Anda di halaman 1dari 15

7 Langkah Mudah Bina Minisite 1

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 2

Assalamualaikum dan hai

Pertama sekali saya ucapkan tahniah dan terima kasih kerana telah mengambil tindakan
bijak dengan mendapatkan ebook 7 langkah mudah bina minisite ini. Sebelum saya teruskan
perkongsian, izinkan saya menceritakan serba sedikit mengenai diri saya. Nama saya Ahmad
Shahrin Bin Mohamad Anuar. Saya merupkan seorang jurutera swasta di Kuala Lumpur.
Pada masa ini saya giat menjalankan urusan perniagaan internet,pemasaran internet dan
juga seorang blogger dalam niche pembinaan website dan blog.

Sejak beberapa tahun ini, saya telah membantu pelanggan menghasilkan blog,website dan
minisite. Alhamdulillah, gembira dan puas apabila dapat membantu para pelanggan yang
langsng tiada asas IT menghasilkan blog & website mereka sendiri.

Sebenarnya dulu saya juga bermula dari zero. Langsung idak tahu apa-apa mengenai
website. Alhamdulillah berkat belajar untuk beberapa tahun, saya lebih mahir dan mampu
membantu para pelanggan menghasilkan sendiri website dan blog mereka. Sewaktu
bermula dulu, saya terpaksa upah orang untuk menghasilkan website saya. Tapi selepas
sejumlah wang yang saya laburkan, apa yang saya dapat hanyalah sebuah template sahaja.
Sales letter dan lain-lain seperti SEO perlu saya buat sendiri. Pada masa itu saya tidak tahu
pun ada template yang boleh didapati dengan percuma atau lebih murah jika saya beli
sendiri dan install di minisite saya sendiri.

Tak mahu kesilapan sama berulang pada rakan-rakan yang baru mencuba-cuba untuk bina
minisite membuatkan saya hasilkan panduan ringkas ini. Tambahan pula, memang agak
tinggi kos untuk menghasilkan sesebuah website atau minisite jika kita upah pada sesebuah
syarikat ataupun webmaster professional. Sebagai inisiatif untuk membantu para peniaga
baru yang ingin menggunakan medium website atau minisite sebagai medium perniagaan
online, saya hasilkan panduan ringkas ini. Apabila buat sendiri website, banyak kos yang
dapat dijimatkan.

So teruskan pembacaan dan cuba terus untuk buat langkah-langkah yang saya kongsikan ini
ya

Ikhlas, 2
Ahmad Shahrin

Panduanwebjualan.com

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 3

Kenapa Minisite Sebagai Medium Perniagaan Online?

Sesuai untuk fokus pada satu jebis produk atau servis

Sesuai untuk produk digital, produk fizikal dan produk berbentuk servis

Nampak lebih professional

Tidak terikat pada peraturan Facebook

Tidak perlu melayan PM prospek setiap masa

Boleh bantu close sale dengan prospek secara automatik

Mempunyai sistem pengurusan tempahan yang lebih sistematik

Prospek yang lebih fokus dan mempunyai buyong intention yang lebih tinggi

Boleh digunakan untuk produk dropship

*Langkah yang akan saya tunjukkan ialah menggunakan platform wordpress website
(self hosted). Ini tak sesuai untuk mereka yang ingin mengunakan platform joomla 3
atau blogspot. Walaubagaimanapun anda juga boleh gunakan joomla atau blogspot
untuk bina minisite jika anda mahir dengan platform tersebut.

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 4

LANGKAH 1 DAFTAR DOMAIN & HOSTING

Ada banyak penyedia perkhidmatan sama ada syarikat antarabangsa mahupun tempatan di
mana anda boleh mendaftar domain & hosting. Macam saya sendiri, saya lebih selesa
menggunakan khidmat godaddy.com. Kalau anda berminat untuk menggunakan khidmat
penyedia perkhidmatan tempatan, saya ada senaraikan beberapa pihak yang menawarkan
perkhidmatan tersebut di bawah:

1. http://www.sempoihosting.com/
2. https://www.wanzul-hosting.com
3 .https://klserver.net/
4. http://bajethosting.com/

Anda boleh pilih mana-mana penyedia perkhidmatan yang anda rasakan memberi pakej
terbaik buat anda. Jika anda inginkan lebih banyak pilihan, anda boleh membuat carian di
internet.

Secara purata, anda perlu membelanjakan RM 150 setiap tahun bagi menampung kos
domain & hosting ini. Untuk daftar domain dan hosting, anda hanya perlu ikut langlah-
langkah pada website penyedia perkhidmatan yang anda pilih.

Namun begitu, saya juga turut menyediakan langkah-langkah leengkap untuk daftar domain
dan hosting (di godaddy.com). Jika anda berminat untuk mengetahuinya, boleh
dapatkannya DI SINI.

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 5

LANGKAH 2 INSTALL WORDPRESS

Setelah anda berjaya daftar domain & hosting, anda perlu ke akaun cpanel anda. Maklumat
akaun cpanel anda sepatutnya telah dikirimkan ke dalam emel anda oleh penyedia
perkhidmatan anda. JIka anda tidak menjumpainya, sila hubungi penyedia perkhidmatan
anda.

Masuk Ke Cpanel Anda (Penyedia perkhidmatan yang lain, mengkin mempunyai dashboard
cpanel yang berlainan dan software installer yang berlainan)

Klik pada installatron

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 6

Klik pada ikon wordpress

Klik pada butang install this application

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 7

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 8

Isi semua maklumat yang diperlukan. Simpan maklumat username & password anda di
tempat yang mudah anda jumpa. Isikan emel anda yang betul supaya mudah untuk anda
recover maklumat website wordpress anda. Setelah selesai klik butang install.

Untuk akses dashboard wordpress anda pergi ke urlswebsiteanda/wp-admin.

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 9

LANGKAH 3 INSTALL THEME

Antara kelebihan menggunakan wordpress ialah banyak theme percuma yang anda boleh
gunakan. Untuk minisite, pilih teme yang ada fungsi full width page. Untuk panduan ini saya
akan tunjukkan cara nak install theme virtue.

Pergi pada dashboard wordpress. Klik appearance dan pilih temes.

Klik butang add new.

Search virtue theme di ruangan searach. Kemudian install & activate. Ikut arahan di
dashboard. Install plugin seperti yang diarahkan.

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 10

LANGKAH 4 BINA PAGE

Masukkan tajuk
page.contoh utama

Masukkan Gambar/video

Format tulisan, bold, size


dan lain-lan

Taip keyboard untuk tulis


content di page

Pergi ke dashboard wordpress,klik page dan pilih add new.

10

Pada pilihan template, pilih fullwidth

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 11

LANGKAH 5 BINA SALES LETTER (SURAT JUALAN)

Sales letter memainkan peranan penting untuk engage bakal pelanggan dan buatkan
mereka terus membaca sehingga Akhir dan berminat untuk buat pembelian.

Aspek utama dalam sales letter sudah semestinya headline. Ini kerana para prospek
biasanya akan skim dan scan sahaja sesuatu minisite. Jadi hanya ada beberapa saat sahaja
bagi mereka untuk buat keputusan untuk teruskan pembacaan atau tinggalkan minisite
anda. Cara mudah untuk belajar headline yang POWER ialah dengan merujuk kepada surat
khabar Harian Metro. Memang headline yang disiarkan mereka pada muka utam selalunya
sangat unik dan hype.

Untuk lihat 10 elemen penting yang perlu anda masukkan dalam sales letter anda, anda
boleh tonton video yang telah saya sediakan DI SINI

Selain itu grafik dan header juga mampu membuatkan prospek untuk terus kekal di dalam
minisite anda. Lebih lama masa prospek anda luangkan di miniiste anda, lebih tinggi peluang
anda untuk menghasilkan sales.

Namun begitu kos menghasilkan grafik dan header ini boleh menjadi agak mahal, jika semua
grafik dan header ini perlu dibuat oleh designer. Oleh itu sebagai alternatif yang lebih
ekonomi, saya ada sediakan beberapa langkah mudah untuk anda design sendiri header dan
grafik secara percuma. Apa yang anda perlu ada hanyalah sedikit kreativiti dan juga talian
internet. Guna smartphone pun sudah mencukupi. Anda boleh lihat panduan ringkas
tersebut DI SINI.

11

Klik publish setelah anda siapkan semua sales letter


anda

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 12

LANGKAH 6 INSTALL BORANG TEMPAHAN


Elemen borang tempahan ini akan dapat membantu anda menguruskan tempahan
pelanggan dengan lebih mudah. Ada beberapa cara untuk install borang tempahan ini. Anda
boleh gunakan script, plugin dan perkhidmatan third party seperti email me form dan
macam-macam lagi.

Untuk menggunakan plugin borang tempahan, anda perlu search dahulu di internet plugin
percuma borang tempahan yang anda boleh gunakan. Salah satunya ialah contact form 7.
Untuk install anda perlu ke dashboard wordpress terlebih dahulu.

Pilih plugin dan klik add new.

Buat carian di kotak search. Install dan activate plugin contact form 7.

Klik setting 12

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 13

Klik add new untuk bina borang tempahan baru

Bina & edit borang tempahan anda mengikut kesesuaian. Setelah selesai klik butang save.

Untuk tutorial terperinci setting & bina borang tempahan menggunakan plugin contact form
7, anda boleh dapatkannya DI SINI.

13

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 14

LANGKAH 7 SETUP PAGE SEBAGAI MAIN PAGE MINISITE


ANDA

Pergi ke dashboard wordpress anda.

Pilih setting dan klik reading

Pilih Static page

Pilih page yang


anda bina tadi

Setelah selesai, klik butang save.

Setelah minisite anda siap, pastikan anda test dulu semua fungsi supaya tidak ada masalah.
Jika semuanya sudah lancar, anda boleh mulakan promosikan minisite anda. Selamat
automasikan perniagaan anda dan semoga anda berjaya menghasilkan jualan yang banyak
melalui minisite dan perniagaan anda maju jaya.

14

Panduanwebjualan.com
7 Langkah Mudah Bina Minisite 15

PENUTUP

Terima kasih kerana telah membaca panduan ringas ini sehingga habis. Saya harap dengan
panduan ringkas ini, tuan-tuan dan cik puan akan lebih confident untuk membina minisite
dan seterusnya menggunakan minisite ini sebagai medium perniagaan online tuan-tuan dan
cik puan.

Ramai yang takut-takut kerana merasakan terlalu teknikal untuk membina minisite sendiri
secara DIY. Yag penting kena mula mencuba. Selagi tidak mencuba, pasti tidak akan tahu
betapa mudahnya membina minisite sendiri dan mudahnya berniaga melalui minisite ini.

Jika anda masih lagi kurang jelas dengan perkongsian ringkas ini dan nak dapatkan lebih
banyak tips-tips berkenaan minisite, pastikan anda join group facebook MINISITE JUALAN
yang saya sediakan khas untuk anda.

Akhir kata, Selamat maju jaya dari saya. Semoga perkongsian ringkas saya ini membantu
anda dan perniagaan anda. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Ikhlas,

Ahmad Shahrin

Panduanwebjualan.com

15

Panduanwebjualan.com

Anda mungkin juga menyukai