktisme Kecerdasan Pelbagai

Kemahiran Belajar Cara Belajar

KEMAHIRAN
Kemahiran Berfikir
BERNILAI
TAMBAH

Pembelajaran Kontekstual

Kemahiran Teknologi Maklumat


Kajian Masa Depan & Komunikasi

Rajah 1.1 Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran


teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,
kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktisme dan pembelajaran kontekstual ( Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan Empat Bahasa
Melayu, 2003:20). Kemahiran berfikir diajar kepada pelajar melalui soalan aktiviti yang
memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, pendapat bagi
menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan
kerjaya pelajar pada masa depan. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi pula perlu
diajar kepada pelajar dalam subjek TMK supaya mereka boleh menggunakan computer untuk
tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian
dalam menyempurnakan tugasan harian dan memperoleh maklumat melalui internet.

3
2.1 kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran


mendengar dan bertutur, membaca, menulis. Jenis kemahiran berfikir yang serig disebut
dalam Bahasa Melayu iaitu menciirikan, mengkelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan,
membanding dan membeza, mengenalpasti sebab dan akibat, meringkas, membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah( Idris Mohd Radzi, 2006). Jenis kemahiran berfikir yang
dinyatakan di atas bertujuan membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai murid, alat
berfikir seperti penyusunan grafik, soalan serta peta minda perlu digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Di dalam kemahiran berfikir ini ,ia diajar kepada murid melalui soalan dan aktiviti
yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif. Cara ini boleh dilaksanakan dalam aktiviti
mengajar, bertutur, membaca dan menulis. Tujuan kemahiran ini adalah memastikan supaya
murid-murid dapat memahami isi-isi pelajaran yang diajar di samping membantu proses
perkembangan kognitif mereka. Contohnya dalam pengajaran pemahaman, guru boleh
meminta anak muridnya supaya membaca dan menjawab soalan pemahaman yang
disediakan. Soalan yang diberikan haruslah bertumpu kepada soalan yang memerlukan
pandangan dan pendapat murid. Selain itu, penggunaan bahan rangsanganseperti gambar,
carta, jadual dan bahan lain juga perlulah bersifat merangsang kemahiran berfikur murid.

2.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran


mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan untuk
mengintegrasikan ICT dalam kurikulum di sekolah. Dengan perubahan yang dilakukan ini,
murid-murid di sekolah dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi. Contohnya,
murid dapat mengahantar dan menerima e-mail. Secara tidak langsung, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi ini juga mampu merapatkan jurang komunikasi antara guru
dengan murid. Selain daripada itu, murid-murid dapat belajar menggunakan aplikasi perisian
komputer dalam menyempurnakan tugasan harian. Proses P&P juga akan menjadi lebih

4
berkesan apabila murid-murid dapat megakses maklumat yang terdapat di dalam internet.
Semua aktiviti ini seharusnya berada di bawah pengawasan guru sepenuhnya sebelum murid-
murid mampu melaksanakannya sendiri.

2.3 Kemahiran Kajian Masa Depan

Kemahiran ini mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Selain itu,kemahiran ini


juga merupakan satu pendekatan pembelajaran bagi membolehkan murid murid menyedari
sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa hadapan.
Contohnya,dalam sesi pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah,kemahiran kajian masa
hadapan ini dapat dipraktikkan di sekolah.

Tambahan lagi, murid-murid turut dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta
mengendalikan perubahan melalui kemahiran ini. Secara tidak langsung, manfaat yang
maksimum akan diperoleh murid dalam mengendalikan setiap perubahan yang berlaku ke
atas diri mereka. Contohnya, dalam mata pelajaran agama dan sains. murid-murid akan
mengetahui bagaimana proses kewujudan mereka di atas muka bumi ini serta proses
perkembangan dan pertumbuhan yang akan mereka alami apabila meningkat dewasa.

2.4 Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme merupakan satu teknik pembelajaran yang melibatkan


pelajar untuk membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada
dalam dirinya dimana pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama
yang sedia ada.

Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh


membantu pelajar membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan dan
seterusnya pensyarah akan memainkan peranan mereka sebagai pembimbing atau fasilitator
dalam memperkembangkan pengetahuan sedia ada pelajar di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang

5
boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman sedia ada.

2.5 Kecerdasan Pelbagai

Gardner (1998) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai kebolehan menyelesaikan


masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baru untuk
diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai
dalam lingkungan sesuatu budaya.

Kecerdasan pelbagai boleh dibahagikan kepada lapan jenis iaitu, yang pertama verbal
linguistik. Kecerdasan ini menunjukkan kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan
dalam aktiviti lisan dan penulisan. Kebolehan mengingat maklumat, menyakinkan orang lain
serta bercakap tentang bahasa itu sendiri merupakan antara kategori kecerdasan verbal
linguistik.

Kedua, kecerdasan logik-matematik, iaitu kebolehan menggunakan nombor secara


berkesan dan bijak berhujah. Kategori ini termasuklah memahami kelompok nombor asas,
prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka.

Ketiga, kecerdasan visual ruang, iaitu kebolehan mengesan dan menggambarkan


bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan
ruang secara grafik.

Keempat ialah kecerdasan kinestatik, iaitu kebolehan menggunakan badab untuk


menyatakan idea , perasaan dan menyelesaikan masalah. Kelima, kecerdasan muzik, iaitu
kebolehan mengesan irama dan lagu, mengenal lagu yang mudah serta membezakan atau
mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah.

Keenam, kecerdasan interpersonal, iaitu kebolehan memahami perasaan , motivasi ,


tabiat serta hasrat orang lain. Ketujuh ialah kecerdasan intrapersonal, iaitu kebolehan
memahami diri sendiri daripada segi kekuatan , kelemahan, hasrat dan kehendak. Kecerdasan
ini dapat membantu individu menangani perasaan , beradap sopan serta mengawal kemarahan
atau kesedihan diri.

6
Kelapan, kecerdasan naturalis, iaitu kebolehan mengenali dan mengaplikasi tumbuh-
tumbuhan , galian dan binatang termasuk rumput dan batu-batan serta pelbagai flora dan
fauna. Ia juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya daripada segi pakaian.

2.6 Pembelajaran Kontekstual

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar


memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia
membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia
dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan


mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran
semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan
kelihatan bermakna. Kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi
dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam
kehidupan seharian mereka.

Pembelajaran kontekstual juga ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi


pelajaran dengan pengalaman harian individu,masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran
kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan
latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan
pengetahuan baru secara bermakna, dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan
kehidupan mereka.

2.7 Kemahiran Kajian Masa Depan

Kemahiran ini mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Selain itu,kemahiran ini


juga merupakan satu pendekatan pembelajaran bagi membolehkan murid murid menyedari

7
sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa hadapan.
Contohnya,dalam sesi pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah,kemahiran kajian masa
hadapan ini dapat dipraktikkan di sekolah.

Tambahan lagi, murid-murid turut dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta
mengendalikan perubahan melalui kemahiran ini. Secara tidak langsung, manfaat yang
maksimum akan diperoleh murid dalam mengendalikan setiap perubahan yang berlaku ke
atas diri mereka. Contohnya, dalam mata pelajaran agama dan sains. murid-murid akan
mengetahui bagaimana proses kewujudan mereka di atas muka bumi ini serta proses
perkembangan dan pertumbuhan yang akan mereka alami apabila meningkat dewasa.

3.0 Aplikasi Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Komputer

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Pendidikan juga merupakan

suatu proses komunikasi dan interaksi manusia dengan persekitarannya seperti sekolah,

tempat berkerja serta institusi masyarakat lain. Oleh sebab pendidikan adalah suatu proses

menerima dan menyebar maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung

dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia.

Kemahiran Bernilai Tambah memang telah diserapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran disekolah diselaraskan dengan kemahiran ICT bagi meningkatkan kemahiran

murid dalam pembelajaran. Dalam bahagian ini saya akan menyediakan satu RPH aktiviti

pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Kemahiran Bernilai Tambah.

8
3.1Persediaan Mengajar (Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Tahun : 5 Cemerlang
Bilangan Murid : 36 orang
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Tarikh : 14 Jun 2017
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;
i. menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut
perayaan secara lisan
ii. membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan
mengenai perayaan di Malaysia
iii. menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka
menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan
ayat majmuk yang betul.
Fokus P&P : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan
seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan,
intonasi, dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan
didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi berdasarkan tanda baca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan
penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan menggunakan
ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberi.
Kemahiran Bahasa
(KB) : Kemahiran bertutur, menulis, dan mendengar.

9
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan
intonasi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.
Kemahiran Bernilai
Tambah (KBT) : i) Kemahiran Berfikir
Membuat perbezaan, membuat inferens dan kemahiran
mengkategori.
ii) Kemahiran Belajar
Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
iii) Kecerdasan Pelbagai
Kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan
emosi.
iv) Pembelajaran Kontekstual
Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman
mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia
dengan cara berdialog dan membina ayat dengan
menggunakan ayat mudah.
v) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Murid dapat menggunakan teknologi semasa P&P.
BBM : Powerpoint, buku latihan dan alat tulis.
Konsep 5P : i) Penggabung jalinan
ii) Penyerapan
iii) Pengayaan
iv) Pemulihan
v) Penilaian

10
Langkah/
Isi pelajaran Aktiviti Pelajaran Catatan
Masa
Set induksi Murid ditayangkan power point i) Murid diminta untuk 5P:
(5 minit) yang berkaitan dengan jenis- melihat paparan power Penggabung
jenis perayaan yang terdapat di point dan menghayatinya. jalinan dan
Malaysia. ii) Murid diminta untuk penyerapan
membezakan jenis
perayaan mengikut kaum KBT:
dan menceritakan Kemahiran berfikir
pengalaman mereka - membuat
iii) Guru menjelaskan tujuan perbezaan
aktiviti dan tajuk Pembelajaran
pengajaran yang akan kontekstual - kaitan
diajar pada hari tersebut. tajuk dengan
pengalaman murid

BBM:
Power point
Langkah 1 Guru memberi teks cerita yang i) Murid dikehendaki untuk KBT:
(15 minit) bertajuk Perayaan di mengklik salah satu Kemahiran
Malaysia melalui power point pautan yang disediakan. Teknologi
ii) Murid diminta membaca Maklumat - murid
petikan secara individu mendapat peluang
Petikan : Perayaan Di Malaysia dengan kuat dan mengikut menggunakan
Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu Melayu, Cina, dan India. Semua
kaum mempunyai hari kebesaran masing-masing. Bagi masyarakat Melayu, mereka menyambut perayaan intonasi serta gaya yang komputer untuk klik
Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban. Tahun Baru Cina pula disambut oleh masyarakat Cina, manakala
Kaum India akan merayakan Deepavali.
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam juga dikenali betul. pautan.
sebagai Hari Raya Puasa. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.
Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih
pada sebelah malamnya. Hari Raya ini disambut dengan kesyukuran. Umat Islam bermaaf-maafan dan iii)Murid-murid yang lain
kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.
Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Islam di
seluruh dunia. Hari Raya Korban jatuh pada hari ke-sepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada dikehendaki mendengar BBM:
kalendar Hijrah Islam. Selepas bersembahyang, ibadah korban dengan menyembelih lembu, kerbau,
kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum
dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin. dan meneliti teks sambil Teks petikan dan
Tahun Baru Cina pula disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina. Setiap tahun perayaan
Tahun Baru Cina akan disebut dengan nama-nama haiwan yang tertentu. Setiap haiwan ini memberi
makna dan tuahnya yang tersendiri. Pada malam Tahun Baru Cina semua ahli keluarga berkumpul memahami petikan power point
beramai-ramai untuk makan bersama . Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, Tarian Singa dimainkan
dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang merayakan perayaan
tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah Perayaan Chap Goh Meh. tersebut.
Manakala Deepavali pula disambut oleh masyarakat Hindu. Deepavali bermaksud sebarisan pelita.
Pada pagi hari masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala
dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas sembahyang mereka iv) Kemudian guru bersoal KB:
berkunjung ke rumah kaum keluarga. Biasanya suri rumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi
manisan dan akan dibawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara mara mereka.
jawab dengan murid Kemahiran

11
berkaitan dengan petikan mendengar,
tersebut. bertutur dan
membaca
Langkah 2 Guru mengadakan i) Murid dibahagikan KBT:
(15 minit) perbincangan kumpulan antara kepada beberapa Menghubung kait,
murid-murid dan melakukan kumpulan. pembelajaran
pembentangan melalui power ii) Murid diminta untuk kontekstual dan
point. berada dalam kumpulan menjana idea
dan membuat
perbincangan. NILAI:
iii)Murid dikehendaki Hormat-
membentangkan menghormati dan
perbezaan antara perayaan kerjasama.
yang terdapat di Malaysia
dan bandingkan dengan BBM:
pengetahuan dan Power point
pengalaman mereka.
iv) Kemudian kumpulan yang
berjaya menyiapkan
dahulu akan
membentangkan hasil
perbincangan mereka dan
mereka akan mendapat
ganjaran.
v) Guru bertanya berkaitan
dengan tajuk dan
pengetahuan sedia ada
mereka.
Langkah 3 Guru memberi latihan kepada i) Guru terlebih dahulu 5P:
(20 minit) murid-murid. menyoal murid sama ada Penggabung
mereka memahami tajuk jalinan,
Aktiviti Pengayaan: pengajaran pada hari pengayaan,
Mencari makna perkataan, tersebut atau tidak. pemulihan dan

12
menjawab soalan berdasarkan ii) Guru memberi latihan penilaian
petikan yang diberi dan kepada murid iaitu
menulis karangan pendek mencari makna perkataan, KBT:
berdasarkan tajuk yang diberi menjawab soalan Kemahiran berfikir
berdasarkan petikan dan - membuat inferens
Aktiviti Pemulihan: menulis karangan pendek. KB:
Menyiapkan petikan yang iii) Guru membimbing Kemahiran
diberikan dengan mengisi kumpulan murid yang menulis, dan
tempat kosong. memerlukan pemulihan bertutur.
dengan menyediakan teks
cerita yang perlu NILAI:
dilengkapkan dengan Menghargai,
mengisi tempat kosong. kerjasama dan
tekun.
BBM:
Lembaran kerja/
kertas latihan
Penutup Guru membuat rumusan i) Murid digalakkan supaya
(5 minit) mengenai pengajaran yang mengumpul maklumat
telah diajar dan menanyakan tambahan daripada
soalan kepada murid akan apa bahan-bahan yang lain
yang telah mereka pelajari. bagi menambahkan
pengetahuan mereka.
Guru juga menanyakan nilai- ii) Murid juga menyatakan
nilai murni yang terdapat nilai-nilai murni yang
semasa sesi P&P. telah dipelajari pada hari
tersebut.
Nilai-nilai murni:
- Menghargai
- Bersyukur
- Menghormati

Refleksi:

13
4.0 Kesimpulan

Konsep dan prinsip kemahiran Bernilai Tambah(KBT) yang digariskan oleh pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar atau sama dengan
kemahiran Generik dalam pedagogi bestari.Kemahiran Bernilai Tambah merupakan
kemahiran umum yang perlu diaplikasikan merentas semua domain mata pelajaran di
peringkat sekolah rendah dan menengah.

Kemahiran ini memerlukan masa yang lebih lama untuk dikuasai berbanding dengan
ilmu dan kemahiran dalam matapelajaran lain.Dengan sedikit pengubahsuaian dan modifikasi
daripada konsep kemahiran generik ,KBT merupakan kemahiran yang diperoleh melalui
aplikasi kemahiran generik dan pendekatan,teknik serta kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Kemahiran Bernilai Tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah dan
dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam scenario dunia global.

Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya


pembelajaran dan jenis kecerdasan murid akan memberikan rangsangan untuk belajar dengan
penuh minat dan bersemangat.Oleh hal demikian,murid lebih menguasai ilmu yang
dipelajari.proses ini memungkinkan murid menyedari potensi dan kecerdasan diri.Dengan
adalah penerapan Kemahiran Bernilai Tambah suasana pembelajaran akan lebih aktif,segar
dan menyeronokan.

Oleh itu, kemahiran bernilai tambah yang diintegrasikan secara penyerapan dalam
Kurikulum Bahasa Melayu yang mengabungjalinkan hasil pembelajaran dengan kemahiran
bahasa, tatabahasa dan kosa kata menjadi prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Kemahiran bernilai tambah merupakan asas yang penting untuk melahirkan
murid yang bersedia untuk menghadapi kehidupan di dunia yang sebenar. Wajarlah,
kemahiran ini diserapkan dalam pengajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu supaya
murid dapat memahami dan menggunakannya di masa hadapan.

14
Rujukan

Faridah Nazir (2014). HBML 4303. Melayu Open University Malaysia. Meteor Doc Sdn.
Bhd.
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Maklumat Pendidikan Khas. (2006). Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian Pelajaran


Malaysia.

Mok Soon Sang, 2004. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Pendidikan Malaysia Pendidikan.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Belajar Cara Belajar Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Pembelajaran Secara Konstruktivisme


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Pembelajaran Secara Kontekstual Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Penggunaan Teknologi Maklumat dan


Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kementerian Pendidikan
sekolah rendah tahun 5 bahasa melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Tuan Jah Tuan Yusof, 2011. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor
Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

15
16

Anda mungkin juga menyukai