Anda di halaman 1dari 33

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH

Modul Pembelajaran
MPU2011
SUKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3
BLOK 2200, PERSIARAN APEC
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada 2015


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan
berdisiplin.

November 2015
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan
buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN
MUKA SURAT

Mac 2016
Falsafah Pendidikan Kebangsaan i
Falsafah Pendidikan Guru i
Notis Hak Pengarang ii
Kandungan iii - vii
HP, Sinopsis dan Agihan Tajuk Mengikut Jam viii - xi
Panduan Pelajar xii
Pengenalan xiii - xiv
Agihan Tajuk Jam Interaksi Bersemuka dan Modul xv xvii
Isi Utama xviii - xx

Tajuk 1 Sejarah Ringkas dan Kemahiran Asas Permainan 1


1.1 Sejarah Ringkas Permainan 2-6
1.2 Kemahiran-kemahiran Asas Permainan 7
1.3 Kemahiran Bola Tampar 8 11
1.4 Kemahiran Hoki 11 - 15
1.5 Kemahiran Olahraga 15 - 17

Tajuk 2 Pengurusan Permainan 25


2.1 Pengurusan Pasukan 25 28
2.2 Pengelolaan Pertandingan 28 - 32
2.3 Sistem Pertandingan 32 - 37
Bibliografi

KOD KURSUS : MPU2011


NAMA KURSUS : SUKAN

Mac 2016
Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau
pembelajaran melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul
Mengikut Kursus Proforma)

Interaksi Modul
BIL TAJUK KANDUNGAN
(Jam) (Jam)
1 Pengenalan 1.1 Sejarah dan perkembangan
Permainan Antarabangsa
Malaysia
1.2 Peralatan dan ukuran gelanggang
1

2 Kemahiran Asas 2.1 Kemahiran Asas Permainan


13 3

3 Asas Kepegawaian* 3.1 Peraturan pertandingan


3.2 Undang-undang
1.5

4 Kursus Asas 4.1 Ciri-ciri dan peranan jurulatih


Kejurulatihan * 4.2 Kaedah dan ansur maju latihan
4.3 Teknik permainan
4.4 Strategi dan taktik permainan 3 3
4.5 Program latihan
4.6 Kecederaan dan pemakanan

5 Pengurusan Pasukan 5.1 Peranan dan tugas


Pendaftaran
Kebajikan pemain
0.5 2
Disiplin pemain
Peralatan pemain

6 Perancangan 6.1 Kertas kerja pengelolaan


Pengelolaan pertandingan
Pertandingan 6.2 Sistem pertandingan 3 3
6.3 Pengelolaan pertandingan

Jumlah 19.5 13.5


Jumlah Besar 33

TAJUK 1 PENGENALAN PERMAINAN

1.0 Sinopsis:

Mac 2016
Topik ini memperkenalkan secara ringkas mengenai sejarah perkembangan dan
kemahiran asas permainan. Kandungan unit ini membolehkan pelajar meningkatkan
kefahaman dan kemahiran berkaitan dengan permainan yang dipilih oleh pelajar.

2.0 Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini pelajar dapat:


2.1 Memahami secara ringkas sejarah dan perkembangan permainan.
2.2 Memahami kemahiran-kemahiran asas dalam beberapa permainan.
2.3 Melakukan kemahiran-kemahiran asas permainan pilihan dengan teknik
yang betul dan selamat. .

Para pelajar sekalian !

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan merangkumi


penyertaan dalam sukan dan permainan, penyertaan dalam persatuan dan kelab, dan
penyertaan dalam badan beruniform serta penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain
sebagaimana yang ditentukan oleh menteri. Dalam usaha menggalakkan pelajar aktif
dan terlibat dalam aktiviti sukan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengeluarkan satu arahan mewajibkan pelajar-pelajar memilih satu aktiviti sukan
dengan polisi Satu Murid Satu Sukan. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan yang
penting dalam usaha memberikan galakan, sokongan serta mengambil berat
penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan. Setiap program sukan yang hendak dijalankan
perlu mengambil kira keseronokan, kemahiran dan kepelbagaian program sukan. Di
samping itu, program sukan juga memerlukan perancangan jangkamasa panjang
dengan menyediakan kemudahan sukan serta latihan yang dijalankan sepanjang tahun.

1.1 SEJARAH RINGKAS PERMAINAN

Dalam topik ini, sejarah permainan dinyatakan secara ringkas dan diikuti dengan
peralatan dan ukuran gelanggang serta kemahiran asas beberapa permainan.

A. Sejarah Ringkas Permainan Bola Tampar

Pada awal tahun 1930-an, pasukan bola tampar dari universiti Hong Kong dan China
telah melawat ke Tanah Melayu untuk mengadakan perlawanan persahabatan di
bandar-bandar yang besar seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pada
ketika itu, perlawanan bola tampar dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Cina (Chinese
Athletics Association) mengikut negeri masing-masing. Federation of Malaya Amateur
Volleyball Association (kini dikenali sebagai Persatuan Bola Tampar Malaysia - MAVA)
telah didaftarkan pada 9 Julai 1959 di Pulau Pinang. MAVA menjadi ahli gabungan
kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) dan persekutuan bola tampar antarabangsa
(Federation Internationale de Volleyball FIVB) pada tahun 1962. MAVA terus
memainkan peranan terhadap perkembangan sukan bola tampar dengan menaja
4 Kejohanan Bola Tampar Kebangsaan dari 1960 hingga 1963 yang dianjurkan oleh
negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Pahang. Ketika itu, sistem 9 orang pemain
sebelah masih digunakan. Mulai tahun 1965, MAVA telah memperkenalkan sistem
6 pemain sebelah mengikut sistem antarabangsa pada kejohanan kebangsaan yang

Mac 2016
pertama berlangsung di Singapura. Acara wanita hanya diperkenalkan dalam tahun
1966. Dalam tahun 1990-an, banyak program pembangunan dan pertandingan
peringkat antarabangsa telah dilancar dan dikelolakan dengan jayanya oleh MAVA.
Antaranya adalah seperti bola tampar mini bawah 12 tahun, pertandingan bawah 15
tahun, bola tampar pantai, liga bola tampar Semi-Pro, Remaja SEA, Remaja Wanita
Asia, Grand Prix Dunia Wanita dan Remaja Lelaki Sedunia. Pada masa ini, MAVA
mempunyai 17 ahli gabungan penuh daripada semua negeri di Malaysia termasuk
Wilayah Persekutuan, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia; manakala Bomba
Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai ahli bersekutu. Bola Tampar Mini
diasaskan oleh Dr. Horst Baacke di Jerman pada tahun 1960- an. Pada tahun 1990,
permainan bola tampar mini telah mula diperkenalkan di Malaysia, dan MAVA telah
menganjurkan Kejohanan Bola Tampar Mini Kebangsaan. Mulai tahun 1993, Kejohanan
Bola Tampar Mini telah diambil alih oleh MSSM.

B. Sejarah Ringkas Permainan Hoki

Permainan hoki telah mula dimainkan pada abad ke-15. Orang Mesir, Romania, Athens,
Australia dan Eropah dikenal pasti telah bermain satu permainan dengan menggunakan
kayu yang melengkong untuk memukul bola. Asal perkataan hoki berkemungkinan telah
wujud daripada perkataan Anglo-Saxon iaitu Hook, Hok atau perkataan Perancis
Hocquet. Hoki moden telah dimainkan di sekolah-sekolah awam Inggeris pada kurun ke-
19. Permainan tersebut tersebar luas ke negara-negara di bawah naungan British pada
akhir kurun ke-19. Badan Peraturan Hoki Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun
1895 dan permainan hoki buat julung kalinya dipertandingkan pada tahun 1908 di Sukan
Olimpik London bagi kategori lelaki. Hoki menjadi sukan wajib dipertandingkan di Sukan
Olimpik mulai 1928 di Amsterdam. Persekutuan Hoki Antarabangsa ditubuhkan pada
tahun 1924 di Paris dan dikenali sebagai Federation Internationale de Hockey (FIH). Di
benua Asia pula, permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia di Tokyo pada
tahun 1958 dan didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara lain di Asia yang
juga unggul dalam permainan hoki ialah Korea, Jepun, China dan Malaysia. Hoki di
Malaysia diperkenalkan pada tahun 1898. Permainan ini menjadi popular pada awal
tahun 1920 an dan diperkenalkan di sekolah-sekolah awam Inggeris. Pertandingan liga
yang pertama dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 1925. Persatuan Hoki Negeri yang
pertama ditubuhkan oleh Negeri Perak pada tahun 1927. Majlis Hoki Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1948 untuk menguruskan semua aktiviti sukan hoki di Malaysia.
Ia dibubarkan pada tahun 1954 dan digantikan dengan Persekutuan Hoki
MalaysiaMalaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 1956
dan pasukan hoki lelaki kebangsaan Malaysia telah menyertai sukan olimpik tersebut.

C. Sejarah Ringkas Olahraga

Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik
pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau
stade. Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah
diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut:- Sukan Panhellenic

Mac 2016
Sukan Pythian (diasaskan pada 527 SM) di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun
Sukan Nemean (diasaskan pada 516 SM) di Argolid yang diadakan setiap 2 tahun
Sukan Isthmian (diasaskan pada 523 SM) di Corinth Isthmus setiap 2 tahun.

Sukan Rom - acara olahraga khusus kepada lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti
dan pertempuran gladiator. Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui
empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan
latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik. Pada pertengahan abad ke-19,
satu organisasi formal pertandingan olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara
pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian
bahawa mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada
1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi
olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh
Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang
dapat menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga. Olahraga mula
disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan
sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada
tahun 1928. Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan
dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics
Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.

Di Malaysia pula, Majlis Sukan Negara (MSN) ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan
Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya
secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana
Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972. Pada peringkat awal
penubuhannya program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian
Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia
Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif
melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-
pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-
badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara
dapat mencapai prestasi yang terbaik. Selepas organisasi Majlis disusun semula pada
tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program
dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat sekarang ini. Matlamat penubuhan Majlis
Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu
bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian
cemerlang dalam sukan-sukan di pertandingan di peringkat tertinggi. Malaysia telah
menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkat antarabangsa. Selain daripada
Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah menganjurkan
Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991. Kemuncak penglibatan
Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah Sukan Komanwel
1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding. Di peringkat sekolah,
Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) telah menganjurkan
kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun MSSM
ditubuhkan. Semenjak itu, Kejohanan Olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun
secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia.
YSIA h dibuat oleh

LATIHAN

1. Huraikan secara ringkas peraturan-peraturan asas satu permainan sukan yang


anda minat.

Mac 2016
2. Lakarkan dalam bentuk grafik spesifikasi dan ukuran gelanggang / padang satu
permainan yang anda minat.

3. Pilih satu permainan yang anda minati dan huraikan secara ringkas bagaimana
permainan tersebut dimainkan?

4. Jelaskan dan senaraikan beberapa langkah-langkah keselamatan yang boleh


diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan para pelajar dapat menjalani
kegiatan sukan dengan selamat.

1.2 PERALATAN DAN UKURAN GELANGGANG

Sila rujuk di alamat web http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/1-murid-1-sukan


bagi peralatan dan ukurang gelanggang permainan bola tampar dan hoki serta ukuran
balapan dan padang bagi acara lari pecut, lompat jauh dan lontar peluru.

TAJUK 2 KEMAHIRAN ASAS

Mac 2016
2.1 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN

A. Kemahiran-Kemahiran Asas Permainan

Kemahiran-kemahiran asas dalam permainan boleh dibahagikan kepada tiga fasa:

a) Fasa Persediaan (The Preparatory Phase)

b) Fasa Perlaksanaan (The Execution Phase)

c) Fasa Ikut-Lajak (The Follow-Through Phase)

a) Fasa Persediaan (The Preparatory Phase)


Fasa persediaan melibatkan pergerakan yang menyediakan atlet daya
pergerakan untuk melaksanakan pergerakan dalam fasa pelaksanaan.

b) Fasa Perlaksanaan (The Execution Phase)


Fasa Perlaksanaan boleh dibahagikan kepada:

i. Pergerakan tenaga yang dilakukan oleh atlet untuk menghasilkan daya


bagi impak atau dorongan (cth; pergerakan ke hadapan pukulan hadapan
permainan bola tampar)

ii. Titik sentuhan atau titik pelepasan pergerakan (cth:titik sentuhan antara
bola dan tangan dalam permainan bola tampar atau titik pelepasan
semasa merejam lembing atau lontar peluru)

Pelaksanaan pergerakan yang berjaya memerlukan atlet untuk menggunakan


jumlah daya, arah dan ketepatan masa yang betul dan tepat.

c) Fasa Ikut-Lajak (The Follow-Through Phase)


Fasa Ikut-Lajak merujuk kepada pergerakan badan yang berlaku selepas fasa
pelaksanaan. Fasa ini adalah fasa pergerakan diperlahankan selepas impak dan
atlet bersedia untuk tindakan seterusnya (cth: atlet memberhentikan pergerakan
lajak ke hadapan selepas melakukan rejaman dalam acara merejam lembing).
Fasa ini juga adalah penting kepada atlet dalam membantu mereka untuk
menyerap daya dan mengelakkan kecederaan.

2.1.1 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR

Mac 2016
A. Servis

B. Menyangga

Mac 2016
C. Mengumpan

D. Merejam

Mac 2016
E. Menghadang

LATIHAN

1. Senaraikan semua alatan yang diperlukan untuk mengendalikan satu


pertandingan bola tampar.

2. Huraikan ansur maju bagi satu kemahiran asas permainan bola tampar.

3. Senaraikan 4 bentuk latihan yang boleh dijalankan oleh jurulatih untuk


meningkatkan keupayaan melompat dalam kalangan pemain bola tampar.

4. Nyatakan peranan seorang jurulatih dalam satu pasukan bola tampar.

Mac 2016
2.1.2 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

A. Menolak

B. Memukul

Mac 2016
C. Menguis

Mac 2016
Kemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh
penjaring sesuatu pasukan. Kemahiran ini adalah strok tolakan yang
dinaikkan dan berpusing. Cara memegang kayu hoki bagi kemahiran ini
hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan,
pergerakan tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di
belakang bola hoki serta memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan
mengikut lajak dengan baik. Kedudukan bola berada di hadapan kaki
hadapan. Berat badan bagi seorang pemain hoki ketika menguis berada
di kaki belakang sebelum dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola
mendapat peluncuran yang baik.

Pergelangan tangan turut memutar dengan cepat supaya kuisan itu


berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk mengawal kehadiran bola
dari arah hadapan. Semasa menyentuh bola, kayu hoki perlulah
menghadap ke atas sedikit. Namun, bahagian paling sukar untuk
kemahiran ini ialah ketika melakukan putaran. Bagi memastikan putaran
terjadi, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh
dengan menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian
sebelah bawah bola. Seterusnya, kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola
lalu menguis bola dengan jari kayu hoki.

D. Mengelecek Bola

Mac 2016
D. Menerima dan Menahan
Kemahiran menerima dan menahan bola digunakan untuk
menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya
kedudukan bola masih dalam kawalan da tidak jatuh ke pasukan
lawan.

LATIHAN

Mac 2016
1. Nyatakan tiga latihan latih tubi untuk salah satu kemahiran asas yang anda pilih
dalam permainan hoki.

2. Rancang dan kelolakan satu permainan kecil yang mengunakan kemahiran asas
pilihan anda itu.

3. Senaraikan tugas seorang pemain hoki sebelum, semasa dan selepas satu sesi
latihan.

4. Senaraikan tugas seorang jurulatih hoki sebelum, semasa dan selepas satu
pertandingan.

5. Rangkakan satu kejohanan hoki antara kelas di IPG anda. Sediakan satu jadual
perlawanan berbentuk kalah mati.

2.1.3 KEMAHIRAN OLAHRAGA ACARA BALAPAN - LARI PECUT

Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan atlet membuat larian untuk satu jarak dengan
sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama, iaitu
panjang langkah dan kekerapan langkah. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah
seperti berikut:

a. Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.


b. Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki
tersebut.
c. Tangan digerakkan dengan pantas.
d. Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa.

Mac 2016
Semua acara pecut dimulakan dengan teknik gaya dekam seperti gambar di bawah.
Penggunaan blok permulaan diwajibkan bagi pelari pertama semua acara pecut.

2.1.4 KEMAHIRAN OLAHRAGA ACARA PADANG - LOMPAT JAUH

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau atlet
cuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan.

Gaya-gaya lompat jauh

A. Gaya layar
Gaya layar adalah suatu gaya lompatan yang popular kerana ia mudah diajar.
Walau bagaimanapun, gaya ini mempunyai kelemahannya yang tersendiri dan
kurang berkesan untuk dijadikan sebagai satu teknik lompat jauh yang dapat
contohi. Gaya layangan di dalam teknik ini menyebabkan pelompat cepat
mendarat.

Mac 2016
B. Gaya gantung

C. Gaya tendang kayuh

Suatu kajian dalam bidang olahraga (Gordon, 1975) telah membuktikan bahawa
gaya tendang kayuh hanya berkesan dan sesuai bagi pelompat yang mampu
melompat jarak yang lebih daripada 5 meter.

Semua gaya atau teknik lompat jauh menunjukkan empat fasa pergerakan keempat-
empat fasa itu ialah:
A. Fasa penujuan lari menuju ke papan lonjak
B. Fasa lonjakan melompat dari papan
C. Fasa layangan badan berada di udara
D. Fasa pendaratan sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat

Mac 2016
2.1.5 KEMAHIRAN OLAHRAGA ACARA PADANG - LONTAR PELURU

Lompat peluru merupakan salah satu acara padang yang menggabungkan kekuatan
dan teknik sesorang atlit. Atlit yang berbadan tinggi dan sasa biasanya mempunyai
kelebihan dalam acara lontar peluru. Ketinggian tubuh membolehkannya melepaskan
peluru itu dari sudut paras yang agak tinggi berbanding dengan atlit yang rendah.
Badan yang sasa dan tegap juga akan memberikan suatu dasar atau tapak yang stabil
dalam gerakan melontar. Namun begitu,kepantasan pergerakan juga merupakan satu
faktor yang penting dan seseorang atlit itu hendaklah mempunyai kualiti ini di samping
ciri-ciri tubuh yang tersebut di atas.

Fasa pergerakan Melontar peluru

Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada yang
berikut:

(A) Pegangan peluru


(B) Lakuan sedia
(C) Lungsuran
(D) Kilasan badan
(E) Lontaran
(F) Pulihan

Cara memegang peluru

Ada dua cara memegang peluru yang lazim digunakan iaitu :

Gaya Tiga Jari

Peluru diletakkan pada pangkal tiga jari tengah dan di atas ibu jari. Jari
kelingking agak bengkok dan berada di samping peluru. Jari-jari agak renggang.
Kaedah ini sesuai bagi individu yang mempunyai jari-jari yang kuat. (Rajah 6.1
dan 6.2)

Mac 2016
Gaya Lima Jari

Semua jari digunakan untuk mengawal peluru yang terletak pada pangkal jari.
Ibu jari digunakan sebagai penyokong dan pengawal dari sebelah rusuk. (Rajah
6.3 dan 6.4)

Cara

TAJUK 3 ASAS KEPEGAWAIAN

3.1 & 3.2 PERATURAN PERTANDINGAN DAN UNDANG-UNDANG

Sila rujuk di alamat web http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/1-murid-1-sukan


bagi peraturan pertandingan dan undang-undang permainan bola tampar, hoki serta
acara lari pecut, lompat jauh dan lontar peluru.

Mac 2016
TAJUK 4 KURSUS ASAS KEJURULATIHAN

PERANAN DAN CIRI-CIRI JURULATIH

Para pelajar sekalian !


Jurulatih yang baik seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan dan asas yang kukuh
tentang permainan yang dilatihnya, teknik-teknik latihan, kemahiran permainan yang
diperlukan dan sikap yang positif terhadap atlet dan permainan tersebut. Jurulatih
mestilah terdiri daripada seorang yang cukup fleksibel dan rasional untuk mencari
pengetahuan melalui sumber-sumber multimedia, rakan sebaya, proses cuba dan jaya
serta kerap membuat perbandingan dengan jurulatih-jurulatih lain. Seorang jurulatih
harus sensitif kepada atlet-atletnya dan seharusnya dapat menyesuaikan pendekatan
latihan dan bimbingan terbaik kepada atlet-atlet bimbingannya.

E. Ciri-ciri jurulatih yang baik


Jurulatih yang baik adalah;
a) Pemimpin
b) Guru
c) Pengurus
d) Pengelola
e) Kaunselor
f) Perekacipta
g) Pembuat keputusan
h) Pemudah cara
i) Pendorong
j) Kawan
k) Model contoh yang diikuti
l) Wira

Mac 2016
TAJUK 5 PENGURUSAN PASUKAN

1.0 Sinopsis

Topik ini memperkenalkan secara ringkas kepada pelajar mengenai pengurusan


pasukan dan perancangan pengelolaan pertandingan. Kandungan unit ini membolehkan
pelajar meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka berkaitan dengan pengurusan
pasukan dan pengelolaan pertandingan.

2.0 Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini pelajar dapat:

2.1. Memahami secara ringkas pengurusan pasukan sukan sekolah.


2.2. Memahami perancangan pengelolaan pertandingan sukan.

Para pelajar sekalian !

Bagaimanakah agaknya senerio bagi seorang guru itu menjadi seorang pengurus atau
jurulatih sukan di sekolah? Adakah menjadi seorang guru itu juga bermakna dia juga
seorang jurulatih? Apakah pula beza di antara jurulatih dan guru di sekolah? Jurulatih
adaIah seorang guru dan lebih daripada itu. Aktiviti pengajaran yang diamalkan oleh
guru di sekolah merupakan sebahagian kedl daripada tugas jurulatih sukan di sekolah.
Kejurulatihan biasanya bermula awal lagi iaitu sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran. Malah, selain menjadi seorang guru, jurulatih sukan sekolah juga
merupakan seorang pemimpin, penganjur, pengurus, rakan, kaunselor, ahli motivasi, ahli
inovasi, wira, pembuat keputusan, idola dan banyak lagi. Pengurus Pasukan yang
berkesan berupaya membentuk sebuah pasukan yang bersemangat tinggi dan mampu
mencapai kejayaan yang cemerlang.

PENGURUSAN SUKAN

A. Pengurusan Sukan
Pengurusan sukan menurut Kelly, Blanton dan Bertel (1990) merupakan Sebarang
gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan, pengelolaan,

Mac 2016
pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam kontek
sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan
sukan.

B. Fungsi Pengurusan Sukan


Fungsi pengurusan dalam sukan ialah :-
a) merancang
b) menyediakan bajet
c) mengawal
d) mengarah
e) mengelola
f) menyediakan jadual pertandingan
g) membuat keputusan
h) menilai

C. Tugas Dan Tanggungjawab Pengurus Pasukan Sukan Sekolah


a) Menghadiri mesyuarat peringkat sekolah / daerah dan mematuhi
keputusan minit mesyuarat tersebut.
b) Menandatangani Kad Kokurikulum ahlinya dalam setiap pertandingan.
c) Menyediakan dan melengkapkan borang tuntutan tambang, makan dan
minum, pengangkutan serta keperluan ahlinya dalam acara-acara yang
dianjurkan oleh sekolah / PPD /BAHAGIAN / JPN /KPM atas persetujuan
Pengetua
d) Mendapatkan dan menyimpan surat kebenaran ibubapa/penjaga sebelum
membawa ahli yang terlibat dalam sesuatu acara di luar kawasan
sekolah. Salinan hendaklah diserahkan kepada PK HEM atau PK KOKU.
untuk makluman.
e) Mengiringi ahlinya yang terlibat dalam acara-acara di luar kawasan
sekolah dalam keadaan selamat pergi dan balik.
f) Memaklumkan setiap keputusan pertandingan kepada Pengetua, PK
KOKU dan S/U Sukan / S/U KOKUM untuk makluman dan rekod
g) Membuat laporan/Post Mortem tentang prestasi pasukannya
selepas pertandingan dan serahkan laporan kepada S/U
Sukan S/U KOKUM untuk tindakan selanjutnya (dokumentasi).

D. Tugas Dan Tanggungjawab Jurulatih Pasukan Sukan Sekolah


a) Melatih ahli pasukan masing-masing untuk menghadapi pertandingan
dan permainan antara sekolah / daerah / bahagian / negeri

Mac 2016
b) Merancang latihan dan perlawanan persahabatan yang perlu dimasukan
ke dalam takwim pasukannya dan serahkan kepada S/U Sukan / S/U
Kokum untuk tindakan selanjutnya.
c) Memastikan keselamatan pelajar/ahlinya semasa dalam latihan dan
pertandingan
d) Memastikan unsur-unsur nilai pendidikan dan nilai murni diserapkan
sama ada dalam latihan atau perlawanan. Elakan emosi dalam sukan /
pertandingan dan fahami objektif sukan sebenar. Pengisian program yang
dirancang menepati citarasa pelajar dan bersesuaian dengan
matalamatnya.
e) Membantu S/U Sukan dalam membuat gelanggang untuk latihan dan
pertandingan.

TAJUK 6 PERANCANGAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN

PENGELOLAAN PERTANDINGAN

Para pelajar sekalian !


Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk
memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang
mengelolakan sesuatu pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan
maklumat tertentu bagi memudahkan untuk membuat perancangan dan persediaan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

a) Jenis pertandingan
b) Masa yang diperlukan
c) Alatan dan kemudahan yang ada
d) Agihan perlawanan yang adil
e) Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan
f) Kewangan
g) Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan
h) Penentuan pemenang dan pemain yang sah

Mac 2016
LATIHAN

Apakah kepentingan pertandingan sukan diadakan di peringkat sekolah? Kemukakan


pendapat anda secara ringkas.

A. Penubuhan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan


Penubuhan jawatankuasa pengelola merupakan suatu langkah awal yang
penting dalam mengelolakan sesuatu pertandingan sukan. Lazimnya ahli-ahli
jawatankuasa yang bakal dilantik menganggotai jawatankuasa pengelola
tersebut perlu mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut:

a) memahami peraturan dan aspek-aspek teknik pertandingan


b) memahami sistem dan peraturan pertandingan,
c) komited untuk memastikan pertandingan dapat dikelolakan secara
sistematik.

B. Langkah-langkah Pengelolaan
a) Sebelum Pertandingan
Melantik Jawatankuasa Induk peringkat sekolah.
Cadangan Jawatankuasa Induk:
Pengerusi : Pengetua/Guru Besar
Naib Pengerusi I : PK Ko-Kurikulum
Setiausaha : Setiausaha Sukan.
Penolong Setiausaha:
Bendahari :
Penolong Bendahari :
Melantik Jawatankuasa Kerja peringkat sekolah.
Cadangan Jawatankuasa Kerja:
AJK Sumbangan/Derma
AJK Hadiah & Cenderamata
AJK Jamuan & Minuman
AJK Keselamatan
AJK Pertolongan Cemas
AJK Siaraya
AJK Penyelaras Padang (Venue Coordinator)
AJK Buku Program

Mac 2016
AJK Persiapan Padang & Peralatan
AJK Persiapan Tempat Upacara Pembukaan / Penutup
AJK Kebersihan
Lain-lain AJK, jika perlu
Menyediakan surat panggilan mesyuarat
Mengadakan mesyuarat pada tarikh/masa/tempat yang telah ditetapkan.
Cadangan Agenda Mesyuarat:
Ucapan Pengerusi Pengelola Pertandingan
Taklimat Penyelaras Teknik Permainan
Taklimat Penyelaras Pengadil / Kepegawaian
Melantik AJK Juri Rayuan
Melantik JK Kerja/Tatatertib
Sistem Pertandingan
Undian Pasukan/Kumpulan
Hal-Hal Lain
Menyediakan jadual pertandingan dengan segera dan
menghantarkannya kepada:
Pengerusi Teknik Permainan
Pengerusi Pengadil / Kepegawaian
Pengurus Pasukan
Menerima yuran penyertaan dari pasukan yang mengambil bahagian dan
seterusnya menyerahkan resit penerimaan pembayaran.
Menghantar surat permohonan bantuan keselamatan dan pertolongan
cemas kepada pihak yang berkenaan.
Menyediakan borang-borang yang diperlukan semasa berlangsungnya
pertandingan. Borang-borang yang diperlukan adalah seperti berikut:
Borang Perlawanan
Borang Laporan Pengadil / Kepegawaian
Borang Pertukaran Pemain
Borang-borang pertandingan yang berkaitan.
Menyediakan surat jemputan bertugas kepada guru/pegawai yang terlibat
dengan pertandingan dan surat pelepasan kepada guru/ pegawai
tersebut.
Memastikan padang / gelanggang dan peralatan sedia untuk digunakan
dengan baik dan selamat.
Menerima Borang Pendaftaran yang lengkap sebelum perlawanan yang
pertama:

Mac 2016
b) Semasa Pertandingan
Kemaskinikan statistik pertandingan yang berkaitan dan menyimpan
semua rekod berkaitan perlawanan sepanjang pertandingan berlangsung
seperti:
Jadual Keputusan Pertandingan
Senarai Penjaring Gol
Senarai penerima kad amaran (kad kuning)
Senarai penerima perintah keluar padang (kad merah)
Senarai pasukan yang layak ke pusingan seterusnya.
Memberi keputusan perlawanan kepada pihak media jika
dihubungi.
Memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang terlibat tentang apa saja
yang berkaitan pertandingan seperti keputusan semasa, perubahan
venue, jadual perlawanan seterusnya, kad-kad amaran (tindakan disiplin)
dan sebagainya.

c) Selepas Pertandingan
Mengemaskinikan semua maklumat berkaitan pertandingan seperti:
minit mesyuarat
jadual pertandingan
keputusan perlawanan
laporan tindakan disiplin
laporan pertandingan dan sebagainya
Mengadakan mesyuarat penutup Jawatankuasa Pengelola peringkat
sekolah dan sediakan laporan pertandingan dan laporan akaun
perbelanjaan yang telah dibelanjakan sepanjang pengurusan
pertandingan dikelolakan.
Menghantar surat penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
memberi sumbangan dari segi tenaga, wang, nasihat dan sebagainya.

Tutorial
Berpandukan kepada langkah-langkah pengelolaan di atas, sediakan
cadangan kertas kerja pengelolaan pertandingan satu permainan
peringkat sekolah. Cadangan kertas kerja pengelolaan anda seharusnya
merangkumi ahli jawatankuasa pengelola, peraturan pertandingan,
jadual pertandingan dan anggaran perbelanjaan.

Mac 2016
SISTEM PERTANDINGAN

Para pelajar sekalian !


Sistem pertandingan merupakan satu pelan penyertaan yang dirancang
bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan.
Tujuan pertandingan ialah untuk menentukan prestasi atlet dan pasukan. Terdapat
banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam sesuatu kejohanan
mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan.

A. Sistem Pertandingan
Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan di negara ini ialah:
Kategori Jenis Pertandingan
Temasya
Kejohanan
Pertandingan berlapis
Biasa
Liga Separa Liga / Liga Berkumpulan
Lombard
Sekali
Kalah mati
Dua Kali
Tangga
Cabar mencabar Piramid
Corong

a) Kejohanan
Tujuan kejohanan adalah bagi membolehkan peserta bertanding dalam
beberapa acara yang berlainan berlandaskan peraturan dan undang-
undang pertandingan serta melibatkan pengurusan yang intensif.
(Contoh: Olahraga, renang dan gimnastik)
Dijalankan mengikut dua kaedah iaitu:
Kaedah temasya
Kaedah berlapis
i. Kaedah Temasya
Atlet / pasukan bertanding serentak dalam acara-
acara berbeza.

Mac 2016
Peringkat saringan perlu diadakan untuk ke peringkat
seterusnya.
Penentuan pencapaian adalah berdasarkan sistem
pengiraan mata ( jumlah skor kumulatif yang diperoleh
dlm setiap acara ) Contoh : Olahraga
Format skor adalah tertakluk kepada peraturan
temasya
ii. Kaedah Berlapis
Berasaskan sistem kategori :
Umur Cth = Bola sepak : junior (bawah 15 tahun),
belia (bawah 21 tahun), veteran (atas 45 tahun)
Kedudukan (ranking) Cth = Badminton / tenis :
Pemain rank tertinggi akan bertemu pemain rank
tertinggi pasukan lawan untuk tentukan mata
pertama pasukan lawan masing-masing
Berat badan Cth = Sukan angkat berat/tinju :
Bertanding mengikut kategori berat badan masing-
masing.
b) Liga
Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan maksimum dan
ia dibahagikan kepada liga satu pusingan, liga dua pusingan dan separa
liga. Jika atlet atau pasukan menentang setiap lawannya sekali sahaja,
pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan. Jika atlet atau
pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali, pertandingan itu
dikenali dengan liga dua pusingan Jika atlet dibahagikan kepada
beberapa kumpulan, pertandingan itu dikenali sebagai separa liga.
a) Formula mengira bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan
liga ialah :

N(N-1) di mana N = jumlah pasukan yang mengambil bahagian


2
Contohnya : 6 pasukan mengambil bahagian
N (N-1) = 6 (6-1)
2 2
= 6x5
2
= 30
2
= 15 perlawanan
atau

Mac 2016
Tulis angka 1, 2, 3, 4, 5, 6,
Potongkan angka tertinggi iaitu 6
Campurkan kesemua nombor tersebut
Jumlah yang diperolehi ialah 15
Ini bermakna jika 6 pasukan yang mengambil bahagian
dalam kejohanan, jumlah perlawanan yang perlu disusun
ialah 15 .
c) Kalah Mati
Sistem pertandingan ini menyingkirkan atlet atau pasukan yang kalah.
Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atlet atau
satu pasukan yang tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati
iaitu kalah mati sekali dan kalah mati dua kali.

d) Cabar Mencabar
Sistem Tangga
Dalam sistem ini peserta yang di bawah boleh mencabar dua
atlet lain yang berada di atasnya dengan mengikut
kedudukannya. Keistimewaan bentuk ini ialah setiap atlet
ditempatkan mengikut kebolehan dan pencapaian mereka di
akhir pertandingan. Sistem ini digunakan dalam pertandingan
tinju.

Peserta Kedudukan
1
2
3
4
5
6
7
8

Sistem Piramid atau Corong


Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara
berlawan sesama sendiri mengikut tingkatnya pada peringkat

Mac 2016
awal. Atlet yang berjaya di kalangan mereka akan naik
setingkat sehingga ke puncak piramid atau corong.

Latihan
Berdasarkan formula pengiraan sistem liga kira bilangan perlawanan yang
dijangkakan dalam sesuatu pertandingan sekiranya jumlah penyertaan pasukan yang
bertanding adalah;
a. 6 pasukan
b. 9 pasukan
c. 10 pasukan.
d. 15 pasukan

Bacaan Asas
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, (2015). Buku peraturan-peraturan
pertandingan.
Modul Latihan Sukan 1M1S, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas. Petaling
Jaya. Longman Malaysia.

Mac 2016
PANEL PENULISAN MODUL
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH
( KOKURIKULUM SUKAN )

NAMA KELAYAKAN

Ahmad Yani bin Mat Yusof Kelulusan


Pegawai Akademik Sarjana Pendidikan ( Pendidikan Jasmani
Pusat Pembangunan Akademik Kesihatan)UM
Institut Pendidikan Guru Malaysia Sarjana Muda Pendidikan (P.Jasmani Kesihatan)UM
Cyberjaya Diploma Perguruan Khas(P.Jasmani
Selangor Kesihatan)MPBR
Sijil Perguruan Asas ( Pengajian Melayu ) MPTI

Dr. HAJI ABDUL LATIF BIN AHMAD Kelulusan

Pensyarah, EdD (Doktor Pendidikan) UNISEL


Unit Kokurikulum, M.Ed (Psikologi Pendidikan). UTM
Institut Pendidikan Guru Kampus Bac Ed. (Pendidikan Jasmani & Kesihatan). UPM
Tun Hussein Onn, Sijil Perguruan Khas (Pend Jasmani & Kesihatan).
Batu Pahat, Johor MPTI
Sijil Perguruan (Pend. Jasmani & Kesihatan). MPIK

Mac 2016

Anda mungkin juga menyukai