Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

1 Pengenalan

2 Objektif

3 Langkah-Langkah Keselamatan

4 Alatan Keselamatan

5 Alatan dan Bahan

6 Langkah Kerja

7 Masalah

8 Kesimpulan

9 Rujukan

1|Page
PENGENALAN

‘Kimpalan Gas’ adalah satu cabang daripada kerja kimpalan yang telah lama diamalkan dalam bidang
industri. Terutama sekali dalam bidang fabrikasi logam. Ini adalah kerana kimpalan gas adalah
didapati amat sesuai untuk kepingan logam-logam yang nipis. Contoh bidang kerja yang melibatkan
proses kimpalan gas ialah kerja membaikpulih badan kenderaan serta kerja-kerja fabrikasi logam
yang melibatkan kepingan logam nipis.

Pada awal kurun kedua-puluh manusia telah mengetahui cara menyambung logam dengan
memanaskan dua batang logam hingga merah menyala dan seterusnya impak yang kuat dikenakan
ke atas kedua-duanya sehngggalah kedua-duanya bercantum menjadi satu. Proses ini dipanggil
sebagai kimpalan tempa. Kaedah ini telah diperbaiki dari masa ke semasa seiring dengan
perkembangan teknologi sehinggalah kaedah terkini kimpalan gas telah dapat kita semua gunakan
sekarang ini.

Kimpalan gas didefinasikan sebagai satu proses penyambungan logam dengan kaedah
memanaskan kedua-dua bahagian logam yang hendak disambung sehingga cair dan bercantum
menjadi satu.

OBJEKTIF

Tujuan kimpalan gas ini adalah untuk:

 Mendefinisikan kimpalan gas.


 Mengetahui langkah keselamatan di dalam bengkel kimpalan gas.
 Mengetahui alat dan bahan yang digunakan untuk kimpalan gas.
 Mengetahui fungsi alat dan bahan untuk kimpalan gas.
 Mengetahui langkah kerja bagi kimpalan gas.
 Mengetahui Sifat gas oksigen,cara pengeluaran dan silinder oksigen.
 Mengenali Sifat-sifat gas asetilina,cara pengeluaran dan silinder asetilina.
 Mempelajari Prinsip serta jenis-jenis sumpitan api.

2|Page
LANGKAH KESELEMATAN

Langkah keselamatan adalah penting dan mestilah diamalakan di dalam bengkel.Langkah


keselamatan bagi kimpalan gas ialah:

 Pastikan kita mematuhi peraturan-peraturan dalam bengkel


 Pastikan kawasan kimpalan gas selamat, selesa dan bersih
 Periksa alat-alat kimpalan gas dalam bengkel dalam keadaan yang baik
 Pastikan tempat kimpalan mempunyai peredaran udara yang baik
 Gunakan pakaian keselamatan seperti goggle, kasut keselamatan dan sarung tangan
 Jangan bermain dengan alat-alat kimpalan gas
 Jangan hentam,jatuhkan atau kenakan api pada mana-mana injap di selinder.
 Sentiasa buka injap selinder dengan perlahan dan cermat
 Simpan kembali alat-alat kimpalan gas setelah habis digunakan.

Langkah Keselamatan Mengikut Masa :


Sebelum

i. Pastikan semua tingkap dibuka ketika berada di bengkel.


ii. Pastikan dengar arahan daripada pensyarah terlebih dahulu sebelum melakukan kerja.

Semasa

i. Pastikan setiap pelatih memakai pakaian keselamatan yang lengkap seperti kasut
keselamatan(safety boot),apron, gogal,sarung tangan(glove).
ii. Tidak bermain api dengan rakan ketika mengimpal.

Selepas

i. Pastikan semua tempat kerja dikemaskan semula.


ii. Pastikan alatan yang digunakan dikembalikan ke tempat asal.
iii. Pastikan semua tingkap ditutup semula.
iv. Pastikan semua regulator gas telah ditutup.

3|Page
ALAT DAN BAHAN

Sarung tangan keselamatan.

Fungsi: digunakan untuk melindungi tangan daripada terkena haba kimpalan gas dan bahan kerja
yang telah dikimpal

Cermin mata keselamatan.

Fungsi: Digunakan untuk melindungi mata daripada terkena cahaya yang terang ketika melakukan
kimpalan gas.

4|Page
Kasut keselamatan

Fungsi :Untuk melindungi kaki luka akibat objek tajam di atas lantai bengkel.

Apron

Fungsi : Untuk mengelakkan diri daripada melecur dari percikan api.

5|Page
TANGKI GAS

Fungsi: untuk menyimpan gas oksigen dan gas asetilina.Tangki yang bewarna hitam dan tinggi ialah
tangki gas oksigen manakala tengki yang bewarna maroon dan rendah pula ialah tangki gas
asetilina.

Plier

Fungsi: Digunakan untuk memegang bahan kerja yang telah dikimpal

6|Page
Pemetik Api

Fungsi: untuk menyalakan sumpitan

PELARAS TEKANAN

Fungsi: digunakan untuk menstabilkan dan melaraskan tekanan gas. Terdiri daripada dua iaitu gas
oksigen(biru) dan gas astelina(maroon).

JIG

Fungsi: digunakan untuk menahan benda kerja supaya tidak mengganggu proses kimpalan
gas dan tidak berganjak daripada kedudukan asal.

7|Page
HOS GAS

Fungsi: untuk menyalurkan gas dari silinder ke sumpitan. Terdiri daripada dua warna iaitu maroon
(gas astelina) dan warna hijau(gas oksigen)

SUMPITAN

Fungsi: untuk mengeluarkan nyalaan hasil campuran antara oksigen dan gas asetilina didalam ruang
percampuran di dalam badan sumpitan api berkenaan. Terdapat dua injap iaitu injap pelaras
gas oksigen dan gas asetilina

8|Page
Langkah Kerja

PROJEK 1
SAMBUNGAN PENJURU.

Langkah-langkahnya ialah:

1. Bersihkan permukaan bahan kerja yang hendak dikimpal


2. Kedua-dua besi dikepitkan dengan menggunakan jig.
3. Buka lilitan hos getah.
4. Pegang sumpitan kimpal dengan membuka sesiku dan letakkan tangan kiri diatas lutut
5. Nyala dan laraskan nyalaan pada nyalaan pengoksidaan.
6. Letakkan muncung sumpitan kimpalan dan selarikan dengan nyalaan kearah plat besi yang
ingin dikimpal.
7. Kekalkan sudut sumpitan api pada kira-kira 60°-70°.
8. Jarak kira-kira 2-3 mm antara teras nyalaan dan benda kerja dikekalkan.
9. Hasilkan kawah leburan pada hujung kanan dan kiri plat besi untuk membuat sambungan
sementara atau dipanggil kimpalan paku.
10. Jangan biarkan kawah mendidih untuk mengelakkan percikan.
11. Gerakkan teras nyalaan ke kiri dengan ketinggian dan yang sama.
12. Tentukan arah teras nyalaan,sudut dan ketinggian yang sesuai.
13. Kemudian lakukan kerja mengimpal sehingga selesai.
14. Biarkan bahan kerja menyejuk dan bersihkan tempat kerja.

Gerakkan kelajuan yang konsisten dan kawal lebar kawah dengan seragam.Tambahkan kelajuan
gerakkan sehingga sumpitan menghampiri penghujung bahan kerana penghujung bahan lebih mudah
terbakar.

9|Page
Projek 2

SAMBUNGAN TEMU

Langkah-langkahnya ialah:

1. Permukaan logam asas dibersihkan dengan berus dawai.


2. Berikan sedikit ruang dengan menyusun antara batu-bata dan logam asas.
3. Buka lilitan hos getah.
4. Pegang sumpitan kimpal dengan membuka sesiku dan letakkan tangan kiri diatas lutut.
5. Nyala dan laraskan nyalaan iaitu dengan nyalaan pengoksidaan.
6. Letakkan muncung sumpitan kimpalan dan selarikan dengan nyalaan kearah plat besi yang
ingin dikimpal.
7. Kekalkan sudut sumpitan api kira-kira 60°-70°.
8. Jarak kira-kira 2-3 mm antara teras nyalaan dan benda kerja dikekalkan.
9. Hasilkan kawah leburan pada hujung kanan dan kiri plat besi untuk membuat sambungan
sementara atau dipanggil kimpalan paku.
10. Jangan biarkan kawah mendidih untuk mengelakkan percikan.
11. Gerakkan teras nyalaan ke kiri dengan ketinggian yang sama.
12. Tentukan arah teras nyalaan, sudut dan ketinggian yang betul dan gerakkan kelajuan yang
konsisten, sementara itu kawal lebar kawah dengan seragam.
13. Tambahkan kelajuan gerakkan sehingga sumpitan menghampiri penghujung bahan kerana
penghujung bahan lebih mudah terbakar.
14. Biarkan bahan kerja menyejuk dan bersihkan tempat kerja

BAHAN KERJA

10 | P a g e
MASALAH YANG DIHADAPI

Beberapa masalah yang sering dihadapi ketika kerja mengimpal ialah :

 Kekurangan kepingan logam untuk digunakan sebagai latihan sebelum melakukan projek
 Terdapat alat-alat untuk kimpalan gas yang tidak berfungsi
 Ketika melakukan kimpalan gas, terdapat leburan yang tidak melekat dan membentuk lubang
 Kedudukan kurang selesa ketika melakukan kimpalan
 Berlaku letupan kecil ketika mengimpal dan menyebabkan gangguan ketika mengimpal
 Keadaan ketika mengimpal sangat panas kesan haba daripada api kimpalan.
 Gas kadang-kadang ada dan kadang-kadang tiada
 Besi yang dikimpal mengambil masa yang lama untuk melebur
 Meja digunakan untuk mengimpal tidak stabil.
 Muncung sumpitan api tersumbat.

Cara mengatasi masalah di atas ialah:

 Membuat laporan kepada pensyarah tentang kerosakan yang berlaku dan menggunakan alat
kimpalan gas pada bay yang lain
 Gunakan rod tambahan pada leburan yang membentuk lubang bagi menutup bahagian
berlubang tersebut.
 Cari kedudukan yang sesuai dan selesa ketika mengimpal
 Buka tingkap berdekatan agar mendapat peredaran udara ketika mengimpal
 Lakukan kerja mengimpal dengan penuh kesabaran walaupun mengambil masa yang lama
 Laporkan kepada pensyarah tentang kekurangan gas
 Laporkan kepada pensyarah mengenai sumpitan api yang tersumbat.

11 | P a g e
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, saya telah mengetahui apa definisi kimpalan gas iaitu proses dimana
kepingan besi dileburkan menggunakan api hasil campuran gas asetilina dan gas oksigen. Selain itu,
pentingnya kita mengutamakan keselamatan sebelum melakukan kimpalan untuk kepentingan dan
keselamatan sendiri. Saya juga mengetahui alat-alat dan bahan-bahan yang digunakan untuk
mengimpal serta fungsinya.Saya juga mengetahui cara-cara untuk mengimpal menggunakan
kimpalan gas.Dengan melakukan praktikal kimpalan gas ini, saya berharap agar saya dapat
mengaplikasinya di alam pekerjaan nanti dan melakukan kimpalan yang baik. Di samping itu saya
juga telah mengetahui fungsi-fungsi setiap bahan-bahan dan alat-alat yang digunakan dalam kimpalan
gas dan teknik-teknik yang boleh digunakan untuk mengimpal.

RUJUKAN

 MECHANICAL ENGINEERING STUDIES FORM 4, KAHARUDDIN BIN ISMAIL, AZMI BIN


MOHD YASSIR, RAMLI BIN ASUN, DEWAN PUSTAKA DAN BAHASA, 2004
 MODUL POLITEKNIK J1003 TEKNOLOGI WORKSYOP 1, MOHD SOM AHMAD, BASRI BIN
SENIN, ZAHARI BIN MAAROF, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, 2010
 http://en.wikipedia.org/wiki/Oxy-fuel_welding_and_cutting
 http://notanobita.com

12 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai