Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2015

SK SEGA, 71200 RANTAU, NEGERI SEMBILAN

TARIKH

23 Januari 2016
Masa : 8.00 pagi

TEMPAT
Kawasan Sekolah
1.0 Pengenalan

Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk
membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para
pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah. Pengawas juga
adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi
dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan
panduan.

Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan
pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka.
Para pengawas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui
senario seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara
yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.

2.0 Objektif

2.1 Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pengawas dapat:


2.1.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-kawan.
2.1.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
2.1.3 Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
2.1.4 Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan.
2.1.5 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
2.1.6 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
2.1.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak
sekolah.
2.1.8 Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.

3.0 Tarikh dilaksanakan


3.1 23 Januari 2016 (Sabtu)

4.0 AJK Pelaksana


4.1 Rujuk Lampiran A

5.0 Tempat
5.1 Kawasan Sekolah

6.0 Aktiviti
6.1 Rujuk Lampiran B

7.0 Anggaran Perbelanjaan

No Perkara Anggaran Jumlah


1. Makan
Minum Pagi RM 4 x 36 RM 236.00
Jumlah Keseluruhan RM 472.00

Sumber Kewangan
1. PCG Ko-Kurikulum (Melibatkan Kursus Kepimpinan)

8.0 Penutup

Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk
meningkatkan keyakinan murid untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh membantu
guru. Disamping itu, program ini banyak membantu murid untuk menjadi seorang
pemimpin yang berkesan dan mampu mengurangkan beban guru dalam mengawal murid-
murid sekolah.
Disediakan oleh,

___________________
(AZRINAWATI ZAINUDDIN)
Setiausaha
Program Kepimpinan 2016
Sekolah Kebangsaan Sega

Disemak oleh,

___________________
(HAZLY NUR HASYIM)
Penyelaras,
Program Kepimpinan 2016
Sekolah Kebangsaan Sega

Diluluskan oleh,

___________________
(FADILAH HAJI HAROON)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sega
Lampiran A

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Puan Fadilah Haji Haroon (Guru Besar)


Naib Pengerusi : 1. Puan Ramlah Ismail (PK Akademik)
2. Encik Hazly Nur Hasyim (PK HEM)
3. Encik Iza Muhaizam Ismail (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Puan Azrinawati Zainuddin
Setiausaha : Puan Norazila Muhamad
Bendahari : Puan Rozasima Razali
ICT : 1. En. Dantes Ak Din
2. En. Jabit bin Sopining
AJK Siaraya : Encik Lee Ak Giyang
Keselamatan dan
Disiplin : 1. Puan Connie ak Achen
2. En. Hamden Bin Glass
Kebersihan dan
Hadiah & Sijil : 1. Puan Siti Fatimah Kasman
Ajk Makanan/Kenderaan : Guru Jawatankuasa Disiplin dan Guru Kelas
Lampiran B

Jadual Aktiviti

Masa Akitviti Tindakan


0730 Pendaftaran
0800-0830 Taklimat Guru Bimbingan GBK
0830-0900 Taklimat Tugas-Tugas Pengawas Guru Disiplin (Penyelaras)
0900-0930 Minum pagi AJK Makanan
0930-1100 Latihan dalam kumpulan
(Pengawas beredar ke stesen - Semua guru
mengikut kumpulan)
1100 -1200 -Penyampaian sijil dan Watikah - AJK sijil
Kepada Pengawas 2016 - Ajk Keselamatan Dan
-Bersurai disiplin

Anda mungkin juga menyukai