Anda di halaman 1dari 1

Melibatkan 3 proses:

1. Meringkas dengan menggunakan taburan kekerapan (frekuensi)

2. Menentukan ukuran kecenderungan memusat: mod, penengah, min

3. Menentukan ukuran serakan: julat, sisihan kuartil, varians, sisihan piawai

Kecenderungan Memusat

Mod : Nilai yang mempunyai kekerapan terbanyak

Boleh pelbagai sekiranya terdapat kekerapan terbanyak mempunyai lebih satu nilai; dwi mod

Median:Nilai bagi kedudukan di tengah-tengah

Nilai stabil, tidak dipengaruhi oleh taburan data yang pencong

Min : Purata jumlah keseluruhan markat dibahagi dengan bilangan subjek

Tidak sesuai untuk data pencong.

contoh:

Dengan menggunakan ukuran kecenderungan memusat

a) Min, Mod, dan Median Taburan Frekuensi Sikap

Min adalah purata skor. Sebagai contoh, sebuah kelas mempunyai 28 orang murid. Dalam

peperiksaan pertengahan tahun, setiap pelajar mendapat markah masing-masing bagi subjek Fizik.

Min markah Fizik murid kelas tersebut boleh dikira dengan mencampur semua jumlah markah

setiap murid, kemudian dibahagi dengan bilangan pelajar iaitu 28. Nilai yang dihasil adalah nilai

min.

Dalam penyelidikan, min digunakan untuk menganggar taburan skor responden secara umum.

Min juga sering digunakan untuk membuat anggaran tentang tahap sesuatu perkara dengan

merujuk kepada skor min responden. Sebagai contoh, nilai min 3.4 dianggap berada pada tahap

baik bagi skor yang berada dalam skala 1 hingga 4.

Skor-skor dengan nilai min yang berada dipertengahan skor dianggap berada dalam

taburan normal. Sebagai contoh markah Ujian Fizik adalah antara 0 hingga 100. Jika nilai min

adalah sekitar 50, maka keadaan ini dipanggil taburan normal iaitu min, mod dan median berada

pada titik yang hampir sama. Gambarajah 5.1 di bawah menunjukkan kedudukan min pada skor

dalam taburan normal.

Anda mungkin juga menyukai