Anda di halaman 1dari 2

2.5.

1 Merancang Seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran
atau sesuatu aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Dalam membuat perancangan pengajaran
guru akan menentukan tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran
dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi menghidupkan suasana pengajaran dan
pembelajaran. Selain perancangan pengajaran, guru juga merancang disiplin dan pengurusan bilik
darjah yang baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam keadaan yang
tenteram. Guru perlu memikirkan cara-cara untuk mengurangkan masalah disiplin seperti
menggalakkan aktiviti yang bermakna serta menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti baru boleh
menimbulkan unsur suspens dan mengagumkan. Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa
kejayaan atau kegagalan satu-satu pelajaran atau kegiatan di dalam bilik darjah amat bergantung
kepada perancangan teliti yang dibuat oleh seseorang guru.

2.5.2 Mengurus Guru juga boleh bertindak sebagai seorang pegurus yang cekap.Ini penting bagi
mewujudkan keadaan yang tenteram, kerana keadaan yang tenteram adalah selesa untuk
pembelajaran. Sebagai pengurus guru akan memastikan segala kegiatan harian seperti menanda
kedatangan dan mengedar serta mengumpul buku-buku latihan dijalankan dengan teratur. Sebagai
pengurus, guru juga menentukan bahawa susunan meja dan kerusi adalah sesuai bagi murid-
muridnya. Masalah seperti halangan kepada penglihatan murid-murid yang lain hendaklah
dielakkan. Penyusunan tempat duduk murid-murid mengikut kumpulan akan memudahkan interaksi
antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid. Selaku pengurus yang baik, guru
hendaklah mendengar masalah murid dan sentiasa memotivasikan orang yang dijaganya. Dia
hendaklah berusaha untuk menggerakkan muridnya supaya mereka terdorong untuk belajar dengan
lebih tekun lagi. Pengurus yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu
di bawah jagaannya. Oleh itu, sebagai pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin
kendri di kalangan murid-muridnya. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran-
pembelajaran.

2.5.3 Mengelola Selain mengajar, peranan guru sebagai pengelola tidak kurang juga pentingnya.
Sebagai pengelola, guru menjalankan tugas-tugas berikut di dalam bilik darjah: 1- Memastikan
penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. 2- Menyediakan
keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid. 3- Memastikan segala bahan,
peralatan serta kelengkapan mencukupi. 4- Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang
mengambil bahagian dalam perbincangan seperti sesi buzz dan sumbangsaran. 5- Memastikan
masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. 6-
Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang sah serta boleh
dipercayai. Sebagai pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan suasana bagi menjamin
pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan.

2.5.4 Mengarah Dalam pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat lari dari memimpin dan
memberi arahan. Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang berjaya dan
berkesan bagi memastikan bilik darjah yang dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran benar-
benar memberi erti kepada muridmurid yang diajarnya. Field (2004) menyamakan peranan guru
dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah
kapal di mana guru adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai
pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi
kecil yang dipimpinnya.

2.5.5 Mengawal Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut memberi
peranan yang besar dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran. Keupayaan
seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan
yang tidak kurang hebatnya. Tidak sedikit usaha yang dijalankan bagi mengawal bilik darjah benar-
benar kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna ada berjaya
mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan berkebolehan mempengaruhi pelajar
untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran. Guru juga dikaitkan
dengan orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan
membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, guru harus berkebolehan dan berupaya
menukar tindakan atau sikap agar sesuatu matlamat tercapai. 2.6 Model Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah,
mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya
pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang
selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra.

Anda mungkin juga menyukai