Anda di halaman 1dari 2

PERSEDIAAN DIRI SEBELUM MENUNAIKAN UMRAH

Dalam berkira-kira masa menunggu yang berbaki kurang 40 hari saja lagi, ini adalah waktu
terbaik untuk mula buat aktiviti regangan badan.

Dah kena start uji stamina badan masing-masing untuk biasakan diri berjalan jauh sebab rata-
rata aktiviti kita di sana nanti akan banyak menggunakan kaki dan tenaga untuk mengerjakan
rukun umrah dan melakukan ziarah.

Tawaf dan sa'ie sudah tentu paling banyak memerlukan tenaga. Sa'ie dari Safa ke Marwah lebih
kurang 420 meter, ulang alik 7 kali dah jadi 2940 meter kita berjalan. Dah nak dekat 3km saie
sahaja.

Dengan masa yang berbaki tak berapa hari lagi ni, manfaatkan waktu ni dengan aktiviti
menguatkan fizikal badan supaya tubuh kita sihat dan fit untuk mengerjakan ibadah umrah.

Pakat sama-sama jaga makan minum, pastikan kesihatan menjadi keutamaan kita semua ketika
ini. Kesihatan ni mahkota mujahid. Kita ke Mekah ni nak berjihad di jalan Allah, jadi menjaga
fungsi seluruh pancaindera supaya kekal cergas dan sihat satu tuntutan yang wajib kita
utamakan.

Latih diri kita mendekati masjid ditempat kita tinggal. Ini juga satu latihan untuk menjadikan
disiplin diri supaya selesa dengan suasana masjid. Sekiranya dahulu kita sering solat dirumah,
biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid. Bagus juga untuk merapatkan silaturrahim sesama
ahli qariah.

Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita hadir di majlis yang
dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini akan melembutkan hati kita. Tanpa sedar
inilah latihan untuk kita beriktiqaf di masjid dan merasai taman raudhah.

Raudah sendiri adalah taman syurga. Majlis ilmu itu adalah salah satu dari taman-taman syurga.

DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH MELALUI SOLAT SUNAT

Solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud adalah
bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yang banyak telah kita lakukan.
Ia juga membantu kita bermunajat kepadaNya dan memohon keampunan dan taubat diatas
perbuatan-perbuatan kita yang lalu dan moga-moga Allah mengampuni kita. Zikirkan sebagai
satu simbolik penyucian diri untuk kita bersihkan diri dari segala kekotoran yang ada dalam jiwa
dan harta kita.
Inilah masa yang paling terbaik untuk memohon perlindungan agar dipermudahkan perjalanan
pergi dan balik mengerjakan ibadah malah memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang
bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan.

PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN BESERTA TERJEMAHAN

Selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermanafaat kerana
apabila kita berada di tanah suci selain dari ibadah umrah, pembacaan al-Quran adalah sesuatu
yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatamnya dalam masa ibadah tersebut
adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.

Paling penting, masa inilah kita nak baca dan FAHAM sebagaimana rasulullah mendapat
kefahaman wahyu yang disampaikan kepada baginda. Tak guna jika sehingga hari ini kita
membaca al-quran tapi langsung tak faham apa yang kita baca.

Kita membaca al-Quran tetapi kita sebenarnya kita BUTA HURUF! Sepatah pun kita tak tahu
bahasa arab, tetapi malas nak ambil tahu maknanya. Menonong kita membaca dengan harapan
mendapat ganjaran dan syafaatnya. Bagaimana al-Quran nak membantu kita kalau kita tak
kenal Dia? Tak faham perintahnya?

Tanamkan azam, untuk baca dan faham isi kandungan kitab al-Quran bermula dari sekarang
supaya kita akan merasai nikmat ibadah umrah kerana kita sendiri sudah jelas segala
perintahnya.

Bacalah buku-buku berkenaan umrah, Madinah dan Mekah.

Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut. Buka minda dan
naluri kita sebelum kita berada di tanah suci dengan menghayatisirah perjalanan Rasulullah dan
para sahabat.

Perkemaskan kefahaman tentang ibadah umrah untuk mendapat penyucian diri yang
sempurna. Biarlah kita lakukan yang terbaik sepanjang umrah di sana bermula dari langkah
yang pertama!

SHAUQI

Mutawwif Umrah Jejak Rasul 2016

Anda mungkin juga menyukai