Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN BIDANG MENGAMBAR

Definisi Menggambar
Adalah satu representasi
visual sesuatu objek atau
imej yang dihasilkan di atas
permukaan rata.
Ia mengandungi komposisi
artistik yang dihasilkan
melalui aplikasi warna di
atas permukaan rata.
Ilustrasi yang digunakan
untuk menerangkan dengan
lebih jelas tentang sesuatu objek
Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu
imej atau objek

Alat, Media dan Teknik


Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang
berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar,
majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya
amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

Tujuan Menggambar
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara
manual dan berbantukan komputer.

(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman


Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan
berfungsi

(b) Aras Aplikasi dan Analisa


Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan
mencuba secara spontan
Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan
perasaan gembira
Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara
kreatif

(c) Aras Sintesis dan Penilaian


Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang
disukai dan yang tidak isukai
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna
Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan,
kebersihan serta mengutamakan keselamatan
Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea
yang kreatif

LUKISAN
(a) Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas
bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj,
montaj dan cetakan.

Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel,
pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk,
saiz, warna dan jalinan.

(b) Alat, Media dan Bahan


Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan


Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat
dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip,
kertas fotokopi, kertas suratkhabar.

(d) Teknik
i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.

Menentukan Tema atau Subjek


(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio

Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek
seperti berikut:
(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

Lukisan

Lukisanmerupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam


usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media
basah ( bukan sapuan ). Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen,
krayon, arang, pastel, marker pen dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan
adalah terhad. jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa
menggunakan warna atau warna yang terhad.

Asas Sebelum Melukis


1. objek/ item
2. pencahayaan
3. perspektif

1. Objek / item
* Mengenal pasti objek yang hendak dilukis.
* Bentuk dan struktur
* Jalinan pada permukaan objek tersebut
* Warna - sekiranya menggunakan warna

Kesan Cahaya dan Bayang


* Apabila melukis sesuatu objek, aspek bentuk, cahaya dan bayang adalah penting.
* Kesan cahaya amat penting bagi menimbulkan bentuk objek yang dilukis.
* Rupa yang berjisim akan kelihatan sempurna apabila dimasukkan unsur cahaya dan
bayang

2. Pencahayaan
* Kesan dan kajian cahaya pada objek yang hendak dilukis
* Kesan arah cahaya
* Kesan bayang objek
* Kualiti ton yang wujud
* Kesan Pantulan cahaya

3. Perspektif

* Pemahaman tentang perspektif amat penting bagi menentukan kedudukan objek yang
kita lukis.
* Kedudukan pelukis akan menentukan objek yang dilukis
* Perspektif berbeza apabila dilihat dalam kedudukan yang berbeza

Jenis-jenis titik perspektif

1. Perspektif 1 titik lenyap

2. Perspektif 2 titik lenyap

3. Perspektif 3 titik lenyap

Peralatan

Alatan asas yang digunakan ialah :

pensil
pen
dakwat
arang/ charcoal
pastel
krayon

* pensil digunakan untuk membuat lakaran asas bentuk @ rupa


* pen dakwat digunakan untuk membuat pelbagai garisan / lorekan bagi memperlihatkan
struktur objek yang dilukis.
* pen pelbagai saiz mata digunakan bagi memperlihatkan jenis garisan yang digunakan.
* apabila membuat garisan / lorekan, pen hendaklah dikawal sebaik-baiknya untuk
memdapatkan kesan yang dikehendaki.
* garisan/ lorekan perlu dibuat dengan konsisten
* jika perlu, kertas lukisan hendaklah dipusing-pusingkan untuk mendapatkan kesan yang
dikehendaki.

Teknik Lukisan
Teknik Garisan

menggunakan pen, pensil atau dakwat


garisan disusun membentuk imej dan menimbulkan bentuk - untuk menimbulkan bentuk
objek hendaklah menggunakan kualiti garisan.

Teknik Garisan Silang

Teknik Titik / Pointilistik

* Menggunakan pensil, pen atau pen teknikal.


* Titik-titik diolah dan disusun bagi menghasilkan ton yang dapat menimbulkan bentuk
objek yang dilukis.

Gabungan Teknik Melukis

Kaedah Melukis

Langkah 1
Kaji subjek yang hendak dilukis dan bahagikan subjek kepada bentuk-bentuk mudah

Langkah 2

Mulakan dengan membuat bentukbentuk geometrik yang mudah. gunakan pensil dahulu

Langkah 3

Gunakan garisan bandingan menegak dan melintang untuk membetulkan subjek pada
kertas lukisan. Betulkan dengan menggunakan pensil.

langkah 4

Buatkan perincian dengan pensil pada subjek yang dilukis. Perincikan bahagian ton cerah
dan juga ton gelap.

Langkah 5

Dengan menggunakan pen, lukis nkembali ke atas lakaran pensil yang dibuat. Dengan
pelbagai teknik garisan, perincikan subjek yang dilukis. Utamakan nilai ton cerah dan
gelap dalam subjek.

Contoh-contohLatihan Melukis
1. Latihan Alam Benda

Timbulkan bentuk pada objek-objek dalam lakaran di atas dengan memperlihatkan kesan
cahayanya.

hasil siap

2. Latihan Pemandangan

hasil siap

3. Latihan Alam Semulajadi


hasil siap

Latihan Amali Melukis


1. Penentuan Tema : Alam semulajadi
2. Penentuan Tajuk : Buah-buahan
3. Lokasi : Dalam kelas / studio

Langkah 1
* Perhatian objek : buah-buahan dengan teliti
* Buat garisan dasar titik lenyap dan garisan menegak sebagai garis panduan
* Kemudian bentuk lakaran kasar bertitik geometri
* Garisan kontur boleh memperlihatkan bentuk

Langkah 2
* Lakarkan ton nipis dan lakarkan sedikit bayangan cahaya
* Perelokkan bentuk hingga menjadi bentuk ber-ton
* Padamkan mana-mana garisan yang tidak diperlukan lagi

Langkah 3
* Peringkat akhir ialah peringkat melengkapkan subjek yang dilukis
* Peringkat ini memerlukan penghasilan jalinan dan ton yang baik

Contoh Karya Lukisan

AKTIVITI RESIS DALAM MENGGAMBAR

Aktiviti Resis adalah merupakan satu aktiviti menggambar untuk menghasilkan sesuatu
hasil karya dengan menggunakan medium warna basah dan gabungan contengan lilin dan
juga bahan lain seperti krayon.Penggunaan bahan-bahan seperti lilin dan juga krayon lilin
dapat bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan atau lakaran di atas kertas atau
kain.Teknik ini akan membolehkan permukaan kertas yang disapu dengan lilin tidak akan
menyerap warna dan bahagian ini akan diresiskan.

Tema :
Bahan
Organik
Tajuk :
Alam
Semula jadi
1
Bahan : Lilin, Canting, Kain putih, pensel, warna air ( untuk batik ) dan berus
mewarna.
Teknik : Resis dengan kain

Tema :
Bahan
Organik

Tajuk :
Alam
Semula jadi
II
Bahan :
Lilin, Kertas
lukisan,
berus,
warna air
dan bekas
air.
Teknik : Resis dari warna air

Tema :
Campuran
bahan
organik dan
geometri

Tajuk :
Corak tidak
terancang
Bahan :
Kertas
lukisan,
krayon,
warna air,
pensel,
berus dan bekas air dan tisu.
Teknik : Krayon resis batik
Tema :
Bahan
geometri

Tajuk :
Kertas
pembalut
hadiah
Bahan :
Kertas
lukisan,
krayon lilin
warna,
warna air,
pensel,
berus dan bekas air
Teknik : Krayon resis dengan warna air

Tema :
Campuran
Bahan
Organik dan
Geometri
Tajuk :
Corak Batik
Bahan :
Kertas
lukisan,
krayon lilin,
warna air,
berus
mewarna
dan bekas
air.
Teknik :
Krayon
Resis Batik
Tema : Bahan Geometri
Tajuk : Corak Bebas
Bahan : Kertas lukisan, warna poster, lilin biasa, pensel, berus mewarna.
Teknik : Resis dengan warna poster

Tema :
Bahan
Organik
Tajuk :

Pemandangan
Bahan : Lilin biasa, warna air, kertas lukisan, berus mewarna dan bekas air.
Teknik : Resis dengan warna air

Tema :
Organik
Tajuk :
Alam
Semulajadi
Bahan :
Warna air,
lilin biasa,
kertas
lukisan,
berus dan
bekas air.
Teknik :
Resis dari
warna air
dan lilin biasa
Kaedah Cetakan Stensil (potongan kertas)

Cetakan Stensil

Cetakan stensil
merupakan kaedah
yang paling mudah
bagi pemula-
pemula atau
pelajar-pelajar yang
baru diperkenalkan
dengan cetakan ini
kerana bahan yang
digunakan adalah
lebih mudah. Anda
sebagai guru yang baru mengenali cetakan juga boleh mempraktikkannya di sekolah.
Pelajar-pelajar agak suka menghasilkan kerja cetakan ini terutama sekali jika cetak pada
kemeja T mereka

Peralatan dan
bahan yang
dikehendaki

sekuji (digunakan
untuk mencetak)

Peralatan bahan
yang diperlukan
ialah:-
1. Skrin
2. Dye fabrik atau
pewarna
3. Sekuji
4. Kain organdi
(untuk diregangkan
pada skrin)
5. Kain atau kertas untuk cetakan
6. Kertas (untuk melukis imej)
7. Cutter/pisau (untuk memotong imej)
8. Pita pelekat
9.Stepler gun

Proses

Sediakan skrin
dengan
meregangkan kain
organdi dengan
menggunakan
stapler gun.
Pastikan kain
tersebut benar-
benar tegang

Lukis imej yang


dikehendaki pada
kertas seperti imej flora,
tulisan atau logo tertentu.

Potong bahagian
positif imej dan
tinggalkan
bahagian
negatifnya.

Lekatkan imej yang


telah siap dipotong
tadi pada bahagian
belakang skrin
dengan kemas dan
lekatkan pita pelekat agar
imej tidak tertanggal
semasa mencetak

Skrin telah sedia untuk


dicetak. Letakkan kain atau kemeja T di bahagian bawah skrin, jika menggunakan kemeja
T, pastikan bahagian dalam kemeja T hendaklah dilapik dengan kertas tebal atau kadbod
agar tidak terkena pada bahagian belakang baju.

Tuang dye fabrik di


atas hujung skrin
sebanyak yang
dikehendaki

Cetak
menggunakan
sekuji, anda
hendaklah
memastikan skrin
tidak bergerak-
gerak semasa
cetakan kerana ini
akan
mengakibatkan
imej yang dicetak
akan rosak, sekuji
juga hendaklah
dicondongkan sedikit bagi mendapat kesan yang sempurna. Jangan cetak berulang-ulang
kali kerana ini mungkin akan merosakkan imej atau dye akan masuk terlalu banyak.

Karya cetakan yang


telah siap

Anda juga boleh


minta pelajar cetak
pada permukaan
kemeja T, ini lebih
menyeronokkan
dan pelajar-pelajar
lebih enjoy
menghasilkan
aktiviti tersebut.
Jika menggunakan
beberapa warna, anda perlukan menghasilkan beberapa imej mengikut warna-warna yang
dikehendaki dan skrin yang berbez

Anda mungkin juga menyukai