Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

PANGSAPURI INDAH RIA

ANJURAN JAWATANKUASA SURAU AL HUSNA

KERJASAMA PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI INDAH RIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Surau Al-Husna Pangsapuri Indah Ria akan menganjurkan
Program Sempena Maulidur Rasul 1439H bersempena hari kelahiran Junjungan Mulia
Nabi Muhammad SAW yang bakal menjelma. Berikut adalah maklumat lengkap berkenaan
aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang Program Sempena Maulidur Rasul 1439H:

1) PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA

Tema: Kasih Sayang


Tarikh: 01 Desember 2017 ( Jumaat )
Masa: 9.30 pagi 11.30 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Pangsapuri Indah Ria
Syarat-Syarat Pertandingan:
1. Terbahagi kepada 2 kategori: Melukis terbuka kepada pelajar berusia 9-10
tahun, manakala mewarna terbuka kepada pelajar berusia 6-8 tahun.
2. Penyertaan percuma.
3. Bahan-bahan lukisan hendaklah dibawa oleh peserta sendiri.
4. Peserta diberi masa 2 jam untuk menyiapkan lukisan.
5. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada hari tersebut.
6. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

2) PERTANDINGAN BERCERITA

Tema: Kisah Sahabat Rasulullah SAW


Tarikh: 01 Desember 2017 ( Jumaat )
Masa: 03.00 petang 4.15 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Pangsapuri Indah Ria
Syarat-Syarat Pertandingan:
1. Terbuka kepada pelajar sekolah rendah yang berusia antara 7-12 tahun
2. Penyertaan percuma.
3. Peserta mestilah berpakaian sopan.
4. Peserta diberi masa 3-5 minit untuk mempersembahkan cerita masing-masing.
5. Markah dikira berdasarkan jalan cerita, gaya bahasa, intonasi dan pakaian
peserta.
6. Pertandingan akan diadili oleh 3 juri yang dilantik.
7. Keputusan pertandingan akan diumukan pada hari tersebut.
8. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.

3 ) PERTANDINGAN BUSANA CILIK MUSLIM & MUSLIMAH

4) PAMERAN SEJARAH SEERAH RASULULLAH 30 NOV 02 DESEMBER 2017

Untuk penyertaan, pendaftaran atau sebarang pertanyaan berkenaan aktiviti-aktiviti di


atas, tuan-puan boleh hubungi wakil-wakil program. Sila nyatakan butiran-butiran diri seperti
nama, nombor kad pengenalan/sijil kelahiran, alamat, nombor telefon dan penyertaan yang
ingin disertai. Jom beramai-ramai memeriahkan Program Sempena Maulidur Rasul 1439H
Anjuran Surau Al-Husna Pangsapuri Indah Ria.

TENTATIF PROGRAM

08.00 AM 12.00 PM - GOTONG ROYONG MASAK

09.30 AM 11.30 AM - PERTANDINGAN MEWARNA KANAK KANAK

12.00 PM 12.50 PM - MAKAN TENGAHARI

01.00 PM - 02.30 PM - SOLAT JUMAAT/ ZOHOR DAN REHAT

03.00 PM 04.15 PM - PERTANDINGAN BERCERITA KANAK-KANAK

04.15 PM 05.00 PM - SOLAT ASAR BERJEMAAH

05.30 PM 06.30 PM - MAJLIS PERASMIAN / PENUTUP

PERTANDINGAN BUSANA CILIK MUSLIM &

MUSLIMAH

PENYAMPAIAN HADIAH

MINUM PETANG
BERSURAI

Anda mungkin juga menyukai