Anda di halaman 1dari 14

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH

68000 AMPANG, SELANGOR.

PELAN STRATEGIK

PENGURUSAN KOKURIKULUM

2009-2010
VISI
Melatih dan mencungkil bakat secara menyeluruh untuk cemerlang di dalam
bidang sukan melalui acuan Kementerian Pendidikan Malaysia yang seterusnya
menjadikan sekolah yang terbilang di dalam bidang sukan di peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan menjelang tahun 2010.

MISI
Memberi peluang kepada semua murid untuk bergerak aktif di dalam bidang
kokurikulum

Membimbing murid kearah perkembangan potensi diri secara optimum untuk


menghadapi cabaran masa hadapan

2
PENDAHULUAN

Kegiatan kokurikulum merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan selari dengan perkembangan akademik murid.
Kegiatan ini secara tidak langsung mampu membentuk murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia.

Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah- sekolah berteraskan kepada Falsafah Pendidikan dan
matlamat Dasar Pendidikan Negara. Oleh itu, aktiviti kokurikulum banyak menekankan perkara an aspek yang tersirat
seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, social dan sebagainya.

Gerak kerja kokurikulum Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah (SKTBI) sememangnya tidak ketinggalan dalam
melaksanakan kegiatan ini dengan berasaskan kepercayaan bahawa para pelajar mempunyai bakat dan minat yang
boleh ditingkatkan. Kesemua murid berupaya untuk mendidik diri sendiri dan mereka harus mempunyai keseimbangan
antara perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Oleh sebab itu, pihak SKTBI di bawah Unit Kokurikulum telah merancang sebuah program yang dinamakan Pelan
Strategik 2009 hingga 2010 bagi meningkatkan pencapaian murid di dalam bidang kokurikulum bersempena dengan 10
tahun usia Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah.

3
MATLAMAT

Berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan, menjelang tahun 2010, Unit Kokurikulum SK. Taman Bukit Indah
menggariskan matlamat seperti berikut :

Para murid mampu mencapai kejayaan yang membanggakan di bidang kokurikulum


Menyemai perasaan muhibah, perpaduan, dan integrasi nasional di kalangan generasi muda
Meningkat tahap disiplin murid baik secara langsung atau pun tidak sejajar dengan misi dan visi sekolah
Menanam, memupuk, dan memberi murid latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di
kalangan murid.
Memberi pengalaman dan pengetahuan yang menyeluruh dan kesinambungan dengan pendidikan formal, informal
dan tidak formal
Memberi pengukuhan dan pengayaan kepada perkara- perkara yang telah dipelajari dalam bilik darjah semasa
mengikuti aktiviti- aktiviti gerak kerja kokurikulum

SASARAN
Murid- murid SK. Taman Bukit Indah yang terdiri tahun 3,4,5 dan 6

4
KOKURIKULUM (Sukan dan Permainan)
Kokurikulum adalah penting dalam pembentukan murid yang cergas fizikal dan mental serta menghasilkan murid
yang berkeyakinan, berdikari dan bermotivasi. Perancangan strategik Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah dalam
bidang kokurikulum adalah seperti berikut:

1. MENGHASILKAN PASUKAN PERMAINAN BOLING, BOLA TAMPAR, KRIKET, SOFBOL DAN PASUKAN
OLAHRAGA SEHINGGA KE PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

RASIONAL
Memberi peluang dan pengalaman, minat dan bakat murid yang boleh dimajukan.

MATLAMAT
Membina dan meningkatkan minat dan kebolehan murid dalam permainan boling, bola tampar, kriket, sofbol dan
olahraga ke peringkat yang tinggi ini berdasarkan analisis SWOT yang telah dibentuk seperti berikut:-

Analisis SWOT
Kekuatan- Strength
Mempunyai guru- guru yang terlatih dan berpengalaman
Sokongan dan galakan daripada pihak pentadbir

5
Minat dan kebolehan murid- murid dalam permainan Boling, Bola Tampar, kriket, sofbol dan Olahraga
Bilangan murid yang ramai
Sumber kewangan yang kukuh

Kelemahan- Weaknesses
Kekurangan dari segi pengurusan masa. Latihan hanya pada hari hujung minggu
Peralatan masih belum mencukupi
Hanya sebilangan murid yang terdedah kepada permainan ini

Kelebihan- Opportunities
Kewangan yang mencukupi untuk penyediaan peralatan daripada PIBG dan ibu bapa
Kemudahan mendapatkan khidmat jurulatih professional
Sokongan padu daripada Pentadbir, Guru, PIBG dan ibubapa

Kekangan- Threats
Terdapat ibu bapa yang tidak menggalakkan anak- anak aktif dalam permainan kerana lebih mementingkan
kurikulum terutama murid tahun 6
Ada murid yang berminat tetapi tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa dari segi galakan dan
kewangan

6
PELAN STRATEGIK 2009- 2010
UNIT KOKURIKULUM SKTBI

1. PROGRAM PEMBENTUKAN PASUKAN BOLING, BOLA TAMPAR, KRIKET, SOFBOL DAN OLAHRAGA

Bil Program Objektif Aktiviti Tempoh Tindakan


Masa
1 Menghasilkan pasukan boling, Bola Mencungkil bakat 1. Penubuhan Kelab Jan 2009
Tampar, Kriket, Sofbol dan dan minat murid
Olahraga yang sedia ada ke 2. Melantik AJK Jan 2009
peringkat yang lebih
tinggi 3. Kempen mencari ahli dan Feb 2009
pertandingan untuk
mencungkil bakat.
Pencapaian ke
peringkat negeri 4. Pembentukan pasukan Feb 2009
sekolah

5. Latihan yang berterusan 2009-2010

6. Mengadakan pertandingan 2009-2010


persahabatan antara sekolah

7. Menyertai pertandingan 2009-2010


Pencapaian ke
peringkat 8. Mendapatkan kerjasama 2009-2010
kebangsaan daripada ibubapa dari
teknikal dan kejurulatihan

7
9. Menyertai pertandingan dan 2009-2010
pencapaian ke peringkat
kebangsaan

2. MENINGKATKAN LAGI PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI BADAN BERUNIFORM, PERSATUAN DAN
KELAB, PERMAINAN DAN PERTANDINGAN DALAM KOKURIKULUM

RASIONAL
Melengkapkan pengetahuan dan pengalaman murid- murid dari segi perkembangan social, minat dan bakat
seimbang dengan perkembangan mental
Membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menarik dan menggembirakan murid

MATLAMAT
Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid- murid dalam gerak kerja yang diceburi
Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan

Analisis SWOT
Kekuatan- Strength
Mempunyai guru- guru penasihat badan beruniform, persatuan dan kelab, dan permainan yang terlatih dan
berpengalaman
Kemudahan yang mencukupi dari segi peralatan dan sumber maklumat
Sokongan dan galakan daripada pihak pentadbir

8
Minat dan kebolehan murid- murid di bidang kokurikulum

Kelemahan- Weaknesses
Kekurangan dari segi pengurusan masa. Sebilangan besar murid bersekolah agama pada sebelah petang di
mana waktu latihan terpaksa di jalankan pada jam 5.30 petang hingga 6.30 petang.
Masalah pengangkutan. Kebanyakan murid dihantar oleh ibu bapa. Waktu latihan jam 5.30 petang hingga
6.30 petang ibu bapa masih dalam perjalanan pulang dari bekerja
Keluasan padang yang kecil dan tidak sesuai dengan latihan yang akan diberikan dan juga jumlah murid yang
kian meningkat

Kelebihan- Opportunities
Kewangan yang mencukupi untuk menyediakan peralatan kokurikulum dan keperluan lain
Kemudahan mendapatkan khidmat jurulatih professional untuk permainan dan badan beruniform
Sokongan padu daripada ibu bapa dalam aktiviti kokurikulum

Kekangan- Threats
Terdapat ibubapa yang tidak menggalakkan anak- anak menjalani aktiviti kokurikulum kerana lebih
mementingkan kurikulum
Padang yang perlu diperbaiki pada bahagian permukaan kerana lecak apabila hujan turun.

9
PELAN STRATEGIK 2009-2010
UNIT KOKURIKULUM

PROGRAM PENINGKATAN MURID DALAM AKTIVTI KOKURIKULUM

Bil Program Objektif Aktiviti Tempoh Tindakan


masa
01 Meningkatkan penglibatan Untuk pembentukan 1. Memberi kesedaran Jan 2009 Semua guru
murid dalam aktiviti murid yang lebih cergas kepentingan dan matlamat
kokurikulum dan fizikal dan mental aktiviti kokurikulum
kokurikulum akademik
2. Melibatkan murid- murid, pihak 2009-2010
Melahirkan murid yang sekolah, antara sekolah dan Pihak Sekolah
berkeyakinan, berdikari masyarakat untuk aktiviti PIBG
dan bermotivasi kokurikulum

3. Memberitahu ibu bapa 2009-2010


matlamat dan impak gerak Guru Penasihat
Penglibatan 100% dalam kerja kokurikulum serta
aktiviti kokurikulum rancangan yang dilaksanakan

4. Pengisian aktiviti yang lebih Sepanjang Semua warga


menarik, terancang dan Tahun sekolah
berkesan PIBG

5. Menghebahkan kepada semua Perhimpunan


pencapaian gerak kerja Rasmi dan Pihak Sekolah
kokurikulum dan impaknya majlis-majlis

10
sekolah

6. Memberi penghargaan kepada Akhir Tahun Pihak Sekolah


murid- murid

3. MENINGKATKAN PENGURUSAN KOKURIKULUM KE ARAH JOHAN KECEMERLANGAN DAERAH GOMBAK

RASIONAL
Pengukuhan kurikulum iaitu kesinambungan apa yang dipelajari di bilik darjah

MATLAMAT
Mengembangkan potensi dan minat murid
Membina dan meningkatkan pembangunan sahsiah murid melalui modal insan

Analisis SWOT
Kekuatan- Strength
Mempunyai guru- guru penasihat badan beruniform/persatuan/kelab/permainan yang berpengalaman dalam
bidang pengurusan
Kemudahan yang mencukupi dari segi peralatan ICT dan sumber maklumat
Sokongan dan galakan daripada pihak pentadbir dan PIBG

Kelemahan- Weakness

11
Kekurangan dari segi pengurusan masa. Masa yang diperlukan perlu diseimbangkan dengan pengurusan
kurikulum
Perancangan program, projek dan aktiviti kokurikulum yang kurang berkesan

Kelebihan- Opportunities
Kewangan yang mencukupi untuk pengurusan. Pelaksanaan dan keperluan yang lain
Kemudahan mendapatkan khidmat nasihat bagi menyelesaikan masalah pelaksanaan kokurikulum

Kekangan- Threats
Kekangan dari segi pengurusan masa untuk pelaksanaan, penyeliaan, penilaian, merekod, mesyuarat dan
perbincangan
Terdapat segelintir guru masih belum celik IT untuk tujuan pelaksanaan dan merekod aktiviti kokurikulum
Kurang mendapat kerjasama daripada segelintir guru dari segi pelakanaan dan perekodan

12
PELAN STRATEGIK 2009-2010, UNIT KOKURIKULUM

PROGRAM PENGURUSAN KOKURIKUM


Bil Program Objektif Aktiviti Tempoh Tindakan
masa
03 Meningkatkan Pengurusan 1. Merancang program, projek dan aktiviti 2009 AJK Koku dan GPK
pengurusan kokurikulum kokurikulum yang kokurikulum Koku
ke arah Johan cemerlang
Kecemerlangan Daerah 2. Melaksanakan, memantau dan menilai Sepanjang AJK Koku dan GPK
Gombak keberkesanan program, projek dan Tahun Koku
aktiviti kokurikulum serta melaksanakan
penambahbaikan

3. Mengikut jadual pelaksanaan dengan 2009-2010 Guru Penasihat


memanfaatkan kemudahan yang ada AJK KOKO
secara optimum

4. Menyelia, menilai dan 2009-2010


merekodkan,yang melibatkan semua Pihak Pentadbir
pentadbir

5. Berbincang dan menggunakan maklum Pihak Pentadbir


balas sebagai asas untuk mengambil Sepanjang Guru Penasihat
tindakan susulan dan penambahbaikan Tahun AJK KOKO

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

13
--------------------------------- ------------------------------ ---------------------------------
(ZABIDI BIN ALIAS) (ZAINAP BT AHAD) (SHARIDAH BT MD. JARWIS)
Setiausaha Sukan, GPK Kokurikulum Guru Besar
SK. Taman Bukit Indah. SK. Taman Bukit Indah. SK Taman Bukit Indah

14

Anda mungkin juga menyukai