Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN PETANQUE
ANTARA RUMAH-RUMAH SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS SIBU

JALAN BANDONG

96000 SIBU

22 MEI 2017
Pertandingan Petanque Antara Rumah Sukan
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sibu
Kertas Kerja Pertandingan Petanque

A) Pendahuluan

Petanque adalah sejenis permainan yang berasal dari Perancis yang mana objektif
utama permainan adalah untuk membaling atau melempar bola-bola besi yang disebut
sebagai 'boules' sedekat mungkin dengan satu bola kecil yang diperbuat daripada kayu
yang digelar jack. Petanque adalah satu permainan yang dipertandingkan diperingkat
Kebangsaan dan Antarabangsa. Sukan petanque ini telah mula dibawa masuk dan
diperkenalkan di Malaysia oleh Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz, Yang Dipertua
Angkasa pada pertengahan tahun 1989.

Petanque boleh dijadikan sebagai satu alternatif kepada beberapa kegiatan


sukan yang terdapat di negara ini samada yang sudah lama mahupun yang baru
muncul. Istimewanya sukan ini ia dapat memenuhi konsep Sukan Untuk Semua,
seseorang yang tidak dikurniakan kelebihan dari segi fizikal, kecergasan, stamina ,
konsentrasi dan kewangan boleh menceburi sukan ini. Oleh itu, kertas kerja ini akan
menjadi asas rujukan utama kepada pelaksanaan program ini.

B) Rasional

1. Mencungkil bakat murid-murid yang berpontensi dalam sukan petanque.

2. Mendedahkan murid dengan peraturan pertandingan petanque yang sebenar.

C) Objektif

1. Memupuk sikap berdisiplin, sabar, tenang dan fokus dalam permainan dan
pertandingan.

2. Meningkatkan kemahiran motor kasar dalam kalangan pelajar-pelajar pendidikan


khas.

3. Memupuk semangat kesukanan yang tinggi.

4. Sebagai satu proses peningkatan kemenjadian murid dari aspek psikomotor.


D) Sasaran

Murid Pendidikan Khas - 18 orang

E) Tarikh dan Jangkamasa

Hari : Isnin
Tarikh : 22 Mei 2015
Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petang.

F) Tempat

Gelanggang Petanque Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sibu

G) Sumber kewangan

Wang Perkapita Pendidikan Khas - Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

H) Anggaran Kos

BIL PERKARA Bilangan Harga 1 unit

1. Hamper tempat pertama 1 50

2. Hamper tempat kedua 1 40

3. Hamper tempat ketiga 1 30

JUMLAH RM 120.00

I) Jawatan Kuasa Induk

Penasihat : Pn. Fatimah Zaharah binti Abdullah ( Guru Besar )


Pengerusi : En. Thursam Khan bin Hassan (GPK Ko-kurikulum )
Penyelaras : En. Dhilemon Dominic Kajan (Penyelaras Kelab Petanque)
Setiausaha : Pn. Syamsuri binti Hasan
Bendahari : Pn. Noraisah binti Abd Kadir

Ahli Jawatankuasa Kecil:

1. AJK Pendaftaran
a) Pn. Corina Wee Sze Sze
b) Cik Hii Siew Ling
2. AJK Persiapan Tempat
a) En. Syahrin bin Suleiman
b) En. Theng Yuh Cheng

3. AJK Peralatan & Pertandingan


a) En. Muhammad Aminuddin bin Rosmi
b) En. Farid bin Rasdi

4. AJK Kawalan Murid


a) Semua PPM

5. AJK Makanan
a) Cik Gloria ak Joseph

6. AJK Cenderamata & Hadiah


a) Cik Dayang Nadiama binti Omar

7. AJK Dokumentasi
a) En Thomas Chew Seng Kai

J) Tentatif program

MASA PERKARA

2.00-2.15 petang Pendaftaran peserta

2.15-2.30 petang Taklimat peserta

2.30-4.00 petang Pertandingan

4.00-4.10 petang Rehat

4.10-4.30 petang Ucapan Guru Besar dan Penyampaian hadiah

4.30 petang Bersurai

Penutup

Pertandingan Petanque yang akan dijalankan ini amat memerlukan komitmen dari
semua pihak kerana misi yang dibawa adalah amat besar iaitu membentuk generasi sihat dan
kuat. Generasi inilah yang akan meneruskan kesinambungan kepimpinan negara di masa
hadapan.
Diharap pertandingan yang diadakan ini akan dapat mencungkil bakat murid-murid
yang berpotensi dalam sukan petanque. Selain itu, diharap pertandingan ini juga dapat
memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam diri murid.

Disediakan : Disemak :

................................................ ...............................................

( DHILEMON DOMINIC KAJAN ) (THURSAM KHAN BINTI HASSAN)


Penyelaras Sukan Petanque PK Kokurikulum
SK Pendidikan Khas Sibu SK Pendidikan Khas Sibu

Disahkan :

......................................................

(FATIMAH ZAHARAH BINTI ABDULLAH)


Guru Besar
SK Pendidikan Khas Sibu

Anda mungkin juga menyukai