Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Pada era globalisasi saat ini, teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang
baru untuk dibincangkan. Menurut Tom Cutchall (1999), teknologi pendidikan adalah satu
penyelidikan dan aplikasi ilmu tingkah laku dan teori pembelajaran menggunakan
pendekatan sistem untuk melaksanakan analisis, reka bentuk, pembangunan,
pelaksanaan, penilaian dan pengurusan penggunaan teknologi untuk membantu
menyelesaikan masalah pembelajaran dan prestasi. Oleh itu, informasi dan teknologi
komunikasi (ICT) menjadi alat yang sangat diperlukan untuk belajar, khususnya
multimedia komputer dan sumber daya internet.

Mengikut Waterworth (1992), multimedia ialah persepaduan bunyi, muzik, animasi,


teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan computer. Secara
amnya,boleh dikatakan bahawa multimedia sebagai proses komunikasi interaktif yang
berasaskan computer. Penggunaan video pembelajaran merupakan salah satu media
yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Menurut Tomalin (1986),
video pembelajaran bermaksud gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita
video dan dimainkan melalui kaca TV. Hasil kajian telah membuktikan bahawa
kebanyakan kaedah oengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah lebih
berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional. Oleh hal yang demikian,
penggunaan klip video boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar bagi meningkatkan
kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan.
2.0 PENGHASILAN KLIP VIDEO BERDASARKAN MODEL ADDIE

Model reka bentuk pengajaran ADDIE menjadi satu panduan untuk menghasilkan
klip video yang akan dipersembahkan. Model ini juga sebagai satu panduan dalam
penghasilan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran supaya proses pengajaran
dan pembelajaran akan menjadi efektif dan juga berkesan dengan sokongan multimedia.
Menurut Smaldino, Lowther dan Russell (2011), video disediakan kepada semua jenis
topik dan pelajar dalam aspek perkembangan kognitif, afektif, kemahiran motor dan
interpersonal. Walaubagaimanapun, beberapa aspek perlu dipertimbangkan supaya klip
video menunjukkan kualiti yang baik dan keberkesanan dalam proses pembelajaran
seperti bahasa yang digunakan, maklumat yang betul, kualiti persembahan video dan lain-
lain. Oleh itu, lima fasa penting dalam model ADDIE iaitu fasa analisis (analysis),
rekabentuk (design), pembangunan (development), perlaksanaan (implementation) dan
penilaian (evaluation) dipertimbangkan.

2.1 Fasa Analisis

Pada peringkat analisis, saya perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan
bagaimana saya dapat menghasilkan satu video yang dapat menyelesaikan masalahnya.
Saya mengenal pasti masalah melalui pemerhatian, temu bual dan mengumpul maklumat
melalui internet. Selepas itu, saya membuat analisis tentang masalah yang dihadapi pada
mata pelajaran matematik. Saya mendapati ramai murid pada peringkat rendah tidak
dapat memahami konsep asas operasi bahagi. Kebanyakan murid dapat memahami
konsep penambahan atau penolakan tetapi pembahagian yang menyusahkan mereka.
Bukan itu sahaja, guru juga kekurangan video ataupun alat bantu multimedia yang dapat
dipersembahkan kepada murid. Oleh sebab itu, saya bertindak untuk mengambil satu klip
video yang bernama Asas Operasi Pembahagian dengan bertujuan sebagai membantu
murid-murid memahami konsep asas operasi pembahagian dengan mudah dan seronok.

2.2 Fasa Reka Bentuk

Fasa reka bentuk akan bermula iaitu proses memindahkan maklumat daripada
fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan.
Menurut Walberg (1980) tugasan kritikal seorang guru ialah mengenal pasti keperluan
untuk memotivasikan murid untuk mencapai matlamat yang bersesuaian dengan mereka.
Peringkat ini adalah sangat penting untuk membangunkan pengajaran dan merancang
cara untuk mencapai matlamat pengajaran dengan keperluan yang telah dikenal pasti
pada fasa analisis.

Dalam mereka bentuk klip video, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
seperti saya perlu menentukan isi-isi yang hendaklah disampaikan melalui video dan
berdasarkan apa yang dianalisiskan. Saya menentukan soalan-soalan yang berkaitan
dengan pembahagian untuk membantu murid-murid mencapai objektif video ini iaitu
memahami konsep asas operasi pembahagian. Dengan ini, saya mempersembahkan
video ini melalui unsur sihir untuk menarik perhatian murid. Seterusnya, saya juga perlu
menentukan aktiviti yang bersesuaian dengan objektif pembinaan contohnya terdapat
beberapa contoh soalan yang mudah dapat membantu murid memahami konsep bahagi,
jadi guru dapat mengeluarkan soalan yang berdekatan dengan kehidupan seharian murid
dan murid hendaklah berpendapat dan berjawab dengan mengikut kumpulan. Murid-
murid perlu berbincang dan mendapatkan jawapan berserta dengan alasan yang logik
supaya pembelajaran ini dapat berpusatkan murid dan koperatif yang bersesuaian
dengan pembelajaran abad ke-21 sehingga dapat mendapat kefahaman dengan usaha
diri sendiri. Klip video ini bukan sahaja membantu murid memahami konsep asas
pembahagian tetapi juga menggalakkan murid untuk belajar sehingga menguasai ilmu
dengan bimbingan guru.

2.3 Fasa Pembangunan

Fasa ini adalah proses membangunkan atau menghasilkan klip video dengan
menggunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan seperti Movie Maker dan Adobe
Premiere Pro. Menurut J. Rozinah (2005), terdapat banyak jenis alat pengarangan dan
setiap jenis mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Alat pengarangan yang
dipilih oleh saya ialah Aijianji iaitu salah satu alat pengarangan yang terkenal dengan
laman web (http://www.aijianji.com/%20rel=). Pada fasa pembangunan, saya hendaklah
mengarapkan semua elemen yang telah direka bentuk ke dalam alat pengarangan supaya
menghasilkan klip video lengkap.

Sebelum kerja rakaman video dijalankan, saya telah menyediakan bahan-bahan


yang diperlukan. Untuk memastikan tiada kesilapan rakaman, saya menyediakan senarai
penyemakan bagi setiap rakaman. Walaupun klip video ini hanya terdapat satu watak,
tetapi saya telah meminta bantuan daripada 4 kawan saya supaya untuk membantu saya
mempersembahkan watak haiwan. Cerita video saya adalah seperti berikut: Pada
mulanya, dua ekor haiwan cuba mendapatkan coklat yang digantung tetapi didapati oleh
tuan rumah. Dua haiwan tersebut takut dan jatuh ke lantai. Jadi, saya dapat menerangkan
konsep asas operasi pembahagian pada masa ini dan terus menunjukkan contoh iaitu
membahagikan coklat tersebut kepada dua bahagian. Seterusnya, tuan rumah
memulakan persembahannya iaitu magik bersama dengan soalan 8 4 = 2 dan juga
contoh seterusnya ialah 9 3 = 3. Saya telah menggunakkan pelbagai teknik dalam
merakam videao seperti panning, tilting, close up, medium shot, waist shot, long shot
dan sebagainya. Selepas saya merakamkan klip video, saya mengumpulkan semua video
dan saya menapiskan semua video. Seterusnya, saya juga menyunting video serta
menggabungkan video untuk memastikan kelancaran video.

2.4 Fasa pelaksanaan

Fasa pelaksanaan merujuk kepada pembangunan dan pelaksanaan terhadap klip


video yang dihasilkan. Apa yang dimaksudkan adalah penyampaian dan pelaksanaan
pengajaran yang sebenar berasaskan penggunaan teknologi terkini. Video ini dapat
ditayangkan sebagai pengenalan bagi tajuk pembahagian. Murid-murid juga dapat
berlaku pembelajaran koperatif semasa perbincangan berlaku selepas video ditayang dan
pelajar juga berlaku pembelajaran abad ke-21 seperti belajar sendiri, berfikir mendalam
dan kritis dengan bimbingan, sokongan guru berasaskan klip video ini. Klip video ini juga
dapat merangsangkan minat murid untuk belajar topik ini kerana magik yang ditunjukkan
dapat menarik perhatian murid memahami asas operasi pembahagian.

Fasa ini juga merupakan satu fasa yang memberi peluang untuk menambahbaikan
bahan media pengajaran yang digunakan setelah diukur, diuji dan juga dilaksanakan.
Saya perlulah menilai klip video ini dengan mengikut aspek-aspek yang ditetapkan seperti
objektif akitiviti yang dipersembahkan. Saya juga perlu menguji kestabilan klip video
daripada pelbagai aspek seperti suara, gambaran dipersembahkan, kesan gambaran dan
sebagainya. Setelah klip video dipersembahkan secara situasi sebenar, banyak
kekurangan yang saya dijumpai dan boleh ditambahbaikan dengan cara lain. Salah satu
penambahbaikan adalah menggunakan tripod iaitu meletak kamera di atasnya supaya
gambaran akan lebih stabil dan jelas. Saya juga mendapati lagu untuk video tidak boleh
serupa sahaja, Oleh hal yang demikian, saya mencari lagu yang lebih fleksibel dan
bergembira supaya menjadikan klip video ini lebih seronok dan tidak bosan. Fasa ini telah
banyak membantu saya dalam pengubahsuaian dan membaik pulih video untuk membaiki
dan meningkatkan kualiti video dengan pelaksanaan sebenar.

2.5 Fasa Penilaian

Fasa penilaian merupakan satu proses pengujian dan penilaian terhadap klip
video yang dihasilkan untuk memastikan is kandungan, grafik, audio, video dan antara
muka perissian bersesuaian. Objektif yang dianalisis dan ditetapkan perlu diuji untuk
mengetahui tahap pencapaian murid terhdap objektif tersebut. Penilaian yang ada
dibahagikan kepada 2 jenis iaitu penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif boleh
dilakukan pada bila-bila masa seperti dalam setiap fasa dalam proses ADDIE.

Melalui penilaian formatif yang dijalankan, klip video in dapat mencapai objektif
yang ditentukan. Murid-murid dapat memahami konsep asas operasi pembahagian
melalui video ini. Murid-murid juga dapat menyelesaikan masalah yang mudah dengan
keusahaan murid sendiri dan juga bantuan guru yang diberi supaya setiap murid dapat
memahami objektif pembelajaran. Murid dapat berlaku pembelajaran semasa
perbincangan dan menyelesaikan masalah yang berdekat dengan kehidupan seharian
mereka. Dengan ini, klip video berjaya menarik minat murid dalam memahami konsep
pembahagian dan murid-murid seronok semasa menyaksikan klip video yang disediakan.
Bidang penilaian di dalam borang instrumen penilaian video merangkumi keselarian
standard, hasil dan objektif, ketepatan maklumat, penggunaan bahasa, tahap minat dan
penglibatan dan sebagainya. Kebanyakan bidang telah membuktikan video tersebut
berkualiti tinggi dan ia dicadangkan untuk penggunaan kelas. Walaubagaimanapun, klip
video ini sesuai dengan murid-murid yang baru dikenalkan dengan operasi pembahagian
supaya merangsangkan minat dan juga memahami konsep asas pembahagian.

3.0 PENILAIAN VIDEO

Klip video yang dihasilkan adalah berdasarkan dengan standard kurikulum iaitu
memahami konsep asas bahagi dan juga telah menetapkan objektif yang hendak tercapai.
Saya juga mengemaskan kini tentang maklumat yang hendak disampaikan melalui klip
video ini supaya murid-murid dapat manarik minat mereka dalam video ini sehingga dapat
mengukuhkan pemindaan dan pefahaman mereka. Bukan itu sahaja, untuk
menyesuaikan peringkat murid-murid yang belum sangat menguasai dalam bahasa, saya
telah memudahkan bahasa yang digunakan dan juga mengurangkan perkataan supaya
murid-murid senang faham. Saya juga berusaha untuk mempelbagaikan cara
penyampaian dan akhirnya saya menggunakkan cara mempersembahkan magik supaya
murid-murid dapat menarik perhatian dan dapat melibatkan diri sendiri untuk membincang
dan mendapat ilmu. Dengan kualiti video, saya juga bertungkus lumus untuk
menghasilkan klip video yang terbaik dengan menjadikan video dapat dipersembahkan
dengan masa yang pendek, mengabungkan klip video dengan berhati-hati.
Walaubagaimanapun, terdapat kecuaian semasa menyunting dan merakam yang tidak
dapat dielakkan. Namun, klip video ini sudah boleh dikira dengan kualiti yang baik. Klip
video ini juga memainkan peranan ia dengan baik terhadap setiap pelajar semasa
pembelajaran dan guru juga dapat memberi panduan yang jelas kepada murid untuk
dipatuhi. Akhirnya, saya juga menggunakkan alat pembelajaran kognitif seperti membuat
ringkasan, memberi gambaran kepada murid dan sebagainya.

3.0 Kesimpulan

Konklusinya, video merupakan antara multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga
realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Penggunaan video dalam proses
penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap
proses penerimaan maklumat. Oleh hal yang demikian, model reka bentuk ADDIE amat
sesuai menjadi panduan untuk membangunkan satu klip video yang berguna dalam
pembelajaran. Bahan mengajar adalah segala bentuk bahan yang digunakan untuk
membantu guru/ instruktur dalam melaksanakan kegiatan belajar mengajar di kelas. Oleh
hal yang demikian, guru perlulah mempertimbangkan pelbagai aspek supaya alat bantu
memainkan peranannya sepenuhnya dengan panduan model ADDIE disebabkan fasa-
fasa model ADDIE adalah bersifat menyeluruh dan sistematik. Memang tidak dapat
dinafikan model ini dapat membantu guru mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang lebih dinamik. Dengan ini, sewajarnya seseorang pendidik perlu diperkenalkan
model reka bentuk ADDIE supaya seiring dengan dunia pelajar masa kini dengan berani
melibatkan diri serta mendalami dunia multimedia sepenuhnya.
Bibliografi

Grasindo, (2007). Ilmu dan aplikasi pendidikan. Bandung: PT Imperial Bhakti Utama.

McGriff, S. J. (2000). Instructional System Design (ISD): Using The ADDIE Model.
College of Education, Penn State University.

Noraini Idris. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Puteri Ayunie. (May 9, 2011). Kajian model Addie. Dilayari pada 20 Ogos 2017, dari
https://www.scribd.com/document/55030236/Kajian-Model-Addie

Smaldino, S.E, Lowther, dan James D. Russell. (2011). Instructional Technology nd


media for learning: Teknologi pembelajaran dan media untu belajar, terjemhan
Arif Rachman. Jakarta: Kencana Prenada Media Group.

Rozinah, J. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Ieimah. (Jan 26, 2010). Penggunaan video dalam P&P. Dilayari pada 29 Ogos 2017, dari

https://www.scribd.com/doc/25832190/Penggunaan-Video-Dalam-P-P

Shahrizuan Shafril. (2013). Keterangan mengenai ADDIE. Dilayari pada 3 September

2017, dari https://padlet.com/freedomkirashah/3m093a1yau

Gustafson, K. L., & Branch, R. M. (2002). What Is Instructional Design. Trends And
Issues In Instructional Design And Technology, 16-25.

Shariffudin, R. S. (2007). Design Of Instructional Materials For Teaching And Learning


Purposes: Theory Into Practice. IT in Education, 1, 97.

Anda mungkin juga menyukai