Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK WAWASAN, SEREMBAN 2 Kod Sekolah: NBA 4049

1. Nama Guru
AZRINAWATI BINTI ZAINUDDIN

PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR: 3. Bidang:PEMBANGUNAN


2. Judul
INISIATIF GLOBAL DAN DIRI
PENGLIBATAN TEMPATAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Buku bertajuk "Perlindungan Alam Sekitar: Inisiatif Global dan Penglibatan Tempatan" adalah
suatu wacana langkah Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala (MEAs – Multilateral Environmental
Agreements) menerusi pengalaman Malaysia dalam proses rundingan semasa pembentukan dan
penerimaan MEAs seperti contoh, Protokol Montreal.

Persetujuan tersebut sudah pun dicapai di peringkat antarabangsa harus dibawa balik ke negara
masing-masing anggota untuk mendapatkan persetujuan dalaman negara pula. Sebagai isu
global dan serantau, MEAs adalah relevan apabila kegiatan dan tindakan seterusnya di bincang
untuk mendapatkan persetujuan dalam kalangan pihak berkepentingan dalam negara supaya
mereka boleh menggerakkan perkara yang sudah dipersetujui itu dalam kegiatan sehariannya.
Persetujuan yang tercapai dan tindakan susulan yang diambil akan membantu usaha semua
pihak merealisasikan pembangunan mampan di Malaysia.

Buku ini meneliti bagaimana proses rundingan pembentukan dan penerimaan sesuatu MEAs
boleh mewujudkan kerjasama kesepakatan dengan berdasarkan kepada isu pokok dalam
Protokol Montreal dari pengalaman Malaysia di pentas global. Walaupun buku ini memberi
tumpuan kepada proses rundingan awal dalam kerjasama alam sekitar antarabangsa semasa
pembentukan dan penerimaan Protokol Montreal, buku ini juga sedikit sebanyak mewakili
gambaran keseluruhan proses rundingan dalam kerjasama alam sekitar antarabangsa terhadap
MEAs.

Bab-bab yang dimuatkan dalam buku ini merangkumi topik yang menarik seperti ulasan
mengenai inisiatif global untuk Perlindungan Alam Sekitar, peranan Perjanjian Alam Sekitar
pelbagai hala, penglibatan Malaysia dalam MEAs, penglibatan Malaysia dalam Protokol Montreal,
pengalaman Malaysia di pentas global berhubung MEAs dan penerangan terperinci mengenai
pengalaman Malaysia di pentas global berhubung isu-isu MEAs.

Antara topik yang menarik ialah respons dan penglibatan Malaysia dalam MEAs. Respons ke atas
MEAs boleh dilihat melalui komitmen Malaysia dalam pembentukan dasar dan kerjasama
antarabangsa mengenai alam sekitar, menerusi Rancangan Malaysia RMK6 dan RMK8, dan
melalui kerjasama serta penyertaan Malaysia dalam sekurang-kurangnya 20 kerjasama antara
bangsa seperti Ramsar Convention, Montreal Convention, Convention on Biological Biodiversity
dan banyak lagi.
Dua bab yang menarik dan menonjol adalah Bab 5 dan Bab 6 yang masing-masing memberi
perincian mengenai penyertaan Malaysia dalam Montreal Convention atau Protokol Montreal dan
pengalaman Malaysia di pentas global yang mampu memberi input utama dalam pelaksanaan
kebanyakan perjanjian antarabangsa mengenai MEAs. Di bawah Protokol Montreal sebagai
contoh, Malaysia memberi input yang luas berhubung undang-undang antarabangsa untuk
pengurusan persekitaran. Malaysia telah di iktiraf oleh masyarakat antarabangsa sebagai salah
buah negara yang begitu komited dalam pengurusan persekitaran global terutama sekali
berkaitan dengan pemuliharaan lapisan ozon global melalui Protokol Montreal. Ini telah
digambarkan apabila Malaysia telah memperoleh Anugerah UNEP Ozone Awards pada tahun
1997. Manakala, Protokol Montreal pula, pada masa yang sama dianggap sebagai salah satu
undang-undang antarabangsa untuk pengurusan persekitaran yang berjaya. Protokol Montreal
telah berjaya mendapat kerjasama antarabangsa dengan melibatkan hampir semua negara di
dunia dalam menangani masalah penipisan lapisan ozon global.

Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perubahan Iklim Negara dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
adalah asas pengurusan alam sekitar di Malaysia. Dasar-dasar tersebut menjadi landasan
Malaysia untuk dapat berunding di peringkat antarabangsa untuk perkara-perkara berkaitan alam
sekitar. Jabatan Alam Sekitar misalnya menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar, manakala
Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bertanggungjawab untuk dasar-dasar
yang berkaitan dengan perubahan alam sekitar dan iklim seperti Dasar Alam Sekitar Kebangsaan
dan Dasar Perubahan Iklim Negara. Untuk melaksanakan program-program alam sekitar atau
projek-projek yang memberi manfaat kepada persekitaran global secara berkesan. Malaysia telah
berjaya memastikan bahawa obligasi antarabangsa di pelbagai konvensyen alam sekitar
antarabangsa dapat dilunaskan. Dalam masa yang sama Malaysia secara berterusan memberi
galakan supaya negara-negara yang telah menandatangani konvensyen alam sekitar
antarabangsa supaya menunaikan tanggung jawab kewangan dengan menepati masa
pembayaran dan memberi komitmen secara berterusan.

Buku ini juga menyentuh mengenai salah satu langkah untuk menangani cabaran dalam
berurusan dengan pelbagai pihak berkepentingan alam sekitar melalui rundingan. Di peringkat
tempatan, kaedah rundingan secara lembut dan keras digunakan. Kedua-dua bentuk rundingan
ini dikatakan dapat mempengaruhi kerjasama perundingan antara pihak berkepentingan dalam
proses rundingan untuk melaksanakan perjanjian alam sekitar antarabangsa termasuk Protokol
Montreal di peringkat tempatan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Membantu pembaca@saya agar dapat membina dan meningkatkan diri saya dalam penjagaan
alam sekitar dan menanamkan sikap lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan sikap lebih
sayangkan alam sekitar.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Pengetahuan yang diperoleh diaplikasikan bagi menerapkan pendidikan alam sekitar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( AZRINAWATI ZAINUDDIN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai