Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

Perancangan strategik merupakan tahap perancangan tertinggi yang melihat hala tuju organisasi pada
jangka masa panjang sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun kehadapan dengan menyoal dan
mencari jawapan tentang apakah yang akan dilakukan pada masa hadapan, bagaimana,siapa yang
bertanggungjawab dan bila akan tercapai.

Perancangan strategik harus berdasarkan :

1. Di mana kita berada sekarang


2. Ke mana hendak kita tuju
3. Bagaimana untuk sampai ke tujuan

Mengapakah perancangan strategik penting ?

1. Menentukan keberkesanan program yang dirancang


2. Memastikan segala program yang dilaksanakan adalah berdasrakan keperluan
3. Memupuk budaya kerja yang berkualiti dan mantap
4. Meningkatkan pencapaian seseuatu program ke tahap yang paling optimum.

JUSTIFIKASI PROGRAM

Guru-guru merupakan penggerak kepada kemajuan murid-murid bukan sahaja dalam bidang
akademik malahan sahsiah. Guru-guru telah dibekalkan dengan ilmu untuk membentuk murid-murid
supaya menjadi kendiri dan supaya kemenjadian. Maka tatkala menangani pelbagai pemasalahan hari
demi hari, tiba waktunya guru-guru ini perlu dikumpul semula supaya boleh ditambahbekalkan ilmu dan
semangat perjuangan keguruan.

Persekitaran sekolah yang dulu merupakan tempat menyebarkan ilmu pengetahuan sudah jauh
berbeza pada masa kini. Persekitarannya kini memberikan kesan yang signifikan kepada pendekatan kerja
dan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang serta berupaya untuk mengenal pasti dan bertindak balas
dengan perubahan yang berlaku dalam persekitaran organisasi dalaman ataupun luaran yang akan
memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam proses pencapaian yang cemerlang.

Sehubungan dengan itu, salah satu kaedah untuk meningkatkan keberkesanan dalam
perkhidmatan pendidikan adalah melalui kebijaksanaan dalam merancang. Oleh yang demikian melihat
kepada keperluan dan kepentingan perancangan strategik dalam membangunkan prestasi organisasi dan
pencapaian murid, unit latihan dan pembangunan manusia SAM Sultan Hisamuddin dengan kerjasama
Jabatan Pelajaran Selangor dengan penuh iltizam dan semangat akan menganjurkan Kursus Pembinaan
dan Penyediaan Pelan Pembangunan Strategik seperti dilampiran berikut:
Tarikh : 4-5 Oktober

Masa : 9 am-5 pm

Tempat : Hotel Puteri Garden, Klang

Sasaran : Semua Guru / Ketua Bidang / Ketua Panitia

MATLAMAT

Memberikan pendedahan tetang kepentingan pengurusan strategik kepada guru dan kakitangan
sekolah
Membekalkan ilmu dan kaedah yang sesuai bagi merangka perancangan yang baik dan signifikan
terhadap keperluan sesuatu uinit dalam organsasi.

Menyedia dan menyelaras maklumat berkaitan perancangan, belanjawan, pemantauan dan


penilaian program sekolah.
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi membantu pengurusan sekolah dalam
membuat keputusan yang lebih berkesan selaras dengan objektif.

Mengenalpasti dan mengkaji isu semasa yang mempunyai implikasi terhadap prestasi sekolah
dan organisasi dengan merumuskan cadangan untuk dijadikan panduan, peraturan dan amalan
dalam pelaksanaan pelbagai program.
Menyediakan aktiviti perancangan dalaman.
Menjalankan kajian, mengenalpasti, menganalisa peluang, cabaran, kekuatan dan kelemahan di
dalam pembangunan sekolah bagi mencapai prestasi yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai