Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 3

Tarikh : 28 Ogos 2013 ( Rabu )


Masa : 8.40 9.40 pagi
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : 3 Mawar
Tema : Alam Ceria Hidup Sejahtera
Tajuk : Mesra Alam

Standard Kandungan : 2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk


memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai
bahan dengan betul.

Standard Pembelajaran : 2.5.1 Membaca dan memahami bahan grafik yang


mengandungi ayat dengan betul.
3.5.1 Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan
daripada pelbagai sumber

Kemahiran Literasi : 4.1 Menyebut,membaca dan memahami perkataan


yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

4.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi


digraf dan konsonan bergabung

Objektif Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

Menguasai
1. Membaca dan memahami bahan grafik yang
mengandungi ayat dengan betul.

2. Menaakul bahan grafik yang mengandungi ayat


dengan betul.

3. Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan


daripada pelbagai sumber

Tidak Menguasai
1. Menyebut dan memahami perkataan yang
mengandungi digraph dan konsonan bergabung.

2. Membina dan menulis perkataan yang mengandungi


digraph dan konsonan bergabung.

Elemen Merentas Kokurikulum : Kreativiti

Nilai Murni : Menjaga kebersihan alam sekitar

BBB/Media : Kad perkataan bergambar,Kad Topup dan


lembaran kerja.
Aktiviti Pembelajaran dan pengajaran :

Set Induksi :
i. Murid diminta menyanyi lagu air pasang dalam

Langkah 1 :
i. Murid diperdengarkan lagu Air Pasang Dalam melalui slide.
ii. Murid menyebut perkataan berwarna dalam slide yang dipaparkan.
iii. Murid dan guru bersoaljawab tentang lagu yang diperdengarkan.

Langkah 2 :
Murid yang tidak menguasai

i. Murid menyebut perkataan dan membaca perkataan digraf dan konsonan


bergabung yang diwarnakan dalam slide.
( bunga,nyamuk,monyet,wangi,bunyi,traktor,skuter,strawberi )

Murid yang menguasai

i. Membaca ayat dari petikan bergambar yang dipaparkan.


ii. Murid dipilih secara rawak untuk menceritakan aktiviti yang boleh
dilakukan untuk menjaga alam sekitar.
iii. Murid bersoal jawab dengan guru untuk menerang maksud ayat tersebut.

Langkah 3 :
Murid yang tidak menguasai

i. Menyebut dan memahami digraf dan konsonan bergabung berdasarkan


Kad Topup.

Murid yang menguasai

i. Murid diminta menerangkan akan kepentingan menjaga alam sekitar


dengan menggunakan ayat mudah.
ii. Murid membaca semula lirik lagu air pasang dalam dengan intonasi yang
betul.
iii. Murid menyalin semula perkataan berwarna dengan betul.
iv. Murid menulis semula lirik lagu yang telah dinyanyikan.

Penutup

i. Guru membuat aktiviti pengukuhan dengan menyanyi semula lagu Air


Pasang Dalam berserta dengan aksi.
Refleksi

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai