Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT (1) KLANG

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016
PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 6

NAMA : MASA : 1 JAM


KELAS : 6 (MAWAR/MELUR) MARKAH : /100 GRED :
_____________________________________________________________
ARAHAN : Kertas ini mengandungi 2 bahagian dan 6 halaman bercetak. Jawab semua soalan.

Bahagian A (20 markah)


Baca dan bulatkan jawapan yang betul.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan servis?


A. Kemahiran menghalang rejaman pihak lawan.
B. Kemahiran menghantar dengan memukul bola.
C. Kemahiran menghantar melepasi jaring melalui dua antenna ke gelanggang lawan.
D. Kemahiran menyerang dengan memukul bola secara terancang ke dalam gelanggang
pihak lawan.

2. Dalam permainan hoki, kemahiran __________________ memerlukan sudut kecondongan


permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh.
A. mengelecek B. mencedok C. menguis D. memukul

3. Kemahiran __________ ialah perlakuan mendapatkan bola daripada penguasaan pemain


lawan mengikut peraturan sesuatu permainan.
A. menjaring B. mengadang C. memintas D. takel

4. Ketika melakukan kontak pada peralatan anjal, kedua-dua lutut mesti _____________ untuk
mendapatkan lonjakan.
A. dibengkokkan C. ditegangkan
B. diluruskan D. dipendekkan

5. Berikut merupakan fasa-fasa melakukan hambur, kecuali ______________.


A. lari landas C. melonjak
B. menghambur D. mendarat dengan satu kaki

6. Apakah maksud props?


A. Peralatan yang diguanakan untuk hiasan pentas.
B. Peralatan untuk persembahan seperti kostum dan topeng.
C. Peralatan yang diletakkan di atas pentas.
D. Alatan baharu digunakan oleh penari.

7. Seorang ahli gimnastik yang baik mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut kecuali _________.
A. tinggi lampai C. otot lengan yang kuat
B. tubuh yang tegap D. badan yang kurus dan lemah

8. Bergayut dalam posisi yang manakah lebih stabil?


A. Membengkok B. Menegak C. Menurun D. Melintang

1
9. Namakan perlakuan dalam gambar di bawah.

A. Rali pepat C. Voli pepat


B. Rali kilas D. Voli kilas

10. Antara berikut, yang manakah aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti bergayut?
A. Pastikan hanya seorang sahaja yang melakukan aktiviti bergayut sebelum giliran rakan
lain.
B. Palang yang digunakan mestilah rapuh.
C. Tidak menggunakan tilam gimnastik.
D. Bergayut melebihi kemampuan.

11. Apakah yang akan berlaku sekiranya seseorang tidak menjaga kebersihan dan kesihatan diri?
A. Akan menjadi lebih sihat dan cergas.
B. Badan berbau harum.
C. Boleh melakukan kerja harian dengan lebih selesa.
D. Boleh mengundang penyakit.

12. Latihan daya tahan kardiovaskular yang sistematik dan berterusan boleh menyebabkan
_________________.
A. keupayaan mengangkat beban yang lebih berat
B. menurunkan kadar nadi
C. membina tubuh badan berotot dan sasa
D. keupayaan melakukan aktiviti yang mencabar badan

13. Berikut merupakan nilai-nilai murni yang boleh diperolehi daripada Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan kecuali ________________.
A. semangat kesukanan C. permainan bersih
B. mencabar lawan D. budaya saing

14. Berikut merupakan faedah yang diperolehi daripada latihan kecergasan kecuali ______.
A. berasa sihat. C. kelihatan menarik.
B. menikmati kehidupan yang sempurna. D. mengurangkan waktu belajar.

15. Peluru yang digunakan dalam acara lontar peluru dibuat daripada ______________.
A. besi padu atau tembaga C. bijih timah
B. emas D. tembikar

16. Yang berikut merupakan tempat-tempat yang boleh melakukan aktiviti rekreasi,
kecuali __________________.
A. padang sekolah C. bilik darjah
B. kolam renang D. taman permainan

2
17. Selepas bermain bola tampar, aktiviti menyejukkan badan dilakukan

Apakah faedah aktiviti menyejukkan badan ( cooling down )?


A. Untuk menghilangkan peluh.
B. Untuk mengurangkan rasa tekanan.
C. Untuk mengendur dan melegakan otot-otot badan.
D. Untuk menyediakan tubuh badan pada tahap maksimum.

18. Berikut merupakan langkah-langkah mengurangkan kecederaan dalam aktiviti sukan kecuali
____________________.
A. mengikuti peraturan permainan
B. memakai pakaian yang sesuai
C. memanaskan badan
D. bersenam tanpa melakukan aktiviti regangan

19. Antara jenis sukan yang berikut, yang manakah lebih terdedah kepada kecederaan yang
serius?
A. Bola sepak B. Ragbi C. Tenis D. Bola tampar

20. Keselamatan dalam sukan adalah penting kecuali _________________.


A. mengelakkan berlakunya kecederaan.
B. bermain dengan lebih seronok dan yakin.
C. meningkatkan prestasi pemain.
D. bermain bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ganjaran yang lebih.

Bahagian B (30 markah)

1. Tuliskan Betul atau Salah pada pernyataan berikut. (10 markah)

a) Kita bertanggungjawab menjaga alatan dan mematuhi peraturan semasa bersukan.

b) Semasa bersukan, kita perlu melakukan aktiviti bersungguh-sungguh tanpa memikirkan


orang lain.

c) Lakuan melambung bola tinggi ke udara untuk direjam di dalam permainan bola
tampar adalah kemahiran servis.

d) Jumlah kiraan untuk sebarang aktiviti regangan ialah lima.

e) Kaedah tekan tubi melibatkan daya tahan otot tangan.

f) Gejala rasuah dalam pertandingan sukan boleh menjejaskan imej sesebuah negara.

g) Aktiviti lompat tali boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

h) Rehat yang cukup amat penting untuk tumbesaran tubuh seseorang.

i) Jaket keselamatan harus dipakai semasa melakukan aktiviti di air.

3
j) Kelajuan ialah kemampuan kita bergerak dengan pantas dalam masa yang singkat.

2. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul dan tepat. (10 markah)

gelanggang etika pecut sistematik

padang selamat tegang tujuh

gelanggang keselamatan

a) Sebelum melakukan aktiviti sukan, pastikan kawasan dalam keadaan tidak berlubang dan
________________________.

b) Murid-murid hendaklah mendengar dan mematuhi arahan tentang langkah-langkah


________________________.

c) Glof, raket tenis dan jaring bola jaring adalah peralatan yang digunakan untuk permainan yang
dimainkan di dalam _________________.

d) Menyimpan alatan sukan secara ______________________ boleh mengelakkan kemalangan


dan alatan tidak mudah rosak.

e) Semasa bertanding, kita perlu bersabar dan mengawal perasaan supaya tidak wujud suasana
_________________ dengan pasukan lawan.

f) Lari berpagar adalah acara __________________ yang sangat popular.

g) Lontar peluru adalah satu acara ____________________ dalam kejohanan olahraga.

h) _____________________ dalam pertandingan sukan dapat mendidik para atlet, pegawai


sukan dan penonton agar lebih berdisiplin.

i) Servis dalam permainan bola tampar dilakukan dari belakang luar ______________________.

j) Pasukan bola jaring terdiri daripada _______________ orang pemainan dalam suatu
perlawanan.

4
3. Namakan otot-otot besar manusia di bawah. (5 markah)

Otot rektus Otot triseps Otot kuadriseps Otot pektoralis


abdominis major

Otot
gastroknemius

5
4. Namakan kemahiran berdasarkan gambar di bawah ini. (5 markah)

merejam / mengumpan / mengadang / servis / menyangga

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:


(NORFADZLINA MISBAH) (GHANDHIMATHI THENRENGAN) (NORLIN BT ABD AZIZ)
Guru subjek Ketua Panitia Pend. Jasmani PK Pentadbiran
SK Convent (1) SK Convent (1) SK Convent (1)

Telah disemak
6
.
(Tandatangan ibubapa/penjaga) (Tarikh)

Anda mungkin juga menyukai