Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARAAN

ACARA PENGISYTIHARAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2015/2016


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
BESUT, TERENGGANU.

TARIKH: 08 FEBRUARI 2015 (AHAD)

Masa Sebelum 8.45 pagi


Cue Ketibaan pelajar IPG Kampus Sultan Mizan

Tuan-tuan, puan-puan, hadirin-hadirat sekalian,

Supaya majlis kita berjalan dengan lancarnya, di sini saya bacakan


beberapa pengumuman untuk perhatian kita bersama.

1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin untuk memenuhi


ruangan hadapan terlebih dahulu serta menyahfungsikan atau
menukarkan nada deringan telefon bimbit masing-masing kepada
mode senyap.

2. Pihak majlis juga memohon para hadirin untuk bangun dan


memberikan tepukan yang gemuruh semasa majlis
mengumumkan ketiabaan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan, masuk ke dewan bendahara.

3. Seterusnya, majlis juga turut berbesar hati dan memohon para


hadirin untuk terus berdiri setelah pengumuman perarakan masuk
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan diiringi
para pensyarah dan pihak majlis juga memohon para hadirin
untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

4. Akhir sekali, pihak majlis juga memohon para hadirin untuk


bangun dan memberikan tepukan yang gemuruh semasa majlis
mengumumkan perarakan keluar Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Mizan, diiringi para pensyarah beredar dari
Dewan Bendahara

Kerjasama hadirin sekalian terlebih dahulu diucapkan terima kasih.


Masa 8.45 pagi
Cue Ketibaan & perarakan masuk Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan
HEP & pensyarah ke Dewan Bendahara

Mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia, Dr. Haji Mohd Aziz bin Mohd Din,


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, diiringi

Yang Berusaha, Tuan Haji Che Aminuddin bin Abdul Hamid,


Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,

Yang Berusaha, Tuan Haji Baharuddin bin Hussein,


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Mizan,

Masuk ke Dewan Bendahara.

Cue Nyanyian Lagu Negaraku diiringi pasukan koir IPGKSM

Para hadirin dipersilakan duduk.

Cue Solutasi
Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah hirrabil alamin wasolla tuwassalamu ala ahsrafil ambiya


iwalmursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain.

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Anak nyonya menuju pekan,

Bawa bakul si bunga tanjung,

Kalimah bismillah kita mulakan,

Kedatangan tuan tinggi disanjung.

.Mekar serumpun bunga siantan,

Ditiup angin gugur berserakan,

Agar majlis mendapat keberkatan,

Surah Al-Fatihah kita bacakan.

Untuk itu, marilah kita sama-sama membaca ummul Kitab, Al-Fatihah.

*******

Yang Berbahagia, Dr Haji Mohd Aziz bin Mohd Din, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,

Yang Berusaha, Tuan Haji Che Aminuddin bin Abdul Hamid,


Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,

Yang Berusaha, Tuan Haji Baharuddin bin Hussien, Ketua Jabatan


Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2015/2016, serta rakan-rakan


mahasiswa pendidik yang dikasihi sekalian.
Cue Aluan Pengacara Majlis

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih memberikan


kesempatan kepada kita untuk bersama-sama dalam Perhimpunan Khas
edisi 08 Februari 2015 bersempena dengan Majlis Pengisytiharan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan Sesi 2015/2016.

Sebelum jauh kita berlayar, pihak majlis mengambil ruang seawal acara
untuk menyatakan apresiasi setulus hati kepada Yang Berbahagia, Dr
Haji Mohd Aziz bin Mohd Din, Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan dan seluruh warga dewan atas kesudian tuan-
tuan dan puan-puan untuk memenuhi jemputan pada hari ini.

Cue Bacaan Doa

Bukan lebah sebarang lebah,


Lebah bersarang di tanah merah,
Tangan diangkat merafak sembah,
Pada Yang Esa kami berserah.

Sebagai pembuka tirai acara, bersama-sama kita menadah tangan


memohon restu agar majlis ini mendapat berkat. Dengan sukacitanya
majlis menjemput saudara .
untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Cue Selepas bacaan doa

Amin, ya Rabbal Alamin. Syukran jazilan diucapkan kepada saudara


. atas
bacaan doa sebentar tadi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis
kita pada pagi ini akan berjalan lancar sepertimana yang telah
direncanakan.
Cue Ucapan Ketua Jabatan HEP

Hadirin-hadirat sekalian,
Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji Baharuddin bin
Hussein, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis
sukacita mempersilakan.

Cue Selepas Ucapan Ketua Jabatan HEP

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Baharuddin


bin Hussein, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Cue Ucapan Pengarah

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tidak mendengar petah bicaranya.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzim menjemput dan


mempersilakan Yang Berbahagia, Dr. Haji Mohd Aziz bin Mohd Din,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan untuk
menyampaikan ucapan seterusnya mengumumkan pengisytiharan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan sesi 2015/2016. Fal ya tafaddhol masykuro.

Cue Selepas ucapan Pengarah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Dr.


Haji Mohd Aziz bin Mohd Din atas kesudian beliau menyampaikan
ucapan sepatah dua kata dan pengumuman pengisytiharan sebentar
tadi.

(ULASAN UCAPAN PENGARAH) *jika perlu


Apa yang dititpkan oleh tuan pengarah sebentar tadi
adalah...............
.
.
.
.

Oleh hal yang demikian bersamalah kita dengan Tuan Pengarah dalam
memacu Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan kearah
kecemerlangan agar gah dipersada negara dan dunia.

Tak sampai bahtera kalau tiada nakhkoda


Tak terbina negara kalau tiada rakyat dan Sang Raja
Tak sampai ke puncak kalau tidak didaki gunung yang tinggi
Tak tercapai impian kalau tiada perit jerih usaha yang tinggi.

Cue Selesai Ucapan

Hadirin-hadirat sekalian,
Sebelum mengakhiri majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita
menyanyikan tiga buah rangkaian lagu, iaitu:
- Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia,
- Lagu Guru Malaysia dan
- Lagu Selamat Sultan.

diiringi oleh pasukan Koir Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan


Mizan. Untuk itu, hadirin dipohon bersiap sedia.
Cue Selepas nyanyian 3 buah lagu

Dengan berakhirnya nyanyian tiga buah lagu itu tadi, maka berakhirlah
sudah majlis kita pada pagi ini.
Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budimu tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia, Dr. Haji Mohd Aziz bin Mohd Din, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan kerana sudi hadir memeriahkan
majlis kita pada hari ini.

Masak ranum buah delima,


Indah mekar bunga melati;
Tersilap tingkah terkasar bicara,
Maaf dipinta setulus hati.

Sebelum kalam bertemu noktah, saya bagi pihak majlis menyusun jari
nan sepuluh, jika yang patut tak dipatutkan, yang tua tak dituakan, yang
menyesak menyemakkan, yang sempit himpit-berhimpit, dan yang
dahulu dikemudiankan.

Saya mohon beribu ampun, dari jauh menjunjung duli, sudah dekat
mengangkat sembah.
Dengan lafaz yang mulia, saya Mohd Hariz Hazwan bin Wahad dan
saudari Nur Ain binti Zulkifli mengucapkan Wabillahitaufiqwalhidayah
wassalammualaikum W.B.T.

Kita tangguhkan majlis ini dengan Surah Al-Asr & Tasbih Kaffarah.

Cue Pergerakan keluar VIP

Ann Mengumumkan pergerakan keluar

Yang Berbahagia, Dr. Haji Mohd Aziz bin Mohd Din,


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, diiringi

Yang Berusaha, Tuan Haji Che Aminuddin bin Abdul Hamid,


Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,

Yang Berusaha, Tuan Haji Baharuddin bin Hussein,


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan,

Meninggalkan Dewan Bendahara.

Anda mungkin juga menyukai